Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
THE AGE OF ELECTRIC CARS
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

🔘 Masa Abe belajar kejuruteraan automotif di Michigan akhir tahun 90an dahulu, pensyarah Abe kata kereta elektrik akan sedia menandingi kereta ICE (internal combustion engine) dalam tempoh 20 tahun.

🔘 Tapi selepas itu kereta guna Fuel Cell (FC) pula akan muncul. FC guna cecair hidrogen bukannya minyak. Hasil ekzosnya ialah air bukannya asap.

🔘 Pastu pensyarah Abe kata motor elektrik memang lagi power dari ICE sebab ICE ada banyak mechanical losses.

🔘 Motor elektrik power pecutannya sebab shape torque curve dia ada cam step function. Cuma zaman tu kereta elektrik boleh bergerak sejauh 100 km sahaja. Mampuih!
.

#FastForwardTo2021

🔘 Kini kereta elektrik memang power. Pecut power macam kereta formula one. Lamborghini pun dah jadi kudapan kereta Tesla sahaja.

🔘 Kini banyak pengeluar kenderaan fokus nak jadikan kereta elektrik untuk mass market.

🔘 Sekarang kereta letrik ni banyak kat kereta mewah macam Porsche dan Tesla.

🔘 Abe pun ingat kalau ada duit lebih esok-esok Abe nak sauk Porsche Taycan Cross Turismo sebiji.

🔘 Elon Musk pun dah jadi orang terkaya di dunia. Such is the power of electric car revolution!
.

#ApaJadiDenganIndustriMinyakDanGas?

🔘 They have to evolve into energy company. Takleh jadi oil and gas company semata-mata.

🔘 Elektrik masih perlu dijana lagi menggunakan arang batu, gas, dan bahan bakar petroleum. Jadi okay je for the next 30 years.

🔘 Tapi industri renewable energy pun semakin pesat berkembang. Denmark siap buat pulau buatan atas laut untuk pasang wind turbines tau?

🔘 Bilalah menteri kita nak buat pulau buatan camni kat Kelantan dan Terengganu ya? Tak kot, kita kan banyak minyak dan gas?

🔘 Tapi yang pasti negara yang bijak ialah negara yang boleh menjadi pembekal lithium dan rare earths untuk pembuatan bateri kereta elektrik.

🔘 Sebab itulah banyak ahli geologi negara kita kini mengkaji semula lombong bijih timah yang terbiar di Perak.

🔘 Kerana didapati adanya logam penting untuk industri kereta elektrik! Bijih timah pun dah mahal balik akibat industri kereta elektrik ini.

🔘 Dulu negara kita import orang dari China (macam kita import Bangla dan Nepal sekarang) untuk melombong bijih timah. Hinggalah harga timah collapse pada tahun 1980an.
.

#MoralOfTheStory

🔘 We should be excited dengan industri ini. Siapalah yang akan paling happy kalau banyak orang pakai kereta elektrik? Tentulah TNB dan syarikat pembekal elektrik macam Jimah.

🔘 Memang revolusi kereta elektrik ni. Pastu saintis Israel pun dah temui teknologi yang bisa kurangkan tempoh caj kereta elektrik dari 70 minit ke 5 minit sahaja.

🔘 Kalau ini berlaku, memang akan meletuplah kereta elektrik. Dahlah boleh hasilkan horsepower sampai 1600 kuasa kuda. Perodua Ativa pun 100 kuasa kuda je. Tu kuasa keldai je pasni.

🔘 Apakah yang akan terjadi dengan stesen minyak? Mungkinkah selepas ni kena modify jadi parking lot dengan banyak stesen pengecas?

🔘 Mungkin stesen minyak kena buat parkir automated bertingkat masa mengecas kenderaan? Sambil-sambil caj, client boleh lepak kat kedai mesra mall?

🔘 Apa-apa pun, tak sabar rasanya untuk melihat teknologi kereta elektrik ni mengubah rupa bentuk kereta kerana hilangnya keperluan untuk letak ICE yang bagak itu.

🔘 Jadi pada anda yang berjiwa usahawan, ayuh kita fikir cara kita nak capitalized on the booming of electric car industry. It is time to electrify your soul❗

Abe Nazz Zain
- GAM Graduan Automotive Engineering USA