UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalammualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

PENGUNDIAN PROGRAM PAYNET DIGITAL CAMPUS 3.0 – KATEGORI KAMPUS TERBAIK

UiTM Cawangan Johor sekali lagi berjaya tersenarai sebagai FINALIS Pertandingan PAYNET DIGITAL CAMPUS 3.0 dan pembentangan kampus akan berlangsung pada 27 Februari 2025 nanti.

Justeru, saya ingin menyeru sokongan dari semua warga kampus UNTUK MENGUNDI kampus kita semasa program berlangsung seperti butiran berikut:
❗Tarikh: 27 FEBRUARI 2025 (KHAMIS)
❗Masa & Platform untuk mengundi: akan dimaklumkan pada hari pertandingan

Sama-sama kita sokong dan mainkan peranan dengan mengundi kampus kita pada hari tersebut bagi membolehkan UiTM Cawangan Johor menggondol anugerah Kampus Digital Terbaik!

Mohon dipanjangkan hebahan ni kepada pelajar dan rakan-rakan di bahagian/fakulti tuan/puan.

Terima kasih.

Rektor
UiTM Cawangan Johor
Assalamualaikum semua warga uitmcj

Mohon sokongan semua warga untuk mengundi kampus *UiTM JOHOR* dalam sesi Pitching PayNet Digital Campus 3.0 melalui qr code yang disertakan.

❗️Undian dibuka mulai 10.30 pagi - 3.30 petang* https://app.sli.do/event/fhtVHxRnRAsEamquNDhZVm/live/polls

Mohon hebahkan kepada rakan2 dan pelajar2 di bhg/fakulti masing2..

Undian anda sangat bermakna untuk kejayaan kampus kita!!❤️💙
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semua pelajar diingatkan untuk memastikan telah menyelesaikan perkara berikut:

1. Tiada tunggakan yuran/ bil ✅
2. Maklum balas SuFO ✅

Pelajar yang gagal menjelaskan salah satu atau kedua-dua perkara di atas akan mengakibatkan keputusan peperiksaan dan penilaian akhir Sesi 1 2024/2025 akan DISEKAT.

Sekian, harap maklum.
📣📣📣
HEBAHAN KEPUTUSAN LEPASAN PENERAPAN/DIPLOMA UiTM KE PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2024

Kategori lepasan yang terlibat adalah:
➜ Lepasan Diploma UiTM
➜ Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM

Keputusan permohonan ke program Sarjana Muda sepenuh masa sesi 2 2024 (Mac 2025) bagi kategori di atas boleh disemak mulai 17 Mac 2025 (Isnin) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah dari 17 Mac 2025 hingga 23 Mac 2025 sahaja. Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
Mohon perhatian bagi pelajar yang terlibat‼️ 🔊🔊🔊
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN KULIAH AKADEMIK SESI 2 2024/2025

Untuk makluman, kuliah bagi Sesi 2 2024/2025 (Mac - Ogos 2025) akan bermula pada 24 Mac 2025 (Isnin). Sehubungan itu, semua pelajar dikehendaki melakukan persediaan awal sebelum semester baharu bermula.

Nota: Tertakluk kepada Hari Kelepasan Am yang telah diisytiharkan di bawah Negeri Johor bagi tahun 2025.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
18 Mac 2025
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Tuan/Puan

PEMAKLUMAN AGIHAN PENJUALAN PELEKAT KENDERAAN UiTM BAGI TAHUN 2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan proses permohonan dan penjualan Pelekat Kenderaan UiTM Tahun 2025 bagi kategori Staf akan mula dibuka pada 20 Mac 2025 bermula jam 10.00 pagi di seluruh Kampus UiTM.

