Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
Ucapan Tahniah | Graduan Malaysia Pertama Sarjana (Master) Usul Fiqh, Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustaz Hikmat Bin Mohd Esa yang telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau telah berjaya menyelesaikan pengajian tersebut pada 25 November 2024, dengan tajuk tesisnya iaitu "Ijtihad Maqasid dalam Kitab Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid dari Bab Suci hingga Akhir Bab Hukum Hakam Orang Mati".

Beliau yang juga pernah merangkul anugerah Tokoh Imam Syafie ketika Majlis Graduasi yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Mesir (KBMK) pada tahun 2018, telah berjaya memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) dalam pengajian peringkat sarjana ini yang pastinya menjadi bukti ketekunan dan kesungguhan beliau dalam perjalanan menuntut ilmu di bumi Mesir ini.

Kajian penulisan tesis yang telah disiapkan menunjukkan kedalaman pemahaman dan penguasaan bidang fiqh serta ijtihad maqasid yang relevan dengan isu-isu semasa. Usaha dan kesungguhan beliau dalam meneroka kajian ini pasti memberi sumbangan besar kepada dunia ilmiah, khususnya dalam konteks pengembangan pemikiran fiqh yang lebih dinamik dan sesuai dengan perkembangan zaman.

Selain daripada kejayaan akademiknya, Isma Mesir juga mengenang jasa beliau yang pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Isma Mesir dan Pengerusi Majlis Ulama Isma Mesir beberapa tahun yang lalu. Beliau telah banyak memberi sumbangan dalam menyemarakkan kegiatan keilmuan serta memperkukuh ukhuwah di kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Kami berdoa semoga dengan ilmu yang diperoleh, Ustaz Hikmat dapat terus memberikan sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat, serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda dalam meneruskan usaha menuntut ilmu sekaligus menyumbang kepada pembinaan ulama ummah.

Tahniah sekali lagi diucapkan dan semoga Allah SWT terus memberkati segala usaha dan perjuangan Ustaz Hikmat dalam menegakkan pena ilmiah serta memberi manfaat kepada masyarakat. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan kepada kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


Baca lanjut: https://ismamesir.net/v3/2024/12/10/ucapan-tahniah-graduan-malaysia-pertama-sarjana-master-usul-fiqh-kuliah-ulum-islamiah-universiti-al-azhar-mesir/


#Graduan
#Sarjana
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
👍5🎉4🏆1
🔥6
Lagi Aktivitis Isma Mesir Raih Kecermelangan Akademik dalam Sarjana Fiqh Am

Kaherah, 10 Disember 2024 - Ribuan tahniah diucapkan buat Ustaz Wan Adam bin Wan Mohd Azli di atas kecemerlangan yang diperolehi dalam pengajian Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Fiqh Am, Kuliah Ulum Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau telah berjaya menamatkan penulisan tesisnya yang bertajuk "Ikhtiarat Al-Imam An-Nawawi dalam Kitab Raudhah At-Thalibin dari Awal Bab Nikah Hingga Akhir Bab Idad" dengan meraih pangkat Cemerlang (Mumtaz).

Natijah "Mumtaz" yang diperolehi itu telah diumum oleh Al -Fadhil Sheikh Dr Farg Ali Said Anbar, sebagai Musyrif utama beliau serta dinilai bersama dua lagi panel yang merupakan Munaqish Al-Bahis iaitu Sheikh Dr Abdul Rahman Aziz Abdul Latif Samarah dan Sheikh Dr Husein Muhammad Bayumi As-Syeikh pada akhir sesi munaqasyah (viva) yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam di Dewan Kuliah Al-Imam Ahmad Tayyib, Kuliah Ulum Islamiah hari Isnin yang lepas., sekaligus merupakan pelajar Malaysia yang kedua berjaya menyelesaikan Ijazah Sarjana (MA) dalam pengkhususan Fiqh Am.

Ust Wan Adam yang merupakan anak jati negeri Johor merupakan bapa kepada dua orang anak tidak menjadikan kehidupan berkeluarganya sebagai satu halangan untuk terus melakar impiannya menggali mutiara Ilmu yang sangat luas di Mesir ini.

Bahkan jasa beliau dalam dakwah juga tidak dapat dinafikan, beliau merupakan mantan Biro Hal Ehwal dalam Isma Mesir 2019, mantan Setiausaha Isma Mesir 2020, dan mantan Timbalan Pengerusi Isma sesi Mesir 2021.

