WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna
22. Berilah sumbangan dari sebahagian wang kita kepada Dakwah. Tunaikan zakat harta kita. Peruntukkan sebahagian lagi dari wang kita untuk mereka yang memerlukannya walau sekecil mana sekalipun pendapatan kita.

23. Buatlah tabung simpanan sendiri dari sebahagian pendapatan kita walau sedikit mana sekalipun untuk menghadapi sebarang bentuk kecemasan. Janganlah sekali-kali kita bermewah-mewah dalam perbelanjaan apatah lagi tenggelam dalam kemewahan.

24. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat dan budaya Islam dan melenyapkan budaya asing dalam segenap aspek kehidupan seperti ucap selamat, bahasa pertuturan, sejarah, pakaian, perhiasan rumah, masa bekerja dan rehat, makan minum, cara ketibaan dan bersurai, kesedihan dan keraian dan sebagainya. Hidupkanlah Sunnah dalam setiap perkara di atas.

25. Kita menjauhi setiap bentuk dan perkara yang tidak Islamik seperti kelab, akhbar, organisasi, sekolah, badan dan sebagainya yang bertentangan dengan fikrah Islam sejati.

26. Sentiasa merasakan kehadiran Allah swt, mengingati Akhirat, membuat persiapan menghadapinya, berusaha melalui jalan menujuNya dengan penuh sedar dan azam, berusaha mendekati Allah swt dengan melakukan perkara-perkara sunat nawafil seperti solat malam, puasa sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan, membanyakkan zikir hati dan lidah dan mengamalkan doa yang ma'thur (sahih dari Rasulullah saw) dalam setiap keadaan.

27. Kita sempurna dalam bersuci dan berada di dalam keadaan berwudhuk sebanyak waktu yang boleh.

28. Sempurna dalam bersolat, membiasakan diri mengerjakannya dalam waktunya, berusaha menunaikan solat secara berjemaah di masjid seberapa boleh.

29. Berpuasa Ramadan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Kerjakanlah ia sekarang sekiranya sudah mampu.

RUU355 DIBENTANG
Saya lihat isi pembentangan RUU355 (Tahun 2016) di Parlimen sangat jelas, terang lagi bersuluh. Ia adalah usul meminda Akta 355 untuk meningkatkan maksima 3 hukuman Tahun 1984 :
1- Dari penjara 3 tahun ke 30 tahun.
2- Dari denda RM5,000 ke RM100,000.
3- Dari 6 sebatan ("ekor ikan pari" mengoyak kulit) kepada 100 rotan biasa.
Dua points menarik adalah :
1- Akta ini telah diamalkan sejak puluhan tahun lalu ke atas umat Islam di Malaysia. Kini ia bertujuan hanya hendak di naikkan tahap maksimumny sahaja.
Tiada yang baru pun pada subjek (orang kena hukum) yang terlibat.
2- Selama ini hukuman maksima di mahkamah sivil yang paling rendah, Mahkamah Majistret adalah lebih tinggi dari Mahkamah Syariah Tinggi.
Hampir tiada yang baru pun pada tahap (severity atau berat ringan) hukuman tersebut dalam negara kita.
Satu point yang menggerunkan kita di dunia dan Akhirat adalah :
1- Hukuman 100 rotan menepati Al-Quran, Surah An-Nur ayat 2. Maka parti-parti, pendokong, penyokong dan pengundi yang menolaknya, adalah bercanggah dengan perintah Allah swt. Nauzubillah.
Moga perundangan (tasyrik/legislation) Islam dan Mahkamah Syariah (judiciary) terus ditingkatkan. Adapun cara perlaksanaan (execution), kita serahkan kepada pihak eksekutif dan judiciary, mengikut masa, tempat dan keadaan secara bijaksana dan bertaqwa.
Us. Abdul Halim Abdullah
6 April 2017

