#TeamFPP 📡
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
[PESANAN PROF. DR AHMAD AZRIN ADNAN, DEKAN FPP SEMPENA MUSIM PEPERIKSAAN SEMESTER 1]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelajar FPP.

Saat ini, saudara/ri sedang berjuang di medan peperiksaan. Harapan yang tinggi menggunung daripada kedua orang tua tentunya menuntut pengorbanan dan usaha sehabis baik. Buatlah yang terbaik semampu mungkin. Usah difikirkan hasilnya. Jagalah akhlak dan adab ketika menuntut ilmu. Kami warga pendidik di FPP merasa lebih bahagia memiliki pelajar yang baik akhlaknya walaupun kurang cemerlang akademiknya berbanding memiliki pelajar yang kurang berakhlak tetapi cemerlang akademiknya. Saudara/ri adalah pemimpin pada masa hadapan dan harapan kami semua warga FPP.

Salam sayang,
Dekan Baharu FPP (mulai 1.1.2020)
Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan
#TeamFPP 📡 pinned «[PESANAN PROF. DR AHMAD AZRIN ADNAN, DEKAN FPP SEMPENA MUSIM PEPERIKSAAN SEMESTER 1] Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelajar FPP. Saat ini, saudara/ri sedang berjuang di medan peperiksaan. Harapan yang tinggi menggunung daripada kedua orang…»
*JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN FOODBANK FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN*

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

_PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWA FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN_

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Foodbank Fakulti Perniagaan dan Pengurusan akan diadakan seperti ketetapan di bawah.

Tarikh : 29 Januari 2020
Masa : 2.30 petang
Tempat : Blok Aishah

Justeru itu, semua mahasiswa/i Fakulti Perniagaan dan Pengurusan dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Sekian, terima kasih.

#TeamFPP
#KebajikanMahasiswa
[ MAJLIS PELANCARAN FOODBANK FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN ]

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) mengadakan *PROJEK FOODBANK FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN* untuk semua mahasiswa yang kurang berkemampuan sepanjang Januari 2020 sehingga Disember 2020 bertempat di Blok Fakulti.

Majlis pelancaran foodbank dirasmikan oleh DEKAN Fakulti Perniagaan dan Pengurusan iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Bin Adnan dan TD HEPA, Dr. Mohd Shukri Bin Jusoh serta Pensyarah FPP.

Semoga dengan pelaksanaan projek ini, kita sama-sama dapat meringankan beban pelajar yang memerlukan.

#TeamFPP
#KebajikanMahasiswa
*[MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR BERSAMA PERNGURUSAN FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN]*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan (PMFPP) mengadakan *PROGRAM MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR BERSAMA PENGURUSAN FPP* yang melibatkan *SEMUA* mahasiswa yang bernaung dibawah FPP.

Berikut adalah butiran program
*Tarikh*: 17/2/2020
*Hari*: Isnin
*Masa*: 8.30 pagi - 1.00 petang
*Pemakaian*: Baju Korporat Persatuan / UniSZA
*Tempat*: DABS

Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada Muhammad Fadhil Bin Saharudin.
www.wasap.my/601111010463

Sekian, terima kasih
📣📣 *HEBAHAN PENCARIAN SUKARELAWAN* 📣📣

*Program RELIEF AND DEVELOPMENT 2.0 Vietnam & Combodia*

Aktiviti yang akan dijalankan
🌸 Korban & Aqiqah
🌸 Pemberian sumbangan kepada masyarat setempat
🌸 Misi kesukarelawanan
🌸 Education trip

Tempat : Vietnam dan Kemboja
Tarikh : 25 Julai - 3 Ogos 2020
Yuran penyertaan : RM1800 per person

*Tarikh tutup penyertaan : 6 MAC 2020*

🌸 Terbuka kepada semua mahasiswa UniSZA

🌸 Terhad kepada *25 org sahaja*

Untuk penyertaan boleh berhubung :

📲http://www.wasap.my/+60114744465 (Anis Izzati)

#PMFPP
#iCareUniSZA
#ASAS
Hebahan pencarian pelajar yang berminat dalam business seramai *6 orang sahaja*😊

Kriteria :
▶️Mempunyai kemahiran urus FBAdv
▶️Kemahiran IT
▶️Mempunyai ilmu accounting

*INSENTIF*
$100 setiap bulan bagi pelajar yang terlibat

Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh hubungi : 014-8065225 (fadhil)
[HEBAHAN MENCARI URUSETIA BAGI FPP SPORTS DAY]

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) 2019/2020 memerlukan urusetia seramai *10 ORANG* secara sukarela untuk menjayakan perlawanan pada hari FPP SPORTS DAY berlangsung iaitu 26-28 Mac 2020. Kerjasama anda semua amat kami hargai.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
http://www.wasap.my/60183252368
(Asfa)

Sekian. Terima kasih ✨


MUHAMMAD ASFA IRFAN BIN MOHAMED RAZI
AINA MARDHIAH BINTI MOHAMAD SABRIN

EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN
SESI 2019/2020

Follow dan Like kami di sosial media berikut untuk hebahan lanjut

Facebook : Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram : @fpp.unisza
Telegram : #TeamFPP
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Khamis | 5 Mac 2020

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada sahabat kita, Saudara Ahmad Muslim Bin Che Hamzah, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kekayaan Islam, Semester 4, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan , telah meninggal pada 7.15 malam tadi .

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah

       بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Sekian, Terima kasih.
Exco Kebajikan dan Kerohanian
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perniagaan dan Pengurusan
Sesi 2019/20
🏆 *FPP SPORTS DAY 2020*🏆

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) 2019/2020 akan mengadakan *FPP SPORTS DAY 2020* seperti ketetapan berikut:-

🗓 Tarikh : 26-28 Mac 2020
⭐ Hari : Khamis - Sabtu

ACARA SUKAN YANG AKAN DIPERTANDINGKAN

- Futsal
- Bola Tampar
- Badminton
- Bola Jaring
- Bola Baling
- E-Sports : PUBG Dan Mobile Legends


*BERMINAT? BOLEH RUJUK EXCO SUKAN SETIAP PERSATUAN MASING-MASING*

SETIAP PERSATUAN WAJIB MENGHANTAR WAKIL

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
www.wasap.my/60148065225 (Fadhil)
www.wasap.my/60189140737 (Asyiqin)

Sekian. Terima kasih ✨

MUHAMMAD ASFA IRFAN BIN MOHAMED RAZI
AINA MARDHIAH BINTI MOHAMAD SABRIN

EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN
SESI 2019/2020

Follow dan Like kami di sosial media berikut untuk hebahan lanjut

Facebook : Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram : @fpp.unisza
Telegram : #TeamFPP
*Makluman FPP Sport Day*

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera.

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa acara sukan FPP Sport Day yang berlangsung pada 26-28 March 2020 akan *dijalankan seperti yang dirancang*. Berkenaan dengan acara sukan yang bertindan dengan program Liga Sukan Piala TNC HEPA, pihak kami telah mendapatkan persetujuan bersama Pusat Sukan UniSZA untuk *memberi laluan kepada program FPP Sport Day* bagi melangsungkan program pada tarikh tersebut. Jadual perlawanan daripada Liga Sukan Piala TNC HEPA akan dikemaskini dan diberitahu semula oleh Pusat Sukan UniSZA.

Berikut adalah jadual perlawanan bagi acara yang akan dipertandingkan sempena FPP Sport Day:

📍26-27 March 2020:
Futsal (Court Futsal UniSZA)

📍26 March 2020:
Bola Tampar (Dewan Gemilang)

📍27 March 2020:
Badminton (Dewan Gemilang)

📍27 March 2020:
Bola Jaring (Court Bola Jaring UniSZA)

📍27 March 2020:
E-Sport (Mobile Legend) (Blok Akademik)

📍28 March 2020:
E-Sport (PUBG) (Dewan Gemilang)

📍28 March 2020:
Bola Baling (Court Futsal UniSZA)

