Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
[23/09 8:51 PM] Azidah Alias K81: Atas permintaan rakan2.. kita bersetuju utk mewujudkan Tabung Sumbangan Ikhlas kpd keluarga Allahyarham Ahmad Ghazali Bin Johari melalui akaun saya seperti berikut:

CIMB 0612 0002546 052
Mohamad Zamil Md Yunus

Tarikh tutup 7/10/2016.

[23/09 8:54 PM] Azidah Alias K81: 👆🏼 untuk sesiapa Yg berhajat memberi bantuan kepada keluarga Allayarham. Di fahamkan anak anak masih kecil dan isteri tidak bekerja.
Fwdd

Pagi ini kita beri kata *"Apa Kabarmu Duhai Hati?"*

Pernahkah terlintas dalam benak kita sebuah tanya,

*"Bila nanti ajal menjemput, dengan hati apa kita akan menemui Allah...???"*

Seringkali kita bertemu dengan saudara, kerabat atau teman dekat, pertanyaan mereka selalu yg sama.

Bagaimana khabar kesehatan kamu..?

Bagaimana khabar keluarga kamu..?

Bagaimana khabar pekerjaan kamu..?

Sangat jarang atau bahkan tak pernah kita mendengar mereka bertanya,

*"Bagaimana kondisi hati kamu..?"*

Bagi sebagian orang pertanyaan ini bahkan terasa aneh. Tapi... Bagaimanapun juga kita perlu bertanya, paling tidak terhadap diri kita sendiri.

Abu Hurairah -radhiallahu anhu- berkata:
*"Hati adalah raja, sedangkan anggota tubuh adalah tentera. Jika raja itu baik, niscaya baik pula tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tentaranya”.*

Ia, Segumpal darah yang bernama *hati* itu harus selalu terjaga, karena dengan hati kita mengenal Allah, dengan hati kita mendekat kepada-Nya, dengan hati kita menyusuri jalan menuju-Nya dan dengan hati pula kita akan kembali menemui-Nya.

Allah azza wajallah berfirman: *"(Yaitu) di hari harta dan anak-anak tiada lagi berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih(sejahtera)."*(Asy-Syu'ara': 88-89).

Lalu dimanakah hati yang bersih itu...? Ibnul Qayyim Al Jauziyah mengatakan: *"Carilah kedamaian hatimu ditiga tempat, saat mendengarkan Al-Qur'an, saat menghadiri majelis ilmu, atau saat menyendiri dalam Ibadah. Jika engkau tidak mendapatkannya, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memberimu hati yang lain. Karena (pada hakikatnya) engkau tak lagi memiliki hati."*  (Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah).
Suntikan Tasauf di Pagi Jumaat

ALIM PADA LISAN TAPI JAHIL PADA HATI

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati". Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa. Orang yang memiliki ilmu yang bermanafaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan orang yang arif. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya". Disebut juga, ilmu yang bermanafaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi: "Ilmu yang bermanafaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih- kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan".

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan penduduknya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".

Allah SWT berfirman (maksudnya): Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum: 7)

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat. Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat. Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Ilmu itu hanyalah alat... maka jangan sekadar alim diakal... tapi jahil dihati. Bermaksud jadikan ilmu itu sebagai alat bagi membentuk jiwa rohani yang syuhud menyaksi Allah... hingga hati melihat keESAan dan Wujud Allah yang nyata pada setiap martabat wujud hingga ianya berakhlak dengan Allah disetiap gerak dan diamnya. Kalau ilmu tersebut tidak menjadi asbab dia dapat membersihkan hatinya dengan amalan2 kerohanian agar hatinya mikraj bersama Allah... maka ilmu itu masih sebagai alat yg tidak akan mengubah jiwa rohaninya... menyebabkan hatinya tetap tidak memandang Allah, maka hatinya itu tetap Jahil!

Semu
ga bermanfaat
1 MUHARRAM MENGENANG HIJRAH

" Setelah melalui Jalan Dakwah ini hampir 30 tahun lamanya, disamping untung dan pentingnya memiliki teman hidup atau isteri yang sejati, mempunyai teman perjuangan yang hakiki juga memberi daya dorongan dan kejayaan yang amat besar.

