Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
BESAN BARU

Petang ini kami dikunjungi oleh besan baru kami, Dato Haji Nordin Ahmad dan Datin Dr Hajjah Rohani Embong dari Selangor. Kunjungan disudahi dengan kesepakatan mengadakan walimah bagi pasangan anak-anak kami selepas Hari Raya Aidil Fitri 2018. Masa itu juga anak-anak tamat exam akhir semester 2018.

Dato Haji Nordin juga menceritakan ada pihak yang tidak dikenali menelefonnya cuba menghasut untuk mengeruhkan hubungan silaturrahim antara dia dan anaknya yang bakal kami raikan nanti, dengan menanam rasa syak terhadap kami sekeluarga.

Bagi saya, ia bukan perkara baru, kerana modus operandi yang sama juga telah berlaku terhadap pasangan anak kami yang lain, baru-baru ini.

Nasihat saya kepada mereka, walau tinggi mana jawatan mereka sekalipun, hentikan usaha memutuskan silaturrahim sesama ahli keluarga dan hormatilah institusi kekeluargaan orang lain. "Siapa yang memutuskan silaturrahim, dia memutuskan hubungan nya dengan Allah ..." (Hadis)

Hentikan niat menggagalkan usaha duat untuk berumahtangga dengan pasangan mereka yang saleh dan salehah.

Hairan. Di satu pihak (kami), pencapaian demi pencapaian dicapai dalam menjayakan sunnah yang mulia ini, bermula dengan urusan aqad, diikuti dengan kenduri yang bakal diadakan.

Namun di satu pihak lain, menyalahgunakan kedudukan dan kepercayaan yang diberikan, melakukan siri taklimat menyebarkan keburukan apa yang kami capai. Rumah telah siap, tapi pahat masih berbunyi.

Kami percaya, pendengar yang celik dan tahu disiplin pertuduhan, siasatan dan kehakiman dalam Syarak tidak begitu mudah mempercayai mereka.

(إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ)
"Sungguh orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah sekumpulan dari kalangan kamu juga. Jangan kamu sangka ia buruk untuk kamu. Bahkan ia baik untuk kamu. Setiap seorang dari mereka mendapat dosa dari perbuatannya. Orang yang bersaham paling besar di kalangan mereka mendapat azab yang pedih" [Surat An-Nur 11].

Us. Abdul Halim Abdullah
22 Oktober 2017
UKHUWWAH ASAS AMAL ISLAMI
Dari Kawan ke Besan

Pada 12/8/2017 yang lalu, resminya saya berbesan dengan Akh Nazaruddin Abu Bakar (ayah Qayyum).

Saya mula melanjutkan pelajaran di Brisbane, Australia pada tahun 1983, ketika berumur 18 tahun. Di sana saya mula berkenalan dengan Naza. Pada tahun 1984, kami tinggal serumah bujang, sehinggalah masing masing kami berumahtangga di sana pada tahun 1985 (saya) dan 1986 (Naza).

Semasa bujang, setiap malam kami menaiki kereta bersama untuk solat Isyak di musalla di 55 Upland Road, St. Lucia, Brisbane, QLD4067 atau di masjid-masjid di Brisbane.

Di musim cuti, kami bermusafir bersama sejauh ribuan km untuk menyertai Islamic camps di interstate di Adelaide (1984), Melbourne (beberapa kali), Sydney (beberapa kali), Caloundra, Queensland (tuan rumah 1987) dll.

Selama 5 tahun di Australia, kami berhari raya bersama, main bola setiap Ahad, berusrah khusus setiap minggu, berusrah umum setiap minggu, berqiam jamaiyy setiap bulan, berehlah, beraktiviti dengan local muslims dan lain-lain amal Islami.

Hari ini, walaupun kami tidak dapat solat Isyak bersama setiap malam seperti zaman dulu, namun Ukhuwwah di jalan Allah terus kekal di hati walau masing-masing sibuk dengan kehidupan di Tanahair.

Imam Hasan Al-Banna ra menyebut tentang Ukhuwwah : واريد بالاخوة ان ترتبط القلوب والارواح برباط العقيدة والعقيدة اوثق الروابط واغلاها لا قوة بغير وحدة ولا وحدة بغير حب ... bermaksud, "Hati dan ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling erat dan mahal. Tiada kekuatan tanpa kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang (ukhuwwah) ..."

