Umat perlu berdiri atas 'framework' kenegaraan yang tersendiri untuk memenuhi seruan jihad di jalan Allah
Mengenai pemfatwaan himpunan ulama sedunia dan respons sebuah badan fatwa yang menolak fatwa tersebut, saya berpandangan bahawa :
Sejak dulu lagi sudah ada dua jenis ulamak.
Yang pertama yang kekal dengan 'status-quo' yakni yang memilih untuk berpegang kepada keadaan sedia ada, konteks sedia ada, dan cuba meraikan pelbagai kekangan sedia ada untuk bertindak.
Yang kedua adalah yang melihat ke hadapan, memahami konteks semasa namun tidak terikat dengan kekangan semasa, cuba memberikan pandangan yang bersifat mengubah dan intervensi kepada keadaan semasa. Walau dilihat bercanggah dengan pandangan ulama pertama, golongan kedua inilah yang biasanya menyelamatkan ummah daripada malapetaka-malapetaka besar yang tidak dilihat oleh kebanyakan orang.
Saya memilih pihak yang bersama barisan hadapan para mujahidin, yang biasa dirujuk oleh mereka dan biasa memberi fatwa-fatwa yang menyebelahi mereka.
Hakikatnya dunia hari ini memang tidak memihak kepada agenda Islam dan tanah suci kita. Meletakkan autoriti mutlak kepada 'framework' kenegaraan hari ini sebagai satu-satunya badan autoriti akan menatijahkan pengabaian kepada hak umat Islam, kerana 'framework' dunia hari ini dipegang oleh pihak yang memusuhi umat Islam.
Saya yakin walau diisytiharkan jihad sekalipun kemampuan umat Islam secara maknawi dan fizikal masih belum mampu untuk berperang di jalan Allah sepertimana yang diharapkan.
Oleh itu seruan jihad akan disahut dengan membina kemampuan dan kekuatan, kesedaran bahawa umat ini tidak akan selamat tanpa jihad di jalan Allah, bukan dengan diplomasi, demokrasi dan si-si yang lain yang hanya melembikkan umat di hadapan para musuhnya.
Umat perlu bebas daripada 'framework' dunia hari ini dan berdiri atas 'framework' tersendiri, bagi melaksanakan hukum-hukum Allah SWT.
Segala konsep kenegaraan berbentuk negara bangsa dan keterikatan dengan perjanjian-perjanjian dunia yang melibatkan negara-negara bukan Islam perlu dilihat semula keabsahannya dan kerelevenannya hari ini, yang mana telah terbukti ia tidak dapat membela nasib saudara kita di sana.
Wallahua'lam bissawaab.

Forwarded from Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
WAKIL GSPP AKAN BERUCAP PADA JUMAAT INI.
Friday of Anger!!!
🚨 MASS PROTEST ALERT
This Friday, 11 April – we march for Palestine.
Join us as we demand:
❌ End UK & US funding of Israel
❌ Stop arming apartheid
❌ No more complicity in genocide
📍 Assembly Point: Tabung Haji, KL
🕝 Time: 2:00 PM
📌 Route: Tabung Haji → British High Commission → US Embassy
🗣 Bring your voice. Bring your signs. Bring your solidarity.
🇵🇸 We stand with Palestine.
#BDSMalaysia #FreePalestine #StopFundingIsrael #BoycottIsrael #EndApartheid
⸻
🚨 PROTES BESAR-BESARAN UNTUK PALESTIN
📅 Jumaat, 11 April ini – kita turun ke jalan!
Kami desak:
❌ Henti dana UK & AS kepada Israel
❌ Henti sokongan kepada rejim apartheid
❌ Henti jadi penyumbang pembunuhan rakyat Palestin
📍 Tempat Berkumpul: Tabung Haji, KL
🕝 Masa: 2:00 petang
📌 Laluan: Tabung Haji → Suruhanjaya Tinggi British → Kedutaan AS
🇵🇸 Suarakan bantahanmu.
Bawa semangat, bawa sepanduk, bawa solidariti.
#BDSMalaysia #PalestinMerdeka #BoikotIsrael #HentikanGenosid

Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡: 𝗙𝗔𝗧𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡
Genosid Israel di Gaza terus berlangsung dengan jumlah rakyat Palestin yang syahid melebihi 51,000. Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa kewajipan jihad untuk membantu Palestin melalui ketenteraan dan pelbagai cara bagi melawan penjajah Israel.
Seruan ini telah mengejut dunia Islam yang masih belum melakukan tindakan drastik dan berkesan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Institusi fatwa, para ulama dan pemikir serta masyarakat di negara Islam telah memberi reaksi yang pelbagai terhadap fatwa ini.
Dunia Palestin membawakan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama Al-Juwaini, Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa untuk membincangkan hukum-hakam mengenai jihad, fatwa jihad untuk Palestin yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak dan bagaimana respons serta tindakan umat bagi membantu Palestin.
Tarikh: 21 April 2025 | Isnin
Masa: 9.30 malam - 10.30 malam
Medium: Google Meet
Pembentang:
𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗦𝘆𝗮𝗺𝗶𝗹 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗘𝘀𝗮
- Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Ulama Al-Juwaini
- Sarjana Syariah (Usul Fiqh)
Universiti Al-Azhar Mesir
Dijemput semua bersama sertai.
𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: bit.ly/duniapalestin020
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin

JEMPUTAN MAJLIS BACAAN KITAB JIHAD
As salamualaikum wbt,
Saidina Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
من مات ولم يغز ولم يحدث به نفسه مات على شعبة من نفاق
"Barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan tidak pernah ikut berperang (jihad), dan tidak pernah pula bercita-cita dalam dirinya untuk itu, maka ia mati atas salah satu cabang kemunafikan." (Riwayat imam Muslim, Abu Daud, an-Nasaie)
Dengan itu, sukacita Institut Ulama al-Juwaini menjemput Tuan/Puan bagi menghadiri majlis bacaan kitab seperti berikut:
Kitab: Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mukminin fi Fadhail al Jihad wa Karamat al Mujahidin
Karangan: Syeikh Abdul Somad al-Falimbani
Penyampai: Ustaz Zaid Zainurrashid
Tempat: Institut Ulama al-Juwaini, Bangi Sentral
Tarikh Siri 1: 29 April 2025
Masa: 11.00am-12.30pm
Semua dijemput hadir, penyertaan adalah percuma. Minum ringan disediakan.
Pendaftaran:
https://forms.gle/iuJP4NWTRUrfyVFv8

Pengajian Kitab At-Tanwir karangan Imam Ibnu Atha'illah As-Sakandari RHM
InsyaAllah pada malam ini akan dimulakan syarahan kepada kitab At-Tanwir Fi Isqat At-Tadbir yang bermaksud "Pencerahan dalam Menghilangkan Dakwaan Tadbir Perhambaan" (agar terikat dengan Tadbir Ketuhanan), salah satu karangan agung Imam Ibnu Atha'illah As-Sakandari (wafat 709 H) di Surau Al-Hidayah, Jenderam Hilir, Jenderam Dengkil Selangor.
Kitab ini merupakan salah satu kitab tasawwuf pada darjat pertengahan yang memerlukan beberapa mukadimah dan syarahan khusus agar ungkapan penulis tidak disalahtanggapi. Ia berbicara mengenai rezeki Tuhan dan tadbir manusia, yang secara khusus membicara konteks utama perhambaan dalam mengakui segala tadbir Tuhan dan terikat dengan husnuzzon kepada-Nya.
Pengajian akan diadakan pada waktu selepas Maghrib, setiap Isnin minggu kedua setiap bulan, insyaAllah.
Dijemput bagi sesiapa berkelapangan untuk hadir menambah keberkatan kepada majlis-majlis ilmu.

Muzakarah Ilmuwan Islam : Jihad Bebaskan Palestin
Bersama 30 Tokoh dan Ilmuwan Islam
Anjuran Muafakat Ilmuan Islam (MUIS), Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Dunia Palestin, Pertubuhan Global Hayat.
Pembentangan Kertas Kerja 1 - Jihad Palestin: Antara Kewajipan Syarie dan Strategi Pembebasan
Oleh Lt Kol Dr. Hj Mohamad Muntaha bin Hj Saleh
Pensyarah Akademi Pengajian Pertahanan Islam, UPNM
Pembentangan Kertas Kerja 2 - Salah Faham terhadap Perjuangan Pembebasan Palestin
Muslim Imran
Pengarah Asia Middle East Center (AMEC)
Butiran Muzakarah Palestin adalah seperti berikut:
Tarikh: 24 Mei 2025
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Jumaah, UTM Kuala Lumpur
Yuran Pemerhati: RM30.00
Sarapan, makanan tengahari dan minum petang termasuk kertas kerja disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En Abdul Halim di talian 013-221 4738
Daftar Segera sebagai pemerhati
https://ezy.la/sjv

