Ad-Dien Abdul Kadir
25.2K subscribers
920 photos
87 videos
13 files
423 links
Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.

Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.

Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!
Download Telegram
IMG_1873.PNG
15.8 MB
❀214😍25πŸ₯°13🀩7πŸ‘6πŸ”₯6🀑4🀯3πŸ•Š3😎3
Tag la saya kat IG story kalau korang pakai wallpaper gambar ni kat phone korang hahaha. Take care everyone! πŸ€—
❀64πŸ‘Œ16πŸ‘13πŸ•Š3πŸ”₯1πŸ‘1
Bila terdetik nak buat baik, jangan tangguh. Kata Sufyan al-Thauri:

‎Ψ₯Ψ°Ψ§ Ω‡Ω…Ω…Ψͺ Ψ¨Ψ΅Ψ―Ω‚Ψ© أو Ψ¨Ψ¨Ψ± أو Ψ¨ΨΉΩ…Ω„ Ψ΅Ψ§Ω„Ψ­ فعجل Ω…ΨΆΩŠΩ‡ Ω…Ω† Ψ³Ψ§ΨΉΨͺΩ‡ Ω…Ω† Ω‚Ψ¨Ω„ Ψ£Ω† ΩŠΨ­ΩˆΩ„ Ψ¨ΩŠΩ†Ωƒ ΩˆΨ¨ΩŠΩ†Ω‡ Ψ§Ω„Ψ΄ΩŠΨ·Ψ§Ω†
‎Jika kau tekad nak sedekah, buat baik atau amal soleh, buatlah terus sebelum syaitan menghalangmu.[Hilyatul Auliya' 7/62]

Yang terbaik ialah kita terus buat sebaik sahaja lintasan hati itu datang sebab sebenarnya itu semua adalah cara Allah perlahan-lahan memberikan cahaya petunjuk kepada kita.
❀397πŸ‘46πŸ₯°15❀‍πŸ”₯8πŸ•Š5πŸ‘3😒3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Doakan saya teman-teman! A new journey begin. Departure to the front lines!
❀139πŸ‘64🫑27πŸŽ‰10πŸ‘7πŸ₯°5🀝2πŸ•Š1
Bismillah, saya memulakan kembara ke Arab Saudi pada hari ini 2/10/2023 jam 1 pm (waktu Malaysia). Alhamdulillah dah selamat tiba di Jeddah selepas 8 jam flight. Saya akan mulakan pengembaraan ini dengan umrah terlebih dahulu kemudian terus dengan kajian sirah di sana. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Doakan perjalanan dan pengembaraan saya dipermudahkan Allah dan baik-baik saja. Saya akan lebih kerap share update di story IG sebab lebih mudah. Follow Ig Addien90 untuk update lebih ya! Doakan saya!
πŸ‘107❀64πŸ‘13🀩4πŸ•Š4
Btw beza masa sini 5 jam lambat dari Malaysia tau. Kat sini baru pukul 7.30 pm gitu 😁
πŸ‘46❀18🀯5πŸ•Š5
Selesai Umrah. Saya mula tawaf jam 3.30 a.am kemudian solat subuh berimamkan syaikh Sudais. Selepas itu sambung tawaf dan saie. Tahallul delay sikit tengah fikir nak botak ke tak hmm πŸ™‚
πŸ‘127❀85πŸŽ‰3πŸ•Š3😁2πŸ†’2πŸ‘1
Dah masuk seminggu saya di Mekah. Saya banyak share update terkini di story IG. Korang search IG saya /addien90, saya letak highlight kot-kot korang terlepas story sebelum ni. Doakan saya tau!
❀136πŸ‘43πŸ•Š5πŸ₯°3
Masjid inilah Nabi Muhammad ο·Ί memberikan khutbah terakhir (khutbatul wada’) di hadapan lebih 100,000 sahabat Nabi. Kalau umrah jarang jemaah dibawa ke sini padahal di sini pernah ada sirah rare, musuh Nabi dipancung kepalanya.

‎πŸ“Masjid Namirah, Arafah, Makkah πŸ‡ΈπŸ‡¦
❀177πŸ‘49😍6πŸ”₯5πŸ₯°5🀯2
Menurut Imam ibn Abdil Barr, semakin banyak seseorang bercita-cita dan mengejar nikmat dunia, semakin susah untuk dia faham ilmu agama, semakin jahil dan semakin jauh dari beramal soleh. Tahap agama seseorang bergantung kepada tahap dia mengejar dunia. [al-Tahmid 3/202]

Semakin seseorang itu faham agama, semakin kurang pula angan-angan dan keinginannya terhadap dunia. Ini bertepatan dengan apa yang telah ditunjukkan dalam kehidupan pemuka-pemuka Islam terdahulu seperti Nabi sendiri, para sahabat dan semua yang mengikuti jalan mereka.
πŸ‘136❀94πŸ”₯5πŸ₯°4
Menurut Imam Yusuf bin Asbat, sesiapa memiliki 10 sifat ini maka dia itu betul-betul manusia yang sangat baik.

1. Sedikit pertikaian dengan orang lain.

2. Adil dalam menilai sesuatu.

3. Tidak suka mencari-cari kesalahan orang lain.

4. Berusaha untuk membaiki keburukan yang kelihatan.

5. Mencari uzur bagi kesalahan orang lain (baik sangka)

6. Sabar ketika diganggu.

7. Selalu muhasabah dengan mencela diri sendiri (musibah akibat dosa sendiri)

8. Selalu fokus dan sibuk mengurus aib diri sendiri tanpa masuk campur aib orang lain.

9. Selalu berwajah ceria.

10. Tutur kata yang lembut.

[al-Tanwir Syarh al-Jami’ as-Saghir 5/535]
❀230πŸ‘40😒10πŸ”₯4πŸ₯°3
Bila kali terakhir anda membaca al-Quran?

Ketika kita sudah mati, yang menjadi teman menemani adalah pahala al-Quran yang kita baca dan amalkan. Bukan suami, isteri, ibu, bapa, anak-anak, harta benda atau apa pun. Al-Quran itulah sebenar-benar teman hingga ke alam Baqa.
❀295😒58πŸ‘16
Apa yang keluar dari mulut seseorang sangat menggambarkan tahap imannya. Nabi kata:

‎Ω„ΩŠΨ³ Ψ§Ω„Ω…Ψ€Ω…Ω† Ψ¨Ψ§Ω„Ψ·ΨΉΨ§Ω† ΩˆΩ„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„ΨΉΨ§Ω† ΩˆΩ„Ψ§ الفاحش ΩˆΩ„Ψ§ Ψ§Ω„Ψ¨Ψ°ΩŠΨ‘
‎β€œBukanlah seorang Mukmin, orang yang suka membuka aib, melaknat, cakap lucah dan bercakap hal-hal menyakitkan hati orang.” [Riwayat al-Tirmizi]
❀241πŸ‘33😒21πŸ˜‡5🀯1
Menurut Imam As-Syafie, orang yang menuntut ilmu itu wajib menempuh susah payah di zaman belajar barulah ilmu itu betul-betul melekat. Hidup serba susah, musafir jauh, kurang tidur, sabar dengan banyaknya kelas dan bacaan semua itu akan memberi kesan kepada keilmuan seseorang.

Bahkan Imam As-Syafie dengan tegas mengatakan tidak akan beruntung seseorang yang menuntut ilmu dalam keadaan serba senang. Maksudnya dia tak serius dalam menuntut ilmu kerana tidak ada pengorbanan berat yang dia perlu bayar untuk mendapatkan ilmu tersebut. [Tahzib al-Asma’ 1/75]
❀239😭53πŸ‘26πŸ’―9
Menurut Imam Qatadah, azab kubur biasanya disebabkan 3 bahagian dosa. Pertama disebabkan ghibah (mengumpat). Kedua, kerana najis kencing yang diremehkan. Ketiga, kerana namimah (suka mengadu domba/batu api). Azab kubur menanti sesiapa yang selalu dengan 3 dosa ini.
❀126😒70πŸ‘31😐8
Menurut Imam Fudhail bin Iyadh, sesiapa yang ada 5 sifat ini dia akan selalu hidup dalam kesengsaraan dan keserabutan:

1. Keras hati
2. Mata tidak menangisi dosa
3. Sedikit sifat malu
4. Cintakan dunia
5. Panjang angan-angan

[Madarij as-Salikin 2/271]
πŸ‘94😒50❀47😭4
Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, tanda seseorang itu busuk hati/hati jahat ialah dengan jahatnya kata-kata yang keluar dari mulut serta banyaknya kejahatan dilakukan anggota badan kerana keadaan hati seseorang akan menzahirkan perbuatan luarannya. [Zad al-Ma’ad 1/67]
❀113πŸ‘34
Takde ya istilah mulut je jahat tapi hati baik. Itu semua membongak. Kalau hati baik dia susah nak cakap benda tak baik πŸ˜€
❀156πŸ‘51πŸ’―29πŸ”₯4πŸ₯°3