Semoga pernyataan yang dikeluarkan ini dapat membantu memberi penjelasan kepada mahasiswa bahawa *FPP SPORT DAY* tidak bertindan dengan mana-mana program termasuk *LIGA SUKAN PIALA TNC HEPA*

Sekian,
Terima Kasih

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan
Universiti Sultan Zainal Abidin
*MAKLUMAN TUNTUTAN CABUTAN BERTUAH MAJLIS RAMAH MESRA FPP*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada pelajar FPP yang telah menerima *cabutan bertuah* pada *Majlis Ramah Mesra Pengurusan bersama Pelajar FPP*, anda diminta untuk membuat tuntutan di fakulti selewat-lewatnya pada *12 Mac 2020 (Khamis)*. Tuntutan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (2019/2020),
Universiti Sultan Zainal Abidin
[KENYATAAN RASMI BERKENAAN ISU PENANGGUHAN FPP SPORTS DAY 2020]

Merujuk kepada kenyataan media yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta arahan daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA UniSZA yang menggesa agar semua perhimpunan ataupun acara sukan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) untuk ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.

Maka kami dari pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) selaku penganjur FPP SPORTS DAY 2020 dukacita ingin memaklumkan bahawa program tersebut akan DITUNDA ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Keputusan ini diambil bagi memastikan penularan wabak virus COVID-19 ini tidak menular.

PMFPP mengambil cakna berhubung penularan virus COVID-19 dan mengharapkan agar semua mahasiswa dan mahasiswi mengambil langkah yang proaktif dalam menangani isu ini.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD ASFA IRFAN BIN
MOHAMED RAZI
EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (PMFPP) 19/20
STAY PUT WHERE YOU ARE

Pada 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua negeri di Malaysia bagi memutuskan rantaian COVID-19 namun masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih ingkar dengan arahan kerajaan.

Kita sebagai mahasiswa/wi kalau boleh memainkan peranan untuk menasihati keluarga kita yang masih degil untuk keluar bersiar-siar. Jangan disebabkan kedegilan mereka, kita yang mendapat kesusahan pada hari akan datang. Ingatlah, novel COVID-19 ini bukan sesuatu yang boleh diambil ringan.

Akhir sekali, sewaktu waktu cuti ini kita jangan lupa tugas kita sebagai mahasiswa/wi untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Sememangnya banyak kerja yang telah ditangguh oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi harap semua mahasiswa/wi dapat mengisi masa di rumah dengan perkara yang berfaedah.

Muhammad Fadhil Bin Saharuddin
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Sesi 2019/2020
Universiti Sultan Zainal Abidin

Follow dan Like kami di sosial media berikut untuk hebahan lanjut

Facebook : Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA | Persatuan Mahasiswa FPP
Instagram : @fpp.unisza
Telegram : #TeamFPP
*[PERKONGSIAN BERSAMA MAHASISWA BERKENAAN COVID-19]*

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Berikut merupakan E-Perkongsian Berkenaan dengan Covid-19 dari mahasiswa UniSZA. Perkongsian bersama ini telah dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA bersama Persatuan-Persatuan Fakulti di UniSZA.

Antara Persatuan-Persatuan Mahasiswa Fakulti yang turut bersama adalah :

(1)Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Kontemporari Islam *(PMKI)*,

(2)Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan *(PMFPP)*,

(3)Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran *(PMFIK)*,

(4)Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa & Komunikasi *(Falcom)*,

(5)Persatuan Mahasiswa Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa *(Flairsoc)*,

(6)Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan *(FASKES)*,

(7)Persatuan Mahasiswa Fakulti Biosumber & Makanan *(PMFBIM)*,

(8)Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial & Gunaan *(PMFSSG)*,

(9)Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi *(Pharmsa)*,

10)Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan *(MediSZA)*,

(11) Persatuan Mahasiswa Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi *(PMFRIT)*.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat serta maklumat berkenaan dengan wabak covid-19 yang sedang melanda negara kita ini. Marilah kita sama sama doakan agar wabak ini kita dapat atasi dengan izin Tuhan.

Sekian, terima kasih.

"Muafakat Mahasiswa Membina Negara"