Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
Berita | Kepulangan BFG Ustaz Abdul Aziz

12 Sept,Khamis - "Semoga terus semangat dalam melalui tarbiah di Mesir, jangan putus asa, belajar bersungguh-sungguh, mumtaz untuk ummah", nasihat Ustaz Abdul Aziz Bin Zamri melalui kiriman ringkas ketika sudah berada di lapangan terbang antarabangsa Kaherah,Mesir.

Beliau yang sudah berada di Mesir selama 7 tahun pulang ke pangkuan ibu pertiwi semalam.
Pelbagai sumbangan yang telah diberikan kepada Isma Mesir melalui kemahiran beliau dalam perkara teknikal dan masakan.

Isma Mesir mengucapkan semoga Ustaz Abdul Aziz dapat memberikan sumbangan kepada ummah di Malaysia dengan pengalaman yang dilalui di Mesir.

#BackForGood
Berita | Kepulangan lagi seorang murabbi.

Kaherah, 2 Oktober - Pada pagi hari Isnin lepas ahli Isma Mesir telah mengucapkan selamat jalan kepada Ustaz Ahmad Qatadah bin Ismail dan keluarga yang pulang BFG ke tanah air.

Beliau telah menamatkan sijil Sarjana Muda dengan pangkat jayyid kos Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar pada tahun 2016. Dengan kefahaman beliau terhadap perjalanan hidup dakwah dan tarbiyyah ini, beliau telah dilantik sebagai JKC Hal Ehwal Dalaman Isma Mesir pada 2017 dan Biro Dakwah dan Media Isma Mesir pada 2018. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang handal dalam bidang masakan.

Ustaz Qatadah telah di kurniakan dua cahaya mata setelah melangsungkan perkahwinan pada tiga tahun yang lalu melalui baitul muslim. Beliau akan kembali ke pangkuan keluarga di Johor Bahru dan berkhidmat di sana.

Kepulangan beliau menjadi kepulangan BFG ketiga ahli Isma Mesir pada bulan September, selepas Ustaz Abdul Aziz dan Ustaz Syamil.

Diharapakan semua mahasiswa dapat menjadikan kepulangan BFG semua murabbi ini sebagai inspirasi dan qudwah untuk melalui kehidupan di Mesir.

#bfg
#backforgood
#qudwahummat
Berita | Selamat Berjuang dan Berbakti di Tanah Air

Kaherah,13 November - Selamat pulang ke Malaysia diucapkan kepada Ustaz Syed Muhammad Firdaus Bin Syed Ayyub, Ahli Jawatankuasa Pengkaderan Isma Mesir bagi sesi 2019. "Bersungguh-sungguhlah dalam mengikuti jalan tarbiyyah" nasihat beliau sebelum bertolak pulang ke Malaysia.

Banyak jasa yang telah diberikan oleh Ustaz Syed kepada Isma Mesir selama beliau berada di sini. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Syukbah Isma Mansuroh.

Isma Mesir mengucapkan semoga Ustaz Syed Muhammad Firdaus dapat memberikan sumbangan kepada ummah di Malaysia dengan pengalaman yang dilalui di Mesir. Bagi ahli Isma Mesir yang kain dapat menjadikan kepulangan BFG murabbi ini sebagai inspirasi dan qudwah untuk melalui kehidupan di Mesir.

#IsmaMesir
#BackForGood
#Bfg
๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ | ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐—บ๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ, ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—บ๐˜‚ ๐——๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ถ๐—ฟ

Kaherah, 22 Julai 2023 - "Penghasilan sesuatu target atau matlamat yang besar perlu mempunyai dua ciri iaitu kehendak diri yang kuat dan selalu keluar daripada zon yang selesa". Antara pesanan terakhir Ustaz Umar Farouq pada majlis Haflatul Wida', Rabu 5 Julai 2023 yang lepas.

Berita penuh di link ini :
https://ismamesir.net/v3/2023/07/23/berita-pergimu-meninggalkan-legasi-baktimu-dinanti-di-tanah-air-2/

#BackForGood
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
๐Ÿ˜ข5
Berita | Bagai sirih pulang ke gagang

Kaherah,30 Oktober 2024 - Selamat pulang ke Malaysia diucapkan kepada Ustaz Muhammad Khairul Anwar bin Rosli dan isteri, Ustazah Mujibah binti Mohd Fadzhil. Keduanya merupakan ahli Jawatankuasa Cawangan Isma Mesir bagi sesi 2023-2024.

