YS hanya menjalankan kehidupannya, sepertimana ia melalui kematiannya
Ketahuilah, syuhada' tidak lahir tiba-tiba, ia adalah sebuah pakej kehidupan yang tabie dengan penuh rencam dan masalah kehidupan seorang manusia.
Orang yang mati dalam 'syahadah', adalah mereka yang sejak hidupnya adalah dalam menegakkan 'syahadah'.
Saya membayangkan momen kesyahidan YS hanyalah episod-episod kehidupan yang biasa dilalui oleh beliau dan para syuhada' yang lain.
Tiada yang lebih, tiada yang kurang.
Kehidupan mereka adalah ribat, jihad, bersiapsiaga, tidak sekali-kali menyerah, dan sentiasa bersedia untuk bertemu Tuhan.
Benar, mereka tidak memerlukan 'stimulan' seperti umat Islam hari ini, yang disajikan ribuan gambar dan berita yang menghiris hati, namun insafnya hanya seketika, sedihnya hanya sekian masa, demonstrasi sebulan dua, muktamar dan konferens beberapa, kemudian meneruskan kehidupan seperti biasa dengan gelak tawa, hiburan dan kelalaian.
Ya, umat hari ini tidak layak membebaskan P. Selagi rutin harian tidak dipenuhi dengan agenda para mujahidin dan murabitin, selagi mana umat masih memerlukan stimulan-stimulan luaran untuk membangkitkan dan menghidupkan, selagi itu kita masih jauh dalam menjadi umat yang layak membebaskan P.
Kita perlu hidup untuk misi 'syahadah', baru kita layak mendapat 'syahadah'. Hanya umat yang bersifat syuhada' yang layak membebaskan P.
Moga Allah memilih kita menjadi para syuhada' dalam misi besar pembebasan kali ini.
Sampaikan salamku pada Rasulullah SAW dan para sahabat RA, wahai Abu Ibrahim !
InsyaAllah kami akan menyusul di kemudian hari.

Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
GILIRANMU (Fetya x Tarbiah Sentap)
Sudahkan anda mendengar lagu terbaru yang didedikasikan buat panglima Al-Syahid Yahya Al-Sinwar ini?
Dengarkan di YouTube:
https://youtu.be/VY6qfud3Pdc
Kredit: Komuniti Dakwah Tarbiah
t.me/duniapalestin

Mimpi yang perlu diletakkan pada kedudukannya yang sepatutnya
Antara kelebihan Islam adalah ia menjadikan sumber wahyu sebagai salah satu sumber yang muktamad, digandingkan dengan khabar yang sahih dan dapatan akal yang sejahtera.
Mimpi yang benar (ru'ya salihah) adalah sebahagian daripada saki baki nubuwwah, seperti hadis Nabi SAW bahawa ia adalah 1/46 Nubuwwah.
Kedudukan mimpi bagi para anbiya' adalah wahyu yang benar, memberinya satu bentuk pengarahan dan di sisi mereka adalah dalil yang absah untuk diikuti.
Adapun bagi selain anbiya', mimpi terdedah kepada pelbagai tafsiran, bergantung kepada kesolehan yang bermimpi, dan apa yang dilaluinya. Ia bertujuan memberi isyarat tertentu samada berita gembira, persediaan atau ancaman tertentu.
Walaupun mimpi mempunyai keistimewaan yang tertentu, kedudukannya tetap tidak mampu mencapai tahap dalil yang membawa kepada satu arahan bersifat wahyu yang tertakluk pada umat secara keseluruhannya.
Dalam masa yang sama, mimpi manusia terbahagi kepada permainan jiwa (hadith nafs), atau permainan syaitan, atau mimpi yang benar daripada Allah, yang menjadikannya tidak konsisten pada sesuatu masa berbanding masa yang lain.
Kedudukannya sebagai mubasyirat, dan berbentuk isyarat menjadikannya lemah dan tidak dapat menandingi dalil syarak yang lain yang menjadi hujjah pemutus ke atas semua manusia.
Oleh itu, mimpi orang soleh memerlukan penafsiran daripada ahli yang mempunyai kepakaran dalam ta'bir mimpi, lalu diletakkan pada tempat yang sesuai untuk tindakan yang tertentu, yang semestinya melibatkan pihak yang bermimpi itu secara langsung.
Walaupun demikian, sebarang tindakan yang terhasil dari sesebuah mimpi, tetap perlu ditapis dan dilandasi prinsip-prinsip syariah yang jelas, di samping mendapat pandangan para ulamak dalam menentukan keselariannya dengan tuntutan syarak semasa.
Umat Islam pada hari ini seharusnya dididik untuk berpegang pada perkara yang muhkamat (perkara yang tidak perlu ditafsirkan) dan musallamat (perkara yang tidak dipertikaikan) yang tiada sebarang pertikaian dan perspektif lain, berbanding didedahkan dengan perkara seumpama mimpi, ilham dan seumpamanya.
Wasatiyah Islam menuntut untuk kita membesarkan perkara yang besar, dan meletakkan perkara yang kecil pada kedudukannya, agar kita tidak meletakkan sesuatu melebihi kadarnya, atau mengurangkan sesuatu daripda kadar yang sepatutnya.
Wallahua'lam bissawaab.

Hanyut di lautan "Cahaya Muhammadi"
Tiada sekelumit rasa keseorangan, di dalam dakapan kebersamaan.
Apa yang lebih indah berbanding, berdampingan bersama kekasih, meneliti kalam Kekasih, dalam meniti jambatan makna dan cinta?
Bila semua yang ada itu sirna, yang kekal hanyalah sebuah makna, menerobos dimensi ruang dan masa, lalu menyapa dan memegang erat, secara tersurat dan tersirat, bahawa "rahmat-Ku meliputi kesemua perkara".
Yang kita kurang adalah pengertian sebuah makna, yang kita kurang adalah kefahaman ungkapan sebuah hakikat cinta.
Hilangkan diri dalam dakapan Tuhan, kekalkan diri dalam mengikuti utusan (SAW), hadirkan makna cinta dan perhambaan, kelak suatu hari dirimu akan menemui hakikat sebuah kewujudan, dan menyingkapi sebuah tadbir ketuhanan.
Lalu ketika itu, pertanyaan yang paling bermakna bukanlah kenapa dan bagaimana, tetapi "siapa aku di hadapan-Nya".
Ya, ketika semua dimensi itu bersatu, yang tinggal hanyalah engkau dan "Aku".
Tuhan, pimpin tanganku, mengenali diriku sendiri.

Kelajuan hafazan dan isu murajaah
Institusi tahfiz ada pelbagai pendekatan dalam memastikan hafazan Al-Quran dihabiskan oleh para penghafaz Al-Quran.
Ada yang guna kaedah hafaz sikit mengulang banyak.
Ada yang guna kaedah hafaz banyak, mengulang juga cuma tak berapa diberatkan.
Ada yang guna kaedah hafaz aje banyak-banyak, lepas itu dah tamat Al-Quran, baru fikir murajaah (mengulang) ikut kemampuan masing-masing.
Saya antara yang melalui sistem yang kedua. Sistem diinspirasi dari sistem Deoband.
Tempoh keberadaan di maahad kami (Maahad Tahfiz Al-Quran Hira') adalah 2 tahun.
Para senior ada yang tamat kurang dari setahun, ada yang 4 bulan, 7 bulan, 9 bulan dan seumpamanya. Mereka kemudian mengulang setahun untuk proses melakukan syahadah.
Ada juga yang tamat setahun lebih, kemudian tempoh bakinya digunakan untuk mengulang.
Dapat lakukan syahadah atau tidak, itu rezeki masing-masing, bergantung pada taufiq Allah, kebijaksanaan guru dan 'peer-pressure' daripada kawan-kawan yang mampu lakukan.
Saya lihat perkara ini banyak bergantung pada kebijaksanaan dan firasat guru dalam menilai anak murid.
Jika hafazan dihentikan di pertengahan jalan kerana isu pengulangan yang lemah, murid akan berhadapan dengan isu 'patah semangat' kerana ibarat tengah sprint kemudian disuruh berhenti untuk memerhatikan kelemahan sepanjang larian.
Jika terlalu dibiarkan 'sprint' melaju hingga ke garisan penamat tanpa sebarang hentian pengulangan, ketahuilah kebiasaannya orang begini yang paling susah mengulang Al-Quran.
Saya cenderung untuk melakukan pit-stop pada setiap juzuk iaitu setiap kali habis sesebuah juzuk maka akan diulang secara sempurna juzuk itu barulah boleh melangkah ke hafazan juzuk baru.
Pencapaian murid seperti 4 bulan, 7 bulan dan setahun, mungkin di sisi para huffaz lain nilainya tidaklah seberapa jika Al-Quran itu tidak diingatinya dengan lancar dan sempurna.
Namun di sisi murid itu, ia adalah satu 'kredit besar' yang boleh dibawa, ditunjukkan kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat, bahawa kalam Allah ini telah dihafaz dalam tempoh yang singkat, seterusnya membenarkan ayat surah Al-Qamar ; "Sesungguhnya Kami telah memudahkan Al-Quran untuk diingati (zikr), maka tiadakah orang yang mengambil pelajaran?"
Roh persaingan dalam hafazan perlu ditingkatkan dalam masyarakat, agar masyarakat hidup atas inspirasi Al-Quran sebagai asas kehidupan mereka.
Bab mengulang dan murajaah, itu juga satu persaingan yang perlu dimasyhurkan. Bagi yang dapat melakukan syahadah sewajarnya diangkat pula bagi tujuan yang sama.
Pendek kata, ada anugerah hafazan terlaju, ada pula anugerah hafazan terlancar, ada anugerah bacaan terbaik, dan begitulah seumpamanya.
Mana-mana sahaja yang terkait dengan Al-Quran sewajarnya diangkat setinggi-tingginya. Itulah salah satu cara kita membenarkan janji Allah bahawa ;
"Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran, dan Kami-lah yang menjaganya" - Surah Al-Hijr
Wallahua'lam bissawaab.
----
Dengan taufiq dan inayah Allah SWT, saya bersama sahabat akan membuka Maahad Turath Al-Juwaini untuk ambilan pertama tahun 2025, bermula ambilan umur seawal 12 tahun dan 13 tahun.
Terasnya adalah : Hafazan Al-Quran, Hafazan Matan & Turath, serta Kemenjadian Ulama.
Pendaftaran sudah dibuka. Sila ke link berkaitan.
https://wasap.my/60142214035/DaftarMaahadAlJuwaini
Terima kasih.

