Tips Niaga Instagram
13 subscribers
7 photos
1 link
Buat yang baru nak mula niaga melalui instagram, channel ini sangat sesuai
Download Telegram
Ayat quran berkenaan sedekah ni banyak yang amat
Akan saya kongsikan sebentar lagi ya
Ya, salam
Sesiapa yang yakin rezekinya ditentukan Allah, maka janganlah bimbang dan bersedih.

Antara penyebab dimurahkan rezeki:
- Sentiasa beristighfar
- Sentiasa berselawat
- Solat dhuha
- Menyambung hubungan silaturrahim
- Bersedekah
- Bersyukur dengan apa yang ada
- Bersangka baik dengan Allah atas segala ketentuanNya..


Salam jumaat πŸ’ž
NEW UPDATE TIPS BISNESS ONLINE
πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠ

1- PEMILIHAN PRODUK JUALAN
sebaik baiknya produk yg digunakan setiap hari oleh pelanggan sperti baju @ tudung @beauty & health produk
ikuti prkembangan apa yg mnjadi trend / famous dikalangan pelajar/remaja

2- AMBIL GAMBAR DGN CANTIK
aspek ini tersangatlah penting & harus dititikberatkan. pastikan gmbar yg diupload kemas/ cantik / clear / lighting yg trbaik. elakkan guna gambar yg blur kabur & berserabut

3- BINA BLOG
apabila memulakan prniagaan, anda harus menceritakan dikhalayak org luar ttg produk yg anda jual. create your own blog n kongsi testimoni customer and sbgainya

4- PROMOSI @ HAPPY HOUR @ SALE
penting! bila produk anda kurang mendapat sambutan, buat tindakan. anda sendiri bertanggungjawab ttg produk yg anda jual. lakukan promosi pada waktu2 khas @ sempena hari2 khas
ini penting sbb customer skrg sudah cermat membanding harga n tahu buat pilihan yg bijak

5- URUSAN BISNESS & PERIBADI
pleaseeeeeee. ini pom aspek penting. jadikan igshop anda sbuah "kedai online" yg professional. jgn cmpurkan urusan @ gmbar produk yg dijual dgn personal. sesekali upload pasal tips @ kata2 dn sbgainya

6- AKAUN TRANSFER ONLINE
ok dlm bisness online, smuanya menggunakan internet @ smartphone. segalanya dihujung jari anda. make sure korang kena ada account online sperti maybank2u @ cimbclicks n sbgainya. ini memudahkan anda apabila customer buat payment, checj straight online. xyah g atm. hehe

7- CONTEST / GIVEAWAY
sesekali lakukan contest @ giveaway @ tag&win . peraduan2 seperti ini amat penting dlm menarik perhatian pelanggan. niatkan bagi sebagai hadiah n choose beberapa org pemenang.

8- DROPSHIP
haaaaaa. ini pom penting. untuk yg xberkemampuan nk pegang barang @ ready stock sndiri, please carik drooship yg benar2 dipercayai. ada jgak kadang supplier menipu@ghaib . please jujur. dont be a scammer

9- CATAT URUSAN BISNESS
ini penting. start hari pertama meniaga, sampao skrg. korang kena catat urusan jual beli. apa yg untung apa yg rugi . dari situ boleh perbaiki &;cari jalan nk majukan bisness
10- PROFILE πŸ‘‘πŸ‘°πŸ‘ΈπŸ˜
Profile means your profile pic for igshop . Mestilah menarik sbb nie akan jadi "tanggapan pertama" untuk customer or follower nak buy product.
Caption bio haruslah pendek/padat/senang difahami n meliputi seluruh igshop. Igname plak disarankan yg mudah cute comel ringkas. Jgn berbelit2 n terlalu bnyak ( _ )


11- PRIVATE? β˜πŸ™…πŸ™…πŸ’†
Dinasihatkn igshop jgn lah private sbb ini akan menyebabkan bila follower hashtag, igshop korang x kan naik . Jgn risau ttg pencuri follower. Yakinlah rezeki itu milik Allah ye sayang.


12- HASHTAG #⃣#βƒ£πŸ‘¬πŸ‘­
Tersangat sangatlah penting. Better hashtag banyak2 n kekadang hashtag untuk isu semasa pom ok. :)


13- LIKE FOR LIKE πŸ˜˜πŸ˜πŸ˜‘
Korang. Sesekali online tu, rajinkan diri untuk like picture follower2 korang k? Try buat.. U like pic2 bnyk2, insyaAllah one by one follower u akan meningkat. ☺


14- PRICE DONT PRIVATE πŸ’ΈπŸ’΄πŸ’°
nie pom penting. Disarankan, jgn amalkan upload pic tnpa price. Nie akan buat customer feel like "malasnya nk kena save no" haaaaa
Letak je dulu harga k? Then baru la buat cption "nak harga terbaik watsapp/telegram"

goodluck on your bisness
semoga dimurahkan rezeki
semoga dipermudahan urusan
dapat rezeki yg berkat
JANGAN ASYIK NAK MENERIMA JER.. MULA MEMBERI DULU

Lumrah dunia, manusia akan rasa terhutang budi bila ada orang dah tolong dia atau beri sesuatu kepada dia. Setuju?

Untuk marketer, Cialdini dalam bukunya ada mengatakan β€œAnda harus yang pertama mulakan dahulu. Beri sesuatu dulu, boleh jadi informasi, ilmu atau sampel percuma. Berikan pengalaman positif kepada pelanggan, dan mereka akan beriya-iya juga hendak membalas budi anda nanti.”

Prinsip ini menerangkan kenapa sampel percuma tersangat lah efektif dalam dunia pemasaran.

Anda mesti perasan kan, bila pergi Tesco atau Giant, selalu ada jer amoi-amoi atau kakak yang tersenyum manis nak bagi anda cuba sampel percuma mereka, boleh jadi hotdog, nugget atau pun air yogurt.

Memang ramai yang ambil kesempatan nak makan percuma, tapi anda perasan tak, ramai juga yang membeli apa yang dicubanya itu?

Anda rasa syarikat yang bagi sampel percuma tu rugi ke?

Mesti lah TAK kan… Lagi UNTUNG ada lah.
Baca
Dah hadam, apply 😊
Siapa yang bijak menggunakan fungsi viral facebook secara β€˜NATURAL’ tanpa menipu like, tanpa paksaan rakan-rakan anda, pasti buatkan anda terpaksa terima hasil sebaran yang kempen yang β€˜DASYAT’ menghampiri 95% reach sekiranya anda tahu formulanya.

Di bawah saya ringkaskan 12 Formula yang saya pernah gunakan untuk tingkatkan reach hingga ke 95% secara organik dan tentunya anda tidak perlu keluar duit
walau satu sen pun.

1- Pilihan gambar A atau gambar B.

Ini merupakan rahsia terunggul yang saya masih simpan hinggalah ke hari ini.
Pernah saya kongsikan kepada owner-owner produk fizikal strategi viral ini, macam biasalah siapa yang gunakan strategi ini pasti akan dapat reach organik yang melampaui normal.

Baru-baru ini saya ada menonton Filem The Social Network yang pasti anda tahu menceritakan kisah pengasas Facebook, saya ada perasan first Viral Photo yang di post Mark Zukerberg iaitu:

dua gambar gadis.
gadis A atau gadis B

soalan yang ditulis Mark Zukerberg pada status gambar itu,
Which girl is hot ?


Keesokan harinya, post facebook itu telah menjadi viral, terlalu banyak orang komen.
Akibatnya lebih ramai orang mendaftar akaun facebook.

Ya anda juga boleh tiru MZ. Saya dah buat, Tn Muhammad Fadhli dah buat, dan ada juga telah mencuba.

Nak tahu cubalah. Tak kena duit pun.

2- Isi tempat kosong.
Saya masih ingat zaman sekolah rendah, saya dan rakan-rakan kelas memang suka soalan isi tempat kosong teutamanya isi satu perkataan sahaja. Saya pernah lihat
Tn Raja Kamil juga pernah gunakan strategi ini, saya juga selalu gunakan strategi ini.

Contohnya:

Saya sanggup ______________ untuk hilangkan resdung.

siapkan dengan gambar yang menarik.

Anda pasti terkejut ramai akan komen, dan tiba-tiba wall atau fanpage anda akan
jadi lebih aktif dan meriah.

Walaupun post ini diulang-ulang sebulan sekali, namun formula ini masih berikan β€˜kick’ untuk viralkan fanpage anda.

3- Teka-teki.
Saya memang sukakan sesuatu yang mencabar, jangan terkejut
fan saya juga merupakan golongan yang pantang dicabar.

Untuk viralkan sesuatu kempen saya pernah gunakan strategi teka-teki.

Sebagai contoh:

β€œDalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang sentiasa terbuka, tapi tak boleh tutup”

siapa yang boleh jawab sila komen di bawah saya ada jawapan, kemudian PM
admin berikan jawapan.

