Ad-Dien Abdul Kadir
25.3K subscribers
920 photos
87 videos
13 files
423 links
Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.

Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.

Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!
Download Telegram
Jika berminat jemput join group WhatsApp Sembang Sirah ni ya. Makluman akan dihebahkan di sana. Nak bincang dan tanya soalan pun di sana. Kita mula hari Rabu insyaAllah.

https://chat.whatsapp.com/J4nK8I5hIkS8aMOe4J4L6m?s=cl&p=a&ilr=4
โค6๐Ÿ•Š2
Jadual penuh sesi Bacaan Kitab Syamail Muhammadiah anjuran Simply Sirah. Jika berminat, jemput sertai group di bawah ya. Boleh share kepada kawanยฒ yang berminat.
๐Ÿ•Š2โค1
Alhamdulillah sambutan agak ramai. Group WhatsApp pun sudah penuh. Jika anda belum sempat masuk, boleh masuk group tambahan ini ya. Lekas sebelum penuh juga.

https://chat.whatsapp.com/JxNVIhY5XHS9DOsF82Hive?s=cl&p=a&ilr=4
โค6๐Ÿ•Š1
โค4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pesta Buku Kuala Lumpur BELUM HABIS!!!

Belum habis bagi kami di Simply Sirah !

Ingat lagi tak siapa yang datang ke booth 660 kami sepanjang #Pbakl2026 lalu, ada cabutan bertuah menang umrah percuma bernilai Ram9990 ditaja sepenuhnya oleh Ziarra Travel.

Jom tengok sesi LIVE cabutan bertuah di Tiktok & Facebook Ziarra Travel.

Hari Ahad ni, 23/08/2026

Kalau kalian orang Kajang, boleh datang Masjid Taman Sutera Kajang terus sempena Program Sutera Merdeka Berselawat sepanjang hari.

Ada orang Kajang yang tahu Masjid ni?

Ayuhhh!
โค2
โค2๐Ÿ˜ฑ2๐Ÿ•Š2
Dah 2026 ni, takkan kita hanya berpada mengenang, berfikir dan ingat tentang Nabi setahun sekali. Takkan setiap tahun itu sahaja yang mampu kita buat sejak zaman sekolah? Selain hubungan dengan Allah, "relationship" dengan Nabi Muhamamd saw juga perlu kita baiki. Kalau tak tahu nak mula bagaimana, jom sertai majlis online kami. Dengar sahaja pun dah cukup baik. Berbaki 9 sesi Syamail Muhammadiyyah sebelum khatam. Percuma.

https://chat.whatsapp.com/JxNVIhY5XHS9DOsF82Hive?s=cl&p=a&ilr=4
โค2
โค3๐Ÿ‘1
Bagi yang mahukan variasi, tambahan maklumat dalam ilmu Sirah serta sedikit vibe turath, silalah tonton semua videoยฒ percuma di Youtube kecil kami ini. Sebahagian rakaman kelas mingguan berbayar, saya buka dan buat playlist khas untuk public. Satu kelas dalam 2-3 jam. Anda juga boleh tonton syarahan Riyadhussolihin, Syarahan kitab al-Tazkirah Imam al-Qurtubi dan Syamail Muhammadiyyah percuma. Sebulan sekali saya open sesi live percuma juga. Jemputlah manfaatkan.

https://youtube.com/@kelasaddien
โค7๐Ÿ‘3๐Ÿ•Š3
โค8๐Ÿ‘3
"Sunnah makan timun & kurma sebab Nabi suka. Minum cuka dan labu pun sunnah."

Betul ke begitu? Atau selama ini kita menjadi mangsa salah faham terjemahan teks agama? Malam ini bacaan Syamail Muhammadiyyah masuk sesi ke 6. Bab buah-buahan yang baginda selalu makan akan dibahaskan. Marilah sertai jika nak kenal Nabi lebih dalam. 12 sesi ni semuanya percuma sampai khatam kitab. Selebihnya terserah keseriusan anda untuk belajar.

https://chat.whatsapp.com/JxNVIhY5XHS9DOsF82Hive?s=cl&p=a&ilr=4
โค7๐Ÿ‘4
Bismillah. Buku terbaru saya. Nantikan ya.
โค32๐Ÿ‘8๐Ÿ•Š4๐Ÿฅฐ1
Berita baik kepada semua pencinta buku, pembaca buku & reviewer buku! Scan qode di bawah. Jika terpilih, anda dapat buku terbaru saya secara percuma!

Jangan lepaskan peluang ini, terutama jika anda ada masalah menguruskan marah! ๐Ÿค“๐Ÿ˜ก๐Ÿ’ข๐Ÿ˜Œ
โค11๐Ÿ‘3๐Ÿ˜ฑ2๐Ÿฅฐ1
| ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‡ ๐๐”๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Š๐€๐ƒ๐€๐‘ ๐‚๐„๐‘๐ˆ๐“๐€ |

Entah berapa kali bila saya nampak seminar hadis, fiqh, al-Quran atau cabang ilmu Islam lain dibuat dalam skala yang besar, saya akan terfikir benda yang sama;

Bila agaknya ilmu Sirah nak ada seminar khas dia sendiri?

Bukan sekadar satu slot ceramah Sirah yang diselitkan dalam program umum, tetapi satu seminar yang memang dari pagi sampai petang orang datang kerana Sirah.

