Muslim Volunteer Malaysia Official
3.21K subscribers
6.6K photos
631 videos
14 files
1.53K links
This is an official telegram channel for Muslim Volunteer Malaysia

🌼About us : www.mvm.org.my
🌼Donate : www.donation.mvm.org.my
Download Telegram
Kenapa MVM beri baucar dapur RM200 dan bukan pek makanan?

Kerana setiap keluarga ada keperluan yang berbeza.

Ada yang sudah lama tidak makan ikan.
Ada yang sudah lama tidak merasa daging.
Ada juga yang tidak cukup duit untuk membeli susu formula anak.

Dengan baucar ini, mereka boleh memilih sendiri barangan dapur yang mereka perlukan.

Semoga bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban perbelanjaan mereka sepanjang Ramadan.

Sabtu ini kami akan ke Manjung, Perak untuk Program Rezeki Ramadan seterusnya.

Jika anda ingin berkongsi rezeki Ramadan bersama kami, sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Maybank 5648 0164 7699
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Reference: Rezeki Ramadan
Ramadan sudah memasuki 10 malam terakhir, waktu terbaik untuk kita gandakan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menjemput anda untuk bersama-sama menyertai Sesi Mengaji 10 Ramadan Terakhir secara LIVE di TikTok.

Bukan sekadar membaca, bacaan anda juga akan disemak secara langsung oleh Ustaz Hasbullah, Ketua Pegawai Eksekutif MVM, bagi membantu memperbetulkan tajwid dan memperindahkan bacaan Al-Quran.

🕘 9.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Live di TikTok @volunteer_mvm

Luangkan sedikit masa di pagi Ramadan ini untuk menghidupkan hari dengan alunan ayat suci Al-Quran.
Al-Quran Untuk Aceh

Alhamdulillah, setakat 12 Mac 2026 jam 12:30 tengah hari, kempen Al-Quran Untuk Aceh telah berjaya mengumpul RM4,286.56, bersamaan 119 naskhah Al-Quran hasil sumbangan orang ramai.

Daripada jumlah tersebut, 30 naskhah Al-Quran telah pun dihantar lebih awal kepada penduduk Kampung Lubuk Sidup, Aceh untuk digunakan oleh komuniti di sana.

Masih ramai yang memerlukan Al-Quran kerana sebahagian naskhah yang mereka miliki rosak akibat banjir dan ada yang terpaksa menjemur Al-Quran lama untuk digunakan semula.

Dengan RM36 sahaja, anda boleh menyumbangkan senaskhah Al-Quran buat mereka. Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi saham pahala berterusan buat para penyumbang.
Program Rezeki Ramadan Gaza | Bantuan Iftar Ramadan

Pada 18 Mac 2026, di penghujung Ramadan, Alhamdulillah misi agihan iftar oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) di kawasan Almusaddar telah berjaya dilaksanakan.

Sebanyak 13,000 porsi hidangan berjaya disediakan dan diagihkan kepada saudara kita di sana, dengan menu nasi kuning bersama daging cincang.
Kami bersyukur kerana dapat melihat mereka kembali menikmati nasi, berbanding sebelum ini yang hanya mampu menjamah bijirin sebagai sumber makanan harian.

Di sebalik setiap pek iftar ini, ada doa, harapan dan kasih sayang daripada anda semua.

Terima kasih orang baik kerana terus percaya dan menyokong usaha ini. Setiap sumbangan anda bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi mengembalikan sedikit kegembiraan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga setiap kebaikan ini menjadi asbab keberkatan dan ganjaran berlipat ganda buat semua penyumbang.
Jom rebut peluang malam terakhir ini!

Hidupkan malam dengan tarawih,
basahkan lidah dengan Al-Quran,
perbanyakkan sedekah,
dan bersungguh memohon keampunan-Nya.

Malam terakhir bukan untuk disia-siakan…
Tapi untuk kita kejar pengampunan sebanyak-banyaknya!

Moga malam ini menjadi saksi taubat kita 🤲🏻
Hari kemenangan yang dinanti akhirnya tiba.
Syawal hadir membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim dan menyatukan hati-hati yang rindu.

Semoga Aidilfitri kali ini menjadi titik permulaan untuk kita terus menyebar kebaikan, memperkukuh perpaduan dan memelihara keamanan bersama.

Kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bukan semua tempat sesuai untuk program kitar semula pandu lalu.

Sebab itu kami sangat teliti dalam memilih lokasi.

Berminat untuk berkolaborasi?
Hubungi kami di talian berikut:
Syafiq: 010-423 7064
Imran: 017-632 1901
Al-Quran untuk Aceh

Alhamdulillah, pada Selasa, 7 April 2026, Muslim Volunteer Malaysia dengan kerjasama Asar Humanity telah berjaya menyalurkan amanah sebanyak 150 mushaf Al-Quran terjemahan kepada mangsa banjir di Desa Lubuk Sidup dan Desa Babo, Kabupaten Aceh Tamiang.

Al-Quran ini merupakan hasil daripada kempen “Al-Quran untuk Aceh” yang telah dilancarkan pada bulan Ramadan yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam menguruskan amanah ini.

Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi asbab pahala yang berterusan (sedekah jariah) buat kalian semua. 🤍
Di saat dunia masih memerhati, ada yang terus bergerak membawa harapan.

Muslim Volunteer Malaysia menyokong usaha Global Sumud Flotilla 2.0 dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Semoga setiap pelayaran dipermudahkan dan setiap amanah selamat sampai kepada rakyat Palestin.

Solidariti ini tidak akan terhenti.

Terus Sumud! 🇵🇸
Ribuan terima kasih kepada Yang Malaysia Sdn. Bhd. (Pinn Yang) atas kepercayaan dan sumbangan yang diberikan.

Sumbangan ini telah dimanfaatkan dalam projek Rezeki Ramadan 2026 bagi membantu mereka yang memerlukan.

Semoga kebaikan ini terus memberi manfaat kepada ramai. ❤️
Ribuan terima kasih kepada Genius Aulad atas kepercayaan dan sumbangan yang diberikan.

Sumbangan ini telah dimanfaatkan dalam projek Rezeki Ramadan 2026 bagi membantu mereka yang memerlukan.

Semoga kebaikan ini terus memberi manfaat kepada ramai. 💙💛
Laporan Ramadan MVM 2026 (Bantuan Dalam Negara).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penaja dan rakan kerjasama atas sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan Projek Ramadan 2026 (Dalam Negara).

@geniusaulad
@alliancebankmalaysia
@asarhumanity
@yangmalaysia
@gemsjewels_