Teknik Hafazan Perlu Meraikan Pelbagai Deria dan Anggota
Sabtu lepas baru-baru ini saya berpeluang berkongsi pengalaman dan pandangan kepada anak-anak (termasuk anak saya) yang sedang menghafaz Al-Quran di Maahad Tahfiz Turath Al-Juwaini di Teras Jernang, Bangi.
Seperti biasa, pada permulaan saya nyatakan kepada semua pelajar bahawa Allah SWT mewariskan agama ini bukan dengan kitab-kitab yang tertulis, tetapi dengan suduur ar-rijaal (dada-dada para rijal) yang menghafaz Al-Quran. Jadi sepatutnya para huffaz perlu berasa izzah dan mulia dengan pilihan Allah SWT atas peluang yang diberikan.
Antara isi perkongsian saya adalah ;
1. Gunakan deria dan anggota yang pelbagai ketika menghafaz.
Saya tekankan bahawa proses menghafaz Al-Quran bukan sahaja menggunakan kepala, tetapi ia adalah satu memori yang perlu melibatkan anggota lidah (mulut) dan telinga untuk mendengar.
Setiap anggota mempunyai memori tersendiri. Saya umpamakan konsep hafazan saya ibarat penunggang kuda yang menunggang kuda. Penunggang adalah otaknya, lidah dan mulut yang membaca adalah kudanya.
Apabila begitu, otak tidak terlalu berat memikirkan apakah dia kalimah-kalimah yang perlu dikeluarkan selepas satu kalimah dibaca, tetapi otak hanya mengawal halaju dan halatuju bacaan, tetapi mulut (kuda) itulah yang bergerak untuk membaca.
Saya nyatakan, itulah rata-rata fenomena yang terjadi kepada mana-mana pelajar yang melakukan syahadah iaitu membaca Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh sehari (sekitar 8-10 jam). Hampir mustahil seseorang mampu membacanya hanya menggunakan perahan otaknya.
Hakikatnya ia menggunakan memori lidah & mulutnya, untuk membaca bacaan yang banyak dengan halaju yang sesuai.
2. Nak hafaz cepat, kena baca cepat. Nak baca cepat, kena lancar dahulu.
Itu adalah asas hafazan yang laju. Hakikatnya hafazan yang lancar memerlukan agar otak diproses dengan laju. Otak akan laju apabila bacaan kita laju.
Saya tekankan, ketika menghafaz, yang penting adalah ayat itu diingati. Hafazan yang laju bertujuan memahat ayat-ayat Al-Quran itu di memori ingatan, dan memori mulut. Ia ibarat menukul paku berkali-kali agar ia kukuh dan teguh.
Jika kita mahu cepat menghafaz, kita perlu meningkatkan kelajuan bacaan. Tetapi syaratnya agar bacaan yang laju itu tepat, kelancaran adalah pra-syarat utama.
Oleh sebab itu, sebelum memulakan apa-apa hafazan mukasurat baru, seorang pelajar perlu memastikan setiap huruf dan baris itu betul, dan lancar dibaca di lidah masing-masing.
3. Pastikan telinga kita dengar dengan jelas, apa yang kita baca.
Ini menuntut agar seseorang pelajar membacanya dengan suara yang jelas dan terang, hingga telinganya juga mempunyai memori mendengar ayat yang betul supaya ia boleh mengenal mana ayat yang salah, mana yang betul. Jika mengganggu kawan sebelah, ambillah jarak sedikit.
Saya sendiri merasakan bahawa menghafaz dengan suara yang jelas dan terang (didengari sendiri) lebih cepat dan lebih kukuh, berbanding suara perlahan dan sayup-sayup.
Sebab itulah setengah imam-imam huffaz, apabila menjadi imam, lebih gemar mikrofonnya itu jelas dan sempurna bunyinya kerana ia bertujuan memastikan agar bacaan yang dibaca itu betul. Bukan kerana banyak songel dan nak rasa sedap jadi imam, tetapi ia adalah kecenderungan para huffaz yang mahu mendengar bacaannya sendiri bagi tujuan semakan apa yang dibaca itu benar dan tidak pergi ke tempat lain.
4. Hafazan adalah suatu teknik dalam memanipulasi otak dan memori.
Hafazan merupakan salah satu fungsi otak (atau akal) yang Allah SWT kurniakan agar seseorang boleh mengingati apa-apa yang dilaluinya dan digunakan untuk masa akan datang.
Kepelbagaian cara untuk memastikan otak itu ingat dan kukuh, perlu diterokai supaya kita menanggapi fungsi akal / otak itu dengan pelbagai cara.
Antara cara saya ingat sesuatu ayat itu disambung dengan ayat yang lain, adalah saya mengambil hujung kalimah satu-satu ayat, kemudian disambungkan dengan awal kalimah ayat seterusnya. Lalu membentuk satu kalimah yang dalam rumi yang mudah diingati.