Us. Abdul Halim Abdullah
25 Oktober 2017

(Foto : dari kiri Akh Zulkarnain, Akh Nazaruddin dan saya).
FAILED STATE

Negara yang berjaya urusan organisasinya adalah apabila semua urusannya dapat diselesaikan secara dalaman. Kepincangan pemimpin boleh diheret ke muka pengadilan dalam negara, tanpa perlu memanggil mahkamah antarabangsa The Hague atau kuasa asing masuk campurtangan.

Begitu juga dalam organisasi sebuah parti atau pertubuhan. Jika ia berkualiti tinggi, organ-organ dalamannya seperti Badan Siasatan (لجنة التحقيق), Majlis Syura, Lembaga Disiplin (Timbang Tara atau Mahkamah) dan sebagainya sudah cukup untuk menjalankan proses Keadilan tanpa perlu dipanggil pihak luar seperti ROS (Registrar of Societies) yang memang berpengalaman untuk masuk campur.

Ini adalah kerana Perlembagaan adalah aqad janji yang digubal sendiri antara ahli-ahli sesebuah pertubuhan sesama mereka. Setiap penggal mereka berAGM, menilai, meminda, menetapkan Perlembagaan mereka sendiri. Sepatutnya mereka sendiri tahu menjaga dan melaksanakan aqad janji tersebut.

Tapi yang sering berlaku dalam Dunia Ketiga adalah hak pemimpin selalu dijaga sedang hak ahli sering diabai.

Ketika memilih pemimpin, setiap fasal, perkara dan ceraian dalam Perlembagaan berkait pemilihan dilaksanakan dengan teliti oleh ahli-ahli. Ahli-ahli menjayakan pencalonan, perwakilan, mesyuarat agung, pengundian dsb. Jarang pelanggaran Perlembagaan berlaku.

Sebaliknya, dipihak pemimpin pula setelah dipilih, lebih cenderung mengabaikan hak-hak ahli. Jika memecat ahli contohnya, tidak dilaksanakan setiap fasal, perkara dan ceraian dalam Perlembagaan berkait proses pemecatan. Tiada soal siasat meminta penjelasan, tiada pembelaan, tiada penghakiman dan tiada rayuan sedang kesemuanya terdapat dalam Perlembagaan atau aqad janji sesama ahli dalam pertubuhan.

Parti PPBM dan pertubuhan seumpamanya harus menilai diri sendiri. Jika ahli terpaksa mendapatkan hak dengan bantuan luar seperti ROS, ini bermakna ia sebuah pertubuhan yang gagal.

Jika sesebuah negara di dunia seperti itu, maka ia sebuah negara yang gagal (failed state). Berlaku penindasan sesama manusia, sedar atau tidak sedar, secara langsung atau tidak.

Bukan gagal (failed state) kerana ahli atau penduduk tidak boleh bernafas, makan, minum dan beraktiviti. Tapi ia organisasi gagal dari memberi hak dan gagal berfungsi menjalankan kewajipan dengan baik.

Jika ia tidak dapat menjalankan proses keadilan dalamannya sendiri, organ-organnya sendiri tidak berfungsi, terbantut atau dibantutkan, maka apakah lagi risalah yang tinggal yang hendak ia perjuangkan untuk rakyat di luar organisasinya ?

Us. Abdul Halim Abdullah
11 Oktober 2017
UNDANG-UNDANG

(1) Orang yang mengapit (clamped) tayar pesalah biasanya adalah jaga yang digaji oleh pihak pentadbir premis sesebuah bangunan.

Masyarakat umum sering menggambarkan orang yang berkereta mewah bekerja di pejabat besar, sedang pejabat seorang jaga adalah di pondok jaga yang kecil di pintu pagar.

(2) Berkurun-kurun lamanya, di zaman Feudal di Eropah, pekerja jaga adalah setaraf peasant (petani). Koporat jutawan setaraf lord, dan polis setaraf knights. King, Lords dan Knights menindas peasants turun temurun hingga ke anak cucu.

