Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
SOLAT KUSUF (GERHANA MATAHARI)

"... Dalam khutbah Nabi saw, Baginda saw diperlihatkan Syurga dan Neraka. Apabila melihat Syurga, Nabi saw melangkah ke depan, lalu saf Sahabat ra juga melangkah ke depan, sehingga Nabi saw hendak memetik seranting anggur dengan bersabda bermaksud, "Jika aku memetiknya, nescaya kamu akan memakannya sehingga ke akhir dunia".

Kemudian diperlihatkan kepada Nabi saw akan Neraka lalu Nabi saw mengundur ke belakang, diikuti saf Sahabat ra juga mengundur ke belakang. Nabi saw bersabda bermaksud, "Aku melihat Amru bin Lihya Al-Khuza'iy di dalam Neraka (beliau ketua penduduk Mekah di zaman Jahiliyah) menarik-narik ususnya dalam api neraka, kerana dia orang pertama yang melakukan upacara sembelih lembu dan ternakan untuk dihadiahkan kepada berhala dan orang pertama yang menukar agama Nabi Ibrahim as. kepada menyembah berhala dan berdoa kepada selain Allah. Oleh itu, beliau di azab pedih.

Nabi saw melihat seorang perempuan diazab kerana seekor kucing yang dikurungnya tanpa diberi makan dan minum, dan tidak pula dibebaskannya untuk mencari makan sendiri di bumi Allah...(baca selanjutnya) http://wp.me/p8vTY-1C7

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulama' Ahlus Sunnah Sedunia
Ahli Majlis Syura ISMA
8 Mac 2016
3 MAC 2016 : TAHUN KE 92 TAMATNYA KHILAFAH ISLAMIYAH

Semalam pada 3 Mac 2016, genap 92 tahun Khilafah Islamiyah ditamatkan di Turki oleh musuh-musuh Islam sedunia. Kejatuhan khilafah Islam adalah satu malapetaka terbesar umat zaman ini. Lebih menyedihkan lagi adalah, dengan kejahilan dan kealpaan Umat, peristiwa tersebut maupun ulangtahunnya berlalu saban tahun tanpa disedari atau diratapi oleh ramai masyarakat.

Kesannya pada hari ini, di zaman kini, Umat Islam terdedah kepada bahaya serangan musuh-musuhnya siang dan malam, sepanjang masa dan dari kesemua sudut yang boleh dikira oleh kita, samada sudut perang fizikal seperti ketenteraan dan politik, maupun serangan spiritual seperti budaya, akhlak, pemikiran, ideologi, ilmu, akidah dan kefahaman.

Apa yang kita dapati dari bacaan, maupun yang kita saksikan dengan mata kepala sendiri menerusi media dan riwayat, jutaan dibunuh dan masih dibunuh, jutaan menjadi pelarian yang merempat mencari sesuap nasi harian di negara-negara Islam lain atau berhijrah ke negara-negara Barat menunggu anak-anak mereka terdedah kepada diayah Kristianisasi, ideologi liberal atau pegangan atheisma (tanpa tuhan) di negara-negara Kristian ... (baca selanjutnya) https://inijalanku.wordpress.com/2016/03/04/tahun-ke-92-tamat-khilafah/

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulama' Ahlus Sunnah Sedunia
Ahli Majlis Syura Isma
4 Mac 2016
FATIMAH BT. RASULULLAH SAW.
Penghulu Ahli Syurga Wanita

Hari yg esoknya dia meninggal, Fatimah nyatakan kpd Asma bt Umais ra dia malu nanti esok dilihat dlm keadaan stratcher terbuka, nampak kain kapan dan bentuk badannya.

Lalu Asma berusaha mendapatkan keranda tertutup, maka gembiralah Fatimah.

Malu Fatimah sehingga sedemikian, walau 5 lapis kafan, dlm keadaan jenazah. Bagaimana sekiranya Fatimah melihat hari ini, pakaian ramai wanita-wanita Islam di tempat umum, sedang beliau adalah penghulu ahli Syurga wanita.

Benarlah hadis Nabi saw, "Sungguh sifat malu tidak mendatangkan kecuali kebaikan" (hadis riwayat Al-Bukhari).

@ ringkasan oleh inijalanku.wp.com

‏لما مرضت فاطمة رضي الله عنها مرض الموت الذي توفيت فيه، دخلت عليها «أسماء بنت عميس» رضي الله عنها تعودها وتزورها
فقالت «فاطمة» لـ «اسماء» والله إني لأستحيي أن أخرج غدا ، (أي إذا مت) على الرجال جسمي من خلال هذا النعش!! ..
وكانت النعوش آنذاك عبارة عن خشبة مصفحة يوضع عليها الميت ثم يطرح على الجثة ثوب ولكنه كان يصف حجم الجسم، فقالت لها «اسماء» أو لا نصنع لك شيئاً رأيته في الحبشة؟!
فصنعت لها النعش المغطى من جوانبه بما يشبه الصندوق ودعت بجرائد رطبة فحنتها ثم طرحت على النعش ثوباً فضفاضا واسعا فكان لا يصف!
فلما رأته «فاطمة» قالت لـ «اسماء»: سترك الله كما سترتني!! ..
سبحان الله تستحيي وهي ميتة مكفنة في خمسة أثواب !!!
ماالذي سيظهر منها ؟؟
ومن الذين سيحملونها ؟؟
وهل هو موقف فيه أي نوع من أنواع الفتنة ؟؟
فهي ليست في سوق أو حديقة أو منتزه !! بل في موقف حزن ..

لله درُّها تستحي وهي ميتة فما بال الأحياء لا يستحون ؟؟؟
فلو مرت فاطمة رضي الله عنها في أسواقنا اليوم !! ورأت من مات حياؤها!! فخصّرت العباءة ولونت أطرافها وتكسرت في مشيتها وعلت ضحكاتها وفاحت رائحة عطرها !! فماذا ستقول رضي الله عنها ؟؟
بل أين من تقول للمحتشمات إنهنّ معقدات فهل فاطمة معقدة ؟؟
إذا كانت معقدة فهنيئاً للمعقدات !! لأن الله سبحانه وتعالى قد أرسلَ ملكاً من الملائكة لمحمد صلى الله عليه وسلم برسالة عظيمة ..
وبشارة من أعظم البشارات ..يقول فيها سبحانه : ” بشِّر فاطمة أني كتبتها هي سيدة نساء اهل الجنة ” ..
الله أكبر .. سيدة نساء أهل الجنة .. ماالذي أوصلها لهذه المنزلة ؟؟
هنيئا لها ولمن سيجاورها..
قال عليه الصلاة والسلام ( الحياء لا يأتي إلا بخير ) رواه البخاري .
🌷🌷🌷🌷🌷🌷

رحم الله امرأه" .. نشرتها بين النساء
ورحم الله رجلا نشرها لأهله 🌹🌹🌹🌹🌹
He said today that he now realised Isma’s position as a non-governmental organisation that champions issues relating to race and religion and Malaysia based on the Federal Constitution, and that its members nationwide and overseas actively spread Islam.

Noting that Isma has never been directly or indirectly involved with terror activities, Paulsen said he is withdrawing his tweet as a result of the misunderstanding that arose.

“As the statement in my tweet has been misinterpreted as if I linked Isma to the terror attacks at the Charlie Hebdo office in Paris, I now retract my statement in that tweet.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/lawyer-eric-paulsen-isma-jointly-settle-defamation-suits
SELAMAT DATANG RAMADAN YANG DIBERKATI

"... Dari ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang banyak mengenai kelebihan puasa, solat Tarawih, sedekah, melakukan kebajikan, berzikir dan beriktikaf dan sebagainya, dapat kita membuat sedikit rumusan amali yang elok kita laksanakan di sepanjuang bulan Ramadan yang berkat ini. Diantaranya ialah :

1. Mendorong ahli-ahli keluarga berpuasa. Mulakan dengan sedikit latihan dan kata-kata semangat di akhir bulan Syaaban.

2. Menghidupkan solat tarawih.

3. Berkongsi dalam berbuka puasa, moreh dan lain-lain aktiviti berkait Ramadan bersama masyarakat.

4. Menghiasi rumah di sepanjang bulan Ramadan dan Syawal (bukan Syawal sahaja).

5. Bersedekah. Khususnya kepada badan-badan Dakwah Islam.

6. Mengenalpasti orang-orang miskin yang layak dibantu dalam bulan Ramadan.

7. Membuat jemputan berbuka puasa di rumah dan menyenarai saudara mara dan sahabat handai dengan lebih awal, dari sekarang.

8. Mengkhatam Al-Quran.

9. Menghidupkan suasana Al-Quran di dalam masyarakat. Membacanya di semua tempat samada di rumah, pejabat, ketika menunggu bas atau kawan dll.

10. Membaca buku-buku Islam berkaitan Ramadan.

11. Mendengar kuliah-kuliah mengenai Ramadan ..."
(Baca selanjutnya
https://inijalanku.wordpress.com/2012/07/21/selamat-datang-ramadan-yang-diberkati/)

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulama' Ahlus Sunnah Sedunia
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
9 Jun 2016
RAMADAN BULAN PENTING PERJUANGAN ISLAM

Selepas Perang Badar, dakwah Islam dibawah petunjuk Al-Quran, dibawah pimpinan Rasulullah saw semakin maju dan berkembang. Tentera Baginda bertambah dari 313 di Badar kepada 700 di Uhud dan 3000 di Khandak, 18 tahun sejak wahyu diturunkan di Gua Hirak.

Selepas Perjanjian Hudaibiah, tentera Islam melonjak kepada 10,000 orang, penambahan 7,000 orang dalam masa hanya 2 tahun. Sebab itu Allah swt menyifatkan Perjanjian Hudaibiah sebagai satu “Kemenangan”.

Pada tahun 8 Hijrah, Allah swt mentakdirkan Quraisy membatal Perjanjian Hudaibiah, lalu Rasulullah saw menggerakkan 10,000 orang tentera untuk menawan Mekah.

Peristiwa besar ini berlaku dalam bulan Ramadan.

Apabila Mekah, selaku ibu negara Semenanjung Arab, jatuh ke tangan Islam, maka seluruh kabilah Arab tidak mempunyai pilihan lain selain menerima Islam sebagai agama.

Hanya sekitar 10 tahun selepas itu, dizaman Umar Al-Khattab, kabilah Arab mengalahkan Empayar Rom dan Empayar Parsi, kuasa-kuasa besar dunia, menjadikan mereka pemimpin dan pembimbing dunia ini dengan hidayah Allah swt ... (baca selanjutnya
https://inijalanku.wordpress.com/2011/08/08/ramadan-fasa-penting-perjuangan-islam/)

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulama Ahlus Sunnah Sedunia
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
12 Jun 2016
Abdul Halim Abdullah:
DAKWAH KITA ADALAH DAKWAH CINTA

Oleh itu, satu hakikat penting ialah Dakwah kita ini menyeru kepada Cinta. Cinta Allah, Rasul dan balasan di Akhirat sebagai asas.

Begitu juga Dakwah kita mengajar agar cinta kepada teman-teman seperjuangan dan masyarakat Islam disekeliling kita.

Dari perasaan Iman dan Cinta ini kita menyeru manusia. Ke arah Cinta juga kita mendidik mereka.

Ya ALlah, kurniakan kami kecintaan kepadaMu, rasulMu dan kekasih-kekasihMu. Kurniakanlah juga kepada kami kecintaan kepada mereka yang berjuang untuk memenangkan AgamaMu. Kasihkan kami kepada isteri, anak-anak, keluarga dan ikhwah akhawat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki hati-hati ini...(Baca selanjutnya
https://inijalanku.wordpress.com/2007/11/02/dakwah-kita-adalah-dakwah-cinta/)

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulama Ahlus Sunnah Sedunia
13 Jun 2016
UKHUWWAH

Imam Hasan Al Banna ra menghendakki Ukhuwwah itu dengan katanya "واقل الحب سلامة الصدر واعلاه مرتبة الايثار .." bermaksud "Kasih sayang atau Ukhuwwah yang paling minima adalah berlapang dada dan yang paling maksima adalah Al-Ithar iaitu mengutamakan sahabat kita lebih dari diri kita sendiri".

Alangkah jelasnya kayu ukur yang ditunjukkan di depan kita. Sekiranya ada hati yang terguris, maka tiada dada yang lapang lalu hilanglah Ukhuwwah, salah satu rukun dalam Amal Jamaiyy.

Moga Allah swt memelihara hati dan jiwa kita dari menyimpan perasaan negatif dan sempit dada terhadap sahabat kita yang lain.

Us. Abd Halim Abdullah
Ikatan Ulama Ahlus Sunnah
14 Jun 2016.