WhatsApp.com
Share on WhatsApp
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people
in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and
family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure,
reliable messaging and calling, available…

Forwarded from Podcast Fikir Dulu
APA DI SEBALIK KONFRONTASI WAHABI-ASWAJA? - EP 7 | PODCAST FIKIR DULU
https://youtu.be/gT5WPOkAbc4
https://youtu.be/gT5WPOkAbc4
https://youtu.be/gT5WPOkAbc4
Apakah masalah sebenar pertembungan Wahabi dengan Aswaja? Adakah pertembungan ini bertujuan ilmiah atau perebutan pengaruh?
Podcast Fikir Dulu adalan sebuah podcast yang menggabungkan pemikir-pemikir Islam di Malaysia.
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Ustaz Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim
Ustaz Firdaus Zalani
Ustaz Ahmad Syamil Esa
Follow Podcast Fikir Dulu
www.youtube.com/@FikirDuluPodcast
t.me/podcastfikirdulu

InsyaAllah malam ini saya akan bersiaran di rancangan Analisis bersama Finaz Yunus, di youtube channel, The Merdeka Times.
Jam 8.30 malam.
Seputar isu kesihatan mental, dengan membawa sudut pandang pakar psikologi, orang yang pernah melaluinya, dan tasawwur muslim dalam menanggapi isu ini.
Saya ada kupas sedikit berkenaan bagaimana dunia hari ini menuju satu fenomena yang saya panggil "kenyahmanusiaan", serta sedikit intro berkenaan "keberagamaan yang sedar".
Jemput dengar dan berikan komen anda.
Terima kasih.
Wassalam.

Kegusaran bagi seseorang, merupakan kebahagiaan orang lain
Suatu perspektif dalam berdamai dengan takdir.
Jangan khuatir dengan orang yang sentiasa bersama Tuhan, kerana sentiasa akan ada malaikat yang diutuskan-Nya, yang akan menjaganya.
Malaikat akan mengilhamkannya kepada perkara yang baik dan terpandu.
Malaikat akan menggerakkan hati-hati orang beriman untuk membantunya.
Malaikat akan menolak bala bencana yang boleh menimpanya.
Malaikat akan menggerakkan awan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan seluruh alam ini bagi memudahkan urusannya.
Malaikat akan memberi ketenangan kepada hatinya.
Malaikat akan menjadi penghiburnya di kala keserabutan menyelubunginya.
Hakikat peneman seseorang mukmin di kala kesukaran adalah persahabatan dengan para malaikat yang tidak dicerap dengan mata kasar, tetapi kewujudannya hadir di mata hati.
Bagi manusia biasa, kita biasanya hanya meyakini bahawa cuma ada Raqib dan Atid yang mencatat amalan baik dan buruk.
Baginya pula, ada puluhan ribu lagi malaikat, dengan tugasan masing-masing yang tertentu. Ada yang mendoakan, ada yang memberi syafaat, ada yang mengiringi, ada yang mengajar, memberi ilham dan panduan, ada yang menggerakkan makhluk lain, dan seumpamanya.
Benar, mereka itu jika mati akan diiringi ribuan malaikat, hakikatnya itulah jua malaikat yang bersamanya di dunia lagi.
"Sesungguhnya orang yang berkata Tuhan kami adalah Allah, kemudian ia beristiqamah, maka akan turunlah kepadanya para malaikat dan mengatakan "Janganlah kamu takut dan risau, serta bergembiralah dengan syurga yang kamu dijanjikannya. Kamilah penemanmu di kehidupan dunia dan di akhirat" - Surah Fussilat ayat 30-31
Itulah salah satu perspektif berdamai dengan takdir. Hakikatnya kita bukan selayaknya berdamai dengan takdir, tetapi kita patut berterima kasih dengan takdir!
Iaitu apabila kita memahami bahawa alam ini sedang berjalan menuju satu destinasi abadi yang penuh keindahan dan kebahagiaan, disusun oleh Yang Maha Mengasihi dan Menyayangi, bagi menyediakan kita menuju suatu 'grand meeting' antara kita dan Dia, suatu masa nanti.
"Kamu bersama dengan al-kaun (alam wujud) ini selagimana kamu tidak menyaksikan-Nya. Apabila kamu menyaksikan-Nya, maka al-kaun ini akan bersamamu" - Hikam Ibnu Athoillah As-Sakandari
Di sisi orang yang tiada Tuhan, kejahilannya terhadap alam akan menghancurkannya, lalu ia skeptik dengan hari esok dan masa depan. Bagi orang yang bersama Tuhan, ketidaktahuannya ditampung dengan husnuzzonnya kepada Yang Mentadbir Alam, yang tidak pernah zalim, Maha Adil dan Maha Sempurna.
Bila begitu, timbulkah lagi persoalan, kenapa aku? Kenapa mesti aku?
Hanya kerana persoalan yang tinggal hanyalah, siapakah 'aku'?