Sebaliknya jika bergerak nampak beramai tetapi hakikat ukhuwwah dan kesungguhan masing-masing sebenarnya keseorangan, maka ia membantut amal dan menghalang keberkatan dan kejayaan.

Setelah beriman dikalangan orang yang terawal, menarik ramai orang masuk Islam dan membenarkan peristiwa Israk Mikraj yang tak terjangkau oleh akal manusia, Abu Bakar As-Siddiq ra meminta izin Rasulullah saw untuk berhijrah.

Nabi saw meminta dia tunggu dengan sabdanya bermaksud, “Mudah-mudahan Allah mengadakan bagimu seorang teman (dalam Hijrah)”. Gembira tak terkata, Abu Bakar ra menyiapkan 2 ekor kenderaan Hijrah untuk Rasulullah saw dan dirinya sendiri.

Detik bersejarah iaitu Hijrah Rasulullah saw dicipta bersama-sama dengan sahabatnya yang paling setia. Mereka juga bersama berdua di dalam Gua Thaur.

Hakikat ini bukan sahaja disahkan oleh sejarah, tetapi direkodkan Allah swt hingga ke Hari Kiamat dengan firmanNya, “… Ketika kedua-dua mereka di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya, ‘Jangan takut, Allah bersama kita’ “. (At-Taubah).

Demikian hakikat perjuangan dan teman iaitu berdua, teman dan kita, bukan berseorang, musuh dalam selimut dan aku !!

Jemaah Islam yang memperjuangkan Islam dengan sebenar-benarnya harus mengamati hakikat ini. Ia mesti bebas sebebas-bebasnya dari percaturan yang terdapat dalam parti-parti politik kepartaian dan badan-badan tidak Islamik yang sering kedapatan tikaman-tikaman dari belakang dikalangan barisan kepimpinannya, kemudian merebak ke bawah dikalangan ahli pula.

Akhirnya perjuangan tak mana, tidak berjaya. Kalaupun nampak menang, kemenangannya tidak berbentuk kemenangan Islam yang sejati. Sebaliknya ia hanya bentuk pencapaian, dan bukan kemenangan." Baca selanjutnya https://inijalanku.wordpress.com/2008/12/29/1-muharram-mengenang-hijrah/


Us. Abdul Halim Abdullah
29 Dis 2008
TEMAN SEJATI WARNAI HIJRAH & PERJUANGAN

" Dari peristiwa Hijrah dan Gua Thaur terhimpun segala erti keikhlasan dan pengorbanan.

Abu Bakar As-Siddiq ra adalah lambang teman yang sejati dalam perjuangan dan ukhuwwah kasih sayang. Keterlibatan Asmak binti Abu Bakar ra membawa makan minum ke Gua Thaur adalah lambang keberanian dan menyangkal peranan wanita hanya diaspek-aspek yang sempit.

Bersembunyi, kerahsiaan dan mengambil usaha dan ikhtiar adalah dari petunjuk-petunjuk Seerah yang penting dan jelas.
Menegakkan negara yang daulatkan undang-undang dan sistem Islam adalah matlamat Hijrah yang asasi dan objektif perjuangan Islam dan para Rasul dahulu, kini dan selamanya.

Hijrah dan Gua Thaur mengingatkan mereka yang tidak membantu berjuang memenangkan Islam bahawa Allah berkuasa memenangkan agamaNya tanpa mereka sedikitpun. “Sekiranya kamu tidak membantu dia (Muhammad), maka (ketahuilah) Allah telah membantu dia. Ketika mereka berdua dihalau oleh orang-orang kafir. Ketika mereka berdua di dalam gua …” (At-Taubah).

Islam pasti menang dengan sumbangan mereka atau tanpa mereka, malahan dengan atau tanpa kita sendiri…

Maal Hijrah menjelang lagi sedang pada hari-hari ini di depan mata kita, umat Islam masih dibawah kekuasaan Barat yang tegak di atas asas aqidah Kristian, Yahudi, atheis atau materialis.

Resolusi umat Islam hari ini lemah tidak bermaya, jauh sekali dilaksanakan seolah-olah ia kembali ke fasa sebelum Gua Thaur ketika Hijrah, sedang Resolusi Barat yang diputuskan di dalam maupun di luar PBB harus dipatuhi dan dilaksanakan.

