UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.81K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Selamat bercuti pertengahan semester mahasiswa UiTM.
Gunakan masa cuti ini untuk berehat, luangkan masa bersama keluarga dan tenangkan fikiran setelah penat berjuang sepanjang semester.

Tapi jangan lupa, tugasan dan assignment masih menunggu ๐Ÿ˜„
Bijak urus masa. Rehat itu penting; tanggungjawab pun jangan tinggal. Semoga cuti ini beri semangat baru untuk terus melangkah lebih jauh!

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, status Gugur Taraf (GT) muktamad akan dikenakan pada 01 Julai 2026 kepada pelajar yang gagal menjelaskan yuran pengajian Sesi 2 2025/2026 mengikut tempoh ditetapkan.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pelajar untuk mengambil tindakan segera bagi mengelak daripada sebarang kesulitan kelak.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
28 Mei 2026
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

DIBUKA: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 3/2026

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 3/2026 yang dijadualkan pada Oktober 2026 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM160.00 (RM150 - Yuran MUET & RM10 - Caj Operasi) melalui pautan https://bit.ly/BayaranMUETJ432026.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUETJ432026 selewat-lewatnya pada 28 Jun 2026 (Ahad), jam 11.59 Malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 200 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
19 Jun 2026 | Jumaat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) SESI 1 TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya saya mendokan semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan sihat walafiat.

2. Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa keputusan ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 akan diumumkan pada 24 Jun 2026, (Rabu) mulai jam 10:00 pagi.

3. Calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu turut boleh membuat semakan keputusan ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 melalui kaedah yang berikut:

a) Melalui pautan https://mecea.mpm.edu.my/MUETR atau Portal MPM>Sistem Semakan Keputusan MUET pada 24 Jun 2026, (Rabu) mulai jam 10:00 pagi; atau

b) Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888 pada 24 Jun 2026, (Rabu) mulai jam 10:00 pagi.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor
๐Ÿ”Š PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN CUTI KHAS & PENANGGUHAN PENGAJIAN SESI 20262
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 1,064 Kertas Soalan Peperiksaan UiTM bagi Sesi Akademik I 2025/2026 telah dimuat naik dan kini boleh diakses oleh warga UiTM.

Koleksi ini merangkumi program:

โ€ข Pra Diploma
โ€ข Diploma
โ€ข Sarjana Muda
โ€ข Sarjana

Akses boleh dibuat melalui Portal PERMATA dengan kaedah berikut:

1. Log masuk ke Portal PERMATA.
2. Pilih Information Resources.
3. Klik Exam Paper.
๐Ÿ“Œ Pautan Portal PERMATA: https://permata.uitm.edu.my/

Nota: Sistem ini hanya mengandungi kertas soalan peperiksaan akhir sahaja. Skema jawapan tidak disediakan.

Manfaatkan kemudahan ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan dan ulang kaji yang lebih berkesan.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Unit Korporat dan Kolaborasi, PTAR
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

PENTINGโ€ผ๏ธ: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2026 (UNTUK PELAJAR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BHEA UiTM Kampus Pasir Gudang akan mengadakan Taklimat Peperiksaan Akhir Sesi Julai 2026 kepada pelajar UiTMPG mengikut ketetapan berikut:

โ€ข Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
โ€ข Masa: 10.00 Pagi
โ€ขTempat: DK200


3. Kehadiran semua pelajar baharu semester 1 adalah DIWAJIBKAN. Manakala pelajar lama pula amat dialu-alukan bagi menambahbaik pengetahuan berkaitan persediaan ke peperiksaan akhir.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datoโ€™ / Datuk / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) akan mengadakan satu sesi taklimat seperti ketetapan berikut:

Tajuk : Taklimat Penilaian / Peperiksaan Akhir Sesi Mac - Ogos 2026
Tarikh : 9 Julai 2026 ( Khamis )
Masa : 10.00 pagi
Platform : YouTube Live Academic Assessment & Evaluation (https://www.youtube.com/live/k1yUKzjX52c?si=baTKXdegYPfii7Ml)

Taklimat terbuka kepada semua warga UiTM (pelajar dan pensyarah).

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datoโ€™ / Datuk / Datin / Prof. / tuan / puan / saudara / saudari berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

ุงูˆุณู‡ุงุŒ ุชู‚ูˆู‰ุŒ ู…ูˆู„ูŠุง
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PENTINGโ€ผ๏ธ: SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2 2025/2026 (JULAI 2026)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang (termasuk iCEPS) kini boleh membuat semakan jadual Peperiksaan Akhir Julai 2026 melalui pautan https://bit.ly/EMASUiTMPG > pilih Jadual Peperiksaan Pelajar atau imbas kod QR pada poster.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

PERINGATAN MESRA: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2026 (UNTUK PELAJAR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BHEA UiTM Kampus Pasir Gudang akan mengadakan Taklimat Peperiksaan Akhir Sesi Julai 2026 kepada pelajar UiTMPG mengikut ketetapan berikut:

โ€ข Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
โ€ข Masa: 10.00 Pagi
โ€ขTempat: DK200


3. Kehadiran semua pelajar baharu semester 1 adalah DIWAJIBKAN. Manakala pelajar lama pula amat dialu-alukan bagi menambahbaik pengetahuan berkaitan persediaan ke peperiksaan akhir.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
๐Ÿšจ ๐—”๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐Ÿšจ

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengesan kewujudan ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฒ๐—ฏ ๐—ฝ๐—ฎ๐—น๐˜€๐˜‚ yang menyamar sebagai ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ž๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—จ๐—ถ๐—ง๐— 

โš ๏ธ ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ, ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ, ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ pada laman web tersebut.

โœ… Akses semua sistem UiTM ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฒ๐—ฏ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ, semak URL sebelum log masuk dan jangan kongsi kata laluan atau kod OTP kepada sesiapa.

Sekiranya anda telah mengakses laman tersebut, ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ dan hubungi Unit ICT kampus masing-masing untuk bantuan.

๐Ÿ”’ Kekal berwaspada. Lindungi akaun anda, lindungi data universiti.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad #UiTMCakna
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

[HEBAHAN PENTINGโ€ผ๏ธ] PEMAKLUMAN LARANGAN DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, beberapa item khususnya peranti elektronik adalah TIDAK DIBENARKAN untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan berkuat kuasa Sesi Mac - Ogos 2026 (20262). Senarai boleh dirujuk melalui poster hebahan.

3. Sehubungan itu, pelajar UiTM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang peribadi masing-masing. Pihak UiTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barang di lokasi peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
16 Julai 2026
PERINGATAN MESRAโ€ผ๏ธ

Semua pelajar perlu mematuhi sahsiah rupa diri (SRD) sepanjang peperiksaan seperti poster di atas.

Nota:
โ€ข Jaket fakulti โŒ
โ€ข Seluar jeans โŒ
โ€ข Jubah (Jumaat) โŒ
โ€ข Kurta (Jumaat) โŒ