Muslim Volunteer Malaysia Official
3.2K subscribers
6.61K photos
631 videos
14 files
1.53K links
This is an official telegram channel for Muslim Volunteer Malaysia

🌼About us : www.mvm.org.my
🌼Donate : www.donation.mvm.org.my
Download Telegram
100 VolunteerMVM Diperlukan Dalam Program Green O Go Bin 9.0 ♻️‼️

Hai volunteerMVM 🤗,

Masa yang ditunggu-tunggu untuk kalian join program kami kali ini. 🤩

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dengan kerjasama Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu Kuala Lumpur, akan mengadakan program Green O' Go Bin 9.0 pada 14 Jun 2025 (Sabtu) bertempat di Taman Tugu Lanai Kijang Entrance KL. 

Green O' Go Bin 9.0 merupakan projek pengumpulan pakaian & fabrik terpakai untuk dikitar semula.

Objektif program kali ini adalah mengumpul dana hasil kutipan untuk disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan MVM.

Maklumat program: 

🌺 Tarikh : 14 Jun 2025 (Sabtu) 
🌺 Masa: 8.00 am- 5.00 pm 
🌺 Lokasi: Taman Tugu Lanai Kijang Entrance, KL. 
🌺Sukarelawan : 100 Sukarelawan 
**Makanan & E-Sijil disediakan. 

Antara skop tugas sukarelawan: 

- Membantu mengumpulkan barang sumbangan
- Membantu mengasingkan baju mengikut kategori
- Membantu memberi arahan & tunjuk arah kepada penyumbang.
- Membantu "loading" barang sumbangan ke dalam lori. 
*** Membantu membuat hebahan sebelum hari program 

Berminat? Daftar sekarang di : https://eventsize.com/event/gog9tamantugu

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan ; 👇🏻 
 📲Admin Volunteer (Amirah) - 0178074144 
📲Berkaitan Projek (Syafiq) - 0104237064

#muslimvolunteermalaysia #recyclebaju
#gog9.0
Salam Aidiladha 1446H
7 Jun 2025 | 10 Zulhijjah 1446H

Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Ikhlas daripada:
Muslim Volunteer Malaysia
Seluruh warga Muslim Volunteer Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Hasbullah bin Md Najib atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Volunteer Malaysia.

Semoga terus cemerlang dalam memimpin dan mengangkat misi kemanusiaan ke peringkat yang lebih tinggi.
Taja Projek MVM dengan RM50 & Terima Sejadah Percuma

Jom taja mana-mana projek kemanusiaan MVM dengan sumbangan serendah RM50. Lebih istimewa, 20 penaja terawal esok akan menerima Sejadah Sandar Eksklusif – hadiah kecil sebagai tanda terima kasih dari hati kami.

Kerana pada akhirnya, bukan soal nilai RM50 itu.
Tetapi kerana anda sentiasa setia di barisan hadapan, bersama kami saat kami paling memerlukan.

Klik di sini -> https://donationmvm.org/donations/legasi-kebajikan-mvm-2023/
Recycle Baju & Fabrik Terpakai

Taman Tugu Lanai Kijang Entrance (Landmark Briyani Lorry) 14 Jun 2025 8.00 pagi - 5.00 petang

Sebarang pertanyaan:
010-423 7064 (Syafiq)
017-6321901 (Imran)

#muslimvolunteermalaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lori 10 tan yang pertama sudah penuh!

Taman Tugu Lanai Kijang Entrance (Landmark Briyani Lorry) 14 Jun 2025 8.00 pagi - 5.00 petang

Sebarang pertanyaan:
010-423 7064 (Syafiq)
017-6321901 (Imran)

#muslimvolunteermalaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom Datang Recycle Baju Sebelum Jam 5 Petang Ini !!!

Taman Tugu Lanai Kijang Entrance (Landmark Briyani Lorry)
14 Jun 2025
8.00 pagi - 5.00 petang

Sebarang pertanyaan:
010-423 7064 (Syafiq)
017-6321901 (Imran)

#muslimvolunteermalaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Selesai Program Recycle Baju GOG 9.0 Hari Ini.

Terima kasih kepada rakan kerjasama iaitu @mbutamantugu kerana bersama-sama menjayakan program recycle baju kali ini.

Tidak lupa juga kepada sukarelawan yang terlibat dalam program kali ini. Anda semua sangat awesome. 🙌🏻

Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang. 😁

#muslimvolunteermalaysia #recycle #bendabolehrecycle #gog9.0
Jom Derma Darah Pada Sabtu Ini!

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dengan kerjasama St John Ambulance IOI City Mall Blood Donation Suite, akan mengadakan program Derma Darah pada 21 Jun 2025 (Sabtu) bertempat di IOI City Mall.

Program ini adalah bersempena Hari Penderma Darah yang telah diraikan setiap tahun pada 14 Jun yang lalu.

Objektif program ini adalah untuk memberikan peluang kepada para suakrelawan MVM menderma darah secara sukarela tanpa mengharap balasan demi memastikan bekalan darah negara khususnya di Pusat Darah Negara mencukupi bagi menampung keperluan rakyat Malaysia.

Maklumat program:

🌺 Tarikh : 21 Jun 2025 (Sabtu)
🌺 Masa: 11.00 am- 4.00 pm
🌺 Lokasi: St John Ambulance IOI City Mall Blood Donation Suite.
**Makanan & E-Sijil disediakan.

Berminat? Daftar sekarang di : https://forms.gle/6JpP4MUKNevkGPfo9

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan ; 👇🏻
📲Admin Volunteer (Amirah) - 0178074144

#muslimvolunteermalaysia #recyclebaju
#dermadarah
Lokasi derma darah pada sabtu ini.

Suite Derma Darah (aras B3)
IOI City Mall, Putrajaya
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kami berada di sini sehingga jam 4 petang. Siapa yang berkelapangan, jom kita menderma darah 👍🏻
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
3 cara ke lokasi Suite Derma Darah IOI City Mall Putrajaya
Salam Maal Hijrah 1447H

Sama-sama kita hayati semangat hijrah — bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi transformasi jiwa, niat dan amal ke arah kebaikan yang berterusan.

#muslimvolunteermalaysia