📣 HEBAHAN 📣
PENCALONAN SUKARELAWAN SISWA IPT SEMPENA
SESI PEMILIHAN SUKARELAWAN SISWA YSS SIRI 1/2024
Dimaklumkan bahawa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), kini berfungsi di bawah Kementerian Perpaduan Negara akan mengelolakan enam (6) misi sukarelawan siswa YSS di dalam dan luar negara iaitu Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak, Vietnam dan Lao PDT pada tahun ini. Misi ini dijangka memberi faedah besar kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seterusnya dapat melahirkan ikon sukarelawan siswa. Selain itu, misi ini juga dapat memanfaatkan masyarakat serta menyemarakkan semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa dan rakyat Malaysia selaras dengan nilai aspirasi negara. Sehubungan dengan itu, Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEPA) mempelawa mana-mana pelajar yang berkelayakan untuk menyertai program YSS ini. Borang Maklumat Diri YSS boleh dimuat turun daripada capaian imbasan kod QR 👆🏽
Borang yang telah lengkap diisi perlu dilampirkan bersama Resume dan slip keputusan peperiksaan terkini.
TARIKH TUTUP menghantar borang yang telah lengkap diisi adalah pada SEBELUM atau SEHINGGA 24 MAC 2024 (AHAD) jam 5.00 petang. Segala dokumen-dokumen tersebut boleh diemelkan kepada bapphep@utm.my.
Temuduga Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa akan diadakan seperti ketetapan berikut:
ZON SEMENANJUNG MALAYSIA
Tarikh : 30 hingga 31 Mac 2024 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Lobi Utama
Kementerian Perpaduan Negara
Lebuh Perdana Timur A, Presint 1
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai berikut:
En. Zainuddin (017-7321007);
En. Shahnizam (012-3335043).
Sekian, harap maklum. Terima kasih.
#studentaffairs
#myheputm
#YSS

👍7❤1