Techsamana
450 subscribers
891 photos
50 videos
20 files
500 links
Sembang teknologi semasa di Malaysia dan seluruh Dunia

https://linktr.ee/techsamana.my
Download Telegram
Salam sejahtera ,

Kami daripada Jom Belajar Koding (JBK) ingin menjemput anda secara eksklusif untuk menemui tokoh-tokoh usahawan, IT, dan teknologi kewangan tanah air di Makmal Idea JBK Hackathon seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Mei 2017 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya, Selangor
Bayaran masuk: PERCUMA!
Tema: Transformasi Nasional 2050 (TN50)

Makmal Idea JBK #MakmalIdea
Sesi perkongsian ala Ted Talk oleh tokoh IT, teknologi kewangan, dan usahawan tanah air seperti

Ashran Dato' Ghazi (MaGIC)
Shahril Hamdan (BPM, Duta Belia TN50)
Azran Osman-Rani (iFlix)
Nadhir Ashafiq (The Lorry)
Ikhwan Nazri (Amanz)
Syed Fuqaha (Katsana)
Reza Razali (Terato Tech)
dan ramai lagi! Mari bersama-sama kita mengupas bagaimana cara untuk mencapai inspirasi inisiatif TN50 dalam dunia keusahawanan dan IT.

JBK Hackathon juga akan ditutup oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang juga akan menjadi hakim kepada 3 kumpulan terbaik Cabaran JBK. Jangan lepaskan peluang ini untuk beramah mesra bersama YB KJ.

Nota: kepada peserta Cabaran JBK, anda tidak perlu mendaftar sekali lagi.

Tentatif program adalah seperti berikut:
Ahad, 21 Mei 2017
8.00 pagi - Pendaftaran
9.00 pagi - Makmal Idea I - Kuasa Koding / Saringan Pertama Cabaran JBK
10.30 pagi - Rehat
11.00 pagi - Makmal Idea II - Inovasi-Preneur / Saringan Kedua Cabaran JBK
12.30 t/hari - Rehat
2.00 petang - Makmal Idea III - Revolusi Biz Kreatif
3.30 petang - Makmal Idea IV - Dunia Hujung Jari
4.30 petang - Pembentangan Produk 3 Kumpulan Terbaik / Majlis penutupan
6.00 petang - Bersurai

Oleh itu, apa tunggu lagi? Mari sertai revolusi digital ini dengan mendaftarkan diri anda sekarang di pautan berikut: http://jbk.my/hackathon/
JBK HACKATHON : http://jbk.my/hackathon/ (DAFTAR SEKARANG!)

Hashtag: #JBKHackathon #JBK #MakmalIdea #RevolusiDigital #TN50 #koding

Ikuti kami di media sosial untuk makluman lanjut!
Facebook event : https://www.facebook.com/pg/jomkoding/events/?ref=page_internal
Twitter : twitter.com/@jomkoding
Instagram : instagram.com/jomkoding
Email : koding@jbk.my