Contoh mudah jika ingin ingat selepas ayat kelima surah Al-Baqarah, adalah mukasurat selepasnya iaitu innallazina kafaru. Jadi saya sambungkan (dalam otak) muflihuna innallazina, saya potongkan lagi muflihuna-inna, dibaca berulang kali agar melekat di mulut.
5. Menggambarkan ibarat mushaf terpampang di dinding.
Saya mengajar mereka bahawa Al-Quran di dalam mushaf itu hanyalah alat bantuan, yang mana di sisi para huffaz, mushaf itu akan terpahat di dada mereka.
Jadi saya menyarankan agar mushaf itu dilihat dengan teliti setiap huruf dan barisnya, agar apabila dibaca secara hafazan, ia akan terpampang di hadapan mata basiiroh (mata hati) para huffaz, yang melangkaui helaian kertas.
Saya perasan sebab itu apabila saya menjadi imam, jika dibuka mushaf di hadapan saya, saya akan kekok dan lebih mudah tersilap, berbanding apabila baca tanpa mushaf. Ini kerana apabila ada mushaf yang dibuka di hadapan, ia akan bertembung dengan mushaf yang dipahat dalam 'mata hati' atau ingatan saya, jadi lidah yang membaca mushaf akan keliru, dia mahu ikut yang di hadapannya, atau mahu membaca yang di dalam hatinya.
Ibarat seekor kuda yang ditunggang oleh dua penunggang. Saya rasa para huffaz yang lain juga mungkin mengalami perkara yang sama.
6. Banyakkan mendengar bacaan para imam-imam besar yang ada dalam kaset, dan youtube.
Saya dan ramai kawan-kawan sendiri banyak mendapat inspirasi baik dari sudut bacaan, tajwid dan fasohah, daripada imam-imam Masjidil Haram, dan Masjid Nabawi serta masjid-masjid lain yang terdapat dalam kaset (waktu kami dulu).
Ini kerana bacaan mereka mengandungi gabungan kelancaran, tajwid dan merdu hingga nadanya boleh ditiru.
Jika kita hanya mengharapkan bacaan sendiri, ia tidak mempunyai satu contoh untuk dikejar. Apabila kita mendengar bacaan imam tertentu seperti Syeikh Sudais, Syeikh Mahir, Syeikh Ghamidi, Syeikh Shuraim, Sheikh Husori dan seumpamanya, maka kita ada 'direction' untuk ditiru dan diikuti.
Ini hanyalah sedikit nota daripada perkongsian malam itu, yang saya kira adalah salah satu kebahagiaan saya ketika berada di taman-taman syurga.
Moga para pelajar diberikan taufiq Allah SWT untuk menghafaz kalam-Nya dan dimudahkan untuk mendalami agama-Nya.
Wallahua'lam bissawaab.
----
Ikuti catatan di t.me/ustazsyamilesa

Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
Guru adalah salah satu pintu syurga
Sempena Hari Guru yang diraikan pada hari ini, suka untuk saya nyatakan bahawa para guru itu, tidak kisah siapa pun mereka, adalah salah satu pintu-pintu ke syurga buat anak muridnya.
Ini bersandarkan kepada hadis Nabi SAW yang berbunyi : "Barangsiapa yang melalui jalan menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga" - HR Muslim
Maka guru yang menjadi pintu utama kepada ilmu adalah secara tidak langsung merupakan pintu-pintu menuju ke syurga.
Islam meletakkan martabat guru atau syeikh ke martabat yang tinggi, kerana ilmu itu hakikatnya adalah apa yang tersemat dalam dada para rijal / guru, sebelum ia ditulis, disalin dan dicetak dalam kitab-kitab yang ada hari ini. Ia seperti periwayatan Al-Quran, hadis dan mana-mana ilmu agama yang ada pada hari ini.
Pendidikan yang tidak meletakkan peranan guru sebagai pewaris ilmu akan menatijah pendidikan yang kering, kosong adab, hilang barakah dan terputusnya nafas tarbiyah Rasulullah SAW yang diwarisi daripada sahabat RA dan para tabiin RHM.
Oleh itu dalam tradisi keilmuan Islam sejak zaman silam hingga ke hari ini, keperguruan atau mempunyai syeikh itu merupakan pra-syarat agar seseorang itu diiktiraf keilmuannya. Contohnya Imam Malik RHM hanya boleh berfatwa selepas keilmuannya diiktiraf oleh 70 orang guru.
Ini kerana ilmu dalam Islam bukan sekadar tahu dan menghadam sesuatu perkara, ia adalah sebuah pakej kehidupan yang terkandung padanya akhlak, adab dengan para ulama, dan suhbah dengan para masyayikh (guru) serta pendidikan rohani yang menjadikan seseorang itu 'bersepadu' ilmunya dan serasi jiwanya dalam hubungannya dengan Yang Maha Mengetahui SWT.
Moga Allah rahmati para guruku yang telah pergi dan yang masih hidup.
Wallahua'lam bissawaab.
---

