Ad-Dien Abdul Kadir
25.3K subscribers
920 photos
87 videos
13 files
423 links
Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.

Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.

Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kisah Nabi Muhammad menangis ketika kematian atuk tercinta
https://www.instagram.com/reel/C9z5Lb5SLCb/?igsh=MTJram92dXJxZXNi
๐Ÿ˜ข18โค13๐Ÿ˜ญ5๐Ÿ‘3
Cubaan pertama, sebarang komentar dan idea dipersilakan ๐Ÿซก
https://www.instagram.com/reel/C94lyMaygTs/?igsh=MWV0c2RrMWtmbDc3eA==
๐Ÿ‘14
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
‏ู‚ุจู„ ุฃู† ุชุญูƒู… ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุงุณุŒ ุชุฃูƒุฏ ู…ู† ุฃู†ูƒ ู‚ุฏ ุจู„ุบุช ุงู„ูƒู…ุงู„

Sebelum kamu menghukum manusia, pastikan kamu telah mencapai kesempurnaan.
โค77๐Ÿ‘9
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Setiap insan perlu terima hakikat yang mana sebahagian orang tidak sesuai dalam hidupnya walaupun dia sangat menginginkan mereka.

‏ูŠุฌุจ ุฃู† ูŠุชู‚ุจู„ ุงู„ุฅู†ุณุงู† ุญู‚ูŠู‚ุฉ ุฃู† ุจุนุถ ุงู„ุฃุดุฎุงุต ู„ุง ูŠู„ุงุฆู…ูˆู† ุญูŠุงุชู‡ ู…ู‡ู…ุง ูƒุงู† ูŠุฑูŠุฏู‡ู…
โค128๐Ÿ˜ข35๐Ÿ‘14๐Ÿ’”4๐Ÿ˜ญ4๐Ÿค—3โคโ€๐Ÿ”ฅ1
Sosial media betul-betul buat kita berani bercakap tentang orang lain dengan yakin padahal kita langsung tak tahu apa yang telah dia lalui, beban yang dia tanggung, atau hidup yang telah dia jalani. Kenal pun tak.

Mindful speech is a rare and priceless virtue in today's world.
โค143๐Ÿ‘34๐Ÿ•Š10๐Ÿ˜ข8
Ada dakwaan mengatakan isteri Nabi, Khadijah berasal dari alam Melayu. Dikatakan ada dalam catatan klasik (yang tidak disebutkan kitab apa secara jelas).

Selain dakwaan nasab Khadijah datang dari alam Melayu juga sangat berat kesalahannya, begitu juga dengan dakwaan ulama Arab tidak menulis tentang nasab Khadijah secara detail juga satu dakwaan yang berat dan salah total. Ulama Arab bahkan suku Quraish adalah golongan yang paling ketat merekodkan dan menjaga nasab mereka.

Dalam kelas sirah siri ke 17 beberapa bulan lalu, kami telah membahaskan dengan terperinci tentang nasab keturunan Khadijah binti Khuwailid. Rumusannya, beliau memang Arab Quraish tulen, baik dari nasab ayah mahupun juga ibunya.

Ibu Khadijah yang bernama Fatimah binti Zaidah, keturunannya bersambung dengan moyang Nabi yang bernama Luay bin Ghalib bin Fihr. Fatimah dari keturunan Amir bin Luay, sedangkan Nabi dari keturunan Kaโ€™ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr.

Pihak yang mendakwa telah mengkaji genealogy (ilmu nasab) perlu mendatangkan bukti dan rujukan yang tepat apabila bercakap tentang nasab Arab. Dalam kajian sirah, kitab-kitab ansab seperti Jambarah al-Nasab karya Imam al-Kalbi (w. 204H), Nasb Quraish karya Imam Musโ€™ab al-Zubairi (w. 236H), Ansab al-Ashraf karya Imam Al-Balazuri (w.279H) etc antara rujukan primer dalam mengkaji genealogy Arab.

