Forwarded from Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
9 Resolusi Muzakarah Permasalahan Syarak Berkaitan Perjuangan Palestin
Muzakarah Majlis Ulama ISMA (MUIS) dengan tema โBeberapa permasalahan syarak berkaitan perjuangan Palestin" yang berlangsung pada 18 November 2023 bersamaan 4 Jamadil Awwal 1445H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama GSB UKM.
Jemput baca artikal selanjutnya pada pautan dibawah ๐
https://muis.org.my/2023/11/resolusi-muzakarah-permasalahan-syarak-berkaitan-perjuangan-palestin/
------------------
Ikuti
Web MUIS : muis.org.my
telegram MUIS : https://t.me/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0
#isusyarakberkaitanpalestin
#majlisulamaisma

Yang ditetapkan sudah tertulis, walau seluruh dunia mengingkarinya
Antara pengajaran dan hakikat besar dalam hidup yang saya lalui dan alami, serta sentiasa memerhati dan menghayatinya adalah sebuah potongan hadis berbunyi :
ูุงุนูู ุฃู ู ุง ุฃุตุงุจู ูู ููู ููุฎุทุฆู ูุฃู ู ุง ุฃุฎุทุฃู ูู ููู ููุตูุจู
Maksudnya : "Ketahuilah apa yang menimpamu tidak akan tersalah arah, dan apa yang tersalah arah memang tidak akan menimpamu"
Demikianlah keimanan kepada Qadha' dan Qadar, membuahkan rasa tenang dan makmur dengan hikmah dan kesempurnaan tadbir di sebalik tabir.
Moga Allah menggolongkan kita di kalangan para mujahidin, hanya menantikan salah satu kebaikan, kemenangan dan pembebasan, atau syahadah dan kebahagiaan.
Wallahua'lam bissawaab

Memilih buah yang baik, dan sebuah perjalanan
Buah yang baik daripada pohon yang baik. Buah yang buruk daripada pohon yang buruk.
Demikianlah kata-kata manusia ibarat buah, dan jiwanya ibarat pohon.
Mana-mana perkataan yang membawa syubhat, kebencian, permusuhan, keraguan dan kecelaruan, hakikatnya adalah daripada jiwa yang dibajai kesombongan, kerosakan dan kedegilan.
Sebaliknya, perkataan yang lahir daripada jiwa yang makmur dan subur dengan kasih sayang, kepercayaan, keyakinan dan kejelasan, akan menjelmakan rasa tenang, selesa dan damai.
Sebaik-baik perkataan adalah Al-Quran, kerana ia adalah kalam Dzat Yang Maha Sempurna. Seburuk-buruk perkataan adalah daripada syaitan dan iblis, kerana ia daripada seburuk-buruk makhluk.
Hakikat keindahan akan berakhir kepada kesempurnaan Tuhan, dan hakikat kejelikan akan berakhir pada kemurkaan-Nya.
Kita mungkin dilihat perlu untuk memilih, dilihat seolah diberikan pilihan, untuk pergi ke destinasi yang mana satu.
Namun jiwa yang mengenali isyarat ketuhanan, memahami bahawa jiwa itu hanya akan menuju kepada destinasinya yang serasi. Tertarik, cenderung, dan terpikat dengan jalan yang mempunyai 'persamaan' dengan diri.
Pemilihan, di sisinya, hanyalah proses mujahadah dan perjalanan jiwa, bukanlah sekadar membuat satu-satu keputusan.
Hanya kerana, di sisinya, keputusan sudah pun dibuat.
Yang tinggal hanyalah, perjuangan mengharungi sebuah perjalanan.
"Barangsiapa yang bermujahadah di jalan Kami, Kami akan menunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang yang melakukan kebajikan" - Surah Al-Ankabut, ayat 69
Ya, kebersamaan itu telah pun bermula sejak dari awal perjalanan lagi. Demikianlah juga singkapan taufiq dan hidayah, hanyalah ibarat laluan demi laluan, bagi menuju satu penghujung, dan pengakhiran yang abadi.
Wallahua'lam bissawaab.