Forwarded from Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
MUZAKARAH ILMUWAN ISLAM DITANGGUHKAN KE 1 JUN 2025
Sebagai makluman, Muzakarah Jihad Bebaskan Palestin pada Sabtu ini terpaksa DITANGGUHKAN disebabkan keadaan trafik luar dari jangkaan awal kami (terlalu banyak penutupan jalan-jalan di Kuala Lumpur).
Oleh itu, pihak MUIS akan melanjutkan Muzakarah tersebut pada tarikh 1/Jun/2025 (Ahad) akan datang. Segala perincian akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
Harap maklum
Sebagai makluman, Muzakarah Jihad Bebaskan Palestin pada Sabtu ini terpaksa DITANGGUHKAN disebabkan keadaan trafik luar dari jangkaan awal kami (terlalu banyak penutupan jalan-jalan di Kuala Lumpur).
Oleh itu, pihak MUIS akan melanjutkan Muzakarah tersebut pada tarikh 1/Jun/2025 (Ahad) akan datang. Segala perincian akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
Harap maklum
Forwarded from Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
KEMASKINI MAKLUMAN MUZAKARAH JIHAD BEBASKAN PALESTIN
Tarikh: 1 Jun 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 4.00 ptg
Tempat: Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur
Daftar segera sebagai pemerhati:
https://ezy.la/o3h

Hadiri muzakarah isu Jihad di Palestin, dapatkan naratif yang tepat
Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan yang budiman untuk menghadiri muzakarah yang melibatkan pelbagai latar belakang ilmuwan dalam berbicara mengenai isu Jihad di Palestin.
Benar, kita sudah berdoa, sudah memboikot, dan sudah meletakkan sebahagian duit kita ke sana. Namun pelaburan sebenar yang berbaloi adalah membina satu kefahaman yang jelas serta pendirian yang tepat dalam menanggapi isu ini.
Ini bukan isu politik, bukan juga sekadar isu geopolitik. Ini adalah isu kita, isu ummah seluruhnya. Benarnya kefahaman kita dalam isu ini, akan memberi kesan kepada generasi yang kita akan bina pada masa akan datang. Silapnya kita dalam memahami perkara ini, juga akan memberi kesan kepada pembebasan tanah suci umat Islam ini pada masa akan datang.
Mendapatkan tasawwur yang betul, adalah salah satu tindakan yang tepat dalam menanggapi isu ini.
Ahad, 1 Jun, di Bilik Ilmuan 1, UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Jemput hadir beramai-ramai.
Daftar segera di :

Saya nak anak saya banyak baca Quran dari tengok TV
Suatu petang yang hening, tiba-tiba dapat deringan telefon dari Unifi,
Unifi : Salam wbt encik, ini nama ..... ke?
Saya : Ya saya.
Unifi : Ada tawaran untuk naikkan pakej dengan 70 channel free, android box dan banyak siaran streaming yang lain, dengan penambahan bayaran sekian-sekian.
Saya : Saya rasa dah cukup banyak hiburan kat rumah ni, saya rasa tak perlu kot.
Unifi : Aa, boleh ke saya tahu apa sebab encik tolak tawaran ini? Sebab saya nak tulis dalam report.
Saya : Ok, encik tulis dalam sebab tu yang saya nak anak saya lebih baca Quran daripada tengok TV, pastikan tulis begitu ya.
Unifi : Baik encik, faham, terima kasih.
Wallahua'lam bissawab.