Kita boleh dengar pembentangan tentang tema-tema tertentu dalam kehidupan Nabi SAW, perbahasan sejarah, tokoh, masyarakat Arab, keluarga Nabi, metodologi riwayat dan pelbagai lagi cabang yang selama ini mungkin hanya dibincangkan dalam kelas-kelas kecil atau kalangan yang memang kaki Sirah.

Sebab bagi saya, Sirah ni terlalu luas kalau kita hanya kenal tentang cerita Nabi lahir, berdakwah, berhijrah, berperang kemudian wafat.

Lagi kita baca, lagi kita sedar ada terlalu banyak dunia di belakang setiap peristiwa itu yang boleh dikaji. Ada geografi, nasab, politik, ekonomi, budaya Arab, hubungan kabilah, kehidupan keluarga, para sahabat, wanita di sekeliling Nabi dan macam-macam lagi.

Sebab itu antara impian kami di Simply Sirah sejak beberapa tahun ini memang nak cuba menyediakan ruang sebegini.

Simply Sirah sendiri asalnya kecil sahaja.

Banyak aktiviti kami selama ini berlaku secara online. Kelas Sirah, perbincangan, bacaan dan perkongsian semuanya berlaku dari skrin.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit komuniti yang minat dengan Sirah ni makin berkembang. Ada yang ikut kelas, ada yang membaca tulisan, ada yang datang daripada kalangan asatizah dan pengkaji, dan ramai juga orang awam yang cuma ada satu benda yang sama; mereka memang suka belajar tentang kehidupan Rasulullah SAW.

Lama-lama saya terfikir, takkan selamanya kita nak jumpa di skrin sahaja?

Jadi tahun ini kami cuba bawa komuniti itu keluar dan duduk bersama secara fizikal melalui ๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ซ ๐’๐ข๐ซ๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: โ€œ๐’๐ข๐ซ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š."

Saya sedar mungkin kedengaran agak besar kalau saya kata ini sebahagian usaha kecil untuk memartabatkan ilmu Sirah di peringkat nasional. Tapi memang itu antara cita-citanya.

Saya teringin melihat ilmu Sirah punya lebih banyak seminar, wacana, kajian, perbincangan dan program tersendiri sebagaimana cabang ilmu Islam yang lain. Bukan nak bersaing dengan mana-mana bidang pun. Cuma saya rasa ilmu Sirah memang layak diberikan ruang yang lebih besar daripada apa yang ada hari ini.

Untuk seminar kali pertama ini, kami cuba bawakan beberapa tema dan perbahasan yang berbeza supaya orang dapat melihat Sirah daripada pelbagai sudut, bukan mendengar cerita yang sama berulang-ulang. Kami juga cuba menghimpunkan panel-panel yang memang mempunyai minat, bacaan dan keterlibatan dengan ilmu Sirah.

Untuk kali pertama ini juga kami jemput Ustaz Khubaib Akhi dan Ustaz Dzulkhairi Khairi untuk bersama-sama memeriahkan seminar. Panel utama Ustaz Muhammad Luqman Makhtar pula akan bentangkan topik paling berat dan mengundang tanda tanya.

Saya sendiri teruja nak dengar apa yang akan dibawa dan dibincangkan nanti. InsyaAllah kalau program ini dapat diteruskan tahun hadapan, kita jemput pula panel-panel lain. Sebenarnya dah ada ramai nama yang masuk dalam radar kami. ๐Ÿ˜„

Perbahasan Sirah Nabi SAW ni terlalu luas. Setahun sekali pun rasanya masih tak cukup nak bawa semua tema yang kita teringin nak bincangkan.

Saya juga harap seminar ni nanti jadi ruang untuk orang-orang yang memang minat ilmu Sirah berjumpa sesama kita. Selama ni mungkin kita kenal nama di Facebook, jumpa dalam kelas online atau sesekali berbalas komen tentang satu riwayat. Kali ni boleh jumpa depan-depan. Asatizah, pengkaji, pelajar atau orang awam yang baru nak mula belajar pun semua dialu-alukan.

Tak perlu tunggu jadi โ€œorang Sirahโ€ dulu baru nak datang. Datang sebab nak belajar pun dah cukup.

InsyaAllah setiap peserta juga akan menerima ๐˜€๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น ๐—ธ๐—ต๐—ฎ๐˜€ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—น๐˜† ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต.

Kalau selama ini kalian mengikuti Simply Sirah secara online, pernah masuk kelas kami, membaca tulisan-tulisan Sirah atau memang jenis manusia yang bila nampak tajuk pasal Nabi SAW terus berhenti scroll sekejap, kali ni datanglah jumpa kami secara fizikal.

Pendaftaran dah dibuka dan sekarang masih ada harga ๐—˜๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐˜† ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐—ฑ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ sebelum kembali kepada harga biasa RM120. Kalau memang dah bercadang nak datang, rebut harga awal ni sementara masih dibuka.

Boleh tengok maklumat penuh seminar dan terus daftar di website:

https://simplysirah.web.app/

Bawa sekali kawan peminat Sirah tu. Kita jumpa nanti, insyaAllah.

31 Oktober 2026. Seminar Sirah 2026 โ€” Sirah Bukan Sekadar Cerita.

Share dan tag kawan-kawan anda semua!
โค3
โค4
BERITA BAIK WORTH RM130 untuk kalian! Semoga bertuah!