Turut hadir juga dalam sesi perbahasan (viva), Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor iaitu Ustaz Muhammad Firdaus bin Omar pada hari itu.

Moga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua agar menjadi mutqin dengan ilmu, menjadi qudwah dalam masyarakat dan penyuluh buat ummat.

#Sarjana
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
❤6🔥6
Salam imtihan

Kesibukan kita di dalam menelaah ilmu menuntut kita sentiasa mentajdid niat dan tujuan. Ia bukanlah untuk mengejar populariti, bukan gelaran dan kemasyhuran, akan tetapi menyebarkan budaya ilmu yang sihat dikalangan seluruh tolibul ilmi.

اللهم إني أسألك علماً نافعاً ورزقاً طيباً وعملاً متقبلاً

Tautkan pergantungan kita kepada Allah, moga imtihan kita mendapat keberkatan dari Allah.

#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
❤4🥰1
KALAM JUMAAT

Bulan Rejab untuk bercucuk tanam,
Bulan Sya’ban untuk siram tanaman,
Bulan Ramadan untuk tuai hasil tanaman.

Abu Bakr al-Warraq

_

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register
👍3
سُبْحَانَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَى ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
(Surah Al-Isra’, Ayat 1)

Salam Isra Mikraj 1446H!

Semoga penghijrahan kita dalam kehidupan ini sentiasa diberkati oleh Allah SWT, sebagaimana perjalanan yang diberkati dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

#IsraMikraj
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
❤4🔥2
Bunga disiram segar mewangi,
Mekar berseri di laman hati.
Bersatu dua jiwa sejati,
Moga bahagia kekal abadi.

Kami dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada salah seorang aktivis Isma Mesir, Mus'ab bin Omar dan pasangannya, Alia Nathasa binti Majid, yang telah selamat diijabkabulkan.

Majlis akad nikah pasangan ini telah berlangsung pada jam 10 pagi, 2 Februari 2025, bertempat di Bukit Vor Vila, Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.

Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati dan dikurniakan kebahagiaan serta keberkatan yang berpanjangan. Kami mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal harmoni, penuh kasih sayang, dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

#IsmaMesir
#ijabqabul
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
❤6👍6👏3
" Bagaimana mungkin seorang mukmin tidak menitikkan air mata, sedangkan dia tidak tahu apakah amalannya diterima atau ditolak "

15 HARI MENUJU RAMADAN ‼️


------------
#Ramadan1446H
#IhyaRamadan
#IsmaMesir
❤7👍1
"Ramadan adalah bulan kesabaran, dan ganjaran bagi kesabaran adalah syurga"

13 HARI MENUJU RAMADAN ‼️


------------
#Ramadan1446H
#IhyaRamadan
#IsmaMesir
❤3😢1
"Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai gelanggang perlumbaan bagi hamba-Nya, maka mereka berlumba-lumba dalam ketaatan untuk meraih keredhaan-Nya. Ada yang menang dan berjaya, dan ada yang tertinggal lalu rugi"

10 HARI MENUJU RAMADAN ‼️


------------
#Ramadan1446H
#IhyaRamadan
#IsmaMesir
❤‍🔥2
"Sesungguhnya ia hanyalah sebulan, maka berusahalah untuk memperbanyak amal soleh di dalamnya. Kerana seorang hamba tidak tahu apakah dia akan dapat bertemu dengannya lagi atau tidak."

5 HARI MENUJU RAMADAN ‼️


------------
#Ramadan1446H
#IhyaRamadan
#IsmaMesir
❤3
[ SALAM TAKZIAH ]

Isma Mesir menzahirkan dukacita atas pemergian ayahanda kepada Ustazah Nur Azwa Binti Khariul Anuar, aktivis Isma Mesir.

Salam takziah kepada Ustazah Nur Azwa serta keluarga Al-Marhum. Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini serta digantikan dengan ganjaran serta pengampunan daripada Allah.

