Tips Niaga Instagram
13 subscribers
7 photos
1 link
Buat yang baru nak mula niaga melalui instagram, channel ini sangat sesuai
Download Telegram
Channel created
Channel name was changed to «TipsNiagaInstagram&FaceBook»
Channel name was changed to «TipsNiagaInstagram»
Selamat pagi pd semua.

Sesungguhnya rezeki itu anugerah dari Allah. Berkat selawat semoga dipermudahkan rezeki kita semua lebih berkat dan baik dari sebelumnya.

Jangan lupa refleksi diri setiap hari.

Bersangka baiklah pd Allah setiap masa, saat dan waktu.

Jangan abaikan Allah dikala senang mahupun susah.

Allah suka dipuji.

Pujilah Allah siang dan malam dengan nama Allah yg baik.

Jangan merungut atau kecewa sedangkan banyak lagi rahmat yg Allah beri.

Jika dulu Allah beri rezeki yg hebat bermakna Allah boleh beri lagi hebat cuma kita sebagai manusia kena bersyukur.

Jangan sombong, jangan menghina guru dan jangan mendengus kerana ia menjauhkan rezeki dari kita.

Semoga Allah memberkati usaha kita untuk membangunkan diri , keluarga dan agama. InsyaAllah.

Cik Hajar
6 SEBAB KENAPA KITA GAGAL?
Mengapa ini berlaku?

1. Kita tidak berjaya kerana…
Kita tidak mempunyai matlamat. Tidak kira matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat akan memberi daya fokus dan usaha untuk mencapai impian kejayaan.

2. Kita tidak berjaya kerana…
Kita tidak mahu berusaha lebih daripada orang lain. Apabila melihat orang lain usaha biasa-biasa sahaja, kita fikirkan ia sudah cukup. Padahal, untuk berjaya, usaha perlu berganda. Berganda lebih daripada orang lain yang hanya mencapai ‘biasa-biasa’ sahaja dalam hidup.

3. Kita tidak berjaya kerana…
Kita ingat kita sudah ketahui segalanya. Kita sombong dalam mencari ilmu dan bertanya. Sememangnya tanpa ilmu,pastinya tidak akan capai apa sahaja dengan sempurna. Tanpa ilmu, tidak kira apa sahaja bidang yang kita ceburi, pastinya akan berjumpa kegagalan.

4. Kita tidak berjaya kerana…
Kita selalu memberi alasan untuk melakukan sesuatu. Alasan yang paling bahaya adalah alasan yang menghentikan kita dalam mengambil langkah mencapai kejayaan. Mungkin bagi diri kita ia adalah alasan yang munasabah. Namun, alasan, tetap alasan sekiranya kita tidak ikhtiar dalam mencari penyelesaiannya.

5. Kita tidak berjaya kerana…
Kita tidak mahu berubah. Kita fikirkan bahawa dengan melakukan perkara yang sama sahaja setiap hari, kita akan mendapat keputusan yang berbeza. Untuk mendapat keputusan yang berbeza, pastinya perubahan perlu dilakukan. Sama ada perubahan di minda, perubahan pada jadual harian ataupun perubahan dari aksi dan sikap diri sendiri.

6. Kita tidak berjaya kerana…
Rezeki belum berpihak kepada diri kita. Walaupun mempunyai matlamat, sudah berusaha, sudah mencari ilmu, membuang segala alasan, dan sudah melakukan perubahan diri, namun sekiranya tidak berjaya juga, ertinya perlu gandakan lagi usaha-usaha ini.

Rezeki mungkin belum berpihak kepada anda, namun, untuk mendapat rezeki kejayaan, ianya perlu dilakukan secara berterusan dan tanpa putus asa. Rezeki tidak akan datang bergolek. Anda perlu melalui pelbagai cabaran dan dugaan terlebih dahulu!
Assalamualaikum dan selamat pagi 😊😊😊

Minggu ini masih lagi hari hari gaji satu malaysia. Jadi gunakan masa ini sebaik mungkin untuk buat sales insyaAllah.

1. Niatkan mudah mudahan apa yang kita jual membantu mengembirakan dia, membantu orang tutup aurat dengan lebih baik, bantu dia cari telekung untuk buat hadiah dan sebagainya

2. Ingat jangan hardselling. Buat cerita menyeronokkan berdasarkan caption yang beridea bernas supaya orang yang membaca tu berfikir dari setakat scroll je:
1.Ade tak sesiapa tengah cari hadiah untuk mak/kakak/adik/tunang/isteri
2. Suka tak bila rasa selesa walaupun pakai jubah ...
Dan lain lain

3. Cara jawab PM
-PM sis!
-cara jawab permulaan ;
"Hi sis saya siti, terima kasih kerana berminat dengan jubah/telekung bla bla bla. Boleh tau sis berminat warna apa ya dan size apa yang sis selalu pakai?😊😉"
- jawapan yang sopan santun insyaALLAH membantu anda close sale berhelai helai sebab cust senang berinteraksi dengan anda.
- kalau dia diam je takpe. Praktis make perfect. Saya pun dari 10 orang 1-2 yang close sampai 2-4 pasang. Bila org tak respon tu Allah suruh belajar sabar ya. Kalau semuanya mudah kte tak belajar erti susah. Huhu 😊😊


Semoga bermanfaat. 😊
Semoga murah rezeki anda semua 😊
Mari saya kongsikan beberapa tips daripada Dr Azizan:
Satu per satu ya semua☺
لإن شكرتم لأزيدنكم
Kan?
Channel name was changed to «Tips Niaga Instagram»
Bangun malam tu penting, lupakah kita dari mana datangnya rezki?💕
Alhamdulillah 3×
Ucapkan alhamdulillah banyak2 every morning
Salam Semua, Malam ni kita start sembang pasal fb ads.

Tapi sebelum kenal fb ads. Kita kenal yg simple2 je dulu. Jangan Berangan Nak Terus Skip Gi Advance kalau yang simple ni pun tak kuasai.

So. Malam ni kita ckp pSal perkara asas yg wajib kita ada sebelum kita buat fb ads. Topik Fb ads yg teknikal kita bincang next time okay.

Sebelum buat fb ads, kita kena jaga satu perkara ni iaitu FIRST IMPRESSIONS.

Ape tu FIRST IMPRESSiON?

Cuba tgok kedai2 tepi jalan atau restoran. Satu Kedai dihias cantik2 & nampak meriah. Satu lagi tak dihias & nampak suram. Agak2 mana yg menarik minat anda untuk singgah? Mesti yg nampak meriah kan. Begitu juga dengan FB Ads. Kita kenalah 'hias' page kita supaya nmpak meriah.

Apa yg kita patut buat untuk nampak meriah? Hah... Meh sye share yea.

1) Post Minimum 10 Post kat page.
- Supaya nampak page kita meriah & penuh ngan aktiviti
- Antara 10 post tu, letakkan post berbentuk testimoni, sharing tips, iklan, gambar2 aktiviti bisnes & sebagainya.

2) Mintak Kawan2 like page anda
- Siapa lagi nak support kalau bukan member sendiri kan? Hehe
- Walaupun tak ramai, at least akan timbulkan 1st Impression yg menarik.

3) Design Cover Page Cantik2
- Ni ibarat signboard kedai anda, Bila Cantik & Menarik, mesti org tertarik untuk stop kan?
- Jangan Lupe letak sekali No whatsapp anda sekali (supaya org boleh trus whatsapp kita kalau dia berminat)

Amacam? Setakat ni saya share 3 je & semuanya ZERO COST marketing! Dari 1st Impression ni lah akan buatkan org start admire kita & jadi follower kita.

Make sure buat 3 perkara ni dulu yea sebelum kita masuk teknikal FB ads. Kalau buat 3 perkara ni pun dah fail terutama yg no 3 tu, sorry to say.

So, terus buat yee. Selamat Mencuba!