Umat Islam harus kembali memahami dan menghayati perjuangan Nabi saw, peristiwa Hijrah dan Gua Thaur sekiranya mereka ingin mengulangi dan mengecapi kegemilangan Tamaddun Islam demi kebahagiaan manusia sejagat di dunia dan di Akhirat." Baca selanjutnya
https://inijalanku.wordpress.com/2010/12/07/salam-hijrah-dari-gua-hijrah-gua-thaur/


Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
7 Dis 2010
Fwdd

MENIPU, BERPALING DARI KEBENARAN, BERBOHONG, KAZZAB & CATATAN DISISI ALLAH SEBAGAI PENDUSTA.

Tahukah kita bahawa orang yg suka menipu akan selalu menipu kerana kebenaran yg mereka terpaksa sembunyikan. Mereka takut menghadapi malu kerana sebelum ini akibat berbohong.

Akibat susah menyorok penipuan, tak mahu bertaubat dari kesilapan lalu, pendusta kebiasaannya akan terus berdusta melalui pelbagai alasan yg direka.

Seorang yang berdusta itu telah berpaling dari kebenaran yang ada, menjadi ketiadaan, dan berpengaruh kepada kebathilan. Jika perbuatan-perbuatan itu telah merusaknya dan kebohongan telah mempengaruhinya, maka hatinya menjadi hati yang dusta dari lisannya. Dia tidak bisa mengambil manfaat dengan lisannya dan juga amalan-amalannya.

Karena itulah berdusta adalah pokoknya kejahatan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ

Sesungguhnya dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka.

Yang pertama kali terpengaruh oleh perbuatan dusta dalam jiwa adalah lisan, dan itu akan merusaknya. Kemudian berpengaruh kepada anggota badan dan merusak amalan-amalannya sebagaimana dusta itu merusak lisan dalam perkataan-perkataannya. Sehingga ia berdusta dalam perkataan, perbuatan, dan keadaannya. Akibatnya, dia rusak, penyakitnya terus berlanjut sampai binasa. Jika Allâh Azza wa Jalla tidak memperbaikinya dengan obat kejujuran, Dia akan mencabut kejujuran tersebut dari hatinya.

Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahwa berdusta itu membawa kepada kejahatan. Yaitu, jika seseorang berdusta dalam perkataannya, maka dia akan terus dalam keadaan seperti itu sampai akhirnya berbuat jahat. Wal ‘iyâdzu billâh. Dan itu telah keluar dari ketaatan, termasuk kedurhakaan dan maksiat. Berbuat jahat menyeret seseorang ke Neraka, Allâh Azza wa Jalla berfirman :

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ ﴿٧﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ ﴿٨﴾ كِتَابٌ مَرْقُومٌ ﴿٩﴾ وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ

Sekali-kali jangan begitu! Sesungguhnya catatan orang yang durhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin. Dan tahukah engkau apakah Sijjin itu? (Yaitu) kitab yang berisi catatan (amal). Celakalah pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan! (yaitu) orang-orang yang mendustakannya (hari pembalasan).” [Al-Muthaffifiin/83:7-11]

Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta

Kita berlindung kepada Allâh dari termasuk orang-orang yang suka berdusta. Karena berdusta itu jika seseorang terbiasa melakukannya, maka dia akan berdusta dalam segala hal. Dan dia akan dicatat di sisi Allâh sebagai kadzdzâb (orang yang banyak berdusta).[6]

Karena inilah, asal amalan hati semuanya adalah dari kejujuran, dan lawannya seperti riya’, ujub, sombong, berbangga diri, lemah, malas, penakut, dan lainnya asalnya adalah dari perbuatan dusta.

Maka semua amalan shalih yang tampak maupun yang tersembunyi asalnya dari kejujuran. Dan semua amalan jelek yang tampak maupun yang tersembunyi asalnya dari perbuatan dusta.

Allâh Azza wa Jalla akan menghukum orang yang suka berdusta dengan menahan dan menghalanginya dari maslahat dan manfaat. Allâh Azza wa Jalla akan membalas orang yang jujur dengan memberinya taufiq dalam melakukan amal shalih di dunia dan akhirat.[7]

Rujukan:

[6]. Syarah Riyâdhis Shâlihîn (hlm. 160-161) karya Syaikh Muhammad bin Shâlih.
[7]. Fawâ’idul Fawâ’id (hlm. 300).

