UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
PERMOHONAN PROGRAM SEPENUH MASA DIPLOMA / ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) / SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA (CFAP243) SESI 2 2024/2025

Permohonan terus ke UiTM ini adalah untuk:
1️⃣ 72 Program Diploma
2️⃣ Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)
3️⃣ Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (CFAP243)

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dalam talian (online) untuk kategori yang tersenarai di atas akan dibuka mulai 26 Ogos 2024 (Isnin) hingga 25 Oktober 2024 (Jumaat)

Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Harga jualan nombor pin BSN boleh dirujuk pada pemakluman terdahulu.
PERINGATAN : KAWASAN BERISIKO PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Berikut merupakan kawasan yang berisiko pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, para pelajar diminta agar menjaga kebersihan dan memantau kawasan yang berisiko bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes dan mengurangkan risiko penyakit demam denggi di kampus terutamanya di kolej kediaman.

Kerjasama dan keprihatinan daripada semua pihak amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Unit Kesihatan,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

Dikeluarkan pada : 28.8.2024
Semua okay ke tu? Dah sedia untuk keputusan peperiksaan?

Keputusan peperiksaan semester Mac - Ogos 2024 Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan diumumkan pada jam 11 pagi, 30 Ogos 2024. 

Tahniah atas usaha anda sepanjang semester ini! 🌟 Semoga semua mahasiswa mendapat keputusan yang cemerlang dan terus berjaya dalam perjalanan akademik anda! 🚀📚

Keputusan peperiksaan bukanlah penentu segalanya. Apa yang lebih penting adalah usaha dan dedikasi yang anda tunjukkan sepanjang semester ini. Teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Setiap pengalaman adalah peluang untuk belajar dan berkembang. Semoga anda terus berjaya dalam perjalanan akademik dan kehidupan anda! 🚀📚

Semak keputusan di:

https://mystudent.uitm.edu.my/login

Tak boleh semak keputusan peperiksaan? Cuba semak perkara berikut: https://www.facebook.com/share/p/DMviW9XzHv4PJyKY/?mibextid=oFDknk

Globally Renowned, Locally Rooted

اوسها تقوى مليا

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
HEBAHAN SKOP BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR UiTM DAN TAJAAN TERKINI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saudara/i Pelajar,

Merujuk kepada perkara di atas,dimajukan Hebahan Skop Bantuan Kebajikan Pelajar UiTM dan Tajaan terkini .
📢📢 Hebahan Tajaan Terkini

1. Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2024

Tarikh Permohonan : 1 Oktober 2024- 30 Oktober 2024
Permohonan adalah secara atas talian : https://application.yayasanbankrakyat.com.my
Maklumat lanjut : https://yayasanbankrakyat.com.my/
Sebarang pertanyaan : 03-2612 6443/6444/0956

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Tarikh Permohonan :-
Kelompok 1 : 1 September 2024 - 30 September 2024
Kelompok 2 : 1 Oktober 2024 - 31 Oktober 2024
Permohonan adalah secara atas talian :https://www.ptptn.gov.my/myptptn/
Sebarang pertanyaan sila rujuk pejabat cawangan PTPTN seperti dibawah :-
https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/

Untuk rujukan saudara/i, bersama-sama ini disertakan poster.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
#YPJBantuanPendidikan | PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN SESI 3 / 2024 KINI DIBUKA.

Permohonan dibuka bermula 6 September 2024 sehingga 31 Oktober 2024 khusus untuk pelajar SIJIL, ASASI, DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA (tahun pertama sahaja) dan terbuka kepada pelajar IPTA, Kolej YPJ, Kolej Kemahiran Johor dan Matrikulasi SAHAJA.

Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) 6 September 2024 bermula jam 10 pagi di laman web YPJ atau boleh klik di pautan portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ

"Membina Insan Berkualiti”

#SkimBantuanPendaftaranSesi3
#YPJPemangkinPendidikanBangsaJohor
#BangsaJohor #AllahBerkatiJohor #MajuJohor
#MBJohor #YBExco
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Etika Pakaian untuk jemputan khas/ibu bapa sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Terima kasih atas kerjasama anda dalam memastikan kelancaran dan kesempurnaan Istiadat Konvokesyen UiTM.