Himpunan kisah-kisah penghujung kehidupan orang yang melakukan dosa fitnah dan adu domba sangat mengerikan.
Ia hakikatnya lebih ngeri daripada yang digambarkan MASTIKA dan yang sewaktu dengannya.
Dosa itu bukan setakat dibawa ke penghujung riwayat hidupnya, ia akan menghantuinya hingga ke dalam kubur dan perjalanan seterusnya di hari kiamat nanti akan menjadi penghalang demi penghalang seseorang meniti titian sirat dan menuju ke syurga.
Kalah saman berjuta-juta pun belum tentu dosa itu dihapuskan jika maaf tidak diberikan.
Orang yang suka buat kacau pada orang, hakikatnya dirinya sendiri tidak bahagia dan penuh kekacauan.
Manusia hanya mampu memberi, apa yang dia ada.

Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Gambar 2021; Seorang kanak kanak lelaki di Gaza yang terpaksa dipujuk oleh seorang anggota HAMAS.
Beliau kecewa kerana tidak melepasi syarat untuk menyertai Briged Al Qassam kerana belum cukup umur.
"Ketika kamu sudah dewasa, kami akan menyambut kamu untuk menjadi pejuang pembebasan Palestin."
t.me/hadispalestin

100 juta untuk kebajikan tidak mengancam mereka.
Tetapi jika seringgit diberikan kepada para pejuang dan mujahidin, itu mereka akan cari sampai ke lubang cacing.
Siapa tahu sebab apa?
Tetapi jika seringgit diberikan kepada para pejuang dan mujahidin, itu mereka akan cari sampai ke lubang cacing.
Siapa tahu sebab apa?
Forwarded from Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
โHadith ini menjelaskan tentang akibat dan hukuman bagi seorang wanita yang sengaja menzalimi makhluk walaupun yang dizalimi itu bukan seorang manusia, tetapi seekor kucing. Namun perbuatan zalim tersebut sudah cukup untuk Allah mengazabnya.
Bayangkan jika yang dizalimi itu adalah seorang insan yang tidak terdaya, memerlukan bantuan tatkala keperluan asasinya disekat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah mereka yang menzalimi akan terlepas daripada ancaman hadith ini?โ
Jemput baca artikel pada pautan di bawah ๐
https://muis.org.my/2023/12/menyekat-bantuan-ketika-darurat-adalah-zalim/
------------------
Ikuti
Web MUIS : muis.org.my
telegram MUIS : https://t.me/kalamsalafussoleh
FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma
YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0
#bantahKezaliman

Forwarded from Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bantuan Musim Sejuk di Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia yang disampaikan oleh Aman Palestin tahun lalu. Ya Allah permudahkan urusan kami untuk terus membantu mereka.
Hadis Palestin ๐ต๐ธ
https://t.me/gsppmalaysia
#SebarkanKemenangan
#AkhiriPenjajahan
Hadis Palestin ๐ต๐ธ
https://t.me/gsppmalaysia
#SebarkanKemenangan
#AkhiriPenjajahan
Teruskan pembukaan dan pembebasan
Jangan jemu baca qunut nazilah, dan jangan jemu buat orang Yahudi Isra3l Zionist dan sekutunya marah dan tak senang duduk.
Setiap satu doa diniatkan paling kurang satu nyawa askar mereka terbunuh.
Setiap satu post yang mengundang kemarahan mereka itu kita niatkan sebagai satu pahala memanah / menembak ke musuh.
ููู ุชูุชูููู ูููู ุงููู ูุชููู
ููุง ูุทุคูู ู ูุทุฃ ูุบูุธ ุงูููุงุฑ ููุง ููุงููู ู ู ุนุฏู ูููุง ุฅูุง ูุชุจ ููู ุจู ุนู ู ุตุงูุญ

Pelajaran 'hakikat' di waktu petang
"Abi, tadi kelas Qasim cuma lima orang sahaja datang"
Ungkap anak sulungku, yang seolah-olah menjadi bukti kenapa dia liat betul nak pergi sekolah lepas Jumaat tadi.
Lalu ayahnya menjawab :
"Yang masuk syurga, orang yang sedikit. Yang bersyukur, orang yang sedikit. Yang beriman, orang yang sedikit, jadi awak nak jadi orang yang sikit ke yang ramai?"
Terdiam sekejap, lalu dia menjawab : Yelah yelah.
Lalu ayahnya menyambung :
"Yang penting, bukan bilangannya, tapi yang penting, buat benda yang betul"
Itulah sedikit kuliah ringkas sewaktu pulang dari sekolah.

Berfikir dengan neraca Al-Quran, bukan hak asasi palsu
Bila Al-Quran menyatakan bahawa Yahudi dan Nasrani sesekali tidak akan redha hingga umat Islam ikuti mereka, maka yakinlah perkhabaran itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.
Bila Al-Quran menyatakan bahawa Yahudi itu paling banyak memungkiri janji, maka yakinlah perkhabaran itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.
Bila Al-Quran menyatakan orang munafiq adalah yang sentiasa menyokong Yahudi di belakangnya, menjadi proksinya dan menjayakan agendanya, maka yakinlah perkara itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.
Bila kita sudah jelas semua ini, maka hakikatnya kita tiada pilihan daripada pendirian :
1. Wajib menyokong para mujahidin yang melawan I5rael, dengan segala kemampuan termasuk ketenteraan, kewangan, sokongan dan desakan.
2. Wajib menyedari kewujudan para munafiq yang membantu menjayakan agenda Z1onist yang kononnya bergerak di sebalik kemanusiaan, ketelusan dan kejujuran, tetapi hakikatnya hanya mahu melemahkan perjuangan para mujahidin melawan I5rael.
3. Wajib meletakkan kepercayaan kepada para mujahidin dalam merangka strategi dalam sebarang bentuk langkah rundingan, bukan meletakkan kepercayaan kepada proksi-proksi yang terbukti bekerjasama dengan I5rael selama ini.
4. Wajib menyedari bahawa langkah pertama membantu para mujahidin yang paling ampuh adalah dengan menyahkan dan menghilangkan 'munafiq-shield' yang menjadi proksi dan pelindung kepada gerakan Z1onist untuk bergerak dan melaksanakan polisi mereka.
5. Wajib menyedari bahawa umat Islam secara keseluruhannya sedang menghadapi peperangan ini, bukan hanya umat di G4z4. Justeru tiada sebarang alasan boleh diberikan untuk 'lari dari medan perang' sekiranya ia bukan untuk merangka strategi atau bersama para mujahidin yang lain (yang juga sedang bersiap sedia untuk berperang).

Wala' kepada umat Islam, atau bersama para kuffar dan munafiq, tiada pilihan ketiga.
US adalah musuh umat Islam.
Mencari keredhaan musuh adalah nifaq dan mencari wala' selain orang beriman.
Terhegeh-hegeh menumpang populariti musuh adalah kebodohan dan petanda nifaq.
Terhegeh-hegeh menyokong orang yang menumpang populariti musuh adalah dua kali kebodohan, dan dicampuri kenaifan.
Tidak pelik jika Dajjal muncul dengan ditulis 'Ka-Fa-Ra' di dahinya, tetapi tetap ramai orang yang mengaku beriman mengikutinya.
Hari ini ia pun sudah berlaku. Pembunuh umat Islam diangkat tanpa segan silu, mencari sokongan dan talian hayat, demi mengekalkan habuan dunia dan pangkat yang sementara. Di P4lestin ia sudah berlaku, hakikatnya ia telah merebak ke negara Islam yang lain.
Semoga Allah memimpin kita semua, dan diselamatkan daripada Dajjal dan orang-orang yang suka menipu manusia dan umat Islam.

