UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
PEMAKLUMAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2025 KINI DIBUKA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 3/2025 yang dijadualkan pada Oktober 2025 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00 melalui pautan bit.ly/BayaranMUETJ432025

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUETJ432025 selewat-lewatnya pada 17 Julai 2025 (Khamis), jam 11.59 Malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 200 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818006 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.
PENDAFTARAN MUET
Photo from shaif432
TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI 20252
Thursday, July 17 · 2:30 – 4:00pm
Time zone: Asia/Kuala_Lumpur
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/ymf-csyd-kwo
Or dial: (US) +1 802-551-1198 PIN: 441 720 949 #
More phone numbers: https://tel.meet/ymf-csyd-kwo?pin=5370338113918
Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang..mohon kerjasama semua Pelajar Kampus Pasir Gudang untuk masuk Google Meet
Taklimat Peperiksaan Akhir akan bermula sebentar sahaja lagi
TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR (SIRI A DAN B)
Gabungkan kedua slaid ini.
Terpaksa diasingkan untuk memudahkan proses mengubah dari Powerpoint kepada Pdf.
Assalammualaikum wbt dan Salam Jumaat.
Mohon perhatian kepada pelajar Siswa....mohon patuhi Sahsiah Rupa Diri seperti yang telah saya sebut dalam Taklimat Peperiksaan Akhir semalam.
Jika rambut panjang.....mohon gunting rambut
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

*SURVEI PENGALAMAN PELAJAR DI INSTITUSI (SPPdI) BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR SESI 2 2024/2025 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI - UiTM*

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.SPPdI ialah kaji selidik yang komprehensif bagi mengumpul maklum balas pelajar semester akhir universiti awam di Malaysia bermula tahun 2025. Sasaran pelaksanaan SPPdI merupakan semua pelajar semester akhir peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah (PhD) yang mengikuti pengajian di universiti awam, merangkumi pelajar warganegara dan antarabangsa.

3.Justeru itu, mohon jasa baik semua pelajar semester akhir Sesi 2 2024/2024 UiTM untuk mengisi survei pada pautan:

https://graduan.mohe.gov.my/SPPdI/LogMasuk.aspx

Segala kerjasama pelajar amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

PEJABAT TRANSFORMASI UNIVERSITI (TRU)

Tel : 03-5544 2107/2071/2525/2078
Fax : 03-55442070
Emel: statistik@uitm.edu.my