Koleksi Resipi Viral
62 subscribers
35 photos
74 videos
5 links
Download Telegram
Resepi Brownies Kedut (anti gagal)

Bahan2:
400g beryls coin dark
150g butter cup (boleh guna majerin)
cairkan 2 bahan di atas di dlm oven atau pengukus

3 biji telur gred A atau B
120g gula perang
esen vanila
kacau rata
masukkan bahan yg dicairkan td panas2
kacau2 manja je
masuk tepung blue key 150g
kacau sampai sebati pn manja2

Sediakan baking paper dan lapik pd loyang 9x9
Tuangkan. Panaskan oven 5 min suhu 130.
Set suhu 150, masukkan adunan. Api atas bawah dan bakar 45 min

Kredit: Azlina Ina
Sedap sangat puding mangga kastard ni. Terima kasih pada empunya resepi ๐Ÿ˜Š

๐ŸฅญResepi puding mangga kastard๐Ÿฅญ

1 tin susu cair
3 tin air masak ( sukat guna tin susu)
3 sudu besar tepung kastard
(ketiga-tiga bahan ni kacau dulu tanpa letak atas api sehingga tepung kastard sebati dengan bancuhan susu)

Letak atas api dan kacau sehingga likat. Letak gula dan susu pekat secukup rasa dan sedikit garam untuk naikkan lemak kuah ini.

Apabila sudah likat, tutup api dan biarkan sejuk. Sesekali kacau

Bila sudah sejuk boleh letak dalam bekas dan letakkan buah-buahan pilihan

Tips:

1. Kalau kuah masih cair, bancuh 1 sudu tepung kastard dlm setgh cwh air masak sampai sebati. Masukkan sedikit demi sedikit ke dlm kuah hingga dapat kepekatan yang diingini.

2. Kepekatan yang biasa saya buat lebih kurang pekat mcm santan kara. kalau terbuat pekat,blh tambah air atau susu atau biarkan saja. bila nak makan gaul dgn ketulan ais, lagiiiiii sedap. seejukkkk kt tekak

๐ŸŽฅEmpunyaResepi
๐™๐™š๐™จ๐™š๐™ฅ๐™ž ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž ๐™ˆ๐™ž๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™  ๐™๐™š๐™ง๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ฃ๐™ช

1. Beras Basmathi(saya gunakakan Jasmin parboil) 6 cwan. Direndam 30 minit dan kemudian ditoskan air.

2. Utk tumisan:
-Rempah 4 sekawan
-bwg besar 1biji dimayang
- serai 2 batang diketuk
- daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
- minyak sapi
3. Kismis atau biji gajus
4. Susu cair suku tin
5. Sos tomato 3 sb
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 1 inci(diketuk)

Cara membuat:
-Panaskan periuk elektrik
-masuk minyak masak dan minyak sapi.
-tumis sampai naik baunya. -masukkan semua bahan tumis. sampai wangi..
-masukkan beras yg ditoskan. gaul rata
-masukkan air.
-Kalau beras jasmin parboil ni yg telah direndam, sukatan air sama dgn sukatan beras
-masuk halia, susu cair, sos tomato, garam dan pewarna. Kacau rata
-bila dah masak nasi, masukkan biji kismis.
- Kacau nasi tadi biarkan lg 20 minit utk nasi masak dan kering sepenuhnya
Siap ๐Ÿ˜Š

Kredit: Muliadi Ramli
#NasiMinyak #Nasi #NasiMinyakTerengganu
โค1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ ๐—”๐—น๐—บ๐—ผ๐—ป๐—ฑ ๐—–๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ
by Darlinelly

Biskut raya tanpa oven.

Almond strips di sini ๐Ÿ‘‡ https://shope.ee/n7bB5TpB

Air Fryer Oven Giselle: https://shope.ee/7Ut8XBkGXb

#DarkAlmondCluster
#BiskutRaya
#Raya
KASUI PANDAN

Mmg lembut,kenyal,goyang2

RESEPI๐Ÿ‘‡
(Kaswi pandan gediksss)

2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg ubi
1 cwn gula(sy kurangkn sikit sbb manis. sukatan dlm 3/4cwn gula)
1 cwn air daun pandan
4 cwn air
Garam
Sedikit kapur makan(saya guna 1sudu plastik kfc)
-
Caranya:

Campurkn kesemua bhn2 tersebut dn kacau bagi sebati. sblm tue sapu minyak ke dlm loyang supaya nti kuih xmelekat. masukkn adunan ke dlm loyang. sblm itu masak air hingga mendidih. bila air dh mendidih brulh di kukus. kukus hingga masak (lebih kurang 40min)...cucuk dgn lidi..klu xlekat d lidi tu dh masak kaswinya.

Saya letak pewarna hijau epal campur dgn air daun pandan*sbb daun pandan tk cukup.

Slmt mencuba...
-
Airtangan dan gambar: Eniza M.Salim
Kredit resepi : Zarina Ahmad Chin

#KuihKasui
#KasuiPandan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
โค๏ธ ROTI BERINTI SOSEJ โค๏ธ
Kredit : Dwianjarrecipe

#desserts
#minumpetang
#roti
Saya penjual agar agar di bazar. Resepi ini di ajar oleh sahabat baik saya.

Saya kongsikan perasa Milo kesukaan kanak-kanak dan Jagung kesukaan kastemer bazar saya.

AGAR-AGAR MILO
10gm Serbuk agarยฒ
150gm Gula
50grm Milo nak pekat boleh tambah lebih
1tbsp Susu Pekat
900ml air
250ml susu cair ( 1 Tin )

AGAR-AGAR JAGUNG
10gm Serbuk agarยฒ
160gm Gula
1/2 tin jagung creamer
2tbsp paste jagung
800ml air
250ml susu cair

Cara Membuat:
Masuk air, serbuk agarยฒ, gula, dan milo. Kacau sebati baru hidupkan api dan kacau-kacau lagi.

Bila dah panas mendidih, kecilkan api dan terus masukkan susu cair. Kacau rata dan tutup api.

Tak perlu lama dan tak perlu api besar, takut susu berketul. Sama juga cara buat untuk perasa jagung.

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD

Boleh Guna Acuan Comel Macam Ni di Shopee >> https://shope.ee/1LIcZzvI6Y

Selamat mencuba

Resepi Oleh: Rin Khaizura
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ ๐—ฆ๐˜‚๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—™๐˜‚๐—ฐ๐˜‚๐—ธ ๐—ง๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ
Kredit: Sunflower_October

#sup #lauk
Dulu-dulu kalau nak raya, bonda aku suka sangat buat tapai. Tapai bonda memang manis giler. Jiran-jiran suka mintak buatkan. Tapi sekarang bonda dah tuaโ€ฆ dah tak laratโ€ฆdia hanya turunkan resepi sahaja. Dan pandai-pandailah kiter buat sendiriโ˜บ๏ธ

Resepi bonda paling mudah sangat nak buat.

TAPAI PULUT
Bahan-bahannya hanya:-

1 kg pulut susu
1/2 ragi
Segenggam gula
Bekas untuk membungkus
Kain batik ๐Ÿ˜†

1.Rendamkan pulut susu semalaman dengan air sejuk. Kalau esok nak buat tapai, malam ni dah boleh mula merendam.

Tujuan merendam adalah untuk bagi beras pulut susu tu kembang dan mudah untuk nak kukus.

2. Toskan air beras pulut yang sudah direndam. Bersihkan sekali lagi dan terus kukus di atas dapur.

3. Kukus selama 40 minit. Bila dah masak terus angkat.

4. Angkat pulut yang dah siap dikukus ke sinki dan siram dengan air. Pastikan air melalui penapis air. Biarkan sejuk seketika (suam-suam sikit pon tak apa)

5.Ambil ragi saiz ini dan bahagi dua. So untuk 1 kg pulut, bonda pakai 1/2 je ragi ni.

6.Taburkan ragi ke atas pulut yang telah siap disejukkan. Kemudian gaul rata-rata.

7.Lepas taburkan ragi, jangan lupa taburkan segenggam gula pulak. Gaul rata-rata macam ni. Kemudian masukkan dalam bekas besar (untuk makan satu family)

Teringat roomate waktu di Kolej Perwaja, Universiti Utara Malaysia. Dia bubuh dalam daun getah. Gigih dia cari daun getah dekat belakang kolej.
Manalah kau pergi sekarang ye Zue ๐Ÿ˜˜

8.Last sekali, bungkus dengan kain bekas tadi dan simpan di tempat gelap (suhu bilik). Lepas 3 hari boleh tengok. Kalau berair dan manis rasanya, boleh terus simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk baru best!!!

Bonda cakap buat tapai ada pantang larangnya:-
๐Ÿ‘‰pastikan kita tak period, takot tapai jadi merah
๐Ÿ‘‰tak boleh bising-bising. Kena buat dalam suasana sunyi. Jadi, tunggulah anak-anak dah tidur ye kakak-kakak๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Pantang larang ni tak tahu la mitos ke betul-betul...tapi kita follow je la petua orang dulu-dulu.

"Selamat mencuba gaissss"

#Tapaipulut #tapairaya #tapai
#resepiperkampunganberahmanindera