3. Proses permohonan dan pembayaran Pelekat Kenderaan UiTM Tahun 2025 bagi Kategori Staf boleh dibuat secara atas talian melalui capaian web https://uaps.uitm.edu.my Akses sistem ini adalah menggunakan akaun _Single Sign On (SSO) UiTM_ dan _Login Google Id._

4. Manakala, bagi permohonan Pelekat Kenderaan UiTM Tahun 2025 bagi Kategori Pelajar pula akses sistem akan dibuka bermula 07 April 2025 bermula jam 10.00 pagi.

5. Sehubungan itu, sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Tuan/Puan terdapat sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan Pelekat Kenderaan UiTM, boleh terus merujuk dengan Pejabat Polis Bantuan UiTM berhampiran atau emailkan kepada Urusetia e-Pelekat Kenderaan.

Perhatian dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Disediakan oleh

Ketua Polis Bantuan
Ibu Pejabat Polis Bantuan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Saudara/Saudari

TARIKH-TARIKH PENTING SESI 2 2024/2025

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan kalendar akademik UiTM Sesi 2 2024/2025, beberapa tarikh penting telah disenaraikan untuk rujukan para pelajar. Sehubungan itu, semua pelajar diminta untuk cakna akan tarikh-tarikh penting seperti dilampirkan supaya tidak mengganggu proses akademik pada semester ini.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Dimajukan Poster Tarikh2 Penting Aktiviti Pendaftaran Kursus Semester Mac - Ogos 2025 (20252), Kumpulan B. Kalendar Akademik 20252 yg lengkap boleh diakses di https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️

🎓 PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI LEPASAN PENERAPAN UiTM KE PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA AMBILAN SESI 1 2025/2026 UiTM.

🎓 PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL (FIA, ACCA & ICSA) AMBILAN SESI 1 2025/2026 UiTM.

🎓 PERMOHONAN KE PROGRAM (MBBS240/PH240/DS240) AMBILAN SESI 1 2025/2026 UiTM.

✏️ PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.

Sekian, dimaklumkan.

Selamat maju jaya.

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Permohonan : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bppuitm

Unit Diploma dan Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194 / 3196 / 8067
Emel Unit Sarjana Muda: pengambilan.diploma@uitm.edu.my

Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3174/3195/3198/2798/3277
Emel Unit Sarjana Muda: pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

Unit Pentadbiran dan Program Profesional
No. Tel : 03-5544 3168/3172
Emel Unit Pentadbiran dan Program Profesional : pengambilan@uitm.edu.my

#jommasukuitm
#uitmpilihan1
#selangkahkeuitm
#MalaysiaMadani
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗨𝗶𝗧𝗠) 𝗸𝗲-𝟭𝟬𝟭

Seluruh Warga UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-101. Masa yang dinantikan telah tiba, raikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian. Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101 akan berlangsung bermula pada 7 Mei hingga 12 Jun 2025 mengikut jadual seperti berikut:

🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺 - 𝟳 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 - 𝟮𝟳 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 - 𝟭𝟬 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟮 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱

Info lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-101, layari https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
https://myalumnicard.uitm.edu.my/login

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Tonton siaran langsung menerusi YouTube UiTM Channel:
https://youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZAnvY1CwvceOaVNKZlivNa2&si=sr67_MazwTW6FFTP

Jangan lupa untuk mengikuti Media Sosial Rasmi UiTM:
Facebook: https://www.facebook.com/uitmrasmi
Instagram: https://www.instagram.com/uitm.official/
X: https://x.com/uitmofficial
TikTok: https://www.tiktok.com/@uitm_channel
YouTube: https://www.youtube.com/@UiTMChannel

Selamat bergraduasi, semoga detik ini menjadi pencetus semangat dan inspirasi meniti kejayaan yang lebihcemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #KonvoUiTM101
📣 PENGUMUMAN 📣

1️⃣ PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI LEPASAN PENERAPAN (TAHUN AKHIR) UiTM KE PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA AMBILAN SESI 1 2025/2026.

2️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL (FIA, ACCA & ICSA) AMBILAN SESI 1 2025/2026.

