Ad-Dien Abdul Kadir
25.3K subscribers
920 photos
87 videos
13 files
423 links
Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.

Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.

Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kebetulan terrrbahas bab badal pada juzuk 26 ni. Mungkin ada temanยฒ yang masih belum tahu dan silap baca. Moga membantulah ya. ๐Ÿ˜Š
๐Ÿ‘13โค9๐Ÿฅฐ1
โค19๐Ÿ‘2๐Ÿฅฐ2
Malam ni kelas terakhir ilmu Eskatologi Islam sempena Ramadan. Bab terakhir malam ni akan dibahaskan tentang ujian terakhir sebelum mati iaitu datangnya syaitan ketika sedang sakaratul maut. Saya nak sedekah free access kelas malam ni jam 10.15 p.m, siapa nak join? Nanti saya kasi link.
โค20๐Ÿคฉ6๐Ÿ‘3๐Ÿฅฐ1
Kelas bermula jam 10.15 malam ya. Ini kelas terakhir Fiqh al-Tahawwulat sempena bulan Ramadan tahun ini. Boleh ajak kawanยฒ, ahli keluarga etc. jika berminat mendaftar kemudian, boleh rujuk pin tweet saya. Atau profile IG saya.

Link kelas;
meet.google.com/ifd-fyef-sif
๐Ÿ‘9โค4๐Ÿฅฐ1๐Ÿ‘Œ1
Malam ni kelas Sirah kami masuk siri ke 60. Masih lagi bab Islamnya Umar al-Khattab. Saya akan bahaskan lebih dalam tentang hubungan Umar dengan senior leader Quraish. Saya nak beri free access sempena kelas last Ramadan ni. Jam 10.15 malam. Guna link ni ya;

https://meet.google.com/pca-euqf-cih
โค7๐Ÿฅฐ3๐Ÿคฉ1
Ramadan tiba ke penghujungnya. Sebulan yang penuh dengan rahmat, keampunan, kekuatan dan perlindungan telah perlahan pergi meninggalkan kita semua.

Bagi orang mukmin yang benar-benar berusaha melakukan yang terbaik, perpisahan ini akan mengundang 1001 rasa sayu dan hiba.

Demikianlah yang dirasakan pendahulu kita, generasi Salafussoleh apabila Ramadan akan berakhir. Sebahagian mereka apabila ditanya, "Syawal telah tiba kenapa bersedih dan tidak gembira?"

Jawab mereka sederhana,

ุตุฏู‚ุชู…ุŒ ูˆู„ูƒู†ู‘ูŠ ุนุจุฏ ุฃู…ุฑู†ูŠ ู…ูˆู„ุงูŠ ุฃู† ุฃุนู…ู„ ู„ู‡ ุนู…ู„ุงุŒ ูู„ุง ุฃุฏุฑูŠ ุฃูŠู‚ุจู„ู‡ ู…ู†ู‘ูŠ ุฃู… ู„ุงุŸ
"Benar, tetapi aku ini adalah hamba yang diperintahkan oleh Tuanku untuk melaksanakan satu tugas (beramal di bulan Ramadan). Maka aku tidak tahu, adakah Dia akan menerimanya daripadaku ataupun tidak?

โ€˜Ali ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ menyeru pada malam terakhir Ramadan:

ูŠุง ู„ูŠุช ุดุนุฑูŠ! ู…ู† ู‡ุฐุง ุงู„ู…ู‚ุจูˆู„ ูู†ู‡ู†ู‘ูŠู‡ุŸ ูˆู…ู† ู‡ุฐุง ุงู„ู…ุญุฑูˆู… ูู†ุนุฒู‘ูŠู‡ุŸ.
"Alangkah indahnya jika aku tahu, siapakah yang diterima amalannya lalu kami ucapkan tahniah kepadanya. Dan siapakah yang amalannyabditolak, lalu kami ucapkan takziah kepadanya?"

Umar bin Abdul Aziz ketika jadi Khalifah, baginda perintahkan menutup bulan Ramadan dengan zakat fitrah dan istighfar kerana zakat fitrah berfungsi sebagai pembersih terhadap maksiat dan perkataan lagha ketika puasa. Istighfar pula sebagai penampal bagi kerosakan puasa kerana perkara-perkara kotor sepanjang Ramadan.

Yang paling dibimbangi adalah Ramadan yang penuh berkah ini, kita keluar dalam keadaan dosa tak diampuni bahkan malah bertambah!

Qatadah berkata;

ู…ู† ู„ู… ูŠุบูุฑ ู„ู‡ ููŠ ุฑู…ุถุงู† ูู„ู† ูŠุบูุฑ ู„ู‡ ููŠู…ุง ุณูˆุงู‡
"Sesiapa yang tidak diampuni dalam bulan Ramadan, maka dia tidak akan diampuni pada bulan-bulan selainnya."