Mereka inilah imam yang menjadi rujukan utama ahli sirah zaman berzaman dalam bab menyemak nasab keturunan Arab. Jangan sekadar claim ada dalam catatan klasik tanpa menyebutkan dengan jelas dan penuh bertanggungjawab apa sumber rujukan kita.

Bertakwalah kepada Allah dan amanahlah dengan ilmu.

Addien Abdul Kadir,
Pengkaji & Pencinta Ilmu Sirah.
#simplysirah #sekolahsirah #syoksirah #ahlisirahwaljamaah #sembangsirah #tadabbursirah
๐Ÿ‘44โค20
Malam ni kelas Akhlak siri ke 29. Kita akan belajar tentang kenapa orang yang makin baik dan dekat dengan Allah, makin tinggi ujiannya.

Saya nak bagi free access kelas Akhlak malam ini jam 9.30 malam. Siapa nak join?

Kelas mula jam 9.30 malam hingga 12 malam. Siapa yang berminat untuk dengar live boleh klik link dibawah.

Sesi malam ini saya bagi akses percuma kepada yang tak pernah tengok perbahasan kelas kami. Jika nanti rasa berminat, boleh tekan link di profile IG atau di pin tweet. Barakallahufikum.

meet.google.com/zrg-bzrm-rmj
๐Ÿ‘14โค10
โค63๐Ÿ‘6
Nota ringkas kelas malam ini. Terima kasih semua yang join free access malam ini. Kredit to teacher Farha Wahidah. Semoga bermanfaat!
โค22
โค95๐Ÿฅฐ8๐Ÿ‘5
Selamat datang ke satu lagi tempat menarik dan rare yang jarang diketahui ramai di Madinah al-Munawarah... Empangan Al-Bint, atau dalam bahasa Arab disebut Sadd Al-Bint (ุณุฏ ุงู„ุจู†ุช).

Terletak di Wadi Al-Ghars, berhampiran Kampung Al-Thamad, empangan ini membawa kita kembali ke zaman purba, dipercayai dibina sekitar 3000 tahun lalu, ketika era Kerajaan Saba. Dengan struktur yang megah, empangan ini menyerupai Empangan Maโ€™rib di Yaman, dibina dengan batu-batu kukuh yang mengagumkan. Sebahagian sejarawan mengatakan ia telah wujud sejak tamadun Amaliq lagi.

Ia menjulang setinggi 50 meter dengan panjang yang melebihi 250 meter, dan lebar sekitar 10 meter, menjadikannya salah satu mercu sejarah yang luar biasa di Madinah.

Walaupun jazirah Arab tak ada sungai kekal, tapi suatu masa dahulu mereka telah ada ilmu kejuruteraan hebat sampai boleh bina empangan sebesar ini.

Bayangkan... jika hari ini empangan ini masih menakung air, betapa subur dan hijaunya tempat ini. Pohon-pohon rimbun, bunga-bunga mekar, air yang mengalir deras membawa kehidupan kepada seluruh lembah. Tanah yang subur dipenuhi ladang-ladang yang menghijau, menjadi nadi kehidupan masyarakat yang makmur dan aman di bawah naungan alam yang begitu kaya. Sejarah silam seakan-akan hidup kembali di hadapan kita.

๐Ÿ“Empangan Al-Bint, Khaybar, ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ

Tonton video Empangan kuno ini di Instagram saya:

https://www.instagram.com/reel/DAQe36cS60W/?igsh=dXE3cmk1cWZva3dj
โค18๐Ÿ‘9
Malam ini kelas Sirah kami masuk minggu ke 35, bulan ke 9. Kami akan belajar tentang sahabat Nabi yang awal masuk Islam dalam kalangan hamba dan seksaan yang mereka terima.

Sempena hari kelahiran, saya nak beri free access kelas malam ini jam 9.30 p.m. Siapa nak join?

Bagi yang berminat, boleh masuk kelas jam 9.30 malam hingga 12 malam. Sediakan pen dan kertas untuk mencatat ilmu ya. Ajaklah kawan-kawan atau family join sekali. Semoga bermanfaat hendaknya.