3️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM MBBS240/PH240/DS240 BAGI LEPASAN HS111,AS114,AS120,PH110 AMBILAN SESI 1 2025/2026 UiTM
.

Pastikan calon menyemak kelayakan syarat khas program sebelum memohon.

Permohonan: pengambilan.uitm.edu.my
semakSyarat: selangkah.uitm.edu.my
Live chat: tawk.to/bpp

Unit Diploma dan Pra Diploma
☎️ 0355443194 / 0355443196 / 0355443166 / 0355443162
📧 pengambilan.diploma@uitm.edu.my

Unit Sarjana Muda
☎️ 0355443195 / 0355443198 / 0355443174 / 0355442798 / 0355442797 / 0355443277
📧 pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

Unit Pentadbiran dan Profesional
☎️ 0355443168 / 0355443172 / 0355443167
📧 pengambilan@uitm.edu.my

Harga jualan nombor pin BSN boleh dirujuk pada pemakluman terdahulu.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

DIBUKA: PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20252

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian (e-deferment) telah DIBUKA bagi tempoh 24 Mac - 30 April 2025. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran Y3. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada 23 Jun 2025.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Mohon perhatian bagi pelajar yang terlibat‼️ 🔊🔊🔊
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

TERKINI: PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA (RSS) PEPERIKSAAN AKHIR FEBRUARI 2025 DAN RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN (RMP)

Untuk makluman, pindaan tarikh akhir permohonan Rayuan Penyemakan Semula (RSS) Peperiksaan Akhir Februari 2025 dan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) adalah seperti berikut:

• 25 Mac 2025 (Selasa), jam 1.30 Petang

Hal ini adalah berikutan keperluan sidang mesyuarat peringkat Negeri dilaksanakan lebih awal sebelum cuti perayaan berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

Diharapkan agar semua pelajar dapat ambil maklum akan perubahan ini. Segala kesulitan amat kami kesali.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
25 MAC 2025 | SELASA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

[ PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN KOLEJ KEDIAMAN SESI MAC - OGOS 2025 ]

Merujuk kepada perkara di atas , permohonan pengecualian bayaran kolej Sesi Mac - Ogos 2025 akan dibuka mulai 24 Mac 2025 - 14 April 2025.

Pelajar yang layak memohon pengecualian bayaran kolej kediaman :
📍 Pelajar sepenuh masa yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan
📍 Pendapatan keluarga di bawah RM2,500.00

Borang boleh diisi di :
📍 https://drive.google.com/file/d/1APi7sRzN4WouPRAp-6fU-LXtO98-0zMI/view?usp=sharing
📍 Dokumen sokongan yang dilampirkan didalam sistem perlu di scan dalam 1 salinan kerana hanya 1 salinan sahaja dibenarkan di dalam GForm

Pelajar yang membuat permohonan akan mendapat email permohonan yang dihantar. Salinan borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan perlu diserahkan kepada Pejabat Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar.

Sekian, terima kasih.

Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله


Selamat datang Dan kembali kepada Mahasiswa/Mahasiswi bagi sesi Mac 2025 - Ogos 2025.😊😊

Permohonan Zakat Dan sedekah adalah Salah satu inisiatif bagi meringankan Pelajar Muslim yang mempunyai masalah kewangan.

UiTM Cawangan Johor menyediakan pelbagai saluran dalam membantu pelajar Dan Salah satunya adalah permohonan Zakat secara atas talian (Online).

Justeru itu, kepada Mahasiswa Dan Mahasiswi yang mempunyai masalah kewangan boleh memohon Zakat di https://ezakat.uitm-itms.com/login.php

sebarang persoalan atau masalah boleh hubungi kami di talian Pejabat Hal Ehwal Islam (📞 atau Whatsapp business)
07-3818038
07-3818050
07-3818051

Sekian, terima kasih

#uitmpgpeduli
Untuk makluman semua pelajar UiTMPG ✨