Ad-Dien Abdul Kadir
25.2K subscribers
920 photos
87 videos
13 files
423 links
Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.

Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.

Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!
Download Telegram
Pernah dengar kemiskinan haid?

Kemiskinan haid (period poverty) ialah situasi seorang wanita tidak mendapat akses atau kemudahan untuk mendapatkan kelengkapan berkaitan haid sama ada produk haid, pendidikan haid, pengurusan haid, privasi atau akses air bersih KERANA kemiskinan atau beban kewangan.

Kemiskinan haid ini masalah global satu dunia, bukan di Malaysia sahaja. Bila sebut tentang haid, apa yang orang biasanya tahu, terutama lelaki? Ohh, orang perempuan datang bulan, tak boleh solat, tak boleh puasa, tak boleh bersetubuh, tengah kotor.

Betul, tapi hanya satu sudut.

Satu sudut iaitu berkaitan hukum agama. Sekarang kita lihat sudut yang lain dan lebih luas lagi. Apa jadi kalau wanita itu sangat miskin atau gelandangan? Bila haid datang, mereka tak mampu nak beli tuala wanita (pad). Bila dah tak mampu so macam mana kalau haid datang???
👍3🤔1
Mereka akan cuci & ulang pakai pad yang dah berdarah. Ada yang guna kain buruk, stokin, tisu, plastik, kertas, surat khabar dan sebagainya. Kalau kat negara Afrika, ada wanita yang guna najis kering haiwan untuk jadikan takungan darah haid. Punyalah susah!

500 juta wanita seluruh dunia hadap benda ni. Kalau dah pakai semua ni apa kesannya? Banyak...banyak sangat impaknya.
😢1
1. Masalah kesihatan.

Jangkitan kuman pada alat kelamin wanita. Kita semua tahun haid ni darah kotor. Bila tak dibersihkan elok-elok, wanita akan diserang pelbagai penyakit. Saluran kencing, organ peranakan, tahap kesuburan semua itu boleh terjejas.

2. Masalah psikologi.

Apa akan jadi kalau wanita yang masih sekolah, belajar atau bekerja tak mampu beli tuala wanita? Dilaporkan 1730 remaja perempuan miskin haid hingga mereka tak datang ke sekolah kerana malu, tertekan kerana tak boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.
👍2
3. Masalah produktiviti.

Bila terlalu miskin, tak mampu beli tuala wanita, tak datang sekolah atau kerja sebab segan, automatik pelajaran akan merosot. Produktiviti harian terganggu. Kalau haid 2 kali sebulan, berbelas hari? Mungkin kena buang sekolah atau berhenti kerja.

4. Masalah sosial & kekeluargaan

Korang tahu tak ada antara wanita miskin haid ni sanggup mengandung dan beranak berterusan sebab kalau mengandung, tak datang haid 9 bulan. Sanggup mengandung sebab tak mampu beli tuala wanita. Bayangkan impaknya, anak tu lahir macam mana pula?
👍1
Nampak macam remeh dan tak logik kan kalau kita tak tahu mendalam kesan kemiskinan haid ni. "Alah, haid dan tuala wanita je, berapa sen sangat."

That's the point. Bagi kita tuala wanita tu mampu dibeli. Bagi mangsa miskin haid, tuala wanita tu barang mewah..

Bagi orang miskin & gelandangan, duit tu paling penting guna untuk makan & terus hidup. Apa lagi jika ada anak, banyak perut perlu diberi makan. Katakan satu pek tuala wanita RM15, ada 20 pads. Cukup pakai dan tukar seminggu je. Sebulan atleast RM60 untuk pads. Privilege.
👍3
Kemiskinan haid antara misi yang kami perjuangkan di ImpactiveMY terutama di kawasan pedalaman Sabah. Bila kita fikir mendalam, kita akan mula faham kenapa orang miskin kebanyakannya ramai anak. Orang miskin dikutuk "suka buat anak" padahal mereka tak ada pilihan dan kemampuan.

InsyaAllah saya & team ImpactiveMY akan ke Semporna, Sabah bantu mana yang termampu. Ramai wanita miskin selama ini menderita. Menstrual hygiene is a human right! Sebar-sebarkan biar lebih ramai orang tahu dan peduli. Terima kasih sudi baca sampai habis!
👍4
Sebar-sebarkan poster ni di social media korang ya. Klik link jika ingin menyumbang online.

http://impactivemy.onpay.my/order/form/addien
👍3
Saya ada buat video untuk ringkaskan cerita. Korang save & share lah video ni biar lebih ramai orang celik isu ni. Bila kita dah tahu, tugas di bahu kita untuk spread awareness okay!
Kalau Allah mampu ciptakan kau dari setitis air, mustahil ujian yang kau hadapi Dia tak mampu beri jalan keluar. Minta pertolonganNya dengan solat dan sabar sebab Dia tidak pernah minta bayaran apa pun darimu. Bahkan Dia lah yang memberikanmu rezeki siang dan malam. Yakinlah!
❤24👍7
Nak tanya, saya dah 7 tahun tak guna FB. Okay ke kalau back to FB pada tahun 2022 ni?
Anonymous Poll
61%
Yes, FB still okay & ramai user
39%
No, fb boring & tak best dah
👍3
Terima kasih semua yang vote. Sorry saya busy sikit seminggu ni sebab nak bertolak dah ke Semporna, Sabah minggu depan so banyak benda kena selesaikan. Mohon korang doakan urusan saya ya.'
❤1
Salam semua, happy weekend! Saya dah buka semula facebook lama. Page la tapinya bukan personal acc. Tapi itulah saya dah lama sangat tak guna fb so tak pandai nak guna hahaha. Take time a bit. Kalau korang nak follow, ini linknya:

https://www.facebook.com/addien.abdulkadir
👍2
Ini update terkini sumbangan korang semua untuk misi Semporna, Sabah. Terima kasih banyak semua orang. Lusa saya akan bertolak ke Sabah. Saya akan update kerap di story IG, insyaAllah.

https://www.instagram.com/addien90/