UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️

🎓 PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI LEPASAN PENERAPAN UiTM KE PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA AMBILAN SESI 1 2026/2027 UiTM.

🎓 PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL (FIA, ACCA & ICSA) AMBILAN SESI 1 2026/2027 UiTM.

🎓 PERMOHONAN KE PROGRAM (MBBS240/PH240/DS240) AMBILAN SESI 1 2026/2027 UiTM.

✏️ PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON : selangkah.uitm.edu.my

Sekian, dimaklumkan.
Selamat maju jaya.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Permohonan : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bppuitm

☎️Unit Diploma dan Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3178 / 3193 / 3191
Emel Unit Diploma dan Pra Diploma: penerapan.diploma@uitm.edu.my

☎️Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3174/3195/3198/2798/3277
Emel Unit Sarjana Muda: pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

☎️Unit Pentadbiran dan Program Profesional
No. Tel : 03-5544 3168/3172
Emel Unit Pentadbiran dan Program Profesional : pengambilan@uitm.edu.my


#jommasukuitm
#Jadikanuitmpilihan1
#selangkahkeuitm
#MalaysiaMadani
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

DIBUKA: PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20262

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian (e-deferment) telah DIBUKA bagi tempoh 24 Mac - 26 April 2026. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran Y3. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada 26 Jun 2026.

Nota: Status Gugur Taraf (GT) akan dikenakan sekiranya tiada pembayaran yuran direkodkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
[𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡] 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗨𝗶𝗧𝗠) 𝗞𝗘-𝟭𝟬𝟰

Seluruh Warga UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-104. Masa yang dinantikan telah tiba, raikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 akan berlangsung bermula pada 𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 mengikut jadual seperti berikut:

🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺 - 𝟲 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 - 𝟵 - 𝟭𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 - 𝟮𝟯 - 𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲

Maklumat lanjut berkenaan Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-104, layari laman web rasmi Bahagian Rekod Pelajar & Konvokesyen UiTM. (Pautan diruangan komen)

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
https://myalumnicard.uitm.edu.my/login

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Selamat bergraduasi. Semoga detik ini menjadi permulaan yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!

Maklumat lanjut berkenaan Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-104, layari https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad #KonvoUiTM104
🎓✨ *MAKLUMAN PENTING UNTUK IBU BAPA & CALON PELAJAR LEPASAN SPM/STPM SETARAF 2025*✨🎓
📢*KAUNTER KONSULTASI PERMOHONAN UPUOnline* kini dibuka!

Anda masih keliru tentang *permohonan UPU bagi permohonan kemasukan ke UiTM?*🤔
Jangan risau! Datang dan dapatkan bimbingan terus daripada pegawai yang berpengalaman 👍
👨‍🎓👩‍🎓 Terbuka kepada:
✔️ Lepasan SPM
✔️ Lepasan STPM / Setaraf
📅 Tarikh: 08 – 09 April 2026 (Rabu-Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Lokasi: Ruang Lobi, Bahagian Pengambilan Pelajar, Kompleks Antarabangsa, UiTM Shah Alam

💡 Kenapa anda perlu hadir?
✨ Semakan & bantuan isi UPUOnline
✨ Nasihat pemilihan program yang tepat.
✨ Elak kesilapan dalam permohonan
✨ Mohon bawa *slip Keputusan SPM, dokumen permohonan UPU/berkaitan dan slip semakan syarat* ke UiTM. Semakan syarat boleh dibuat di: https://selangkah.uitm.edu.my/

Jangan tunggu lagi, jom sertai UiTM dan bina masa depan gemilang bersama kami.
Jadikan UiTM pilihan No.1 anda!

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

Selamat datang Dan kembali kepada Mahasiswa/Mahasiswi bagi sesi Mac – Julai 2026 🥰🥰🥰

Permohonan Zakat Dan sedekah adalah Salah satu inisiatif bagi meringankan Pelajar Muslim yang mempunyai masalah kewangan.🛒🛒

UiTM Cawangan Johor menyediakan pelbagai saluran dalam membantu pelajar Dan Salah satunya adalah permohonan Zakat secara atas talian (Online).

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor bagi sesi Mac – Julai 2026 kini dibuka.

🌟🌟Tempoh permohonan: 26 Mac 2026 hingga 24 April 2026🌟🌟

Justeru itu, kepada Mahasiswa Dan Mahasiswi yang mempunyai masalah kewangan boleh memohon Zakat di https://ezakat.uitm-itms.com/login.php

Kami mohon bantuan juga, penasihat Akademik khususnya, menasihati pelajar yang belum membayar yuran Pengajian, boleh membuat penangguhan bayaran yuran dan mendapatkan maklumat dari Pejabat Bahagian Hal Ehwal Akademik.

sebarang persoalan atau masalah boleh hubungi kami di talian Pejabat Hal Ehwal Islam ( atau Whatsapp business)📞📞
07-3818038
07-3818051

Sekian, terima kasih

#uitmpgpeduli
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍‼
.
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 (𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍) 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕 (𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐊𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔)

𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐏𝐌/𝐌𝐀𝐓𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈/𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈/𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐈𝐏𝐓 𝐋𝐀𝐈𝐍/𝐃𝐕𝐌/𝐃𝐋𝐊𝐌/𝐒𝐓𝐀𝐌/𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐈𝟎𝟎𝟓

Hebahan panggilan temu duga Program Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) boleh disemak mulai 09 APRIL 2026 (Khamis) jam 3.00 petang.

Bagi calon yang tidak dipanggil ke sesi temu duga, proses pemilihan program bukan bertemu duga akan terus dijalankan.