📡 Sebaran Ilmu - Markaz Dakwah Sunnah (MDSS)
☪ MINGGU TERBAIK PUASA SUNAT
〰〰〰〰〰〰〰〰

🕋 ISNIN » 10 Okt
🔴 Puasa Sunat 9 Muharam (Tasu'a) + Puasa Sunat Hari Isnin

🕋 SELASA » 11 Okt
🔴 Puasa Sunat 10 Muharram (Asyura)

🕋 RABU » 12 Okt
🔴 Puasa Sunat 11 Muharram

🕋 KHAMIS » 13 Okt
🔴 Puasa Sunat Hari Khamis

🕋 JUMAAT » 14 Okt
🔴 Puasa Sunat Hari Putih (13,14 & 15 setiap bulan Islam)

🕋 SABTU » 15 Okt
🔴 Puasa Sunat Hari Putih (13,14 & 15 setiap bulan Islam)

🕋 AHAD » 16 Okt
🔴 Puasa Sunat Hari Putih (13,14 & 15 setiap bulan Islam)

🕋 ISNIN » 17 Okt
🔴 Puasa Sunat Hari Isnin

〰〰〰〰〰〰〰〰
Jom meriahkan Muharram kita dgn ibadat puasa sunat..

#indahnyaislam

Channel : telegram.me/indahnyaislam
Like: fb.com/indahnyaislam.my
Web: www.indahnyaislam.my
DR MUHAMMAD KAMAL, SYAHID

Dr. Muhammad Kamal menemui syahid semalam. Moga Allah menerima shahadah beliau.

قال تعالى" وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ "
فى واحدة من أعتى جرائم السفاح أقدمت قوات أمن الانقلاب العسكري على اغتيال الدكتور محمد كمال عضو مكتب الارشاد والقيادى بجماعة الإخوان المسلمين كما اغتالت معه الدكتور ياسر شحاته مدعية أن الدكتور كمال الطبيب الذى جاوز الستين يمكن أن يحمل السلاح ويطلق الرصاص نسوا أنهم هم من أعلنوا أنهم قبضوا عليه أولا وما لبثوا بعدها بساعات أن أعلنوا أنهم قتلوه فى تبادل لإطلاق الرصاص .

الانقلاب الذى فشل فى إدارة البلاد وجرها إلى الدمار والخراب ومن ثم طحن الشعب فى أتون الغلاء والأمراض والفساد يريد الآن أن يدارى خيبته وفشله بمزيد من القتل وسفك الدم فقد أدمن هذا النظام الفاشي سفك الدماء .

لن تخيل علينا ولا على الشعب ألاعيبك الخبيثة ولن يفلت المجرمون القتلة بجريمتهم أبدا ، قريبا ستحاسب الثورة الجلادين عندها ستكون العدالة الناجزة وعندها يفرح المؤمنون ويفرح المظلومون ويفرح المصريون ولعل هذا اليوم قريبا فالانقلاب يكتب نهايته بيده .

يقول الله تعالى ( وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ (42))

تقبل الله شهداءنا وأسكنهم فسيح جناته وقاتل الله المجرمين القتله .

الإخوان المسلمون
الثلاثاء 3 من محرم 1438هـ الموافق 4 أكتوبر 2016م
DR. MUHAMMAD KAMAL, SYAHID DITEMBAK

Sejak rakyat Mesir berjaya memilih Presiden Mursi dalam pilihanraya bebas tahun 2012, diikuti dengan rampasan kuasa tentera (Kudeta) pada tahun 2013 berikutnya, para pemimpin gerakan Islam di Mesir diburu, dipenjara, disiksa dan ramai yang dibunuh.

Di pihak Rakyat, mereka terus menerus menyuarakan bantahan secara terbuka melalui perarakan, media sosial dsb, dan secara senyap melalui pertemuan dan perbincangan. Keadaan ekonomi negara yang semakin parah, dengan inflasi tertinggi serta matawang Mesir, Junaih yang menjunam teruk menyedarkan lagi Rakyat bahawa Kudeta bukan membawa kebaikan kepada mereka dan negara seperti yang dilaung-laungkan sebelum ni.