Bagaimana masukkan gajah dalam peti ais?
Inilah soalan yang saya tanyakan kepada para huffaz yang sedang berada di awal perjalanan menghafaz Al-Quran.
Soalan yang 'cliche' namun menggambarkan sesuatu proses yang diperlukan bagi melengkapkan satu tujuan.
Para huffaz menjawab : "Buka peti ais, masukkan gajah, tutup peti ais".
Saya balas : "Demikianlah juga memasukkan Al-Quran dalam otak kita".
Kita bayangkan otak (memori) kita ibarat sebuah bekas. Kita buka bekas itu, masukkan ayat-ayat yang mahu dihafaz itu, kemudian tutup.
Apa bezanya ?
Bezanya besar, iaitu proses hafazan itu berlaku dengan sedar. Pelajar bukan sekadar menghafaz secara 'tanpa-sedar' tetapi ia mengetahui bahawa setiap ayat yang dibaca itu benar-benar dimasukkan ke dalam kotak memori.
Pelajar akan membayangkan satu persatu huruf dan kalimah yang terkandung dalam mushaf itu berpindah daripada kertas mushaf ke kotak memori mereka.
Proses ini adalah satu proses mengusahakan 'ingatan fotografik' iaitu dengan membayangkan setiap baris dan kalimah itu dikekalkan pada tempatnya seiringan dengan matanya yang tertutup (tidak melihat mushaf).
Saya berpegang bahawa para huffaz perlu menjadikan hafazan Al-Quran itu sebagai satu yang mengalir dalam kehidupan mereka. Segala sentuhan, rangsangan, pendengaran dan bayangan mereka mesti disalurkan kepada Al-Quran, agar ia sebati dengan memori dan kelancaran mereka pada segenap aspek dan sudut.
Ibubapa sewajarnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini, selain guru-guru dan pihak maahad itu sendiri.
Wallahua'lam bissawaab.
----
Ikuti catatan saya di t.me/ustazsyamilesa
Inilah soalan yang saya tanyakan kepada para huffaz yang sedang berada di awal perjalanan menghafaz Al-Quran.
Soalan yang 'cliche' namun menggambarkan sesuatu proses yang diperlukan bagi melengkapkan satu tujuan.
Para huffaz menjawab : "Buka peti ais, masukkan gajah, tutup peti ais".
Saya balas : "Demikianlah juga memasukkan Al-Quran dalam otak kita".
Kita bayangkan otak (memori) kita ibarat sebuah bekas. Kita buka bekas itu, masukkan ayat-ayat yang mahu dihafaz itu, kemudian tutup.
Apa bezanya ?
Bezanya besar, iaitu proses hafazan itu berlaku dengan sedar. Pelajar bukan sekadar menghafaz secara 'tanpa-sedar' tetapi ia mengetahui bahawa setiap ayat yang dibaca itu benar-benar dimasukkan ke dalam kotak memori.
Pelajar akan membayangkan satu persatu huruf dan kalimah yang terkandung dalam mushaf itu berpindah daripada kertas mushaf ke kotak memori mereka.
Proses ini adalah satu proses mengusahakan 'ingatan fotografik' iaitu dengan membayangkan setiap baris dan kalimah itu dikekalkan pada tempatnya seiringan dengan matanya yang tertutup (tidak melihat mushaf).
Saya berpegang bahawa para huffaz perlu menjadikan hafazan Al-Quran itu sebagai satu yang mengalir dalam kehidupan mereka. Segala sentuhan, rangsangan, pendengaran dan bayangan mereka mesti disalurkan kepada Al-Quran, agar ia sebati dengan memori dan kelancaran mereka pada segenap aspek dan sudut.
Ibubapa sewajarnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini, selain guru-guru dan pihak maahad itu sendiri.
Wallahua'lam bissawaab.
----
Ikuti catatan saya di t.me/ustazsyamilesa
Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa
Forwarded from Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
Muzakarah Ilmuwan Islam: Jihad Bebaskan Palestin anjuran Muafakat Ilmuan Islam (MUIS), Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Pertubuhan Global Hayat dan Dunia Palestin Network telah diadakan pada 1 Jun 2025 di Anjung Melayu, Kuala Lumpur bagi membincangkan isu besar umat Islam yang semakin mendesak berikutan penjajahan berterusan rejim penjajah Israel ke atas bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.
Muzakarah ini menghimpunkan para ilmuwan, asatizah dan aktivis untuk merumuskan kefahaman yang tepat tentang kewajipan jihad serta menangkis salah faham terhadap perjuangan pembebasan Palestin.
Muzakarah telah bersetuju dengan 15 resolusi berikut:
https://muis.org.my/2025/06/15-resolusi-muzakarah-ilmuwan-islam-jihad-bebaskan-palestin/

Agar Al-Quran menjadi air hujan yang menyuburkan hati
Baru-baru ini saya berkongsi dengan pelajar-pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Turath Al-Juwaini mengenai satu doa yang selalu saya amalkan pada setiap sempena dan keadaan, iaitu doa daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud RA, daripada Musnad Imam Ahmad RA.
Saya nyatakan doa ini besar kegunaannya, ia menghapuskan kedukaan dan kesedihan, serta menyuburkan hati dengan Al-Quran. Moga doa ini menjadi pemangkin buat hafazan para pelajar.
Saya meyakini bahawa bantuan Allah SWT kepada kita berkadaran kepada sejauhmana 'panjang'nya doa kita, atau mendalamnya seni kita meminta kepada-Nya.
Itu yang ayah saya ajarkan sejak saya kecil, bermula doa ketika nak tidur, selepas solat, hingga doa naik kenderaan. Semuanya kalau boleh yang paling panjang. Jadi saya ajarkan kepada mereka doa ini, biarlah panjang tetapi besar kegunaannya.
Moga ia menjadi salah satu asbab bagi suburnya Al-Quran dalam jiwa mereka.
Wallahua'lam bissawaab