Renungan petang sekitar isu tawassul
Saya berpegang kepada pertimbangan yang diletakkan oleh syarak, kita besarkan apa yang besar, dan kecilkan apa yang kecil.
Mengenai tawassul, ia hanyalah kaifiyat dalam berdoa, jadi dengan kefahaman itu saya tidak sekali mensyirikkannya, tetapi saya juga tidak mengamalkannya secara adat kebiasaan.
Demikianlah juga isu istighatsah (minta tolong pada orang soleh yang sudah meninggal dunia), jika difahami dalam konteks tawassul iaitu kaifiyat dalam doa, maka juga termasuk dalam perkara di atas.
Saya mungkin tidak mengajarkannya (istighatsah) kepada masyarakat awam bagi menutup pintu kerosakan dek kerana kejahilan masyarakat yang perlukan pra-syarat yang jelas dalam beramal.
Jika ada yang nak mengamalkannya, ia perlu difahamkan beberapa mukadimah dahulu mengenai akidah yang sejahtera, ibadah yang sempurna, kefahaman terhadap hakikat ketuhanan, manfaat dan mudarat, logiknya sesebuah permintaan kepada orang yang hidup dan bagaimana letak duduknya kedudukan roh para solihin.
Pendek kata, nak pergi kepada perkara-perkara cabang yang halus dan boleh mengundang pelbagai dakwaan dan tohmahan, perlu lalui perkara yang pokok yang tiada sebarang pertikaian agar ia menjadi paksi kepada segala perbahasan dan kekeliruan.
Saya berpegang bahawa segala doa yang diajarkan Rasulullah SAW dan diikuti oleh para sahabat RA adalah pokok dan paksinya, yang selain itu adalah cabang yang pelbagai, boleh jadi sesuai dengan sesetengah dan tidak pula pada yang lain.
Saya cuba umpamakan bahawa doa-doa yang ma'tsur diajarkan Rasulullah SAW adalah ibarat makan nasi yang kita buat setiap hari. Dan adapun doa dengan bentuk tawassul dan istighatsah (dalam erti kata tawassul) adalah ibarat makan Paracetamol atau ubat yang HANYA dimakan ketika perlu dan darurat, bukan pada waktu kebiasaan.
Atau kita boleh umpamakan doa harian sebagai pedang, yang digunakan ketika waktu biasa, dan doa dengan bentuk tawassul ibarat pisau atau senjata rahsia yang disimpan di celah kaki yang digunakan dalam keadaan bertempur secara dekat.
Hadis berkenaan tawassul dengan amalan soleh (kisah 3 penghuni gua) adalah hanya satu daripada ribuan hadis doa lain, yang menunjukkan doa itu dilakukan secara terus (tanpa tawassul). Ia menunjukkan kaifiyat tawassul digunakan ketika kesusahan dan kesulitan yang khusus, yang mana keadaannya 'jarang' berlaku.
Kita sepatutnya membesarkan apa yang besar di sisi syarak, dan meletakkan sesuatu perkara yang kecil pada kedudukannya yang selayaknya.
Jika kita perbesarkan perkara yang tidak besar, dikhuatiri kita telah menzalimi agama yang kita anuti ini, atau mencemarinya dengan apa yang bukan ada padanya secara asal.