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#KonvoUiTM99
HEBAHAN KEPUTUSAN SURAT TAWARAN SARJANA MUDA LEPASAN STPM / SETARAF DAN PENERAPAN DIPLOMA UiTM SESI 1 2024

Surat tawaran ke program Sarjana Muda UiTM sesi 1 2024 bagi lepasan STPM / Setaraf dan Penerapan Diploma boleh disemak mulai 08 September 2024 (Ahad) pada jam 3.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 08 September 2024 hingga 18 September 2024 sahaja.

👉🏼 Panduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saudara/i Pelajar,

Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan tentang peluang Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Siri 2 Tahun 2024. Bagi pelajar yang berminat, sila kunjungi laman web berikut untuk maklumat lanjut:https://danapendidikan.selangor.gov.my/ . Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2024.

Bersama-sama ini disertakan poster untuk rujukan saudara/i pelajar.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Berikut merupakan infografik aktiviti pendaftaran kursus bagi semua peringkat pengajian Sesi 1 2024/2025 untuk rujukan dan tindakan semua pelajar. Diharapkan agar para pelajar cakna dengan tarikh-tarikh penting ini dan tidak lalai dalam mengambil tindakan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PERHATIAN❗️❗️❗️

KHAS KEPADA PELAJAR PTPTN: TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN SEMESTER SEPT 2024 - FEB 2025 (SESI 20244)

Perhatian kepada pelajar PTPTN, pembiayaan PTPTN telah dikreditkan ke akaun bank RHB pelajar selewat-lewatnya pada 24 SEPTEMBER 2024.

Pembayaran yuran bagi pelajar PTPTN akan diproses secara auto-debit (Yuran pengajian akan ditolak terlebih dahulu daripada jumlah pembiayaan).

Mohon semakan sekiranya tiada paparan transaksi penolakan yuran di penyata bank RHB (Rujuk gambar seperti lampiran), ianya bermakna proses auto-debit tidak dapat dilakukan disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Bagi kes ini, pelajar menerima jumlah pembiayaan penuh & perlu membuat pembayaran melalui link berikut selewat-lewatnya pada 29 November 2024:

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN SECARA ATAS TALIAN

Sekian, terima kasih.
“PELAJAR CAKNA, PELAJAR BIJAK”
PEMBUKAAN TAWARAN BIASISWA ENDOWMENT UiTM BAGI SESI OKT 2024 - FEB 2025

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera


YBhg Datuk / Dato' / Datin / Prof / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan / Cik,


Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Biasiswa Endowmen UiTM kini dibuka kepada pelajar yang layak bagi sesi Oktober 2024 - Februari 2025. Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar yang cemerlang dalam akademik dan memerlukan sokongan kewangan untuk meneruskan pengajian mereka di UiTM.

Tarikh permohonan:
Dibuka: 30 September 2024
Ditutup: 11 Oktober 2024

Syarat kelayakan dan maklumat lanjut mengenai permohonan boleh didapati melalui poster yang dilampirkan bersama email ini. Pelajar yang berminat dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://endowment.uitm.edu.my/v1/index.php/services/scholarships.
𝗞𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰 / 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗔-𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔, 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔, 𝗦𝗔𝗥𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔, 𝗦𝗔𝗥𝗝𝗔𝗡𝗔, 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗢𝗞𝗧𝗢𝗥𝗔𝗡

Disertakan kalendar akademik sesi I 2024/2025 untuk perhatian dan tindakan para pelajar. Kalendar akademik juga boleh diakses di https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar

Selamat kembali ke kampus kepada para pelajar #UiTM. Semoga lebih cemerlang di semester baharu. #SemesterBaharuSemangatBaharu

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun