Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
Sekitar forum kemerdekaan yang ke-67 di Dewan Asrama negeri Selangor, Hayyu Asyir.

"Budaya Bangsa Merdeka"

___

Ikuti p
erkembangan Isma Mesir di setiap platform di bawah :

🔹Website: www.ismamesir.net
🔹Facebook: facebook.com/ismamesir/
🔹Telegram: telegram.me/IsmaMesir
🔹Instagram: instagram.com/isma.mesir

#ismamesir
#JiwaKuatMemimpinMasyarakat
#budayabangsamerdeka
#MalaysiaUnggul2040
👍7🔥2
Sajak kemerdekaan : Dimanakah Kita
Oleh : Ust Muaz Izuddin bin Mat Rahim

Lahirnya aku berbangsa Melayu,
Asal warisan mengungguli peradaban,
Mulianya manusia mengabdikan Tuhan,
Mulianya bangsa bertakhtakan keIslaman,

Islam menjadi darah daging bangsa,
Tersemat identiti menjulang peradaban,
Kesenian bangsa acuan keislaman,
Diungguli zaman sulaman kemelayuan,

Berdirinya melayu diatas paksinya,
Budaya asing dibandingkan jangan,
Merobek kejatian menjunjung keaslian,

Berdamai itu Melayu,
Harmoni itu juga Melayu,
Sarat dengan kesopanan,
Luhur istiadat penuh kesusilaan,
Adab berbudi sudahpun berakar umbi,
Melakar kemakmuran selaras kemajuan,

Laungan Merdeka 6 dekat yang lalu,
Sayup kedengaran ditelan zaman,
Semangat memudar patriotiknya kemana,
Pemuda dilema pemimpinnya berebut kuasa,
Dijajah nilai kemerdekaan,
Lusuh budaya angkara terleka,
Melayang jiwa lantaran terlena,
Jatuh menyembah bumi asbab terhina,

Saksi aku akan bangsaku,
Kolot dan sombong seragam kemodenan,
Berkiblatkan barat berideologikan kefasadan,
Perkauman menjurang menafikan ketuanan,
Hilangnya kuasa tergadainya maruah,
Melayu yang dulu hanya tinggal yang dahulu,

Duhai anak bangsa,
Bersediakah Tanah Melayu hilang dari peta,
Buta dikala pagi rabun tatkala senja,
Perjuangan Melayu telah dilupa,
Sudahlah patah lagikan dipapah,
Umpama luka yang kembali berdarah,
Sepi tiada yang sudi,

Duhai anak watan,
Noktahkan penjajahan,
Meskipun jatuh untuk kali yang ketujuh,
Pastikan bangkit untuk kesekian kalinya,
Sandiwara kian berakhir,
Payah semalam yang mematah tegak,
Biar dibelakang usahlah dikenang,
Cukuplah sejarah menjadi penyaksian,
Menjulang sujud pembebasan erti sebuah kemerdekaan,
Generasi putik dahagakan ketamadunan,
Mencari sumber yang sudah lama kehilangan.

Kaherah
15.08.2024
👍3❤1
Salam sejahtera ke atas Rasul junjungan, penghulu dan penutup para Nabi. Kelahiran Rasul terakhir petanda risalah wahyu di penghujung kesempurnaan dan lengkap untuk disebar dan dianuti oleh seluruh alam.

Berkat kesungguhan dakwah Baginda berjaya mengubah kepercayaan, cara pandang, sistem dan akhlak berpaksikan Tauhid dalam kepada Allah.

Sempena maulidurrasul kali ini, marilah kita semai rasa cinta dengan kembali menghayati sirah dan perjuangan agung ini. Bagindalah sebaik-baik teladan, bermula dari tingkah laku dan akhlak, hingga ke perjuangannya menyampaikan risalah secara sempurna.

Salam Maulidurrasul 1446H
👍4
Tahniah buat seluruh Graduan sesi 2024 👏

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada 11 orang aktivis Isma Mesir yang berjaya merangkul ijazah sarjana muda Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2024.

Baca lanjut :
https://ismamesir.net/v3/2024/11/06/graduan-isma-mesir-2024/

__
#Graduan
#IsmaMesir
#Jiwakuatpimpinmasyarakat
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
👍11
Berita | Bagai sirih pulang ke gagang

Kaherah,30 Oktober 2024 - Selamat pulang ke Malaysia diucapkan kepada Ustaz Muhammad Khairul Anwar bin Rosli dan isteri, Ustazah Mujibah binti Mohd Fadzhil. Keduanya merupakan ahli Jawatankuasa Cawangan Isma Mesir bagi sesi 2023-2024.

Ustaz Khairul Anwar merupakan ahli aktif bersama Isma Mesir dan pernah memegang beberapa profil utama dalam meneraju dakwah di Mesir. Antaranya beliau pernah dilantik menjadi ketua syukbah Isma-Mesir cawangan Iskandariah tahun 2019-2020 dan ketua syukbah cawangan Kaherah pada tahun 2022.

Kemahiran dan pengalaman yang dimiliki beliau dalam menguruskan aktiviti dakwah kemasyarakatan diteruskan dengan memimpin biro Agensi Isma Mesir sesi 2023-2024.

Tidak lekang dengan senyuman, Ust Anwar juga dikenali mahasiswa dalam mengendali pasukan futsal Saff Etihad, yang merupakan sebuah agensi sukan futsal bagi mengumpul mahasiswa yang ingin mengasah bakat dalam sukan itu.

Manakala Ustazah Mujibah yang merupakan anak kelahiran negeri Terengganu itu, pernah dilantik sebagai Timbalan ketua Wanita Isma Mesir pada tahun 2022 sehingga 2024.

Sepastinya banyak jasa yang telah diberikan oleh mereka sepanjang keberadaan mereka di sini.

Isma Mesir mengucapkan semoga kedua mereka dapat memberikan sumbangan kepada ummah di Malaysia dengan pengalaman yang dilalui di Mesir. Bagi ahli Isma Mesir yang lain, diharapkan kepulangan BFG kedua murabbi ini sebagai inspirasi dan qudwah untuk menambahbaik usaha dan perjalanan kehidupan di sepanjang di bumi Mesir.

#IsmaMesir
#BackForGood
#Bfg
👍7😢1
اعلان مناقشة رسالة الماجستر في أصول الفقه بعنوان

الاجتهاد المقاصدي في كتاب بداية المجتهد ونهاية المقتصد من كتاب الطهارة إلى آخر أحكام الميت دراسة مقاصدية تطبيقية

المقدمة من الباحث: حكمت محمد عيسى
الجنسية: ماليزيا

وتتكون لجنة المناقشة والحكم على الرسالة من السادة الأساتذة؛
- أ. د مجدي حسن ابو الفضل شقوير، أستاذ ورئيس قسم أصول الفقه بكلية الشريعة والقانون بطنطا (مشرفا)
- أ. د محمود حامد عثمان، أستاذ أصول الفقه المتفرغ بكلية الشريعة والقانون بالقاهرة (مناقشا)
- أ. د أحمد بيبرس، أستاذ ورئيس قسم أصول الفقه بكلية الشريعة والقانون بتفنا الأشراف (مناقشا)

وذلك بمشيئة الله تعالى يوم الإثنين الموافق ٢٢ جمادى الأول ١٤٤٦هـ الموافق ٢٥-١١-٢٠٢٤م في تمام الساعة الحادية عشر صباحا بقاعة الإمام أحمد الطيب

____

Iklan Viva
Master Usul Fiqh

Tajuk: Ijtihad Maqasid dalam kitab 'Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid dari bab bersuci hingga akhir bab hukum-hakam orang mati

Oleh: Ustaz Hikmat bin Mohd Esa

Hari: Isnin
Tarikh: 25/11/2024
Masa: 11 pagi
Tempat: Dewan Kuliah al-Imam Ahmad Tayyib, Kuliah Ulum Islamiah, Hayy 6
👍9❤2
اعلان مناقشة رسالة الماجستر في الفقه العام بعنوان

اختيارات الإمام النووي في روضة الطالبين من أول كتاب النكاح إلى آخر كتاب العدد دراسة فقهية مقارنة

المقدمة من الباحث: وان آدم بن وان محمد أزلي
الجنسية: ماليزيا

وتتكون لجنة المناقشة والحكم على الرسالة من السادة الأساتذة؛
- أ. د عبد الرحمن عزيز عبد اللطيف سمرة، أستاذ الفقه العامة بكلية الدراسات الإسلامية والعربية للبنين بالقاهرة (مناقش داخليا).
- أ. د فرج علي السيد عنبر، أستاذ الفقه  المقارن المتفرغ بكلية الدراسات الإسلامية والعربية للبنين بالقاهرة وعضو لجنة الترقبة لأساتذة بجامعة الأزهر الشريف (مشرفا آساسيا).
- أ. د حسين محمد بيومي الشيخ، أستاذ الفقه المقارن المساعد ورئيس قسم الفقه المقارن بكلية بكلية البنات الأزهرية بالعاشر من رمضان (مناقشا خارجيا).

وذلك بمشيئة الله تعالى يوم الإثنين الموافق ٨ جمادى الأخر ١٤٤٦هـ الموافق ٩-١٢-٢٠٢٤م في تمام الساعة الحادية عشر صباحا بقاعة الإمام أحمد الطيب

____

Iklan Viva
Master Fiqh Umum

Tajuk: Ikhtiarat al-Imam an- Nawawi dalam kitab 'Raudah at-Talibin’ dari awal Bab Nikah hingga akhir Bab Idad

Oleh: Ustaz Wan Adam bin Wan Mohd Azli

Hari: Isnin
Tarikh: 9/12/2024
Masa: 11 pagi
Tempat: Dewan Kuliah al-Imam Ahmad Tayyib, Kuliah Ulum Islamiah, Hayy 6
👍5
👍5
👍5