Ustaz Khairul Anwar merupakan ahli aktif bersama Isma Mesir dan pernah memegang beberapa profil utama dalam meneraju dakwah di Mesir. Antaranya beliau pernah dilantik menjadi ketua syukbah Isma-Mesir cawangan Iskandariah tahun 2019-2020 dan ketua syukbah cawangan Kaherah pada tahun 2022.

Kemahiran dan pengalaman yang dimiliki beliau dalam menguruskan aktiviti dakwah kemasyarakatan diteruskan dengan memimpin biro Agensi Isma Mesir sesi 2023-2024.

Tidak lekang dengan senyuman, Ust Anwar juga dikenali mahasiswa dalam mengendali pasukan futsal Saff Etihad, yang merupakan sebuah agensi sukan futsal bagi mengumpul mahasiswa yang ingin mengasah bakat dalam sukan itu.

Manakala Ustazah Mujibah yang merupakan anak kelahiran negeri Terengganu itu, pernah dilantik sebagai Timbalan ketua Wanita Isma Mesir pada tahun 2022 sehingga 2024.

Sepastinya banyak jasa yang telah diberikan oleh mereka sepanjang keberadaan mereka di sini.

Isma Mesir mengucapkan semoga kedua mereka dapat memberikan sumbangan kepada ummah di Malaysia dengan pengalaman yang dilalui di Mesir. Bagi ahli Isma Mesir yang lain, diharapkan kepulangan BFG kedua murabbi ini sebagai inspirasi dan qudwah untuk menambahbaik usaha dan perjalanan kehidupan di sepanjang di bumi Mesir.

#IsmaMesir
#BackForGood
#Bfg
๐Ÿ‘7๐Ÿ˜ข1
Berita | Pulang Menabur Bakti di Tanah Air

Kaherah, 2 Mei 2025 โ€“ Ustaz Wan Adam bin Wan Mohd Azli dan isteri, Ustazah Nuha binti Zainurrashid, menamatkan tempoh hampir 10 tahun menuntut ilmu di Mesir dan kini pulang ke tanah air untuk menabur bakti.

โ€œPerjalanan hidup hari ini menuntut kita untuk memilih jalan yang mencabar, kerana di situlah terbina kekuatan untuk masa hadapan,โ€ ujar Ustaz Wan Adam dalam ucapan majlis perpisahannya.

Klik pautan di bawah untuk berita penuh:

https://ismamesir.net/v3/2025/05/10/berita-pulang-menabur-bakti-di-tanah-air/

#IsmaMesir
#BackForGood
#Bfg
โค5๐Ÿ‘2๐Ÿ˜ข1
Berita | Bagai sirih pulang ke gagang

Kaherah, 3 Julai 2025 โ€“ Selamat pulang ke Malaysia diucapkan kepada Ustaz Nazhif Fikri bin Rahmad.

Beliau merupakan seorang ahli aktif yang telah banyak menyumbang kepada Isma Mesir dalam bidang media sebagai pereka grafik dan pengurus media Isma Mesir.

Ikuti berita penuh di pautan dibawah:

https://ismamesir.net/v3/2025/07/16/berita-bagai-sirih-pulang-ke-gagang/

#ismamesir #bfg #backforgood
๐Ÿ˜ญ3โค1
Berita | Pulang ke Tanah Air Meneruskan Perjuangan

KAHERAH, 15 Julai 2025 โ€“ Isma Mesir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Musโ€™ab bin Omar bersama isteri tercinta, Alia Nathasa binti Majid, yang telah selamat berangkat pulang ke tanah air pada hari Selasa, 15 Julai 2025.

Setelah empat tahun menimba ilmu di bumi Mesir sebagai mahasiswa Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar, Ustaz Musโ€™ab kini akan pulang bagi menyambung perjuangan serta menabur bakti di tanah air tercinta.

Ikuti berita penuh di laman web:

https://ismamesir.net/v3/2025/07/22/berita-pulang-ke-tanah-air-meneruskan-perjuangan/

#ismamesir #bfg #backforgood
โค5