Kajian Euro-Mediterranean Human Rights Monitor:
64 peratus penduduk Gaza makan rumput, buah-buahan, makanan mentah dan barang luput tarikh demi alas perut.
Sumber: ismaweb
t.me/gsppmalaysia

Untuk tetap teguh, kita perlu bersabar.
Untuk melangkah jauh, kita perlu belajar.
ูุชูุงุตูุง ุจุงูุญู ูุชูุงุตูุง ุจุงูุตุจุฑ

Semakin mendekati Tuhan, semakin mencerminkan 'sifat' Tuhan
Membina keyakinan memerlukan satu proses yang panjang. Tahapan orang yang yakin kerana ilmu, berbeza dengan tahapan orang yang yakin kerana 'bertemu'. Begitu juga yang mendapat pengetahuan, berbeza dengan orang yang melalui pengalaman.
Nabi Ibrahim AS meminta agar Tuhan menzahirkan secara 'kaifiyat' bagaimana Dia menghidupkan yang mati. Itu caranya meningkatkan tahap keyakinan.
Nabi Musa AS meminta agar Tuhan mengizinkannya melihat Zat-Nya. Itu juga caranya untuk meningkatkan tahapan keyakinan.
Sunnah para Anbiya' AS melalui jalan-jalan kehidupan dengan membina jambatan menuju stesen keyakinan yang seterusnya. Pembinaan rohani tetap dilalui dengan penuh sedar, dan tiada satu detik disia-siakan melainkan ia diniatkan sebagai satu bentuk pengenalan kepada Pencipta, seraya meningkatkan martabat keyakinan kepada martabat yang lebih tinggi.
Keyakinan orang awam menyandarkan sumber segala kuasa kepada Tuhan secara mujmal (ringkas), tetapi dalam masa yang sama, mereka tetap menyandarkan, secara detil dan terperinci, manfaat dan mudarat itu - walau tanpa disedari - kepada sebab musabbab yang Tuhan jadikan di dunia ini.
Keyakinan orang yang berjalan menuju Tuhan meletakkan segala kekuatan dan kuasa adalah mutlak semata-mata di bawah kehendak-Nya, secara ringkas dan terperinci. Tiada satu pun sebab musabab yang dilihat melainkan dilihat padanya kekuasaan, keizinan dan kehendak Tuhan, pada setiap yang berlaku padanya.
Keyakinan orang yang benar-benar mengenali Tuhan, setelah melalui dua tahapan keyakinan, atas dasar pengenalan yang mendalam terhadap tujuan dan kehendak Tuhan, mereka cuba meniru 'tadbir' dan 'pengurusan' Tuhan terhadap dunia dan alam.
Mereka melihat nama-nama Tuhan sebagai cerapan dan manifestasi tanggungjawab untuk berperanan, mereka tidak berpada dan berhenti pada stesen 'dahsyah' (kebingungan) dan 'hairah' (kehairanan) terhadap keindahan dan ketinggian kesempurnaan sifat Tuhan, tetapi mereka meneruskan untuk melangkah ke hadapan, memenuhi tujuan asal penciptaan, sebagai 'wakil Tuhan', bagi membawa manusia menuju Tuhan.
Mereka mengetahui, wakil perlu berperanan seperti Yang Melantiknya, perlu bersifat dengan sifat-Nya, sebagai satu 'gambaran' kepada makhluk, secara langsung atau tidak langsung, bahawa Tuhan yang mereka tujui itu, penuh dengan sifat kesempurnaan, kasih sayang, dan kebijaksanaan.
Demikianlah keyakinan para anbiya' AS dan pengikutnya, mengharungi kehidupan mereka, atau, meningkatkan keyakinan mereka.
Salam tahun baru masihi, 2024.

