Muslim Volunteer Malaysia Official
3.21K subscribers
6.6K photos
631 videos
14 files
1.53K links
This is an official telegram channel for Muslim Volunteer Malaysia

🌼About us : www.mvm.org.my
🌼Donate : www.donation.mvm.org.my
Download Telegram
Alhamdulillah, sepanjang 2025–2026, pelbagai usaha bantuan telah berjaya disalurkan ke 5 Kabupaten di Aceh hasil sokongan anda semua.

Bermula dengan agihan pek makanan, bekalan air bersih, gotong-royong membersihkan kawasan terjejas, sumbangan al-Quran, sehinggalah pelaksanaan ibadah korban—setiap bantuan membawa sinar harapan buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua yang terus mempercayai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) untuk memikul amanah ini.

Insya-Allah, perjalanan ini tidak terhenti di sini. Masih banyak lagi inisiatif dan projek yang akan kami laksanakan demi terus memberi manfaat kepada masyarakat Aceh.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Majlis Pembinaan Pusat Islam untuk Komuniti Muslim Filipina | 4 Ogos 2026.

Alhamdulillah, MVM bersama-sama menyokong penuh inisiatif pembinaan Pusat Islam baharu di Mandaluyong City, Filipina.
Sering kali solat Jumaat dan solat 5 waktu terpaksa berdepan kesukaran akibat kapasiti Masjid Al-Ikhlas yang sangat terhad. Insya-Allah, Pusat Islam bernilai RM6.2 juta ini bakal menjadi nadi baharu kepada 20,000 hingga 40,000 penduduk Muslim di sekitar Metro Manila.
Berlokasikan kawasan yang sangat strategik berdekatan EDSA dan jaringan MRT, pusat ini bukan sahaja tempat solat yang selesa, malah menjadi pusat sehenti untuk aktiviti dakwah dan pembangunan komuniti fakir miskin di sana.
Mari sama-sama kita sokong dan mendoakan agar projek pembinaan ini dipermudahkan dan berjalan lancar.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Baik pulih Surau Orang Asli

Lokasi: Kampung Tebang Baru, Gerik, Perak.
Sekalung Tahniah daripada Muslim Volunteer Malaysia!
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Dzuljastri Bin Abdul Razak, Penasihat Alam Sekitar & ESG MVM, atas kejayaan memenangi “Best Paper Award” di 4th ICIBB 2026 melalui kajian beliau mengenai prinsip Toyyiban dan keselamatan makanan halal di Malaysia.
Kecemerlangan ini adalah kebanggaan buat warga MVM. Teruskan cemerlang dalam memacu penyelidikan yang berimpak tinggi!
Jom Bersihkan Sungai di KTM Segambut!

Sertai program “River Clean-Up” bersama kami dan @hara.maker pada 16 Mei 2026 (Sabtu) ini.

Maklumat Program:
Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8 pagi - 9.30 pagi
Lokasi: Sungai Keroh, KTM Segambut, Kuala Lumpur
Jumlah Sukarelawan Diperlukan: 25 orang

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Cik Amirah: 017- 807 4144

Daftar di sini -> https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYNgFSXGlaqA34a3rFRlg61vXND3Zp8Pmj2lq93178tvxvOQ/viewform
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi rezeki untuk kempen Feed The Future.

Alhamdulillah, hasil sumbangan yang diterima, bekalan makanan yang kami sediakan ini dapat menampung keperluan 100 anak-anak kelas pemulihan 3M (Membaca, Menulis & Mengira) untuk tempoh 2 bulan.

Bukan itu sahaja, kami juga akan membekalkan roti dan buah-buahan setiap minggu untuk mereka.

Kepada yang ingin menyumbang atau memberikan tajaan untuk kempen ini, boleh hubungi:

Adawiyah: 017-8074 337
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)
Maybank: 5648 0164 7699
Rujukan: FTF
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
Muslim Volunteer Malaysia (MVM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Hasbullah Bin Md. Najib atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menggalas amanah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MVM.

Kini, beliau meneruskan khidmat bersama MVM sebagai Board of Trustee.

Semoga terus sukses dalam amanah baharu dan terus menjadi asbab kepada lebih banyak kebaikan.
📢 PENGAMBILAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Muslim Volunteer Malaysia kini membuka peluang Latihan Industri bagi pelajar Jabatan Kewangan & Akaun.

📌 Tempoh: 3–6 bulan
📌 Elaun latihan disediakan setiap bulan

Cara memohon:
Hantarkan dokumen berikut:
• Resume/CV terkini
• Surat permohonan (cover letter)
• Surat pengesahan latihan industri daripada institusi
• Transkrip akademik terkini

📩 Emel permohonan: hrm.mvm@gmail.com

Jangan lepaskan peluang untuk menimba pengalaman dan membina kemahiran dalam suasana kerja sebenar bersama kami!
Di sebalik gegaran susulan yang melebihi 4,000 kali sejak gempa utama M7,7...

Ada Lebih 950 mangsa mengalami kecederaan.
Hampir 96,000 penduduk terpaksa bergelut tinggal di pusat pemindahan sementara.

Tragedi ini turut melumpuhkan tempat tinggal dan prasarana komuniti di sana..

Lebih 38,000 unit kediaman rosak teruk, sederhana, dan ringan.
Ratusan sekolah, fasiliti kesihatan, dan rumah ibadat turut terjejas, memutuskan akses harian penduduk.

Walaupun frekuensi gempa mula menunjukkan trend penurunan, penduduk di sana masih berdepan hari-hari yang sukar dalam ketidakpastian, mengharapkan bantuan luar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Di saat mereka bergelut dengan ujian berat ini, keperluan asas amat mendesak di lapangan. MVM kini sedang giat mengumpul dana untuk menyalurkan Bantuan Alatan Kebersihan dan Bantuan Perubatan yang amat diperlukan oleh mangsa di sana.

Jom bersama-sama kita hulurkan tangan meringankan beban saudara kita di NTT?
Keadaan di Nusa Tenggara Timur sekarang…
Untuk memastikan misi ini dapat digerakkan dengan lancar, sasaran sekurang-kurangnya RM5,000 diperlukan.

Alhamdulillah setakat ini, dana yang berjaya dikumpul baru mencecah
RM1,397 dan tapi kita masih jauh daripada sasaran...
Sekiranya ingin menyumbang, anda boleh imbas QR yang tertera
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pandu Lalu Kitar Semula Barangan Terpakai kembali di Kuala Lumpur!

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dengan kerjasama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) akan menganjurkan program Pandu Lalu Kitar Semula Barangan Terpakai edisi ke-15 pada:

📅 Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: University Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur

Program ini bertujuan mengumpul dana bagi Tabung Projek MVM melalui aktiviti kitar semula. Barangan yang terkumpul akan dijual kepada pihak ketiga, dan seluruh keuntungan akan disalurkan terus ke tabung tersebut.

Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat!

📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
Syafiq: 010-423 7064
Imran : 017-632 1901
#muslimvolunteermalaysia #uptm #recycle recycle #kualalumpur #ewaste
Hari ini, kita nikmati kesejahteraan yang diwarisi hasil perjuangan generasi terdahulu. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk terus menjaga keharmonian, saling membantu dan menyumbang kepada masyarakat.

Semoga semangat kemerdekaan terus hidup dalam diri kita bukan hanya pada bulan Ogos, tetapi setiap hari.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