โจ๐ฒ๐พ Hari Merdeka 2025 ๐ฒ๐พโจ
"Ilmu Memacu Kemerdekaan"
Sejarah membuktikan, peranan ulama dan ilmuan menjadi titik tolak perjuangan kemerdekaan tanah air.
Dari kebijaksanaan tokoh seperti Tok Kenali, Tun Perak, dan Tuan Guru Haji Abdullah Fahim, lahirlah panduan yang mengangkat martabat bangsa sehingga kita mampu mencapai kemerdekaan.
๐ Teruskan ikuti kami dalam sambutan kemerdekaan negara kali ke-68 bersama ISMA Mesir.
#IsmaMesir #Merdeka2025 #JiwaKuatPimpinMasyarakat

โค4๐ณ1
๐ Hakikat Ilmu
Ilmu bukan sekadar pengetahuan, tetapi ia membimbing kita kepada kesedaran, keyakinan, dan kebenaran menuju Allah swt.
Dengan ilmu, ulama terdahulu bangkit memimpin umat hingga berjaya memerdekakan tanah air daripada penjajahan.
Dengan ilmu juga seseorang mampu menolak kejahilan dan kebatilan serta meneruskan langkah membina bangsa dan negara yang berdaulat.
#Merdeka2025
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat

โค5๐2
๐ฒ๐พโจ Bicara Merdeka @ Hot Rock Cafe โจ๐ฒ๐พ
Ayuh bersama kami meraikan semangat kemerdekaan dengan perkongsian istimewa bersama:
๐๏ธ Ust Irfan Mohiddin
๐๏ธ Ust Alif Kasyfi
๐ Ahad, 31 Ogos 2025
๐ 5.30 โ 7.30 Petang
๐ Hot Rock Cafe, Hayy Sabik
๐ Nikmati juga DISKAUN 18% Chicken Chop & Nasi Lemak khas untuk anda yang hadir!
.
.
Tempat terhad! (Ikhwah sahaja)
๐ฒ Hubungi Ust Haziq wa.me/+201503749745
#BicaraMerdeka #Merdeka2025 #HotRockCafe #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat

โค3๐2๐ฅ2
SALAM MERDEKA
Apa jua hasil kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah bermula dengan penguasaan ilmu yang kukuh. Dalam masa yang sama juga, penguasaan ilmu itu menuntut untuk kita memberi manfaat kepada generasi kehadapan.
Jadilah kita Azhari seperti daun hijau yang segar mampu menyegarkan dedaun yang lain. Keilmuan kita sepatutnya dapat memberi penawar yang segar kepada masyarakat kita supaya dapat memacu mereka dengan jatidiri dan kesungguhan kita bersama.
Ilmu Memacu Kemerdekaan,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 68.
---
USTAZ AMIRUL HADIF BIN AB RAHMAN THOBRONI
JK BIRO PENGKADERAN ISMA MESIR
#IsmaMesir #Merdeka2025

โค3๐1
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68! ๐ฒ๐พโจ
Hari penuh makna ini mengingatkan kita bahawa perjuangan kemerdekaan tanah air tidak hanya lahir daripada keberanian, tetapi juga disemarakkan dengan ilmu dan kebijaksanaan.
Semoga semangat ini terus subur, membina generasi berilmu yang mampu memimpin bangsa dengan martabat dan maruah.
โIlmu Memacu Kemerdekaanโ
#IsmaMesir #Merdeka2025 #JiwaKuatPimpinMasyarakat
Hari penuh makna ini mengingatkan kita bahawa perjuangan kemerdekaan tanah air tidak hanya lahir daripada keberanian, tetapi juga disemarakkan dengan ilmu dan kebijaksanaan.
Semoga semangat ini terus subur, membina generasi berilmu yang mampu memimpin bangsa dengan martabat dan maruah.
โIlmu Memacu Kemerdekaanโ
#IsmaMesir #Merdeka2025 #JiwaKuatPimpinMasyarakat
โค3๐1
๐LIVE UPDATE | Bicara Merdeka @ Hot Rock Cafe Cairo

โค3

โค5
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐: ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ฆ๐
Kemerdekaan merupakan suatu nikmat yang sangat besar dalam kehidupan dan peradaban sesebuah bangsa. Ia bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, bahkan lebih daripada itu, ia adalah kebebasan jiwa, akal, dan budaya daripada belenggu kuasa dan pengaruh asing.
Namun, apabila kita meneliti sejarah, kita akan dapati bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan tidak dapat dipisahkan daripada peranan ilmu dan ulama.
Artikel penuh di website :
https://ismamesir.net/v3/2025/09/03/kemerdekaan-malaysia-ilmu-dan-peranan-ulama/

