UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
496 photos
6 videos
40 files
277 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

TERKINI‼️: PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20262

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan penangguhan yuran pengajian telah dilanjutkan sehingga 13 MEI 2026.

Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/ dengan kadar segera untuk elak daripada dikenakan status GT.

Nota: Status Gugur Taraf (GT) akan dikenakan sekiranya tiada pembayaran yuran direkodkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

PENTING ‼️

Tarikh Akhir Bayar Yuran:
• 16 Mei 2026

Tarikh Akhir Bayar Yuran (Lulus Penangguhan Bayaran):
• 12 Jun 2026

Pemberian Status ⁠Gugur Taraf:
• 22 Mei 2026


Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
06 Mei 2026
تهنيئه
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Universiti Teknologi MARA atas pencapaian membanggakan dalam Kadar Bekerja Graduan (GE) 2025 sebanyak 94.5% serta Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) 2025 sebanyak 94.6%.

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan UiTM dalam melahirkan graduan holistik, kompeten, berdaya saing dan relevan dengan kehendak industri serta keperluan negara. Kejayaan ini juga mencerminkan usaha bersepadu pensyarah, staf, pelajar, alumni dan rakan industri dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Semoga UiTM terus unggul sebagai institusi yang melahirkan modal insan profesional, berkualiti dan berjiwa besar demi agama, bangsa dan tanah air.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad #KonvoUiTM104
PENGUMUMAN‼️
.
HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM SARJANA MUDA (PENDIDIKAN) SESI 1 2026/2027 (KEMASUKAN OKT 2026)


Hebahan panggilan temu duga Program Sarjana Muda (Pendidikan) boleh disemak mulai 18 MEI 2026 (Isnin) jam 12.00 tengah hari.


Bagi calon yang tidak dipanggil ke sesi temu duga, proses pemilihan program bukan bertemu duga akan terus dijalankan.
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Semakan Temu Duga : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174/ 2797/ 2798
Emel Unit Sarjana Muda:
pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
Peringatan mesra kepada para graduan: Sila patuhi sahsiah rupa diri apabila menghadiri Istiadat Konvokesyen ye.

#SenyumKonvo #KonvoUiTM104 #UiTMdihatiku
📢 HEBAHAN RASMI KEPUTUSAN & SEMAKAN SURAT TAWARAN PERMOHONAN UPUONLINE LEPASAN SPM UiTM

Tahniah kepada semua calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027. 🎓

✅ Program Asasi | ✅ Program Diploma | ✅ Program BE243

Semakan keputusan & penempatan kampus boleh dibuat mengikut ketetapan seperti berikut:

📅 Semakan Keputusan UPUOnline
🌐 upu.mohe.gov.my / Aplikasi UPU Pocket / Aplikasi MyGOV
🗓️ 22 Mei 2026 (Jumaat)
🕛 12.00 Tengah Hari


📅 Semakan Penempatan Kampus UiTM
🌐 pengambilan.uitm.edu.my
🗓️ 23 Mei 2026 (Sabtu)
🕒 3.00 Petang


📌 Penting untuk calon berjaya:
✔️ Klik Setuju Terima & lengkapkan Pendaftaran Dalam Talian bermula 23 – 31 Mei 2026
✔️ Sila baca dengan teliti Surat Tawaran dan Panduan Pendaftaran Pelajar sebelum membuat pengesahan penerimaan tawaran


Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar, UiTM

📞 Unit Diploma & Pra Diploma
03-5544 3166 | 3196| 3194
📧 pengambilan.diploma@uitm.edu.my
Selamat bercuti pertengahan semester mahasiswa UiTM.
Gunakan masa cuti ini untuk berehat, luangkan masa bersama keluarga dan tenangkan fikiran setelah penat berjuang sepanjang semester.

Tapi jangan lupa, tugasan dan assignment masih menunggu 😄
Bijak urus masa. Rehat itu penting; tanggungjawab pun jangan tinggal. Semoga cuti ini beri semangat baru untuk terus melangkah lebih jauh!

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, status Gugur Taraf (GT) muktamad akan dikenakan pada 01 Julai 2026 kepada pelajar yang gagal menjelaskan yuran pengajian Sesi 2 2025/2026 mengikut tempoh ditetapkan.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pelajar untuk mengambil tindakan segera bagi mengelak daripada sebarang kesulitan kelak.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
28 Mei 2026
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

DIBUKA: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2026

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 3/2026 yang dijadualkan pada Oktober 2026 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM160.00 (RM150 - Yuran MUET & RM10 - Caj Operasi) melalui pautan https://bit.ly/BayaranMUETJ432026.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUETJ432026 selewat-lewatnya pada 28 Jun 2026 (Ahad), jam 11.59 Malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 200 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
19 Jun 2026 | Jumaat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) SESI 1 TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya saya mendokan semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan sihat walafiat.

2. Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa keputusan ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 akan diumumkan pada 24 Jun 2026, (Rabu) mulai jam 10:00 pagi.

3. Calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu turut boleh membuat semakan keputusan ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 melalui kaedah yang berikut:

a) Melalui pautan https://mecea.mpm.edu.my/MUETR atau Portal MPM>Sistem Semakan Keputusan MUET pada 24 Jun 2026, (Rabu) mulai jam 10:00 pagi; atau

b) Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888 pada 24 Jun 2026, (Rabu) mulai jam 10:00 pagi.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor
🔊 PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN CUTI KHAS & PENANGGUHAN PENGAJIAN SESI 20262
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 1,064 Kertas Soalan Peperiksaan UiTM bagi Sesi Akademik I 2025/2026 telah dimuat naik dan kini boleh diakses oleh warga UiTM.

Koleksi ini merangkumi program:

• Pra Diploma
• Diploma
• Sarjana Muda
• Sarjana

Akses boleh dibuat melalui Portal PERMATA dengan kaedah berikut:

1. Log masuk ke Portal PERMATA.
2. Pilih Information Resources.
3. Klik Exam Paper.
📌 Pautan Portal PERMATA: https://permata.uitm.edu.my/

Nota: Sistem ini hanya mengandungi kertas soalan peperiksaan akhir sahaja. Skema jawapan tidak disediakan.

Manfaatkan kemudahan ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan dan ulang kaji yang lebih berkesan.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Unit Korporat dan Kolaborasi, PTAR
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

PENTING‼️: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2026 (UNTUK PELAJAR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BHEA UiTM Kampus Pasir Gudang akan mengadakan Taklimat Peperiksaan Akhir Sesi Julai 2026 kepada pelajar UiTMPG mengikut ketetapan berikut:

• Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
• Masa: 10.00 Pagi
•Tempat: DK200


3. Kehadiran semua pelajar baharu semester 1 adalah DIWAJIBKAN. Manakala pelajar lama pula amat dialu-alukan bagi menambahbaik pengetahuan berkaitan persediaan ke peperiksaan akhir.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) akan mengadakan satu sesi taklimat seperti ketetapan berikut:

Tajuk : Taklimat Penilaian / Peperiksaan Akhir Sesi Mac - Ogos 2026
Tarikh : 9 Julai 2026 ( Khamis )
Masa : 10.00 pagi
Platform : YouTube Live Academic Assessment & Evaluation (https://www.youtube.com/live/k1yUKzjX52c?si=baTKXdegYPfii7Ml)

Taklimat terbuka kepada semua warga UiTM (pelajar dan pensyarah).

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Prof. / tuan / puan / saudara / saudari berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PENTING‼️: SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2 2025/2026 (JULAI 2026)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang (termasuk iCEPS) kini boleh membuat semakan jadual Peperiksaan Akhir Julai 2026 melalui pautan https://bit.ly/EMASUiTMPG > pilih Jadual Peperiksaan Pelajar atau imbas kod QR pada poster.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

PERINGATAN MESRA: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2026 (UNTUK PELAJAR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BHEA UiTM Kampus Pasir Gudang akan mengadakan Taklimat Peperiksaan Akhir Sesi Julai 2026 kepada pelajar UiTMPG mengikut ketetapan berikut:

• Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
• Masa: 10.00 Pagi
•Tempat: DK200


3. Kehadiran semua pelajar baharu semester 1 adalah DIWAJIBKAN. Manakala pelajar lama pula amat dialu-alukan bagi menambahbaik pengetahuan berkaitan persediaan ke peperiksaan akhir.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang