Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
380 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Sekitar Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Muktamar, jumaat lalu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang dipimpin oleh Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad, Ketua Unit Integriti yang diikuti oleh seluruh warga JAKESS secara fizikal dan dalam talian sebagai sebuah simbolik iltizam bersama untuk menjunjung prinsip integriti dan tadbir urus yang beretika bagi tahun 2026.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan hala tuju strategik, integriti serta kecemerlangan perkhidmatan perundangan dan kehakiman syariah di negeri Selangor.

Majlis turut disajikan dengan Taklimat Penggunaan Teknologi dalam Operasi Mahkamah yang dibawa oleh YBrs Tuan Mohd Razalan bin Kamal, Perunding ICT (Pengurusan Keselamatan Maklumat) Jabatan Digital Negara.

Majlis seterusnya mengadakan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Julai hingga Disember 2025 dan penyampaian sumbangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada semua Zon EKSA Jabatan.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama