#TeamFPP 📡
1.54K subscribers
918 photos
9 videos
46 files
221 links
This channel is provided to announce any informations to all Faculty of Business and Management members
Download Telegram
jadual peperiksaan sudah dikeluarkan oleh pihak UniSZA

diingatkan agar lihat dengan teliti kod khusus,tarikh, masa dan juga tempat peperiksaan

sekian harap maklum
Selamat Menyambut Maulidur Rasul daripada kami #TeamFESP
#cutipergimanajetu
#Share
Belajar dari kesilapan orang lain,

Kerana kita tak mampu untuk merasai kesemua kesalahan tersebut dalam hidup kita.

Pagi dunia.
Kami dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Akhir Semester I Sesi 2016/2017

#TeamFESP
#Share
#StudyWeekTakAda
#SerlahkanDirimu
Bila nak final exam ni, banyak benda yang tak lalu. Makan tak lalu, tidur tak lalu. Satu benda je yang lalu, lalu burung-2 pun berkicauan.
اللّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَذِينَ يَنْظُرُونَ الْكِتَابَ نَظْرَةً وَاحِدَةً، وَيَحْفَظُونَ مَا فِيهِ، وَيَفْهَمُونَ بِهِ، وَيَعْمَلُونَ بِهِ، وَيُعَلِّمُونَ بِهِ، وَيُبَلِّغُونَ بِهِ.

Ya Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang melihat buku dengan sekali lihat dan kami terus menghafaznya, dan memahaminya, beramal dengannya, mengajarkan kepada orang lain, dan menyampaikannya kepada orang lain..
Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)
Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"
Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir.
Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun.
Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja.
Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan.
Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan.
Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran.
Jodoh, perlu pada Al Quran.
Berjaya, perlu Al Quran.
Akarnya pada Al Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, InsyaAllah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik.

Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah.

Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.

SILA KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA.

PAGI DUNIA KU DAKWAH KU
Don't waste our time focusing on problem,

But spend our time to focus on solution.

Pagi dunia.
semester hadapan, kami akan buat pelbagai program

so, stay tune with us😉
Channel photo updated
Bantuan Zakat IPTA/IPTS akan dibuka(1Jan- 31 Mac 2017). Pelajar anak Ganu yg sedang menuntut di IPT Dalam/Luar Negara dipelawa memohon
Info : Zakat Selangor
Channel photo updated
2017 ni berharap agar kita semua solat penuh tak tinggal. Mulut di jaga. Rajin belajar. Bangga kan mak ayah. Tu je.

Amiin.