๐5โค2
โจKenali Tun Perakโจ
Bendahara Agung yang Memacu Kegemilangan Kesultanan Melaka
#Merdeka2025
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
Bendahara Agung yang Memacu Kegemilangan Kesultanan Melaka
#Merdeka2025
#IsmaMesir
#JiwaKuatPimpinMasyarakat
๐2
[Lensa Merdeka : Fun Walk Merdeka]
Telah berlangsungnya acara "Fun Walk Merdeka" yang dianjurkan oleh Wanita ISMA Mesir, pada hari Ahad, 24 Ogos 2025, bertempat di Hadiqah Lotus Hayyu Sabik, Madinat Nasr, Kaherah.
Acara tersebut diceriakan dengan pelbagai aktiviti antaranya; Briskwalk Challenge 3km, Mewarna Batik, Kuiz Merdeka, Sharing "Recharge Iman Talk".
Artikel penuh di website:
https://ismamesir.net/v3/2025/09/04/lensa-merdeka-fun-walk-merdeka/
.
.
#funwalkmerdeka
#merdeka2025
#wanitaismamesir
#ismamesir
#jiwakuatpimpinmasyarakat

โค3๐1๐ฅฐ1
๐ฒ๐พโจ Sajak Kemerdekaan โจ๐ฒ๐พ
โ๏ธ Oleh: Ustaz Ahmad Munir Bin Muhammad Luttfi
โ โ โ
Suara Merdeka
Sekian lama kita merdeka,
Mengapa bangsa ini,
Mengenali huruf tetapi lupa maknanya,
Bijak mengira angka tetapi kurang nilainya,
Menghayati alunan bunyi tetapi diam bersahaja,
Mengetahui akhir tetapi pudar diawalnya.
Sekian lama kita merdeka,
Mengapa bangsa ini,
Cerah pandangan mata tetapi gelap isi hatinya,
Cerdik pada minda tetapi buruk peribadinya,
Lembut bahasa tetapi keras perbuatannya,
Merdu alunan suara tetapi sumbang pada bicara.
Sekian lama kita merdeka,
Mengapa bangsa ini,
Mengimpikan kemajuan tetapi menolak teknologi,
Mengimpikan kemakmuran tetapi membelakangi ekonomi,
Mengimpikan kesejahteraan tetapi mencetus pergolakan,
Mengimpikan kedamaian namun bisu bila diminta pertolongan,
Di celah impian itu juga,
Merdeka kita hanyalah di bibir,
Belum terpahat di dada anak bangsa.
Duhai anak bangsa yang merdeka,
Merdeka kita bukan sebarang bebas,
Bebas daripada kebodohan,
Bukan membuta tuli tanpa arah,
Bebas daripada kezaliman,
bukan gugur dibelenggu penjajah,
Bebas daripada hawa,
Kembali pada sinaran iman,
Dari tunduk mengikuti syaitan,
Kepada tunduk hanya pada Allah.
Sejarah dunia mengajar manusia,
Tanpa pena,
Mata pedang tidak bermakna,
Tanpa ilmu,
Rantaian perjuangan tiada halatuju,
Kerana ilmu mengangkat maruah,
Dengan ilmu membina ummah,
Sekaligus meruntuh tirai jahiliah,
Menyedarkan manusia dari gelap gelita.
Duhai anak watan,
Empat musim silih berganti,
Di manakah sikap seorang insani,
Anak kecil menggigil kesejukan,
Sang ayah menahan kelaparan,
Pemuda bangsa terbang keawangan,
Gugur syahid di bumi perjuangan,
Tangislah si ibu meratapi kehilangan,
Segala yang berlaku bukanlah bayangan,
Tetapi darah,
Yang menyapu tanah perjuangan.
Ini adalah realiti,
Bukan gambaran ataupun ilusi,
Bukanlah dongeng mahupun mimpi,
Tetapi nadi bumi yang berdarah sepi,
Janganlah merdeka sebagai tatapan mata,
Tetapi,
Merdekalah juga pada minda dan hati.
Wajarkah kita berdiam diri,
Dari melihat kezaliman duniawi,
Di mana ilmu yang mesti dikongsi,
Di mana pemuda yang gagah berdiri.
Maka,
Pahatkan jiwa dengan ilmu yang hakiki,
Agar merdeka bukan sekadar warisan,
Mara ke hadapan dengan satu lontaran,
Lontaran tajam juga berbisa,
Dentuman suara yang menggegar jiwa,
Itulah ia,
Laungan merdeka.

๐4โค1