Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR MENYAMPAIKAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA KAKITANGAN JAKESS

Shah Alam, 29 Mei 2025 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor dalam satu majlis istiadat yang disempurnakan bertempat di Istana Bukit Kayangan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyampaikan watikan pelantikan kepada 17 kakitangan JAKESS yang terdiri daripada YA Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, manakala pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dikurniakan kepada Puan Norsalwa Abdullah Thani, Tuan Nur Fattah Ahmed, Tuan Muhammad Jimmy Muhammad Azlin dan Tuan Rohaizad Redzuan.

Pelantikan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor adalah di bawah perenggan 60 EPAINS. Pelantikan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dikurniakan kepada Puan Marina Abdul Rahman dan pelantikan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dikurniakan kepada Tuan Abd Halim Abu Samah, Tuan Muhammad Hafiz Moksin, Puan Noranizan Mohd Sufian, Tuan Mohd Khairi Kamis, Puan Siti Salmiah Ismail, Puan Adibah Umar, Puan Noor Syazweena Mohamad Sakdun dan Puan Nurul Hidayah Jani.

Selain itu, seramai tiga orang penerima watikah Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di bawah perenggan 60 (c) EPAINS dikurniakan kepada Puan Nurul Nabilah Mohd Sabaruddin, Puan Nurrul Izzah Mohd Jamil dan Puan Nur Liyana Meswan.

JAKESS mengucapkan tahniah kepada semua penerima watikah. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus perundangan dan kehakiman syariah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
4 Jun 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Pejabat Sultan Selangor bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS semalam.

Lawatan seramai 30 orang daripada Pejabat Sultan Selangor ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS disamping perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan EKSA.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas oleh Puan Jastinah binti Jasmin, Penyelaras EKSA Pejabat Sultan Selangor.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Noor Syahidah Binti Saadon selaku Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA sebelum sesi soal jawab.

Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon EKSA yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.

#jakess
#eksajakess
#syariahasaskeadilan
SALAM MAAL HIJRAH 1447H | 2025M

Sambutan Maal Hijrah 1447H dengan tema ‘Membangun Ummah Madani’ memperkukuh komitmen Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam merealisasikan sistem perundangan Syariah yang progresif, telus dan berlandaskan prinsip maqasid Syariah.

Berteraskan nilai integriti, keadilan dan profesionalisme, JAKESS terus memainkan peranan strategik dalam membentuk masyarakat madani yang sejahtera melalui tadbir urus kehakiman yang efisien, responsif dan berpaksikan hikmah.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Pada tanggal 2 Julai 2025 bersamaan 6 Muharram 1447H, warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah kehilangan seorang insan yang berdedikasi dan berjiwa besar, Allahyarham Tuan Faiz Afsal bin Abu Bakar, Pegawai Syariah.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham amat dirasai. Beliau merupakan seorang pegawai yang sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

YAA Ketua Hakim Syarie Selangor serta seluruh warga kerja JAKESS menzahirkan rasa dukacita dan mengirimkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

#jakess
#syariahasaskeadilan