Apabila hidayah Islam dari Sepanyol menyinari benua Eropah, barulah mereka belajar erti syura sebenar dan kesamarataan warganegara di sisi undang-undang.

(3) Hari ini, orang politik'dan polis dilihat berkuasa dan nampak besar, tetapi hakikatnya kesemua kita adalah sama di sisi undang-undang. Raja juga di bawah undang-undang (constitutional monarcy = sistem raja berpelembagaan).

Jika pihak polis melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang, mereka dilihat kecil oleh pakcik jaga, tayar kereta polis diclamped sehinggalah kebenaran ditegakkan dengan membayar denda dan kereta tersebut dialihkan.

(4) Islam datang membawa risalah kebenaran ini.

Nabi saw menandatangani Perjanjian Hudaibiah. Ia menaskan seseorang muslim yang lari dari Mekah hendaklah dipulangkan. Tiba tiba Abu Jandal terlepas ikatan di Mekah, lalu lari dan masuk ke barisan orang Islam. Nabi saw melarang perbuatan beliau. Samada beliau kembali ke Mekah (lalu disiksa), atau lari ke tempat lain selain Madinah.

(5) Peraturan tetap peraturan. Samada yang digubal sesama orang Islam, atau digubal bersama antara muslim dan kafir. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dalam sesebuah organisasi negara, ngo atau jemaah. Ia adalah aqad janji sesama penduduk, anggota atau ahli. Walau apa pun kedudukan, tiada siapa boleh membelakangi undang-undang yang telah digubal.

(6) Pimpinan yang tidak menunaikan hak ahli, apatah lagi yang mengambil hak ahli dilihat lemah dan bersalah oleh Islam sehinggalah hak tersebut dipulangkan kepada yang berhak. Ini termasuk hak memberi keterangan dan hak membela diri dari sebarang pertuduhan.

Dalam ucapan dasarnya, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ra menegaskan :
والضعيفُ فيكم قويٌّ عندي حتى أرجعَ إليه حقَّه إن شاء اللّه، والقويّ فيكم ضعيفٌ عندي حتى آخذَ الحقَّ منه إن شاء اللّه.
"Yang (nampak) lemah di kalangan kamu (ahli/rakyat) adalah (sebenarnya) kuat pada pandangan aku, sehinggalah aku (berjaya dapat) kembalikan haknya kepadanya.

Yang (nampak) kuat di kalangan kamu (exco/ajk/pimpinan) adalah (sebenarnya) lemah pada (pandangan) aku sehinggalah aku (berjaya) ambil hak itu dari nya".

Benarlah prinsip As-Siddiq ra di atas. Benarlah pakcik jaga di atas. Ia adalah risalah Islam. Sepatutnya kita berprinsip dan berakhlak sedemikian juga.

Us. Abdul Halim Abdullah
28 Dis 2017
DOUBLE STANDARD
Perhambaan Sesama Manusia

Prinsip Muhamad Irwan dalam memastikan tiada unsur double-standard dalam pentadbirannya, adalah betul dan tepat dengan prinsip Islam.

"Penguatkuasaan ini perlu diambil bagi memastikan tiada unsur ‘double standard' dalam melaksanakan penguatkuasaan," kata Pengarah Bahagian Penguatkuasaan PPj, Putrajaya, Muhamad Irwan Abdullah dalam satu kenyataan, hari ini ketika mempertahankan tindakan mengunci tayar sebuah kereta polis yang menghalang lalu lintas.

Tiada ayah yang mahu anaknya terjatuh di tepi jalan, apatah lagi dipotong tangan. Namun Nabi saw sanggup memotong tangan anaknya demi membenteras perbuatan double-standard sesama umat Islam. Sabdanya :

إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ ، أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ ، وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
"Umat terdahulu sebelum kamu binasa (lantaran) apabila orang kenamaan (dan berkuasa) di kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Bila orang lemah (rakyat jelata) mencuri, mereka menjatuhkan hukuman hudud ke atasnya. Demi Allah, jika (anak kesayanganku sendiri) Fatimah binti Muhammad (saw) mencuri, aku potong tangannya".

