UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Peringatan akhir‼️
Perhatian kepada pelajar yang mendaftar sebagai calon persedirian bagi MUET Sesi 3/2024
Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat ‼️📣📣📣
🔥 MODUL ASPIRASI UTAMA (USAHA, TAKWA, MULIA) 🔥

Modul UTAMA (Usaha, Takwa, Mulia) merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertujuan memupuk nilai Kemahiran Insaniah (soft skills) seperti kepimpinan, jati diri, kesihatan mental serta melatih pelajar dalam mendepani cabaran masa depan negara selaras hasrat di peringkat Bahagaian Hal Ehwal Pelajar UiTM Se-Malaysia.

Modul UTAMA ini diwajibkan kepada semua pelajar Semester 1. Semua peserta akan diberikan e-merit dan sarapan juga disediakan.

📅 Tarikh: 14 Disember 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: 8:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
**Pendaftaran dan sarapan jam 7:30 pagi di Medan Selera Sri Mersing
📍 Lokasi: Pusat Islam, Perpustakaan Tun Dr Ismail dan sekitar kampus

Sebarang persoalan boleh hubungi:
07-3818035
Unit Kepimpinan Pelajar,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
‼️PENTING‼️ 📣📣📣

PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGOPERASIAN JADUAL WAKTU KULIAH AKADEMIK SESI 1 2024/2025 BAGI TAHUN 2025
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

SISTEM PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20244 DIBUKA SEMULA

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian (e-deferment) telah DIBUKA SEMULA bagi tempoh 12 - 20 Disember 2024. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran Y3. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada 10 Januari 2025.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
PEMAKLUMAN PENANGGUHAN KULIAH SESI 1 2024/2025 SEMPENA CUTI KHAS PERAYAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua pelajar UiTMPG, iklan permohonan MUET Sesi 1/2025 di Pusat Peperiksaan UiTM Kampus Pasir Gudang akan dikeluarkan pada HARI INI jam 12.00 tengah hari melalui saluran telegram ini.

Mohon semua pelajar bersedia kerana slot adalah terhad untuk 200 orang sahaja.

Stay tuned! 😉
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

DIBUKA: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 1/2025

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 1/2025 yang dijadualkan pada April 2025 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00 melalui pautan https://bit.ly/BayaranMUETJ412025.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUETJ412025 selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024 (Selasa), jam 11.59 Malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 200 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua pelajar, sistem Bill Presentment melalui Perbankan Internet dan aplikasi mudah alih yang baharu pada masa ini belum dapat digunakan bagi tujuan pembayaran yuran UiTM buat sementara waktu sehingga pemakluman selanjutnya daripada pihak Bank Islam.

Walaubagaimanapun, pembayaran masih boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut;

1. Kaunter Bank Islam
2. Mesin ATM Bank Islam
3. Pautan pembayaran secara atas talian di portal pelajar : https://fpx.uitm.edu.my/byrnpel/bendahari/DisclaimerNewEdited.asp
4. Sistem Bill Presentment melalui Internet Banking yang lama – www.bankislam.biz [Hanya untuk pelanggan yang belum beralih ke Internet Banking yang baharu]

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

"PELAJAR CAKNA, PELAJAR BIJAK"
HEBAHAN PELAJAR/ALUMNI: BINA KERJAYA ANDA BERSAMA JOHOR TALENT DEVELOPMENT COUNCIL (JTDC)

Johor Talent Development Council (JTDC) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Johor bersama Kerajaan Persekutuan bagi menyelaraskan ekosistem penawaran dan permintaan tenaga kerja di Johor.

Manfaat yang anda bakal peroleh:
✅ Gaji Premium sesuai dengan kemahiran anda
✅ Latihan dan bimbingan secara berterusan
✅ Caruman KWSP & PERKESO

Jangan lepaskan peluang ini! Mohon segera!
Bina kerjaya anda Bersama JTDC

Hantarkan Permohonan Anda Sekarang!
https://forms.gle/Eo77DVjXbPWcaVeR6
Peringatan Akhir‼️

Mohon tindakan pelajar yang telah diluluskan penangguhan pembayaran yuran pengajian dengan status Y3 untuk mengambil tindakan segera selewat-lewatnya pada 10 Januari 2025 (Jumaat) bagi mengelak dari dikenakan status Gugur Taraf (GT) muktamad. Untuk makluman, tiada rayuan pembatalan gugur taraf dibenarkan dalam tempoh ini.

Sekian, terima kasih.
‼PENGUMUMAN‼
.
HEBAHAN KEPUTUSAN & SEMAKAN SURAT TAWARAN KE PROGRAM DIPLOMA / SARJANA MUDA SENI BINA (CFAP243) LEPASAN SPM SESI 2 2024/2025 (KEMASUKAN MAC 2025)
.
Hebahan keputusan ke program Diploma / Sarjana Muda Seni Bina (CFAP243) Lepasan SPM boleh disemak pada ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Januari 2025
Hari: Jumaat
Masa: 03.00 Petang
Portal Semakan: pengambilan.uitm.edu.my
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Semakan Temu Duga : https://pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Diploma & Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 3166
Emel Unit Diploma & Pra Diploma:
pengambilan.diploma@uitm.edu.my
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PINDAAN CAJ PERKHIDMATAN PENGELUARAN RASMI BERKAITAN MAKLUMAT PELAJAR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan Pekeliling Akademik UiTM Bilangan 17 Tahun 2024, kenaan caj baharu RM10.00 akan dikenakan bagi permohonan dan pengeluaran surat rasmi berkaitan maklumat akademik seorang pelajar bermula 13 Januari 2025. Kenaan ini adalah termasuk mini transkrip, surat pengesahan tamat pelajar, surat pengesahan pelajar, surat pengesahan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar atau lain-lain surat rasmi yang berkaitan.

3. Permohonan dokumen rasmi maklumat pelajar perlu melalui student portal dan pembayaran diproses secara atas talian sahaja. Pelajar boleh merujuk infografik yang dikeluarkan Jabatan Akademik dan Antarabangsa UiTM sebagai panduan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
KAJI SELIDIK KEPUASAN HATI PELANGGAN SYARIKAT KONSESI DAMAI ABADI ( JOHOR ) FACILITY MANAGEMENT SDN. BHD DI UiTM PASIR GUDANG

Untuk makluman, pihak Konsesi telah menyediakan borang kaji selidik Kepuasan Hati Pelanggan bagi menilai tahap prestasi kerja ( penyelenggaraan ) di UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang pada tahun 2024. Oleh itu, pihak kami memohon para pelajar meluang masa sedikit dengan memberi maklum balas borang kaji selidik secara online bagi menilai prestasi kerja Konsesi dalam tempoh 1 tahun.

https://bit.ly/2024KAJISELIDIKKEPUASANPELANGGAN

Perhatian dan kerjasama daripada pihak saudara/i (pelajar) amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"