Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Techsamana
Photo
Hari ini kami berpeluang melihat sendiri satu contoh sebenar bagaimana program pembangunan teknologi boleh dibinadan dilaksanakan daripada peringkat akar umbi melalui lawatan ke BSaS Aeronautics UAV Technical Centre di SMK Bukit Sawa.

Apa yang dibangunkan di sini bukan sekadar fasiliti sekolah, tetapi satu model pembangunan bakat teknologi yang bermula lebih awal, melalui pendedahan hands-on dalam bidang UAV dan aerospace. Technical Centre ini mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan, universiti dan pemain industri.

Ini adalah gambaran jelas bahawa pembangunan teknologi tidak boleh bermula hanya di universiti atau industri. Ia mesti bermula dari sekolah. Selari dengan itu, Techsamana sedang menggerakkan sebuah program pembangunan bakat UAS secara berstruktur

Matlamatnya bagi membina pencipta, pembangun dan pemilik keupayaan teknologi negara.

Model seperti di SMK Bukit Sawa ini sepatutnya diperluaskan, disokong, dan dijadikan standard nasional.

Techsamana percaya bahawa masa depan kedaulatan teknologi negara bergantung kepada bagaimana kita membina generasi hari ini secara sistematik, berterusan dan berani.

Kami mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak, sama ada pendidikan, industri, agensi dan komuniti, untuk bersama-sama membina ekosistem ini.

Kedaulatan Teknologi dan Kemandirian Negara bermula daripada pendidikan.

#Techsamana #UAS #UGC #DroneEcosystem #STEMMalaysia #KedaulatanTeknologi #KemandirianNegara
❤4
Techsamana
Photo
Ringkasan strategik daripada Interdisciplinary Research and International Strategy - IRIS Institute yang menilai kesan konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat, Israel, dan Iran terhadap Malaysia pada tahun 2026.

Laporan tersebut mendedahkan bagaimana penutupan Selat Hormuz telah melumpuhkan rantaian bekalan tenaga dan perdagangan global yang amat penting bagi ekonomi negara. Sektor-sektor kritikal seperti semikonduktor, keselamatan makanan, dan kewangan negara kini berdepan ancaman besar akibat lonjakan kos serta gangguan logistik.

Penilaian ini turut menyoroti kelemahan kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi kejutan luar yang berlaku secara serentak di pelbagai domain.
Melalui perspektif sejarah dan geopolitik, sumber ini menekankan keperluan mendesak bagi penggubal dasar untuk melaksanakan reformasi strategik demi kelangsungan negara.

Kesimpulannya, dokumen ini berfungsi sebagai amaran bahawa status quo bukan lagi pilihan yang selamat dalam dunia yang semakin tidak menentu.

Pautan dokumen laporan tersebut -> https://iris.institute/2026/03/18/perang-as-israel-ke-atas-iran-bersediakah-malaysia/
Ringkasan strategik daripada Interdisciplinary Research and International Strategy - IRIS Institute yang menilai kesan konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat, Israel, dan Iran terhadap Malaysia pada tahun 2026.

Pautan dokumen laporan tersebut -> https://iris.institute/2026/03/18/perang-as-israel-ke-atas-iran-bersediakah-malaysia/
KEDAULATAN DAN KEMANDIRIAN TEKNOLOGI PERLU MENJADI AGENDA STRATEGIK NEGARA

Komen yang dikongsikan oleh Tuan Abdul Muiez mengenai perubahan kapasiti storan Google Drive mungkin dilihat sebagai isu operasi biasa. Namun, ia sebenarnya memberi gambaran yang lebih besar mengenai tahap pergantungan institusi dan organisasi negara terhadap platform teknologi asing.
Apabila sistem pendidikan, pentadbiran, ekonomi dan perkhidmatan awam semakin bergantung kepada penyedia teknologi luar negara, sebarang perubahan polisi, model perniagaan, harga atau terma perkhidmatan boleh memberi kesan yang signifikan kepada operasi harian pengguna dan organisasi yang terlibat.

Malaysia sememangnya perlu memanfaatkan teknologi global yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat seperti Google, Microsoft, Amazon, Oracle, Alibaba dan Huawei. Namun begitu, pergantungan secara menyeluruh kepada penyedia luar bukanlah pendekatan yang mampan dalam jangka panjang.
Justeru, negara perlu mula memperkukuhkan agenda kedaulatan teknologi melalui pembangunan infrastruktur digital tempatan yang merangkumi pusat data, platform awan (cloud), keupayaan kecerdasan buatan (AI), teknologi analitik data serta ekosistem digital nasional yang berdaya saing.