Sekian, dimaklumkan.
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam, Selangor
.
Semakan Temu Duga : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174/ 2797/ 2798
Emel Unit Sarjana Muda:
pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman, penjanaan bil yuran pengajian bagi pelajar Prasiswazah (Mod SML) dan Pascasiswazah telah dibuka bermula 23 Mac 2026 hingga 26 April 2026.

Sehubungan itu, pelajar diminta untuk menekan butang jana bil di Portal Pelajar dan bil yuran pengajian akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam.

Jika bil yuran pengajian masih tidak dipaparkan, mohon emelkan ke kewanganpelajar@uitm.edu.my
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

⚠️ NOTIS GANGGUAN CAPAIAN INTERNET KAMPUS ⚠️

Harap maklum, akan terdapat gangguan capaian internet pada hari ini bermula jam 6:00 petang hingga 10:00 malam.

Terima kasih.
📢 Jom Masuk Universiti (JMU 2026)!📢
Zon Selatan dan Zon Sabah 2 kini telah tiba.
Peluang ke IPTA kini lebih dekat dengan anda!
🎓

🗓️ 18-19 April 2026 (Sabtu & Ahad)
📍📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru &
📍 📍 Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu

Warga Selatan dan Zon Sabah 2 jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Booth UiTM:
✅ Dapatkan konsultasi UPU secara terus
✅ Tanya apa sahaja tentang kursus & syarat kelayakan ke UiTM
✅ Rancang masa depan pendidikan anda dengan lebih yakin
✨ Nasihat pemilihan program yang tepat.
✨ Elak kesilapan dalam permohonan
✨ Mohon bawa slip Keputusan SPM, dokumen permohonan UPU/berkaitan dan slip semakan syarat ke UiTM. Semakan syarat boleh dibuat di: https://selangkah.uitm.edu.my/

Jangan tunggu lagi, jom sertai UiTM dan bina masa depan gemilang bersama kami.

Jadikan UiTM pilihan No.1 anda!

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
#jommasukuitm
#Jadikanuitmpilihan1
#selangkahkeuitm
#MalaysiaMadani
HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA UiTM
SESI 1 2026/2027 (KEMASUKAN OKTOBER 2026)


Perhatian kepada calon Program Asasi TESL / Diploma / Sarjana Muda BE243 UiTM bagi kategori Lepasan SPM (UPU) & Penerapan Pra Diploma.

Semakan panggilan temu duga boleh dibuat pada ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 19 April 2026
🗓 Hari: Ahad
🕒 Masa: 3.00 petang
🌐 Pautan: pengambilan.uitm.edu.my


Calon juga dimohon untuk membaca dengan teliti Surat Panggilan Temu Duga serta arahan keperluan temu duga yang disediakan.

✨ SELAMAT MAJU JAYA ✨
Jadikan UiTM Pilihan no 1


Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Unit Diploma & Pra Diploma
☎️ 03-5544 3166 / 3196 / 3194
📧 pengambilan.diploma@uitm.edu.my
☎️ 03-5544 3178 / 3193 / 3191
📧 penerapan.diploma@uitm.edu.my
MAKLUMAN : TINDAKAN SEGERA PELAJAR TAJAAN BDPT LZS

Kepada semua pelajar tajaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) Lembaga Zakat Selangor (LZS
):

Pelajar dikehandaki mengemaskini maklumat penaja anda kepada LEMBAGA ZAKAT SELANGOR di Portal MyStudent/Fine Student Portal setiap awal semester.

Kegagalan mengemaskini maklumat penaja akan menyebabkan nama pelajar TERKECUALI daripada senarai laporan bayaran oleh LZS.

Mohon ambil tindakan segera untuk memastikan kelancaran proses pembayaran yuran anda.
PANDUAN DAN LARANGAN MENDUDUKI UJIAN MUET

Calon MUET, pastikan anda bersedia sepenuhnya sebelum melangkah ke dewan peperiksaan! ✅

Ambil perhatian panduan penting sebelum, semasa, dan selepas ujian agar perjalanan peperiksaan anda berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

⚠️ Ingat!
Kegagalan mematuhi peraturan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

📌 Rancang awal
📌 Ikut arahan pengawas
📌 Elakkan sebarang pelanggaran

Semoga berjaya dan lakukan yang terbaik dalam ujian anda! 💪✨

#MajlisPeperiksaanMalaysia #menjanapentaksiranjitu #MUET
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

PERINGATAN AKHIR‼️: PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20262

Tarikh akhir permohonan penangguhan yuran pengajian adalah pada 26 April 2026. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/ dengan kadar segera untuk elak daripada dikenakan status GT.

Nota: Status Gugur Taraf (GT) akan dikenakan sekiranya tiada pembayaran yuran direkodkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Perhatian ‼️📣

Untuk makluman semua pelajar UiTM Cawangan Johor
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PEMAKLUMAN SISTEM VALIDASI DIBUKA BAGI SESI 2 2025/2026 (20262)

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem validasi melalui portal pelajar telah dibuka bagi tempoh 27 April - 03 Mei 2026. Sehubungan itu, semua pelajar dikehendaki membuat proses validasi dengan kadar segera bagi mengelak dari sebarang masalah kelak. Keperluan cetakan salinan adalah seperti berikut:

• 1 Salinan - Simpanan Pelajar
• ⁠1 Salinan - Simpanan PA
• ⁠1 Salinan - Serah di kaunter BHEA

Nota: Sistem validasi keluar pada paparan pelajar sahaja dan tiada pelanjutan tempoh bagi yang gagal mengambil tindakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Perhatian dan tindakan semua pelajar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang