UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
‼PENGUMUMAN‼
.
HEBAHAN KEPUTUSAN & SEMAKAN SURAT TAWARAN KE PROGRAM DIPLOMA / SARJANA MUDA SENI BINA (CFAP243) LEPASAN SPM SESI 2 2024/2025 (KEMASUKAN MAC 2025)
.
Hebahan keputusan ke program Diploma / Sarjana Muda Seni Bina (CFAP243) Lepasan SPM boleh disemak pada ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Januari 2025
Hari: Jumaat
Masa: 03.00 Petang
Portal Semakan: pengambilan.uitm.edu.my
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Semakan Temu Duga : https://pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Diploma & Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 3166
Emel Unit Diploma & Pra Diploma:
pengambilan.diploma@uitm.edu.my
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PINDAAN CAJ PERKHIDMATAN PENGELUARAN RASMI BERKAITAN MAKLUMAT PELAJAR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan Pekeliling Akademik UiTM Bilangan 17 Tahun 2024, kenaan caj baharu RM10.00 akan dikenakan bagi permohonan dan pengeluaran surat rasmi berkaitan maklumat akademik seorang pelajar bermula 13 Januari 2025. Kenaan ini adalah termasuk mini transkrip, surat pengesahan tamat pelajar, surat pengesahan pelajar, surat pengesahan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar atau lain-lain surat rasmi yang berkaitan.

3. Permohonan dokumen rasmi maklumat pelajar perlu melalui student portal dan pembayaran diproses secara atas talian sahaja. Pelajar boleh merujuk infografik yang dikeluarkan Jabatan Akademik dan Antarabangsa UiTM sebagai panduan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
KAJI SELIDIK KEPUASAN HATI PELANGGAN SYARIKAT KONSESI DAMAI ABADI ( JOHOR ) FACILITY MANAGEMENT SDN. BHD DI UiTM PASIR GUDANG

Untuk makluman, pihak Konsesi telah menyediakan borang kaji selidik Kepuasan Hati Pelanggan bagi menilai tahap prestasi kerja ( penyelenggaraan ) di UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang pada tahun 2024. Oleh itu, pihak kami memohon para pelajar meluang masa sedikit dengan memberi maklum balas borang kaji selidik secara online bagi menilai prestasi kerja Konsesi dalam tempoh 1 tahun.

https://bit.ly/2024KAJISELIDIKKEPUASANPELANGGAN

Perhatian dan kerjasama daripada pihak saudara/i (pelajar) amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SISTEM PERMOHONAN MINI TRANSKRIP DAN DOKUMEN PELAJAR

Untuk makluman, sistem permohonan mini transkrip dan dokumen pelajar akan ditutup sementara bermula 31 Januari 2025 (hari ini), jam 5.00 petang bagi memberi laluan kepada proses peperiksaan akhir.

Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai keperluan boleh membuat permohonan dengan kadar segera selewat-lewatnya jam 4.30 petang hari ini bagi tindakan HEA selanjutnya. Sistem akan dibuka semula pada 14 Mac 2025.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
31 Januari 2025 | Jumaat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sedia maklum, peperiksaan akhir Sesi Februari 2025 akan berlangsung sepanjang tempoh 03 - 20 Februari 2025. Sehubungan itu, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang boleh merujuk dan memahami panduan peperiksaan akhir yang telah disediakan sebagai persiapan awal.

Pelajar juga boleh rujuk taklimat ringkas yang telah disediakan melalui pautan https://youtu.be/mcombc7nTnA.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
TATACARA SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI FEB 2025 (UNTUK PELAJAR)

📌 Semak Tarikh dan Masa Peperiksaan

• Portal Pelajar, atau;
• https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm

📌 Semak Lokasi dan Kedudukan Peperiksaan

• ⁠http://10.92.1.23/emas/emas.php (guna wifi UiTM sahaja)
• Pilih “Jadual Peperiksaan Pelajar”
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR FEB 2025.pdf
Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hari pertama esok, jangan lupa 👇

✅ Set alarm/ remind kawan-kawan dan family untuk kejut bangun awal
✅ Alat tulis (pen, pensil, pembaris, pemadam)
✅ ⁠Kalkulator (jika berkaitan)
✅ Pas masuk (kad pelajar & slip peperiksaan)
✅ Pakaian mengikut SRD peperiksaan
✅ Datang awal (8.30 pagi masuk dewan)

Semoga semua pelajar beroleh kejayaan 🌹
PERINGATAN MESRA‼️

Semua pelajar perlu mematuhi sahsiah rupa diri (SRD) sepanjang peperiksaan seperti poster di atas.

Nota:
• Jaket fakulti ❌
• Seluar jeans ❌
• Jubah (Jumaat) ❌
• Kurta (Jumaat) ❌
UiTM Kampus Pasir Gudang Official pinned «Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hari pertama esok, jangan lupa 👇 ✅ Set alarm/ remind kawan-kawan dan family untuk kejut bangun awal ✅ Alat tulis (pen, pensil, pembaris, pemadam) ✅ ⁠Kalkulator (jika berkaitan) ✅ Pas masuk (kad pelajar &…»
Peringatan kepada semua pelajar‼️

Sepanjang pengajian di UiTM, elakkan dari melakukan tindakan yang boleh memperjudikan masa depan diri sendiri. Anda datang dengan harapan, biarlah pulang dengan kejayaan.

Semoga berjaya 🌹
PEMBUKAAN PERMOHONAN UPUOnline®️ BAGI KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA) & MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA BPT) BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026

📌 FASA 1
🗓️ 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025 

📌 FASA 2 *
🗓️ 14 April 2025 – 18 Mei 2025

* program pengajian bertemu duga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa 2.

🗝️ PEMBELIAN NOMBOR PIN UPUOnline®️ MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
🗓️ Bermula 9 Februari 2025

📍 350 Kaunter Cawangan
🏧 700 mesin ATM BSN
🌐 Perbankan Internet myBSN

Jangan lepaskan peluang untuk merebut 350 program yang disediakan untuk lepasan SPM manakala 1,131 program ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT.

Pautan Kenyataan Media:
https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/kenyataan-media-permohonan-upuonline-r-bagi-kemasukan-ke-ipta-dan-mara-bpt-sesi-akademik-2025-2026

#uitmdihatiku
#uitmpilihanutama

Panjangkan (share/forward) kepada kenalan, sahabat handai, sanak saudara atau ahli keluarga yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di menara gading.
Perhatian‼️ 🔉🔉🔉

Pemakluman Keputusan MUET Sesi 3/2024