"Jika seseorang tidak diampuni dalam bulan Ramadan, maka bulan bilakah lagi dia akan diampuni?
Siapakah yang dapat diharapkan pengampunan, jika tidak diampuni dalam bulan ini?"

Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata;

ูƒูŠู ู„ุง ุชุฌุฑู‰ ู„ู„ู…ุคู…ู† ุนู„ู‰ ูุฑุงู‚ู‡ ุฏู…ูˆุน ูˆู‡ูˆ ู„ุง ูŠุฏุฑูŠ ู‡ู„ ุจู‚ูŠ ู„ู‡ ููŠ ุนู…ุฑู‡ ุฅู„ูŠู‡ ุฑุฌูˆุน
"Bagaimana mungkin air mata seorang mukmin tidak mengalir saat berpisah dengannya (Ramadan),
sedangkan dia sendiri tidak tahu, adakah umurnya masih tersisa untuk kembali menemuinya?"

Semoga Allah menerima amalan kita semua.
__

Addien Abdul Kadir
29 Ramadan 1446H
30/03/2025
โค25๐Ÿ˜ญ13๐Ÿ•Š2๐Ÿ‘1
"Buaya merupakan nama yang digunakan bersama-sama merujuk kepada haiwan yang dikenali itu dan juga lelaki yang selalu menipu."

Rupa-rupanya para ulama sudah lama menggelar lelaki yang kaki penipu itu sebagai "buaya". Buaya termasuk dalam alfaz mushtarak! Mungkin dari sinilah datangnya pepatah melayu, lelaki buaya darat. Jadi apabila anda cakap tentang buaya, pastikan konteksnya merujuk kepada apa.

Contohnya perkataan Bunga dalam bahasa Melayu. Bila orang cakap;

"Awak ni bila nak memetik bunga di taman?"

Ia boleh difahami dengan pelbagai maksud. Jangan tanya saya apa maksudnya. Saya tak suka bunga dan saya tiada taman! ๐Ÿ˜ค๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Membaca ibarot dan kitab para ulama sentiasa memberi faedah dan ilmu yang baru. Banyakkan luang masa belajar dan membaca, kurangkan masa berfoya dan mengata.

๐Ÿ“ Addien Abdul Kadir
๐Ÿ“… 5 Syawal 2025


#FaedahTurath
๐Ÿคฃ24๐Ÿ‘21โค8๐Ÿ˜3๐Ÿ˜1
7 Syawal,

"Lebih daripada satu juta kanak-kanak di Semenanjung Gaza ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ telah dihalang bantuan yang menyelamatkan nyawa selama lebih sebulan."
-UNICEF
#IsraelTerrorist #FreePalestine
๐Ÿ˜ญ21๐Ÿ˜ข8
Wartawan Palestin, Ahmad Mansour dibakar hidup-hidup selepas serangan udara Zionis menyasarkan khemah mereka berhampiran Hospital Nasser, Khan Yunis, Selatan Gaza. Seorang terbunuh, beberapa yang lain cedera. Tak tergamak nak share videonya, ngeri. Masih hidup tapi kritikal.

t.me/addien90
๐Ÿ˜ญ36๐Ÿ˜ข7โค3
Maaf tibaยฒ saya banyak update channel telegram saya ni dengan berita Palestine. Ini sahaja medium yang paling bebas tanpa sekatan. Mungkin saya juga akan kongsikan video/gambar yang gore/ngeri etc yang saya tak sharekan di platform media sosial saya yang lain. Ajak kawanยฒ ke sini kalau nak baca berita Palestine insyaAllah.
โค69๐Ÿ‘17
Jarang saya bercerita tentang diri sendiri. Sekali sekala boleh kan? Semoga ada faedahnya;

https://x.com/addien90s/status/1909141451818316017?t=DXUdgCCm9nOIVVE_2z2JuA&s=19
๐Ÿ‘13โค3๐Ÿ‘2๐Ÿฅฐ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ibtehal Abu Saad, a Moroccan Harvard graduate and Microsoft engineer, took to the stage during the company's 50th anniversary celebration to confront Al CEO Mustafa Suleyman, accusing him and Microsoft of enabling Israel's genocide in Gaza. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ #IsraelKoyak #PrayForGaza
t.me/addien90
๐Ÿ”ฅ14๐Ÿ‘4โค3๐Ÿ’ฏ2
Kelas sirah siri 62. Malam ini akan dibahaskan peristiwa Quraish boikot keluarga Nabi. Kenapa Quraish nak boikot semua family Nabi padahal majoriti tak Islam pun? Tahu tak Abu Jahal dibelasah teruk sewaktu permulaan boikot? ๐Ÿ”ฅ Saya nak beri akses percuma malam ni sempena Syawal. Berminat? Sila komennn. ๐Ÿ“š
โค12๐Ÿ‘5โคโ€๐Ÿ”ฅ2๐Ÿฅฐ1
Kelas bermula jam 9.30 malam hingga 12 biasanya. Jika berminat boleh masuk melalui link ini ya. Jika rasa seronok dan banyak belajar benda baru, boleh daftar jika mahu ikuti kelas penuh secara mingguan. Rujuk pin tweet saya kemudian. Jumpa malam ini.