Satu Al-Quran, Satu Malam
Apabila melihatkan kejayaan para penghafaz Al-Quran berjaya melakukan syahadah yakni hafazan Al-Quran sehari sekaligus, ada yang timbul persoalan, tak penat ke?
Saya menjawab :
"Tiada yang mengetahuinya (nikmatnya) melainkan sesiapa yang pernah merasa nikmatnya"
Saya bercita-cita menggapai sunnah Uthman RA yang membaca satu Al-Quran dalam satu rakaat witir. Dikatakan beliau tidak solat malam selain witirnya itu pada malam itu.
Justeru saya ingin mencadangkan inisiatif bagi para huffaz, bagi meletakkan satu pencapaian bacaan penuh Al-Quran dalam solat satu malam, sebagai satu tanda aras kejayaan seseorang dalam menjaga hafazannya terhadap Al-Quran.
Jika idea ini mendapat sambutan, akan ada fenomena besar-besaran yang disambut oleh pelbagai pihak bagi memuliakan Al-Quran dan ahli-ahlinya.
Jika pemain bolasepak ada 'piala dunia', pelumba kereta ada 'Le Mans', pemain catur ada permainan tahap dunia, pelari marathon ada Ultrathon, bagi saya ahli Al-Quran juga perlu ada tahapan yang tinggi yang boleh dikejar dan diraikan.
Saya cuba namakan majlis itu sebagai Malam Ultrahifzi Al-Quran, dengan bacaan Al-Quran dimulakan seawal solat Maghrib, dari awal Juzuk 1, selepas iftar, disambung dengan solat Isyak, dan melalui tarawih sebanyak 8 rakaat, hingga berakhir khatam juzuk 30, pada 15 minit sebelum Subuh untuk sahur.
Dibuat pada malam Nuzul Quran, di tempat di mana para huffaz berkumpul meramaikan, menyemak dan mengulang bacaan mereka.
Demi Allah, jika ia boleh dilakukan, itulah salah satu taman-taman syurga, paling tidak buat ahli Al-Quran.
Adakah siapa yang berminat ?

Sedikit perkongsian mengenai kesimpulan ayat-ayat mutasyabihat dalam Al-Quran mengenai sifat-sifat Allah.
Kalam ulama bukan sembang kedai kopi
Ya benar, kalam manusia memang tidak maksum.
Namun guru saya beri satu kaedah, untuk difahami para umat Islam dalam berinteraksi dengan kalam ulama.
Pendapat ulama tidak maksum, namun kadar ketepatannya lebih besar daripada pendapat kita.
Ulama mempunyai jalan kiranya yang sudah kukuh, semua yang dibicarakan ada hujjah dan kaedah tersendiri. Mereka tidak memetik-metik nukilan orang kemudian dipegang seperti pandangan muktamad melainkan disaring dengan kaedah dan prinsip mazhabnya.
Atas asas itu maka ijtihad mereka, mana-mana pun ia pergi, ia tetap dikira dalam lingkungan kebenaran dan mendapat pahala. Ketepatan dan ketidaktepatan hanya berputar sekitar titik yang sahih atau lebih sahih sahaja.
Jadi jika nak dibandingkan, seorang yang biasa cakap benda yang betul, dengan yang biasa cakap merapu, ibarat mempercayai persaksian kanak-kanak berbanding orang dewasa yang dipercayai.
Beza antara orang yang baru graduasi daripada kepakaran dalam bidang tertentu, dengan orang yang sudah lama menjadi pakar pun sudah berbeza kerana pengalamannya, mendarah dagingnya dalam sesuatu bidang, apatah lagi orang yang tidak duduk dalam bidang itu.
Membakulkan semua pandangan ulama seperti pandangan orang biasa adalah satu kebiadaban terhadap pewaris Nabi SAW, dan kezaliman terhadap ilmu itu sendiri.
Atas asas itulah, dalam ilmu usul fiqh, dalil syarak bagi para ulama adalah Al-Quran, Sunnah, Ijmak, Qiyas, dan semua dalil-dalil yang boleh diterima. Adapun bagi orang awam, dalil syarak mereka adalah pandangan mujtahid (ulama).
Membuka ruang kritikan kepada para mujtahid (ulama) yang muktabar di medan awam, sama seperti mengkritik Al-Quran dan Sunnah di medan awam.
Jika bukan kerana mereka, siapakah yang akan sampaikan agama ini kepada kita?