Dikira double-standard, jika yang berkuasa boleh semenda dengan pilihan hati, sedang rakyat diberi amaran keras, walau dengan pasangan di kalangan ahli. Apatah lagi dihukum sedang inai masih di jari.

Anak Governor Mesir Amru Al As kalah kepada seorang anak orang kebanyakan Mesir, dalam suatu lumba kuda, lalu dia menampar muka orang tersebut. Khalifah Umar Al-Khattab ra memberi rotan dan meminta dia merotan anak Amru sepuasnya hingga haknya ditunaikan. Lalu Khalifah Umar berkata :

لو ضربت عمرو بن العاص ما منعتك؛ لأن الغلام إنما ضربك لسطان أبيه، ثم التفت إلى عمرو بن العاص قائلاً: متى استعبدتم الناس وقد ولدتهم أمهاتهم أحرارا؟.
"Kalau tadi engkau sebat (Governor) Amru Al As (sendiri), aku tidak akan menghalang kamu (boleh rotan Governor). Kerana anak Amru memukul engkau kerana kekuasaan (yang ada pada) ayahnya (seorang governor). Lalu Umar menoleh ke arah Amru dan berkata : Wahai Amru, sejak bila engkau ni memperhambakan manusia. Sedang sesungguhnya manusia dilahirkan oleh ibu-ibu mereka sebagai insan merdeka".

Dunia hari ini, di Timur dan Barat, penuh dengan double-standard yang menindas dan memperhambakan sesama manusia. Lalu Allah memilih kita sebagai Duat untuk membenterasnya demi menegakkan tamaddun baru dan rahmah. Kita itu kita berjuang. Seharusnya kita menegakkan tamaddun itu di dalam diri kita sendiri terlebih dahulu.

Us. Abdul Halim Abdullah
31 Dis 2017
USUL 20

1. Islam adalah sistem yang lengkap mencakupi semua bidang kehudupan. Islam adalah negara dan tanahair, kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, bahan dan kekayaan, pendapatan dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan ideologi, sama jua seperti Islam itu adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sah.
USUL 20

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan bagi setiap orang Islam dalam mengenali hukum hakam Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah Bahasa Arab tanpa memberat atau meringan-ringankan tatabahasanya. As-Sunnah pula difahami dengan merujuk kepada pakar-pakar Hadis yang dipercayai.
USUL 20

3. Iman yang sebenar, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan yang dicampakkan Allah ke dalam hati sesiapa dari hamba-hambaNya yang dikehendakkiNya. Akan tetapi ilham, lintasan hati, pandangan tembus dan mimpi, kesemuanya tidak termasuk dalil-dalil hukum hakam Syarak serta tidak boleh diterima pakai melainkan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum hakam dan nas-nas Agama.
KASIH SAYANG DALAM KELUARGA DAN DAKWAH

3. Dimasa atau tempat yang subur kasih sayang sesama ahli-ahlinya, segala masalah yang sebenarnya besar dan runcing, saya lihat menjadi masalah yang sangat kecil dan remeh yang tiba-tiba sahaja menjadi selesai sebelum sempurna usaha yang bersungguh-sungguh untuk membenterasnya.

(Arkib Jun 2008)
Bacaan lanjut di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/06/16/kasih-sayang-jalan-kita/#more-362
1MDB & PROSES KEADILAN

Rampasan kapal mewah Jho Low di peraliran Bali, Indonesia, meriuhkan lagi isu 1MDB.

Dari seerah dan sunnah, apa sahaja pertuduhan hendaklah diselesaikan melalui siasatan dan perbicaraan yang adil di mahkamah.

Menghalang proses Keadilan, merupakan satu kesalahan dan dosa. Kerana itu, seperti mana Allah swt mewajibkan kita meNEGAKkan Solat, Dia swt juga mewajibkan kita meNEGAKkan Keadilan.

FirmanNya :
(وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ)
"Kamu tegakkan solat dan bayarlah zakat. Rukuklah bersama orang-orang yang rukuk" [Surah Al-Baqarah 43].

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَنْ تَعْدِلُوا ۚ وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا)
"Wahai orang-rang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan Keadilan, menjadi saksi-saksi kerana Allah, walau kena ke atas diri kamu sendiri, ibu ayah dan keluarga terdekat ..." [Surah An-Nisa' 135].

Demikian cara Keadilan.

Sebaliknya cara Politik yang keji sering digunakan. Caranya ialah membelakangkan atau menolak proses siasatan dan pembelaan. Ia dengan cara turun ke bawah akar umbi mencari sokongan.

Jika mereka mendakwa memiliki bukti-bukti lalu membuat pertuduhan atau pembelaan, maka kenapa mereka takut mengemukakan "bukti-bukti" tersebut ke proses Keadilan, dibicara dan dihakimi oleh Hakim yang adil ?

Jika akar umbi menyokong, itu telah memadai kononnya dia di pihak benar. Jika akar umbi tidak menyokong, pihak lawan kononnya bersalah. Hakikatnya, mereka tidak mencari Kebenaran. Sebaliknya mereka mahu menang persepsi semata-mata.

Wajib difahami, walau menang dalam pilihanraya mana sekali pun, hakikatnya Keadilan belum ditegakkan. Jika Keadilan tidak ditegakkan, kewajipan melaksanakan perintah Allah dalam ayat-ayat di atas masih tergantung, walau tahun berganti tahun, dekad berganti dekad.

Tidak adil lawan nya zalim. Zalim menjauhkan berkat dan redha Allah. Ia mengundang kemurkaanNya.

Jika perjuangan kita tidak diredhai Allah, bukan sahaja di Akhirat menjadi sia-sia, bahkan kita tidak akan mencapai Kemenangan hakiki di dunia.

Malangnya, cara Politik dalam mengurus tuduhan dan fitnah bukan sahaja merupakan suatu budaya parti-parti politik, malah ia menjadi amalan sesetengah badan-badan Islam. Proses Keadilan tidak ditegakkan, sebaliknya usaha meraih sokongan yang dipilih. Tidakkan mereka sedar Allah swt maha melihat perbuatan hamba-hambaNya ?

Us. Abdul Halim Abdullah
4 Mac 2018
SORONG TARIK POLITIK

Allah mentakdirkan saya terlibat dalam gerakan Islam seawal tahun 1980 (tingkatan 3) di zaman kebangkitan Islam bermula di Malaysia. Dengan nya saya mengamati 3 fenomena di Malaysia dari kacamata haraki, bukan sekadar kacamata pelajar tingkatan 3 biasa :

FENOMENA01 :
⚫Dr Mahathir - jadi PM (1981). Lawan PAS.
⚫Anwar - tinggalkan ABIM/PAS untuk masuk UMNO (1982). Lawan PAS.
⚫Ustaz Haji - fenomena pidato Hadi Awang kuatkan PAS. Tema "Tegakkan Hukum Islam".

... hampir 20 tahun kemudian.

FENOMENA02 :
⚫Dr Mahathir - pecat Anwar dari UMNO (1998).
⚫Anwar - tubuh PKR. Lawan UMNO. Bersama PAS dalam Pakatan.
⚫Ustaz Hadi - bersama Pakatan membela Anwar. Lawan UMNO.

... 20 tahun kemudian.

FENOMENA03 :
⚫Dr Mahathir - tinggalkan UMNO. Masuk Pakatan (2018).
⚫Anwar - terima Mahathir masuk Pakatan.
⚫Ustaz Hadi - tinggalkan Pakatan. Terus usaha tegakkan Hukum Islam (RUU355 dll.).

Syukur kepada Allah, sepanjang 40 tahun di atas juga, Allah menambahkan kepada kita kefahaman dan prinsip tentang Jalan Dakwah yang sahih. Dengan prinsip itu, kita mengamati dan menilai sorong tarik politik yang berlaku, dengan neraca sebenar agar perjuangan tidak tersasar atau terikut-ikut.

"Umat akhir (zaman) ini tidak (akan) baik, melainkan dengan formula yang telah (terbukti) membaiki Umat Awal (para Sahabat)", لا يصلح اخر هذه الامة الا بما صلح به اولها
[Kata-kata Hukamak].

"Adapun dengan mengikut jalan-jalan lain maka ia tidak lain selain membazir waktu, harta dan tenaga yang tidak menyampai kepada matlamat Islam sebenar" [Imam Hasan Al-Banna].

(رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ)
"Wahai Tuhan kami, jangan Engkau palingkan hati kami, setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakan kepada kami rahmah. Sungguh Engkau Maha Pemberi".

( ... رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا)
"Wahai Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisiMu. Sediakanlah untuk kami bimbingan dan panduan dalam urusan kami". Ameen.

Us Abdul Halim Abdullah
Madinah.
PH MENANG PRU14

PH memenangi PRU14. Tun M jadi PM. Barisan pimpinan parti-parti komponen dalam PH jadi menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri.

Di satu aspek, kehidupan material dijangkakan semakin pulih dan peluang pekerjaan lebih banyak setelah banyak ketirisan wang negara dapat diselamatkan.

Di aspek-aspek lain, matlamat Islam masih jauh di depan untuk dijayakan oleh kita. Seruan para Rasul terdahulu adalah mengajak manusia tunduk kepada tuntutan La Ilaha Illallah keseluruhannya. Ubudiyah penuh di aspek jiwa, jamaah, masyarakat dan perundangan negara.

Saya melihat hari-hari di depan harakah Islam adalah semakin mencabar ideologi, fikrah dan prinsip-prinsipnya, apatah lagi saat ini ia masih dalam keadaan serba kekurangan, berbanding kekuatan pihak lain, dalam dan luar.

Namun begitu, kita yakin dan optimis Allah tetap menjaga agamaNya dan memilih tentera-tenteranya. Yang dituntut dari kita adalah memahami seerah dan sunnah perjuangan Rasulullah saw, amal di jalan itu dan yakin Allah tidak mensia-siakan amal kita yang ikhlas untukNya semata-mata.

Us. Abdul Halim Abdullah
Madinah.
TIGA 3 MAHKAMAH
Pengajaran buat Umno & kita.

MAHKAMAH 01

Bila DS Najib dan DS Rosmah dituduh ada skandal, sebaiknya UMNO segera selesaikan secara dalaman organisasi, demi menjaga organisasi itu sendiri.

Kebanyakan badan, parti atau ngo, menubuhkan badan kehakiman sendiri. Ia dipanggil Lembaga Disiplin, Mahkamah, Lembaga Timbang Tara dsb. Nama tidak penting. Yang penting Proses Keadilan yang diwajibkan Islam mesti dijalankan.

Jika berjalan, DS Najib boleh dibersihkan atau dihukum. Dengan ini organisasi selamat dan dihormati masyarakat.

MAHKAMAH 02

Jika UMNO cuai dari menggunakan agensi dalaman nya sendiri, kerana kediktatoran pemimpin, barisan pimpinan pembodek atau penakut, kealpaan ahli yang tidak kesah atau complacent dengan apa yang ada, maka mahkamah luar boleh dimenfaatkan.

Jika DS Najib didapati bersih, ini boleh mengembalikan kepercayaan Rakyat. Jika didapato bersalah dan dipenjarakan, UMNO boleh mendapat pimpinan baru. Ini juga boleh mengembalikan kepercayaan Rakyat.

Ini ditunjukkan bila tiap kali presiden UMNO letak jawatan (Mahathir dan Abdullah Badawi), undi kepada UMNO/BN kembali meningkat berbanding PRU sebelumnya.

MAHKAMAH 03

Pendakwaan di mahkamah luar parti atau ngo hanya boleh dimulakan oleh Attorney General (AG), Apandi Ali.

Jika skandal telah heboh dengan hebat mana sekalipun, tetapi AG mengatakan "tidak ada bukti", maka pendakwaan tidak dibuat, dan Mahkamah Biasa atau Mahkamah 02 tidak boleh berjalan.

Ini bermakna kes DS Najib, DS Rosmah dan lain-lain dibawa ke Mahkamah 03 iaitu Mahkamah Rakyat atau Pilihanraya Umum.

Berbeza dengan Mahkamah 01 dan Mahkamah 02 yang berasaskan fakta dan bukti, Mahkamah 03 atau Mahkamah Rakyat bergantung kepada persepsi. Siapa berjaya membentuk persepsi pengundi, maka dia menang.

Mahkamah Rakyat pada 10/5/2018 memutuskan UMNO/BN "bersalah". Ia kalah teruk. Kuasa 60 tahun lenyap sekelip mata.

Pemimpin organisasi, barisan pimpinan dan ahli-ahli organisasi tidak sepatutnya membiarkan nasib organisasi ditentukan oleh Persepsi dan orang perseorangan semata-mata.

Pemimpin sedemikian, adalah seperti orang dalam kapal yang membocorkan lantai kapal untuk ambil air. Jika barisan pimpinan dan ahli membiarkan pemimpin melakukan sedemikian, bererti mereka rela semua kapal tenggelam.

Apabila TS Muhyidin, D Mukhriz, D Shafie Apdal dipecat, barisan pimpinan UMNO biarkan dan ahli-ahli UMNO buat tak kesah. Mahkamah 01 tidak berperanan.

Apabila DS Najib menukar AG, barisan pimpinan UMNO biarkan dan ahli-ahli UMNO tak ambil peduli. Mahkamah 02 tidak dapat berperanan.

Sikap negatif semua lapisan UMNO di atas mengundang kepada nasib UMNO ditentukan oleh Mahkamah 03 (Mahkamah Rakyat). Akhirnya pada PRU14, 10/5/2018, seluruh kapal UMNO/BN tenggelam.

Saya percaya jika Mahkamah 01 (dalaman organisasi) berperanan dari awal-awal lagi, UMNO dan apa sahaja organisasi akan selamat. Nasi sudah menjadi bubur. Pengajaran untuk semua. Sunnah Allah tidak akan berubah.

Us. Abdul Halim Abdullah
Mekah Al-Mukarramah
14 Mei 2018
RAMADAN MUBARAK

Saya mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadan kepada semua muslimin muslimat di mana sahaja kalian berada.

Syukur kita dapat bertemu kembali bulan Ramadan yang berkat ini pada tahun ini. Moga didikan di dalamnya meningkatkan ketaqwaan diri serta melonjakkan semangat juang demi Agama yang tercinta.

Firman Allah swt :
(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ)
bermaksud, "Bulan Ramadan yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk untuk manusia, dan sebagai penjelas dari Petunjuk dan Pembeza Hak dan Batil ...".

Moga Ramadan juga mengeratkan ikatan kita bersama isteri dan anak-anak, serta masyarakat. Moga kemuncaknya, Ramadan mengeratkan hubungan dan kebersamaan kita dengan Allah swt dan sunnah perjuangan RasulNya. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Mekah Al-Mukarramah
Petang 30 Syaaban
Buku berjudul :

"MENYAMBUT RAMADHAN MENGIKUT IMAM HASAN AL-BANNA"

Terjemahan oleh : Muhd. Hasan bin Abdul Halim

Tambahkan lagi persediaan anda dengan tulisan tokoh mujaddid abad ke-20 Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahu-Llāhu ta’āla.

Mengandungi sebanyak 24 tulisan-tulisan tentang bulan Ramadhan ditulis dari tahun 1933 sehingga Ramadhan tahun 1948.

Untuk tempahan, sila klik di sini : wasap.my/60196076840/Tempah_Buku_MENYAMBUT_RAMADHAN_MENGIKUT_IMAM_HASAN_ALBANNA
HUTANG NEGARA

Seorang jurutera, Ir. Rahim berpendapatan Rm30,000 sebulan, beli rumah berharga Rm2juta, mampu bayar Rm4juta secara ansuran sebanyak Rm9,000/bulan selama 15 tahun. Dia beli kereta Rm400,000. Kena bayar Rm1juta dalam masa 5 tahun, katakan Rm4000/bulan.

Jumlah kos bulanan Rm9,000 (rumah) + Rm4,000 (kereta) = Rm13,000. Baki duitnya tiap bulan Rm30,000 - Rm13,000 = Rm17,000. Dia plan dan dia mampu beri kehidupan selesa dan pendidikan terbaik kepada semua ahli keluarganya, bahkan sebahagian sedara maranya.

Dia dalam keadaan berhutang Rm5,000,000.

Seorang nelayan, Pak Seman berpendapatan Rm1500 sebulan, hanya mampu menyewa rumah Rm500 sebulan. Dengan baki Rm1000 sebulan, sebahagian anak-anaknya tidak dapat bersekolah hingga tamat dipenghujung.