Surprise ! jika betul jawapannya Admin berikan diskaun 10%.

Hasilnya ? Phew memang menggoncang jiwa.

4- Cadangan hadiah atau FREE gift.
Memang tidak pernah mengecewakan saya. Formula minta fan anda komen cadangan
FREE gift atau hadiah yang bakal mereka terima jika beli produk anda.

Memang selalu akan CASH in RM7 ribu ke RM10 ribu dalam masa 2-3 hari sahaja.

5- Cadangan nama.
Sekiranya anda ada anak kucing atau apa-apa sahaja pet, anda boleh minta fan anda cadangkan nama yang sesuai dengan gambar pet anda tu.

cubalah pasti, enggagement meningkat.

6- Cadangan harga.
Saya pernah meminta fan saya memberikan pendapat produk apa yang mereka suka syarikat kami hasilkan, dan saya tanya sekali cadangan harganya, memang pelbagai komen dan cadangan diberikan. Memang viral.

Dapat juga dua dalam satu, Viral pun dapat, Info pun dapat, paling best, saya dah tahu kalau nak keluarkan produk tersebut, harga apa yang pastinya dibeli fan-fan saya.

7- Teka perkataan.
Saya sukakan fan saya aktif, saya selalu post di wall gambar yang mengandungi
abjad abjad dan bahagian paling best ialah, mereka perlu jadikan perkataan sebanyak mungkin.

Anda hanya perlu tanya

” Apakah perkataan yang boleh anda hasilkan daripada gambar ini ”

Pasti tidak pernah mengecewakan reach anda. Apabila reach anda meningkat, segala post promosi anda di fanpage pasti juga dilihat oleh mereka.

Walla, jualan juga meningkat.

8- 3 perkataan pertama yang anda nampak.
Saya pernah kongsikan gambar perkataan-perkataan yang banyak, dan minta salah seorang rakan. Beliau mahukan fanpage kembali aktif, walaupun hanya mempunyai 50 Like, dan TAT hanya 3 orang, setelah beliau letakkan post ini, segalanya berubah,

Dia menerima 8 komen dan 7 like pada post viral ini.
Anda pasti terfikir
” Memang kah post begini senang da
pat komen. Bukannya boleh dapat sale pun ”

Ini merupakan strategi viral. Di bawah strategi viral ini anda postkan satu posting khas untuk promosi. Pastinya reach post promosi meningkat secara mendadak.

Bak kata Nike, Just Do It. Buat dulu baru tahu.

9- Berikan 2 sebab kenapa.
Saya selalu gunakan post ini untuk tarik komen yang banyak. sebagai contoh
anda boleh gunakan:

” Berikan 2 Sebab Kenapa Jadi Begini. Gadis Bertudung DiPeluk Penyanyi KPOP ”

Ini merupakan contoh sahaja, saya ingin berikan gambaran mengapa post begini pasti menjadi Viral. Anda boleh gunakan kreativiti untuk aktifkan fan-fan anda yang sudah lama tidur.

Cubalah.

10- Susunan yang betul.
Post ini merupakan soalan yang melibatkan gambar. Saya pernah postkan gambar
susunan puzzle dan minta fan susunkan mengikut susunan yang betul.

ringkaskan susunan supaya mereka boleh komen mengikut abjad
seperti

susunan ABC ke ACB ke BAC ke BCA ke CAB ke CBA
mereka akan komen dengan pilihan masing-masing.

11- Berapakah jumlah.
Selalunya ia merupakan gambar, berapa jumlah binatang ke, berapa jumlah segitiga, berapa jumlah segi empat dan sebagainya.

Mereka akan berikan jawapan mereka.
Pasti Viral. Minta mereka share untuk ajak kawan-kawan turut serta komen.

12- Baca nombor yang mempunyai maksud( seperti kod )
Gabungan nombor dan digit ini mampu sebenarnya menghasilkan perkataan
yang boleh dibaca oleh minda anda.

Sebagai contoh:

54Y4 530R4N6 54H4J4 Y6 80L3H 84C4 1N1
K0M3N D184W4H
54Y4 530R4N6 Y6 H384T

gunakan kreativi anda pasti membuahkan hasil.
Ini tips mahal
Selamat mencuba!
😊
Kalau anda rasa tips ini berguna,
Bantulah kawan2 lain dengan sampaikan mesej ini juga kepada mereka
Tips Niaga Instagram
Buat yang baru nak mula niaga melalui instagram, channel ini sangat sesuai
https://telegram.me/TipsNiagaInstagram