#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
✨ 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐬𝐲𝐡𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐊𝐂 𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐌𝐞𝐬𝐢𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 ✨

Isma Mesir mengucapkan Tahniah kepada barisan Jawatankuasa Cawangan (JKC) ISMA Mesir yang baharu, bagi sesi 2025:

Pengerusi: Aqil Bin Zamani
Timbalan Pengerusi: Muhammad Irfan Bin Mohiddin
Setiausaha: Ahmad Muinuddin Bin Aladdin
Bendahari: Raja Mohd Zulfadhli Bin Raja Hisham
Pengkaderan Ikhwah: Amirul Hadif Bin Ab Rahman Thobroni
Media dan Dakwah: Muhammad Fathi Bin Mohd Fadzli

Ketua Wanita: Nur Azwa Binti Khariul Anuar
Timbalan Ketua Wanita: Maryam Nafisah Binti Shaharuzzaman

Semoga Allah memberkati kepimpinan ini, memberikan kami kekuatan dan kebijaksanaan dalam memikul amanah. Moga setiap usaha yang dilakukan menjadi bekal menuju akhirat dan membawa manfaat kepada ummah.

#IsmaMesir #JKC2025 #JiwaKuatPimpinMasyarakat
👍11❤6
Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1446H

"Ramadan Bulan Pembebasan"

#Ramadan
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
❤3👍1
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

"Segala usaha kita dalam meningkatkan amal ibadah di bulan ramadhan serta kemenjadian tarbiah dan perubahan dalam diri kita, hanya akan dapat terhasil ataupun dinilai, dengan kita menghayati nilai pengorbanan yang sebenar, dan membebaskan diri dan jiwa kita dari belenggu hawa nafsu, yang selama ini mengikat kita."

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ:
"مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ."
(HR. Bukhari, no. 38; Muslim, no. 760)

"Barang siapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

Ustaz Aqil bin Zamani
Pengerusi ISMA Mesir

#RamadanBulanPembebasan
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
👍5
🌙 PODCAST RAMADAN | ISMA MESIR

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi peluang untuk meningkatkan kefahaman, memperbaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia, serta mencapai tarbiah yang lebih bermakna.

🎙️ Saksikan Podcast Ramadan bersama barisan asatizah yang akan membawakan perbincangan menarik:

💡 "Biar Ramadan Bererti, Bukan Sekadar Pergi"
🗣️ Ustaz Mus’ab Bin Omar

💡 "Ramadan: Apakah Tuntutan Kita dengan Allah?"
🗣️ Ustaz Muhammad Fathi Bin Mohd Fadzli

💡 "Ramadan: Apakah Tuntutan Kita Sesama Hamba?"
🗣️ Ustaz Usaid Bin Zaidi

💡 "Natijah Tarbiah Ramadan"
🗣️ Ustaz Raja Mohd Zulfadhli Bin Raja Hisham

📅 Setiap Hari Jumaat
⏰ 4.30 Petang
📍 LIVE di FB Isma Mesir

Jangan lepaskan peluang untuk mendalami makna Ramadan yang sebenar! Mari sama-sama hidupkan jiwa dan tingkatkan amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini.

#PodcastRamadan
#IsmaMesir
#RamadanBulanPembebasan
#RamadanKareem
👍6❤1🏆1
🌙 PODCAST | RAMADAN BULAN PEMBEBASAN

📌 Tajuk:
💡 "Biar Ramadan Bererti, Bukan Sekadar Pergi"

🗣️ Ustaz Mus’ab Bin Omar
(Mahasiswa Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar)

📅 Hari: Jumaat | 7 Mac 2025
⏰ Masa: 4.30 Petang
📍 LIVE di Facebook: Isma Mesir

Jangan lepaskan peluang untuk menyelami hikmah Ramadan dan memastikan ibadah kita lebih bermakna tahun ini! Set reminder dan ajak rakan-rakan untuk bersama.

#PodcastRamadan
#IsmaMesir
#BulanPembebasan
👍4❤2
🌙 PODCAST RAMADAN | BULAN PEMBEBASAN

📌 Tajuk:
💡 “Ramadan: Apakah Tuntutan Kita Dengan Allah?”

🗣️ Bersama Pengisi:
Ustaz Muhammad Fathi Bin Mohd Fadzli
(Mahasiswa Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar)

📅 Hari: Jumaat | 14 Mac 2025
⏰ Masa: 4.30 Petang
📍 LIVE di Facebook: Isma Mesir

✨ Usah biarkan Ramadan berlalu tanpa erti. Fahami tuntutan kita dengan Allah dan jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.

📲 Set reminder sekarang! Ajak rakan-rakan anda untuk turut serta.

#PodcastRamadan #IsmaMesir #BulanPembebasan
❤1