Dia tidak berhutang se sen pun, kerana dia tidak membeli rumah. Dia hanya mampu menyewa.

Jika orang-orang awam menilai hanya dengan perkataan "hutang" semata-mata, ramai orang akan mengira nelayan itu lebih baik dari jurutera di atas. Ini kerana nelayan itu "bebas dari hutang", sedang jurutera itu "dibelit oleh hutang piutang keliling pinggang".

Dari contoh ringkas di atas, hakikat nya kejayaan sesebuah negara bukan diukur dengan banyak atau sedikitnya hutang negara berkenaan.

Sebaliknya, dari contoh ringkas di atas juga, kejayaan (material) sesebuah negara (atau Ir. Rahim) adalah diukur dari :

(1) Sebijak mana negara itu merancang pembangunannya dengan pesat, berhutang untuk mencapai target, dan memberikan hasil, nikmat dan pendidikan terbaik kepada Rakyat nya.

(2) Sejaya mana negara itu dapat membayar hutang nya mengikut jadual. "Ability to service the loan". Jika Ir. Rahim mampu bayar Rm13,000/bulan dan sediakan yang terbaik untuk keluarga dan sedara maranya, Ir Rahim jauh berjaya berbanding orang lain, walaupun dia sedang "tertimpa hutang" Rm5,000,000 banyak nya.

Disclaimer : Contoh aspek material di atas adalah untuk kita mudah memahami perihal isu "Hutang Negara". Ia belum dan tidak menyangkut bab salahguna kuasa, 1MDB, kehidupan Zuhud atau orang terbaik adalah insan paling bertaqwa.

Dengan ini, rakyat Malaysia yang lebih terpelajar tidak harus menilai prestasi negara berdasarkan tinggi rendah "Hutang Negara". Isu nya adalah lebih luas, lebih realiti dan lebih terperinci dari itu. Kerana itu ahli-ahli ekonomi ada index atau bacaan-bacaan lain seperti GDP, %GDP dan sebagainya.

Malangnya kebanyakan rakyat awam tidak memahami nya, dan ramai yang tidak mahu berusaha memahaminya, termasuk golongan teknikal seperti saya.

Dalam negara yang mengamalkan Syura (demokrasi), Rakyat adalah Hakim setiap 5 tahun pilihanraya yang memilih Kerajaan. Hakim (Rakyat) mesti berijtihad memilih parti. Jika betul pilihan mereka, mereka dapat 2 pahala. Jika salah pilih, mereka dapat 1 pahala. Kedua-dua pilihan mereka dapat pahala, dengan SYARAT, mereka berijtihad.

Ijtihad bermakna "bersungguh-sungguh" mengkaji, menganalisa calon-calon, kempen, manifesto, ideologi parti, prestasi, keikhlasan parti, memahami prinsip "Hutang Negara", GDP dll.

Jika cuai dari "bersungguh" di atas, maka dia tidak "berijtihad". Tanpa ijtihad, pilihan salah seseorang tidak berpahala, bahkan dipertanggungjawab di Hari Pembalasan.

PENYELESAIAN

Sebagai Hakim yang mesti berijtihad (bersungguh mengkaji), televisyen mesti dimiliki dan diselia dengan bebas oleh Rakyat dikawal oleh Perlembagaan yang islamik.

Parti mana yang menjadi Kerajaan, tidak boleh memonopoli televisyen, menjadi Peguambela semata-mata, menghidangkan kepada Rakyat apa yang memihak kepada parti nya sahaja.

Dengan ini, wacana-wacana ekonomi, kewangan, koporat, pendidikan dll oleh pakar-pakar negara kita sendiri, boleh dikongsi dan diteliti bersama oleh Rakyat, tanpa prejudis politik. Dengan isi televisyen seperti ini :

(1) Rakyat dapat info sebenar langsung dari pakar-pakar berbagai bidang lalu mengikuti perjalanan negara dengan terperinci, ber-angka (with figures), berbagai aspek dan berbagai pihak, kawan dan lawan (kerajaan dan pembangkang).

Dengan ini Rakyat peka dan membuat pendirian dengan hakikat dari televisyen, bukan deng