BERITAmediacorp
1.97K subscribers
9.07K photos
1.24K videos
1 file
6.8K links
Berita. Ehwal Semasa. Nadi masyarakat Melayu/Islam
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Siuuu! IShowSpeed sekali lagi membawa pulang anugerah Streamer of the Year buat tahun ketiga berturut-turut di The Streamer Awards 2026 di Los Angeles.

Apa yang menarik, beliau berucap dalam bahasa Indonesia ketika menerima anugerah itu. ๐Ÿ˜ฎ
โค2๐Ÿค”1
Penduduk Melaka keluar mengundi hari ini (14 Nov) dalam Pilihan Raya Negeri ke-16.

Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN kali ini dijangka menjadi ujian penting sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurut pemerhati politik, kerjasama tersebut berpotensi mengukuhkan sokongan pengundi Melayu kepada BN-PN, sekali gus memberikan tekanan kepada PH yang berdepan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian pengundi.

PH pula menguji kerjasama tidak rasmi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), buat pertama kali sejak parti berkenaan meninggalkan PH pada 2020.
Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) menarik status tersebut apabila negara itu gagal menghentikan penularan virus berkenaan selama lebih setahun.

Sejak 2025, kira-kira 7,500 orang dijangkiti sakit campak, manakala 13 jiwa terkorban di negara itu.

Kehilangan status tersebut boleh menjejas kewibawaan Amerika sebagai kuasa besar dalam bidang kesihatan awam serta melemahkan usaha negara-negara lain untuk mengawal penularan sakit campak.

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/dunia/amerika-hilang-status-bebas-penularan-campak-selepas-26-tahun-1086911
Microsoft berkata pada hari Sabtu (14 Nov) bahawa Teams, Outlook dan produkya yang lain telah pulih sepenuhnya, sekali gus menamatkan gangguan global yang menjejaskan komunikasi online bagi perniagaan dan pemerintah selama lebih 24 jam.

Syarikat teknologi Amerika Syarikat itu menyatakan gangguan tersebut berpunca daripada masalah teknikal dan tiada kaitan dengan serangan siber atau kegiatan AI.

Microsoft menerusi platform X menyatakan pihaknya amat kesal atas gangguan yang dialami para pelanggan dan rakan kongsinya.

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/singapura/khidmat-outlook-pemerintah-sg-pulih-sepenuhnya-selepas-gangguan-global-microsoft-1086906
๐Ÿคจ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari yang mungkin tidak akan dapat dilupakan pengantin perempuan ini! ๐Ÿ‘ฐโ€โ™€๏ธ๐Ÿ’

Sudah siap bergaun putih untuk majlis perkahwinannya, kesabaran pengantin wanita ini diuji apabila kereta pengantin yang dinaikinya terbabas masuk ke sawah padi.

Menurut media Vietnam, hiasan bunga yang ditiup angin dikatakan telah menghalang pandangan pemandu, yang akhirnya menyebabkan kemalangan tersebut.

Pengantin perempuan yang sedang hamil itu serta pengantin lelaki diselamatkan oleh para penduduk di situ.

Pasangan itu serta anak dalam kandungannya tidak mengalami sebarang kecederaan dan pengantin perempuan sempat membersihkan diri serta menyalin pakaian lain sebelum majlisnya bermula.
โค1
Menurut satu kajian yang diterajui para penyelidik Australia, penghidap kencing manis jenis 2 didapati lebih berisiko menghidapi Alzheimer - 53% lebih tinggi berbanding mereka yang tiada diabetes.

Berdasarkan kadar kes baharu dalam kajian berkenaan, para penyelidik menganggarkan secara purata 4.7 daripada setiap 1,000 penghidap diabetes jenis 2 mengalami Alzheimer dalam tempoh setahun.

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/singapura/lebih-ramai-pesakit-kencing-manis-jenis-1-dapat-subsidi-bagi-sistem-insulin-1086991
๐Ÿ˜ข1
Perdana Menteri Lawrence Wong tiba di Manila untuk menghadiri Sidang Puncak ASEAN ke-49.

Ia merupakan sidang puncak ASEAN kedua pada 2026 dan yang terakhir sebelum Singapura mengambil alih peranan sebagai pengerusi blok serantau tersebut pada 2027.

Di majlis penutup pada 17 Nov, PM Wong akan membentangkan rancangan Singapura selaku pengerusi ASEAN yang bermula secara rasmi pada 1 Januari 2027. 
โค1
Masjidil Haram memperluaskan khidmat 'gelang keselamatannya' kepada semua jemaah yang mempunyai keterbatasan fizikal.

Sebelum ini, khidmat tersebut hanya disediakan untuk kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Jumlah lokasi pengagihan 'gelang keselamatan' itu juga ditambah daripada dua kepada lima, bagi memudahkan lebih ramai jemaah mendapatkannya.

Khidmat yang diperkenalkan pada Julai tahun lalu itu bertujuan membantu petugas Masjidil Haram menemukan semula jemaah dengan keluarga atau rombongan mereka sekiranya terpisah di dalam masjid atau kawasan sekitarnya.

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/dunia/arab-saudi-perkenal-perkhidmatan-gelang-keselamatan-di-masjidil-haram-1087306
๐Ÿ‘1
Jensen Huang dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk kembali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, beberapa hari selepas meletak jawatan.

Menurut Financial Times (FT) pada Ahad (15 Nov), Jensen sudah membincangkan kemungkinan itu dengan beberapa orang yang rapat dengannya.

Usaha untuk membawa Huang kembali turut mendapat sokongan nama-nama besar dalam industri teknologi, termasuk Elon Musk dan pengasas bersama Uber, Travis Kalanick.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Ahad (15 Nov) memohon maaf kepada Singapura dan Malaysia berhubung jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negaranya.

"Bagi pihak pemerintah dan rakyat Indonesia, kami memohon maaf sekiranya kami telah menyebabkan rakyat Singapura dan Malaysia menderita. Namun percayalah bahawa kami sudah melakukan yang terbaik," kata Prabowo.
Agensi Penyakit Berjangkit Singapura (CDA) kini diberi peranan rasmi untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha mencegah dan mengawal jangkitan.

Menerusi kerjasama ini, Singapura akan dapat berkongsi kepakarannya dengan negara lain, di samping mempelajari amalan terbaik dari seluruh dunia untuk meningkatkan mutu penjagaan kesihatan di negara ini.
Laman web SPF kini boleh diakses semula selepas mengalami masalah teknikal awal tadi.

Menerusi satu catatan Facebook pada 4.28 petang, SPF menyatakan bahawa masalah teknikal menyebabkan laman webnya tergendala buat sementara waktu.

"Isu itu sudah dihuraikan dan laman web kami kini kembali beroperasi seperti biasa," menurut SPF.

Orang ramai juga kini boleh membuat laporan polis menerusi portal SPF.