Niat menentukan kesudahan dan pengakhiran, keyakinan adalah anugerah sepanjang perjalanan
1. Kita bermula dengan cita-cita di pengakhiran, dan kita berakhir dengan apa yang kita cita-citakan di permulaan.
2. Perkara utama yang paling asasi dalam hidup adalah di mana kita meletakkan kehendak kita.
3. Di situlah terletaknya penghujung kita.
"Sesungguhnya setiap amalan itu (diukur) berdasarkan dengan niat. Dan setiap manusia akan mendapati apa yang diniatkannya" - HR Muslim
4. Niat perlukan pembuktian. Lalu Tuhan akan datangkan ujian dan cabaran bagi membuktikan adakah niat itu benar, atau sekadar dakwaan.
5. Atas jalan itu wujudnya mujahadah, iaitu suatu medan pertempuran antara jiwa yang murni dengan hawa nafsu, dan syaitan serta tentera-tenteranya.
6. Dalam mengharungi medan jihad, pelbagai persiapan perlu dilakukan, sebagai pelindung, tentera dan benteng bagi mempertahankan 'niat' dan 'kehendak' yang dipegang dari awal perjalanan.
7. Manusia yang paling mengetahui selok-belok jiwa, akan menjadi manusia yang paling bersedia mengharungi medan mujahadah.
8. Mukmin yang mati mempertahankan kehendak dan niatnya, akan dikira sebagai syuhada', yakni kematiannya adalah saksi kepada ketulusan dan kejujurannya dalam 'kehendak' dan 'niatnya' untuk dihadapkan di hadapan Allah SWT.
9. Tingkatan kejujuran dan ketulusan dinilai berdasarkan besarnya ujian dan cabaran yang dilalui. Atas sebab itu manusia yang paling besar ujiannya adalah para anbiya' AS, kemudian manusia yang seterusnya dan seterusnya (berdasarkan keimanan).
10. Kesemua ujian yang dilalui adalah ibarat 'syahadah' (persaksian demi persaksian) yang hanya mengesahkan bahawa ia telah lulus, ia telah disaksikan, ia telah terbukti, bahawa ia kekal dalam niat dan kehendaknya.
11. Apabila ia lulus suatu ujian, Allah SWT akan berikan ia satu anugerah yang tidak diberi kepada orang selain mereka, iaitu anugerah sebuah 'keyakinan'. Semakin banyak ujian yang dilalui, semakin bertambah 'keyakinan' yang diberikan.
12. Orang lain akan pelik bagaimana mereka boleh menempuh ujian dan cabaran yang besar, tetapi mereka tidak memahami hakikat bahawa ia tidak akan mampu dicapai melainkan dengan 'keyakinan' yang telah terbina selama ini, sebelum ini, yang terangkum dalam perjalanan kerohanian yang panjang.
13. Manusia hanya perhatikan pencapaian luaran, tetapi tidak ramai yang memerhatikan pencapaian dalaman.
14. Sedalam-dalam manusia adalah keinginannya, dan yang meneguhkannya terhadap pilihannya itu adalah keyakinannya.
15. Manusia hakikatnya melalui fasa-fasa pembuktian ini samada sedar atau tidak.
16. Jika mereka memahami, mereka akan sampai kepada titik permasalahan mereka adalah pada ketulusan kehendak, kemudian pada cukupnya keyakinan.
"Sembahlah Tuhanmu, hingga sampai kepadamu Al-Yaqiin' - Surah Al-Hijr, ayat 99
Wallahua'lam
---
Ikuti catatan di t.me/ustazsyamilesa

Telegram
Ustaz Syamil Esa
Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.
@syamilesa
@syamilesa