Bicara Hati
3 subscribers
100 photos
1 video
5 files
24 links
Tulisan dari hati sampai ke hati.
Sukarnya menulis dari hati,
Kerana menulis dengan hati,
Perlukan amal menghias diri.
Download Telegram
_"Wanita solehah di muka bumi lebih tinggi kedudukkannya daripada bidadari syurga seorang lelaki yang dapat satu wanita solehah di dunia, nanti di hari kiamat dia akan dapat lebih tujuh ribu bidadari kerana apa?"_

_"kerana Satu bidadari tidak dapat mengalahkan Satu wanita solehah di dunia. Jadi tak perlu cemburu pada bidadari. Bidadari yang cemburu pada kita kerana Wanita Solehah lebih afdhal dari bidadari."_

_"Cara jadi wanita solehah ialah ikuti contoh ketua wanita syurga dan segala bidadari kita, puteri kesayangan Muhammad saw, iaitu Sayyidah Fatimah رضي الله عنها"_

(Ustazah Nur Alina Al Munawwar)
pelajari dari kesalahan

maafkan semua orang,buangkan dendam kesumat

sebaiknya baiki apa yang masih terbaki,mungkin dipandangan kamu hidup kamu sudah tiada erti,walhal Allah mengetahui jika kamu usaha untuk membaikinya maka dia bantu sehingga kamu berjaya


IR

@ibnuruslan
Forwarded from Dakwah Habaib
"Jangan gatal mulut untuk terlibat dalam perkara yang tidak terkait, jangan gatal tangan untuk menghentam perkara yang tidak datang manfaat kepada kita. Gunakan tangan untuk mendatangkan manfaat kepada kita di akhirat. Gunakan mulut untuk mendatangkan manfaat kepada kita di akhirat. Kerana orang boleh masuk syurga dengan satu kalimat, sementara orang boleh juga masuk neraka dengan satu kalimat yang keluar dari lisan."

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Instagram / Facebook / Telegram : @dakwahhabaib
Forwarded from Tulisan Dari Hati
Tips untuk hati bersihkan hati , Jika Hati bersih hidup bahagia dan tenang .

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik uuntuk hambaNya.

Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.

Instagram / facebook / telegram : @airamunieyra
Terkadang melihat orang yang Senyap dicaci dan dimaki bukan bermakna dia adalah seorang yang lemah

tetapi

kerana dia sudah mengenal hakikat diri sendiri,merasakan pandangan Allah adalah lebih penting dari padangan manusia,lalu tomahan dan cacian bagi mereka tiada erti

IR

@ibnuruslan
Wanita itu aurat,

bila dia keluar daripada rumahnya. Maka, syaitan akan menyambutnya.

Ketika kamu keluar rumah, tudung dan pakaian itu adalah untuk menutupi aurat dan kecantikan kamu. Bukan untuk menambahkan lagi kecantikan kamu untuk menarik perhatian lelaki.

Maka pakai lah pakaian yang sederhana dan tidak nampak berlebihan atau menonjol. Niatkan lah menutupi aurat untuk mematuhi perintah Allah bukan semata untuk berfesyen.
m
Forwarded from NOTA TASAWWUF (fadhilah.shuhada)
Doa ibu bapa buat anak-anak berjaya.

Pesan Ustazah Nurhafizah Musa, jika kita nak anak baik dan cemerlang, kitalah yang kena memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Ibu ayah hendaklah selalu kembali kepada Allah dengan rajin taubat nasuha.

Mengerjakan solat sunat taubat meminta ampun pada Allah.

“Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, kejahilan, kealpaan dan kecuaian kami terhadap anak-anak, ampunkan tangan-tangan kami yang sering melakukan dosa. Janganlah kesalahan kami jadi tempias kepada anak-anak kami.”

Hanya Allah yang membuka pintu hati anak-anak kita. Dia jua yang menyampaikan aura kita kepada anak-anak. Kita boleh pesan, nasihat dan bebelkan anak-anak tapi yang sampaikan dalam hati mereka adalah Allah SWT.

Kalau kita banyak bergelumang dengan dosa dan buat salah silap, frekuensinya tak akan sama, ia tak sampai dan masuk ke dalam hati anak kerana yang masukkannya adalah Allah SWT.

Allah hendak melihat ibu bapa luar biasa mendekatkan dirinya kepada Allah.

MasyaAllah, begitulah.
Ibu bapa boleh ambil nikmat bulan Ramadan untuk gandakan doa dan gandakan taubat.
Doalah sebanyak-banyaknya untuk diri kita.
Untuk anak-anak kita.

Bertaubatlah seikhlasnya, agar hati kita bersih dari dosa yang menjadi penghalang pada tenangnya hati ketika mendidik anak.

Dosa yang jadi penghalang untuk mengawal kemarahan serta nafsu.

Hati anak-anak milik Allah.
Hati kita dan anak-anak Allah yang pegang, jadi di kala berusaha menyentuh hati anak-anak dengan didikan kita,
Jangan lupa minta pertolongan Allah , yang memiliki hati anak kita sebetul-betulnya.

Wan Nur Syakira

#catatanparentingsyakira
Kenapa nabi Yunus disebut bersama nabi Ayub dalam Surah An Nisa' ?

Kerana baginda berdua diuji dengan kesakitan.

Nabi Yunus diuji dengan kesakitan pada badan setelah dikeluarkan dari perut ikan paus.

Nabi Ayub juga diuji dengan kesakitan badan sehingga mengganggu tugas hakiki baginda iaitu berdakwah.

Baginda berdua terus berdoa dan berzikir mengingati Allah.
Tanpa putus asa.
Penuh redha dan pengharapan.

Lalu Allah gantikan ujian kesakitan dengan nikmat kesihatan.

Begitulah hidup kita.

Sirah Nabi untuk Anak-anak

#sirahnabiyunus
#sirahnabiuntukanakanak
[ Rendah Hati ]

Jadilah laksana bintang bercahaya yang tampak di bayangan air yang rendah, padahal sebenarnya dia berada di ketinggian.

Jangan menjadi laksana asap, yang membumbung tinggi dengan sendirinya di lapisan udara yang tinggi, padahal sebenarnya dia rendah di kaki.

•Anggap diri hanya pinjaman duniawi yang membawa beribu amalan untuk bertemu ilahi. Setiap yang dizahirkan telah ditutup semua keaibannya supaya tidak diketahui insani.

Pesan sheikhona :

"Jika hati kita berat untuk memuliakan seseorang, sekurang-kurangnya jagalah lisan kita daripada menghina seseorang."

[Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid]

#hubbunafsi