Dalam era ekonomi digital, data merupakan aset strategik negara. Data yang dijana oleh sektor kerajaan, pendidikan, kesihatan dan ekonomi mempunyai nilai yang amat tinggi dalam menyokong pembangunan dasar, inovasi, keselamatan serta daya saing negara. Oleh itu, aspek kawalan, pemilikan dan tadbir urus data perlu diberikan perhatian yang serius
.
Kedaulatan teknologi tidak bermaksud menolak penggunaan teknologi asing. Sebaliknya, ia merujuk kepada keupayaan sesebuah negara untuk mempunyai pilihan, kawalan dan kapasiti sendiri dalam mengurus infrastruktur serta aset digital strategiknya.

Malaysia perlu bergerak daripada sekadar menjadi pengguna teknologi kepada sebuah negara yang memiliki keupayaan membangun, mengendalikan dan mengawal infrastruktur digitalnya sendiri. Langkah ini penting bagi memastikan kepentingan strategik negara terus terpelihara dalam landskap digital global yang semakin kompleks dan kompetitif.

Kedaulatan digital bukan mengenai mengasingkan diri daripada dunia, tetapi memastikan negara mempunyai keupayaan untuk menentukan masa depannya sendiri.

Ts. Azril Hanafi bin Abdullah Sharwani
Pengerusi Techsamana

Sumber : https://www.facebook.com/share/p/18uoWnqk9j/
👍2
Techsamana Perkukuh Kerjasama Dengan USM Dalam Agenda Pembangunan Bakat STEM dan Kedaulatan Teknologi Negara

PULAU PINANG, 9 Jun 2026 — Komuniti teknologi nasional, Techsamana, meneruskan Siri Jelajah Utara 2026 menerusi kunjungan hormat dan sesi pengenalan organisasi ke Aerospace Discovery Centre (ADC), Universiti Sains Malaysia (USM), sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan jaringan strategik antara sektor komuniti teknologi dan institusi pendidikan tinggi negara.

Lawatan tersebut bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan bakat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), inovasi teknologi serta pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan bagi menyokong agenda transformasi ekonomi dan teknologi negara.

Delegasi Techsamana diketuai oleh Pengerusinya, Ts. Azril Hanafi bin Abdullah Sharwani, bersama Timbalan Pengerusi, Muslim Abdullah Zaik, Setiausaha, Ts. Ahnaf Qais, dan Ahli Jawatankuasa, Mohd Haaziq Mohd Yusof & Ahmad Faisal Hamdi bin Yop.

Pihak USM pula diwakili oleh Encik Mohamad Zihad bin Mahmud, Pegawai Latihan Vokasional, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa; Dr. Aslina Anjang binti Ab Rahman, Dr. Siti Harwani binti Md. Yusoff dan Ir. Dr. Ahmad Faizul bin Hawary, masing-masing Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.

Menurut Ts. Azril Hanafi, Techsamana melihat Aerospace Discovery Centre (ADC) USM sebagai antara institusi strategik yang mempunyai peranan penting dalam melahirkan generasi baharu bakat teknologi dan aeroangkasa negara.

“Pembangunan kedaulatan teknologi tidak hanya bergantung kepada pembangunan infrastruktur atau teknologi semata-mata. Ia perlu disokong oleh ekosistem bakat yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan mempunyai keupayaan untuk membangunkan teknologi strategik negara pada masa hadapan.

“Dalam konteks tersebut, Techsamana melihat ADC USM sebagai rakan orbit yang kritikal dalam merealisasikan wawasan kedaulatan teknologi Malaysia,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa usaha memperkukuhkan hubungan antara komuniti teknologi, industri dan institusi pendidikan merupakan komponen penting dalam membangunkan ekosistem inovasi yang mampan serta mampu menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

Sesi perbincangan turut menyentuh pelbagai peluang kerjasama yang berpotensi dilaksanakan pada masa hadapan termasuk program pembangunan bakat STEM, pendedahan teknologi kepada pelajar sekolah dan universiti, aktiviti komuniti teknologi, program TVET serta inisiatif yang dapat memperkukuhkan minat generasi muda terhadap bidang aeroangkasa dan teknologi maju.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Siri Jelajah Utara Techsamana 2026 yang memberi fokus kepada pembinaan jaringan strategik bersama institusi pendidikan, industri dan organisasi berkaitan teknologi bagi menyokong aspirasi Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

Pada ketika negara berdepan cabaran penurunan minat pelajar terhadap bidang STEM, Techsamana percaya usaha membangunkan bakat teknologi tempatan tidak lagi boleh dilihat sebagai pilihan, sebaliknya satu keperluan strategik negara. Dalam landskap persaingan teknologi global yang semakin sengit, pelaburan berterusan dalam pendidikan, inovasi dan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi akan menjadi faktor penentu kepada keupayaan Malaysia untuk mencapai kemandirian dan kedaulatan teknologi pada masa hadapan.
❤1