To join the video meeting, click this link: meet.google.com/okg-cpbz-ahm
โค32๐ŸŽ‰5๐Ÿ‘4๐Ÿ‘2
| Al-Arqam Yang Sejati |

Sebahagian orang bila dengar nama Al-Arqam dia akan sangkakan itu adalah nama gerakan, organisasi atau nama rumah.

Sebenarnya Al-Arqam adalah nama sahabat Nabi Muhammad ๏ทบ yang mulia. Al-Arqam bin Abi al-Arqam. Bahkan beliau adalah as-Sabiqun al-Awwalun, golongan terawal yang terima Islam yang baginda bawa.

Bila bercakap tentang As-Sabiqun al-Awwalun, paling tidak ada hampir 50 orang sahabat Nabi tergolong menurut Imam Ibn Ishaq dan Ibn Hisham.

Al-Arqam termasuk 10 orang terawal masuk Islam. Jadi beliau terawal daripada yang terawal. Bukan biasa-biasa.

Disebabkan beliau menawarkan rumahnya sebagai markaz dakwah pertama umat Islam, orang menyebutnya sebagai Darul Arqam sehingga hari ini, ramai yang tersalah faham Arqam adalah nama rumah. Sebenarnya itu nama tuan rumah.

Yang ramai mungkin tak sedar, beliau masuk Islam ketika usia sekitar 15-16 tahun. Sangat muda. Dan lebih menarik, Arqam ni dari keturunan Bani Makhzum, suku yang sama dengan Amru bin Hisham a.k.a Abu Jahal.

Bila beliau tawarkan rumahnya, ia bukan sekadar orang biasa bagi rumah untuk buat kerja dakwah. Kita kena lihat sebagai orang dari Bani Makhzum yang kuat permusuhan dengan Nabi ketika itu, yang masih โ€œbudakโ€ dan โ€œpendiamโ€, bagi perlindungan kepada Nabi dan para sahabat yang masuk Islam ketika itu.

Arqam boleh dikatakan orang terawal dari Bani Makhzum yang masuk Islam.

Konteks yang saya nak ketengahkan ialah, apa yang Arqam bin Abi al-Arqam buat ni โ€œgenius movement.โ€ Sampai tahap Abu Jahal pun tak terfikir dan tak syak apa-apa kepada Arqam padahal tindakan beliau ini kalau โ€œkantoiโ€, besar kesan yang mungkin beliau akan hadapi.

Sebab itu Az-Zahabi mengatakan beliau antara orang bijak dalam kalangan Quraish.

Muda, bijak strategi, dan pandai menjaga rahsia besar. Tak perlu namanya diangkat sampai tahap bila kita sebut nama sahabat, jarang sekali nama dan jasa Arqam ini dikenang. Beliau benar-benar mengajar kita tentang makna menjadi orang penting disebalik tabir.

Dan hari ini, nama Arqam telah ditunggang dan dicemari ke tahap apabila kita sebut sahaja perkataan Arqam, orang terus ingat itu organisasi atau gerakan sesat dan tak baik. Sungguh disayangkan mereka mencemarkan nama sahabat Nabi yang mulia ini.

Semoga Allah merahmati sahabat Nabi yang paling besar jasanya diawal dakwah Nabi Muhammad ๏ทบ, Arqam bin Abi Al-Arqam. Radhiallahu โ€˜anhu.

Pengkaji Sirah,
Ad-Dien Abdul Kadir
@addien90
๐Ÿ‘91โค64๐Ÿ˜ข9๐Ÿฅฐ1
๐Ÿค“25๐Ÿฅฐ22๐Ÿ˜14๐Ÿ˜ญ13๐Ÿ˜Ž6โค4๐Ÿ‘2๐Ÿ˜ฑ2๐Ÿ‘1๐Ÿค—1
Kuiz Sirah #3

Siapakah nama atuk Nabi?
Anonymous Quiz
7%
Abu Talib
12%
Abu Muttalib
1%
Al-Muttalib
80%
Abdul Muttalib
โค27๐Ÿ˜Ž18๐Ÿ•Š7๐Ÿค—2๐Ÿ‘1