Perkataan yang jahat bukan sekadar perkataan
Kita boleh nampak siapa yang bermasalah dan siapa yang tidak, berdasarkan kata-kata yang disebutkan.
Bagaimana nak tahu kata-kata itu bermasalah?
Apabila ia mengundang masalah, kecurigaan, keserabutan, kelemahan, kemalasan, dan kecurangan.
Atas dasar itu kita fahami besarnya sabda Baginda SAW yang berbunyi terjemahannya ;
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik atau diam"
Ya, kata-kata yang bermasalah hanya mewariskan masalah dan membesarkannya. Ia bukan sekadar perkataan atau pertuturan, kerana dalam alam yang meliputi alam yang ghaib dan alam al-amr (yakni alam tadbir Tuhan), suatu perkataan yang zahir terbawa sekali bersamanya makna yang batin, dan perkara-perkara lain yang dipikul.
Padanya ada dosa, sangka buruk, dan lebih besar lagi terbawa sekali dengan kemurkaan Tuhan.
Orang yang melihat hanya dengan zahir akan menanggapinya sekadar perkataan buruk. Namun orang yang mahir akan memahaminya sebagai satu pakej yang membawa semua kecelakaan dan laknat, walau hanya dengan sebuah perkataan.
Dengan kefahaman yang menggabung alam zahir, ghaib dan alam al-amr ini, kita boleh fahami bagaimana maksud sabda Nabi SAW yang terjemahannya berbunyi ;
"Seseorang hamba itu boleh jadi menuturkan kalimah daripada kemurkaan Allah, sedangkan dia tidak pun mengendahkannya, tetapi dengan kalimah itu menjerumuskannya ke neraka"
Demikianlah, benarnya sabdaan baginda SAW, dan besarnya cara fikir nabawi yang wajar kita telusuri.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Kenyataan Media
🔹 Berlaku peningkatan besar dalam serangan ganas oleh tentera penjajah Zionis ke atas seluruh kawasan Semenanjung Gaza, khususnya Bandar Gaza yang kini menyaksikan serangan udara intensif menyasarkan orang awam tidak bersenjata di kawasan perumahan di timur dan barat bandar tersebut.
🔹 Serangan udara oleh pesawat tentera penjajah telah menyasarkan sekumpulan orang awam yang sedang berkumpul di sebuah kawasan rehat di tepi pantai Bandar Gaza, kawasan yang dipenuhi pelarian yang melarikan diri daripada pengeboman berterusan dari timur bandar yang mengakibatkan pembantaian berdarah yang meragut puluhan nyawa.
🔹 Serangan rejim pengganas juga kini tertumpu kepada gudang pengagihan bantuan yang sudah pun terhad, khemah-khemah pelarian, serta kawasan orang awam berkumpul untuk mendapatkan makanan, di samping pemusnahan berterusan kawasan perumahan, khususnya di bahagian timur dan tengah Bandar Gaza.
🔹 Apa yang berlaku di Gaza adalah jenayah perang yang nyata, dan tindakan pembersihan etnik secara sistematik, yang dilakukan secara terang-terangan oleh kerajaan penjajah di hadapan mata dunia.
🔹 Dunia mesti segera bertindak untuk menghentikan penjenayah perang, Benjamin Netanyahu, yang kini bertindak seperti orang gila dan terdesak, melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma kemanusiaan, dalam usaha menutup kegagalannya selama lebih 20 bulan dalam cubaan memusnahkan rakyat kami dan mematahkan semangat perjuangan mereka.
🔹 Kami sekali lagi menyeru negara-negara Arab dan Islam, seluruh umat kami, serta para pencinta keadilan di seluruh dunia agar segera bangkit dengan langkah yang serius dan berkesan untuk menghentikan pencerobohan ini, serta memberi sokongan kepada rakyat kami yang sedang berjuang mempertahankan diri daripada ancaman pembunuhan dan pemusnahan oleh rejim pengganas ini, yang juga membahayakan seluruh rantau ini.
Gerakan Perjuangan Islam – Hamas
Isnin, 5 Muharram 1447 H
bersamaan 30 Jun 2025
Sumber: Hamas

Al-Quran itu sendiri wangi di sisi siapa yang ada derianya.
Di sisi yang tidak ada deria itu, Tuhan hadirkan sesetengah kemuliaan hamba-Nya untuk menunjukkan wanginya Al-Quran itu.
Tujuan akhir bagi wanginya makhluk, bukan kerana ia makhluk, tetapi kerana ketinggian nilai Al-Quran.
Karamah diberikan dan ditunjukkan kepada para mukminin untuk menambahkan iman.
Segala tindakan yang berlaku sewajarnya menjurus kepada penambahan iman.
Mencari-cari kewangian sementara adalah tindakan yang tidak utama, bahkan boleh membatalkan perkara yang utama iaitu kebersamaan dengan Al-Quran.
Sesuai dengan kaedah, "apabila hadirnya air, maka terbatallah tayammum".