Di pihak Kudeta, mereka terus menerus cuba memadamkan kebangkitan Rakyat, by hook or by crook (samada cara baik dan halus, maupun cara jahat dan kasar). Media-media perdana diperalatkan ke arah menarik hati Rakyat terhadap Kudeta, disamping memburukkan sejarah, pemimpin dan pendokong Revolusi 2011. Pihak keselamatan Kudeta pula berterusan memenjara atau membunuh tokoh-tokoh Revolusi agar apinya dapat dipadam dan sejarah nya dilupai zaman.

Semalam, pihak keselamatan Kudeta telah membunuh salah seorang pemimpin kanan Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Kamal bersama rakannya, Dr Yasir Syihatah.

Berikut adalah kenyataan akhbar dari Ikhwan Muslimin mengenai pembunuhan kejam tersebut ...". (Baca selanjutnya http://wp.me/p8vTY-1CM)


Us. Abdul Halim Abdullah
4 Oktober 2016
PADA SYAHID ITU PETUNJUK JALAN

Beberapa hari lalu, kezaliman Kudeta Mesir mencapai salah satu kemuncaknya dengan membunuh syahid Dr Muhammad Kamal, pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir.

Ia tidak akan berhenti di noktah itu. Bahkan ia adalah isyarat bahawa pertarungan hak dan batil boleh mencapai tahap yang tidak tergambar oleh insan biasa.

Bagi Duat yang memahami tabiat (nature) Jalan Dakwah ini, syahid merupakan salah satu deposit bagi mencapai kemenangan hakiki yang dikehendakki Allah swt. Perjuangan para Rasul as dan seerah Nabi saw sendiri sebaik-baik petunjuk kepada hakikat tersebut.

Oleh itu, persediaan Rijal Dakwah bukan sekadar untuk menghasilkan insan tanpa kualiti sehebat itu, atau hanya memadai untuk menghasilkan tukang sorak, pengundi di kertas undi atau pelaksana aktiviti-aktiviti umum semata-mata.

Sebaliknya pertarungan sengit akhir zaman ini menuntut Duat yang tinggi iman, sanggup berkorban jiwa raga, faham Matlamat dan Jalan, memiliki sifat murabbi, adil, peka mengambil peluang-peluang dan cermat menangkis panahan musuh..." (baca selanjutnya http://wp.me/p8vTY-1CR).


Us. Abdul Halim Abdullah
8 Oktober 2016
GUA HIJRAH, DY/DX=0 SEERAH NABI SAW

Selepas turun dari Gua Hirak 13 tahun sebelumnya, berdakwah sehingga hari masuk ke dalam Gua Thaur, Rasulullah saw ditekan, dianiaya bahkan dicari untuk dibunuh.

Tetapi sebaik Quraisy beredar dari Gua Thaur dan Nabi saw keluar dari dalamnya, Islam berada dipihak yang lebih kuat dan berdaulat !

Suraqah bin Malik yang selepas itu mengejar Nabi saw tersungkur beberapa kali dan menjadi lemah tak berdaya sehingga Nabi saw menghampirinya dan berjanji menghadiahkannya gelang Maharaja Parsi apabila Islam menewaskan Kuasa Besar tersebut.

Nabi saw tiba di Madinah sebagai Pemimpin No.1 yang menguatkuasakan undang-undang Islam, menghalau Yahudi satu kabilah demi satu kabilah yang belot dan pada Tahun 8H menawan dan membuka Mekah.

Oleh itu Gua Thaur adalah titik perubahan fasa ditindas kepada fasa berdaulat. “Ketika mereka berdua di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya, ‘Jangan bersedih. Allah bersama kita’. Lalu Allah menurunkan ketenangan keatas mereka. Membantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat. Dia menjadikan kalimat (resolusi) kafir di bawah. Kalimah (resolusi) Allah di atas. Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana” (surah At-Taubah).

Dalam istilah matematik, Gua Thaur adalah the Stationary Point (dy/dx=0) dari kecerunan -ve (ditindas) beralih ke +ve (berdaulat) wrt time di paksi x.

Baca selanjutnya :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/01/07/salam-hijrah-dari-gua-hijrahthaur-dydx0/


Us. Abdul Halim Abdullah
13 Oktober 2016