Isma Mesir
348 subscribers
1.83K photos
17 videos
1 file
887 links
Segala info berkenaan Isma-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Isma-Mesir.

Dibawakan oleh Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma-Mesir).
Download Telegram
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-65πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sebuah Kemerdekaan itu terhasil daripada pengorbanan dan kesungguhan sesebuah umat.

Justeru, ia tidak mungkin dicapai oleh mereka yang selalu  dipengaruhi dengan kehendak diri lebih banyak berbanding kehendak agenda umat sejagat.

Semoga kita terus bangkit sebagai sebuah bangsa yang merdeka. Salam perjuangan buat seluruh pejuang kemerdekaan.

#IsmaMesir
#MalaysiaUnggul2040
#Merdeka
SALAM KEMERDEKAAN ke-67

Bersyukurlah bahawa kita berada di dalam sebuah negara yang mengangkat kedudukkan Islam, mempunyai identiti bangsa yang tersendiri, serta nilai adat budaya yang menjadi teras negara ini.

Perjuangan ini telah di mulakan oleh generasi terdahulu dan realiti hari ni mendesak kita untuk terus mempertahankan dan menguatkan nilai yang telah lama tersemai di tanah air ini.

Sedarlah anak bangsa, generasi tonggak sebuah negara akan erti sebuah budaya bangsa yang merdeka.

Salam kemerdekaan yang ke-67. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara unggul yang diimpikan menjelang tahun 2024.

#Merdeka
#MalaysiaUnggul2040
#IsmaMesir
❀2
AKTIVITI | KAFILAH DAKWAH

Sempena sambutan kemerdekaan yang ke-67, aktivis Isma Mesir telah bertebaran di sekitar Hayyu Sabie untuk menyampaikan risalah Merdeka berkaitan 4 ciri bangsa merdeka yang perlu ditanam dalam jiwa setiap mahasiswa di Mesir.

#Merdeka
#MalaysiaUnggul2040
#IsmaMesir
πŸ‘1
BOTAM MERDEKA

Isma Mesir meneruskan lagi semarak kemerdekaan ke-67, dengan mengadakan riadah komuniti bola tampar bersama mahasiswa Malaysia, bertempat di Nadi Syabab, Hayyu Sadis.

Nantikan forum kemerdekaan yang dianjurkan oleh Isma Mesir, bertemakan "Budaya bangsa merdeka", yang akan berlangsung pada 14 September 2024.

#Merdeka
#IsmaMesir
#MalaysiaUnggul2040
πŸ‘2
Mari bersama kita mengenali identiti budaya kebangsaan.

Kita dilahirkan dalam kalangan bangsa Melayu,
bangsa yang semula jadinya
memiliki peradaban yang tersendiri,
Bangsa yang dimuliakan dengan Islam,

Islam telah menjadi darah daging bangsa ini,
dan telah menjadi identiti peradaban mereka,
hasil sulaman Islam dangan peradaban Melayu
maka lahirlah satu bangsa yang unggul
dengan peradaban sendiri yang bernama bangsa Melayu,**

Sesungguhnya bangsa Melayu tidak perlu belajar dari bangsa lain,
Tentang kehidupan yang damai, harmoni, kesopanan dan kesusilaan, adab dan budi pekerti,
mereka sejak dari dahulu adalah bangsa yang memiliki peradaban,
Hidup dalam situasi aman damai dan serba cukup,
Mereka tahu tentang kemajuan dan kemakmuran
pada waktu barat masih dalam kegelapan.

________

#Merdeka
#IsmaMesir
#MalaysiaUnggul2040
πŸ‘7
𝐂𝐒𝐫𝐒 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐀𝐚

1. Setia dengan bangsa dan negara
2. Perjuangan mengangkat agama
3. Mengangkat nilai berdaya saing
4. Berbudi dan berakhlak mulia

#Merdeka
#IsmaMesir
#MalaysiaUnggul2040
πŸ‘5
ISMA Mesir membawakan kepada anda semua kupasan ilmiah bertajuk "Budaya Bangsa Merdeka", dalam sebuah forum khas bersempena hari kemerdekaan negara yang ke-67.

Bersama panelis jemputan :
1. Ust Muhammad al-Fateh Bin Mohammadin (Graduan kuliah Syariah)
2. Ust Amirul Hadif Bin Ab Rahman Thobroni (Graduan Kuliah Lughah Arabiah)

Ketetapan program seperti berikut :
πŸ—“οΈ Sabtu (14 Sept 2024)
πŸ•°οΈ 3.00pm
πŸ“Dewan Asrama Pelajar Selangor, Hayyu Asyir

*Khas untuk pelajar ikhwah sahaja
*Makanan disediakan


⚑️Tonton forum secara live di
https://www.facebook.com/ismamesir

____
#Merdeka
#IsmaMesir
#MalaysiaUnggul2040
πŸ‘6😱1
πŸ”₯ LIVE PODCAST: MAHASISWA MERDEKA πŸ”₯


πŸŽ™ β€œMenjelang 2030, di manakah peranan asatizah Azhari?”

Apa peranan mahasiswa dalam membentuk masa depan? πŸ€”
Dan bagaimana asatizah Azhari boleh terus menyumbang dalam menghadapi cabaran menuju 2030? 🌍✨
Hadiri bersama perbincangan santai tetapi penuh isi :

πŸ‘€ Panel 1: Ustaz Usaid
πŸ‘€ Panel 2: Ustaz Izz Mirza
🎀 Moderator: Ustaz Zaid

πŸ“… 28 Ogos 2026
⏰ kehadiran: jam 5
πŸ“ BOBAZ, Al-Hawy, Sabi
πŸ“‘ LIVE @lsmamesir

πŸ’₯ Jangan lepaskan peluang untuk dengar perspektif, idea dan pandangan anak muda tentang masa depan mahasiswa & asatizah Azhari!


πŸ§‹ Special offer: OFF EGP20 untuk setiap pembelian air Bobaz
*Terhad kepada 30 unit sahaja.
πŸ“² Follow & join LIVE FACEBOOK: @lsmamesir

[KEHADIRAN KHUSUS UNTUK IKHWAH SAHAJA !]

MAHASISWA UNGGUL JATIDIRI MERDEKA πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

#ISMAMesir
#Merdeka
#LivePodcast #MahasiswaAzhari
πŸ‘2
πŸ“LIVE UPDATE | Podcast Merdeka

Sedang berlangsung sembang santai Podcast Merdeka bertempat di Bobaz, Hayyu Sabik.

Tajuk : Menjelang 2030 dimanakah peranan mahasiswa Al-Azhar dalam masyarakat?


#Merdeka
#IsmaMesir
#MahasiswaUnggulMemimpinUmmah