Perginya nenek yang berjuang hingga ke akhir hayat
Pada pagi Isnin (14 Julai 2025), nenek saya (Hjh Sa'anah binti Hj Abd Hamid) telah kembali ke rahmat Ilahi di rumahnya di Muar, Johor. Beliau merupakan isteri kepada atuk saya (Tuan Guru Hj Mohd Tahir bin Daeng Mengati, wafat pada tahun 1994 masihi).
Banyak kenangan yang tidak terlupa apabila bersama nenek. Tidak pernah sekali pun melihat beliau merungut, mengeluh atau menyalahkan takdir, kesusahan dan cabaran kehidupan yang beliau lalui.
Beliau menjual kerepek ke hulu ke hilir untuk membangunkan madrasah tahfiz yang dibina bersama almarhum suaminya. Madrasah itu kini sudah bertapak, dan berjalan dengan baik di kawasan berhampiran rumah beliau.
Untuk perjalanan operasi bulanan madrasah ini, nenek telah mewakafkan 4 ekar hasil tanah sawitnya untuk tujuan itu. Hasil jualan kerepeknya telah mencecah RM 200k untuk bina surau di madarasah itu.
Tanah tahfiz itu sendiri adalah tanah wakaf yang diwakafkan oleh orang ramai, hasil 'fund-raising' yang diusahakan beliau dan suami. Sudah banyak para huffaz yang dilahirkan di madrasah ini.
Beliaulah yang menjadi 'tempat sandaran' anak-anak yang melalui cabaran-cabaran dalam kehidupan. Kebanyakan anak-anak beliau (makcik pakcik), jika ada masalah, samada akan telefon, atau balik kampung jumpa 'mak'.
Walaupun nenek hanya akan mengulangi benda dan pesanan yang sama, namun aura dan 'nazroh' (melihat wajah nenek) itu sendiri boleh menghilangkan kedukaan dan merawat kelukaan.
Saya pernah teringat ketika kecil, suatu pagi saya pergi ke kebun nenek untuk membantunya berkebun. Beliau mengumpulkan serai untuk dijual.
Seikat besar serai dengan susah payah diikat, lalu beliau bertanya kepada saya ; Agak-agak engkau rasa berapa ringgit ini ?
Saya jawab : Erm... mungkin 2-3 ringgit.
Beliau jawab : Ini seikat kita jual 50 sen aje.
Saya jawab : Fuhhh, kenapa murah sangat ?
Beliau jawab : Engkau ingat senang ke nak cari duit ?
Tersentap sekejap.
Beliau sangat menyayangi arwah suaminya, dan sentiasa mengulang-ulang sejarah hidup bersama suaminya (usia perkahwinan mereka sekitar 47 tahun).
Banyak tips kehidupan yang dikongsi oleh beliau. Setiap malam sebelum tidur beliau akan senaraikan apa yang akan dilakukan pada esok pagi, walaupun salah satu item dalam senarai itu adalah 'membaca Harakah'.
Cukup produktif, tak duduk diam dan sentiasa akan cari 'kerja'. Ketika waktu beliau larat dahulu, seringkali pusing satu Malaysia ziarah anak-anaknya. Di Kedah, Perak, Selangor, KL dan Johor Bahru.
Namun ziarahnya pasti kebiasaannya tidak melebihi 3 hari, sebab alasannya : "Siapa nak tengok kebun aku ? Siapa nak bagi makan ayam aku ?"
Banyak pesanan nenek yang sentiasa terngiang-ngian dalam kepala. Antara yang tidak pernah lupa adalah :
"Engkau membesar jadi pejuang agama ye nak".
Kalimah pejuang, perjuangan dan agama tidak pernah lekang daripada mulut nenek untuk dipesan kepada anak cucunya. Walaupun beliau tidak mendapat pendidikan formal kerana berkahwin dengan atuk pada ketika umur 10 tahun, namun atuk saya (yang merupakan seorang kiyai/ulama/agamawan) telah mendidik isterinya dengan segala keperluan ilmu fardu ain dan ilmu kehidupan, yang lebih baik daripada mana-mana pendidikan formal yang ada hari ini.
Ilmu "agama sebagai perjuangan hidup" yang diajar suaminya, hakikatnya telah mengalir ke darah anak cucu nenek. Anak cucu nenek (lebih 130 orang) mempunyai pelbagai latar belakang, yang kebanyakannya telah bergiat dalam amal Islami dalam pelbagai wadah yang ada, samada PAS, IKRAM, Haluan, dan ISMA dan seumpamanya. (Ya, UMNO 'is a big no' dalam keluarga kami).
Kehidupan nenek bersama suami (dipanggil Atuk Yek) tidak lepas dari cabaran dan ujian. Berpindah dari Muar ke Mersing, kemudian ke Rompin, Pahang, kemudian kembali semula ke Muar. Di setiap tempat pasti adanya tinggalan-tinggalan sejarah arwah atuk samada berupa madrasah yang didirikan, atau anak murid yang ditinggalkan.