RUU355 SURAH ANNUR AYAT 2
RUU355 mengenai 100 rotan adalah bertepatan dengan Ayat 2 Surah An-Nur. Oleh itu disamping ia adalah perintah Allah swt, ia juga adalah suatu ibadat yang wajib dilaksanakan oleh orang-orang beriman, sama seperti solat, zakat, puasa dan haji.
Perlembagaan Malaysia pula menjamin kebebasan setiap warganya menganut dan mengamalkan agama masing-masing seperti :
Perkara 11 Fasal 3 : "Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak :
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,
(b) menubuh dan menyenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat.
Kalau begitu, kenapa ada parti-parti bukan-Islam cuba masukcampur urusan umat Islam di Malaysia dengan menghalang RUU355 yang bertujuan menaiktarafkan kuasa Mahkamah Syariah agar bertepatan dengan Ayat 2 Surah An-Nur ?
Jika selama ini mereka setuju undang-undang sivil (contoh Akta Tabung Haji) boleh mendenda pesalah hingga RM200,000, tetapi kenapa kini mereka menentang RUU355 yang mahu mendenda lebih dari hanya sekadar RM5000 !!
Jika selama ini mereka setuju peliwat dihukum sehingga 30 tahun penjara, tetapi kenapa kini mereka menentang RUU355 yang mahu menghukum penjara lebih dari sekadar 3 tahun !!
Kita memberi peringatan kepada orang-orang bukan Islam di Malaysia agar jangan campurtangan urusan umat Islam untuk menguruskan hal ehwal agama mereka, apatah lagi untuk menunaikan ibadat mereka.
Kita juga menasihati ahli-ahli politik Islam agar tidak menyebelahi bukan-Islam dalam hal urusan agama Islam, walaupun di saat ini memang mereka mempunyai bilangan undi yang ketara dalam PRU.
(الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ فَإِنْ كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِنَ اللَّهِ قَالُوا أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ وَإِنْ كَانَ لِلْكَافِرِينَ نَصِيبٌ قَالُوا أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ وَنَمْنَعْكُمْ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ۚ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا)
"Dan orang-orang yang sentiasa mencari-cari kesempatan terhadap kamu. Jika kamu mendapat kemenangan, mereka akan berkata "Bukankah kami bersama kamu ?". Jika kemenangan berpihak kepada orang-orang kafir, mereka berkata "Tidakkah kami membantu kamu, dan mempertahankan kamu menghadapi orang-orang beriman ?". Maka Allah akan mengadili diantara kamu di Hari Kiamat. Sesekali Allah tidak akan beri jalan (redha) orang-orang kafir mengatasi orang-orang beriman" (An-Nisa' 141)

30. Sentiasa menanam niat Jihad, cinta mati syahid dan membuat persediaan untuknya semampu anda.

31. Perbaharui taubat dan istighfar dari masa ke semasa. Jaga diri dari dosa-dosa kecil, apatah lagi dosa-dosa besar. Peruntukkanlah satu jam sebelum tidur untuk kita menyemak diri tentang perbuatan yang telah lakukan dilakukan sepanjang hari samada baik atau buruk.

32. Hendaklah berjihad kuat melawan nafsu syahwat hingga kita dapat memimpinnya. Tundukkan pandangan, kawal perasaan, hadapi runtunan nafsu dalam diri dan tingkatkan ia dengan menyalurkannya kepada yang halal dan baik dan halang ia dari apa sahaja bentuk yang haram.

33. Jauhi arak, makanan minuman yang memabukkan dan apa sahaja yang seumpamanya.

34. Jauhi dari berkawan dengan orang-orang yang jahat lagi merosakkan serta tempat-tempat maksiat dan dosa.

35. Membenteras tempat-tempat berpoya-poya apatah lagi mengunjunginya. Jauhi dari segala bentuk bermewah-mewahan.

36. Mengenali setiap orang yang berdakwah dan bekerja untuk Islam. Kita juga memperkenalkan diri kita kepada mereka, melaksanakan hak-hak mereka seperti mengasihi, menghormati, membantu dan mengutamakan mereka dari diri kita sendiri dalam setiap pergaulan. Cuba sedaya upaya menghadiri program yang dianjurkan, jangan terlepas kecuali dengan uzur syar’iyy.

FASA MEKAH
Ketika di tingkatan 4, masa mula-mula ikut usrah tahun 1981 dulu sering disebut "tarbiyah fasa Mekah menekankan aspek iman, jiwa dan hati". 10 tahun selepas itu ketika di Al-Azhar, subjek Tafsir dan dalam usrah juga sebut Al-Quran dan Nabi saw di fasa Mekah juga tekankan aspek aqidah dan pembersihan jiwa manusia terlebih dahulu.
Ketika itu di zaman sebagai pelajar, dunia belum terbuka di hadapan. Harta, pangkat dan kedudukan tidak menonjol kepada manusiabergelar pelajar.
Adapun di zaman bekerja dan bermasyarakat pada hari ini, bila kita mengamati masyarakat sekeliling beriri hati, berhasad dengki, fitnah memfitnah dll sifat-sifat mazmumah, kita semakin faham dan kuat keyakinan betapa pentingnya tiap seorang duat mesti melalui fasa tarbiyah jiwa dalam tempoh yang cukup dan sempurna, sehingga dia menjadi batu batu yang baik.
Jika tidak, semakin besar binaan menggunakan batu bata yang bengkok, semakin berisiko bangunan untuk runtuh.
Moga Allah swt membersihkan hati dan jiwa kita dari segala karat dan kekotoran Jahiliyah. Ameen.
(وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا)
"Dan demi jiwa dan (Tuhan) yang menciptakannya ...Kami ilhamkan kepada jiwa (perbuatan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh telah berjaya orang yang membersihkan jiwa. Binasalah orang yang mengotorkan jiwa ..." (Surah Asy-Syams).
Us. Abdul Halim Abdullah
16/4/2017