Muslim Volunteer Malaysia Official
3.21K subscribers
6.6K photos
631 videos
14 files
1.53K links
This is an official telegram channel for Muslim Volunteer Malaysia

🌼About us : www.mvm.org.my
🌼Donate : www.donation.mvm.org.my
Download Telegram
Hijrah mengajar kita tentang pengorbanan, perubahan dan keikhlasan dalam melangkah menuju kebaikan.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, ketenangan dan membuka ruang untuk kita terus berbakti kepada masyarakat.

Salam Maal Hijrah 1448H
Daripada Muslim Volunteer Malaysia
Alhamdulillah, terima kasih kepada para penyumbang budiman.

Pada 13 Mei 2026 yang lalu, bantuan Makanan Panas telah selamat diagihkan kepada saudara kita di Gaza.

Butiran Agihan:
βœ… 191 Pek Makanan Panas
βœ… Setiap pek: 900g Nasi + 300g Daging
βœ… Impak: 573 orang penerima manfaat

Semoga setiap suapan yang mereka nikmati menjadi asbab keberkatan buat anda sekeluarga.
Program Pandu Lalu Kitar Semula Kini Kembali! πŸš—

Atas permintaan ramai, kami kembali lagi dengan Program Pandu Lalu Kitar Semula di MAEPS!

Jom kumpulkan barang kitar semula di rumah dan hantar terus kepada kami tanpa perlu turun dari kenderaan.

πŸ“… Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: MAEPS

Antara barangan kitar semula yang diterima:
♻️ Fabrik
♻️ E-Waste
♻️ Minyak Masak Terpakai
♻️ Kertas

Ayuh bersama-sama kita jayakan usaha menjaga alam sekitar sambil mengurangkan sisa buangan.

Jumpa anda di MAEPS nanti!

Sebarang pertanyaan:
πŸ“ž Syafiq: 010-423 7064
πŸ“ž Imran: 017-632 1901
Pandu Lalu Kitar Semula Barangan Terpakai kembali di MAEPS!

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menganjurkan program Pandu Lalu Kitar Semula Barangan Terpakai edisi ke-14 pada:

πŸ“… Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Lokasi: Parking 1M, MAEPS atau MAEPS Bus Parking, Selangor

Program ini bertujuan mengumpul dana bagi Tabung Projek MVM melalui aktiviti kitar semula. Barangan yang terkumpul akan dijual kepada pihak ketiga, dan seluruh keuntungan akan disalurkan terus ke tabung tersebut.
Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, hubungi:
Syafiq: 010-423 7064

#muslimvolunteermalaysia #recycle #maeps #selangor

Berita baik untuk semua!

Alhamdulillah, sesi Dodgeball pada hari Sabtu ini ditaja sepenuhnya
(percuma).

Kami kini mencari 10 orang peserta untuk melengkapkan kuota bagi sesi
hujung minggu ini.

Siapa cepat, dia dapat!

Jika berminat, sila hubungi Amirah segera melalui WhatsApp di talian:
017-807 4144