meet.google.com/pxz-fhfj-etu
๐Ÿฅฐ11๐Ÿ‘5โค1๐Ÿ•Š1
Menurut Imam az-Zahabi (w. 748H), termasuk dosa besar adalah banyak berdebat dengan keras kepala, penuh unsur tercela dan menyakiti lawan ketika debat/gaduh mulut. Beliau meletakkan dosa sebegini pada dosa besar ranking ke 60 (ranking team bola Malaysia pun tak setinggi ini.)

Menurut Imam az-Zahabi, termasuk dikira debat/bertengkar/gaduh mulut yang tercela apabila orang itu,

1. Tak berhenti debat sekadar keperluan,
2. Keras kepala/melebih-lebih,
3. Menipu (sebab nak menang) hujah,
4. Menyakiti lawan dengan pelbagai cara,
5. Menindas lawan supaya tumbang,
6. Atau sebut perkara yang tak perlu untuk menyakiti lawannya (falasi)

Semua ni termasuk debat/gaduh mulut yang tercela dan termasuk dosa besar. Alasannya sederhana menurut beliau, kerana apabila seseorang terlibat dengan debat/gaduh mulut sebegitu, hatinya akan terbakar, kemarahan bangkit, lalu menimbulkan dendam dan gembira bila lawannya ditimpa musibah. Panjang lagi huraian az-Zahabi, boleh baca dalam al-Kabair beliau.

Kerana itulah sebahagian ulama mengatakan,

ู…ุง ุฑุฃูŠุช ุดูŠุฆุง ุฃุฐู‡ุจ ู„ู„ุฏูŠู† ูˆู„ุง ุฃู†ู‚ุต ู„ู„ู…ุฑูˆุกุฉ ูˆู„ุง ุฃุดุบู„ ู„ู„ู‚ู„ุจ ู…ู† ุงู„ุฎุตูˆู…ุฉ

โ€œAku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih merosakkan agama, lebih mengurangkan maruah, dan lebih menyibukkan hati daripada banyak pertikaian/berdebat.โ€

Nasihat ini terpakai untuk semua orang termasuklah orang agama. Kadang-kala orang agama punya bertikai dan bergaduh mulut tu luar biasa ngeri. Kadang, kami yang marhaen ini pun sampai hairan bila orang agama bergaduh online seperti orang tak belajar agama.

Begitulah tipu daya iblis itu sangat dahsyat. Ia tidak peduli sama ada anda orang awam, orang suam atau orang qawwam.

Ingat, banyak jidal, debat dan bertengkar mulut itu bukan dosa kecil. Perhatikan dengan baik setiap satu ciri yang disebutkan Imam Az-Zahabi tersebut, orang yang banyak bertikai pasti tidak terlepas daripada setiap satunya. Sebab itulah ia termasuk dosa-dosa besar. Bahkan dosa besar yang yang DILUPAKAN & DIREMEHKAN!

๐Ÿ“ Addien Abdul Kadir
๐Ÿ—“๏ธ 190425/20SWL144
โค50๐Ÿ‘22๐Ÿ”ฅ3๐Ÿฅฐ2
Mulai hari ini insyaAllah saya akan kongsikan videoยฒ Travelog Sirah yang pernah saya jalankan pada tahun 2023 lalu. Follow for more!

IG: https://www.instagram.com/reel/DJA8Z9_TbeE/?igsh=MWdhaGxsNmRuMTV0OQ==

Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZShJjSkug/

FB: https://www.facebook.com/share/r/16QSwbJbhy/
๐Ÿ‘17โค6๐Ÿฅฐ3๐Ÿ•Š2
Sambungan hari ke 2 dah siap. Boleh tengok di IG, FB atau Tiktok ya.
๐Ÿ‘6๐Ÿ•Š4
Masa berlalu laksana bayang yang tidak dapat digenggam. Tahu-tahu, sudah genap dua tahun berlalu semenjak saya bersama kekanda saya, Ustaz Muhammad Luqman Makhtar, mengembara ke Tanah Suci. Cuba menjejaki semula setiap pelusuk yang pernah dijejaki Nabi Muhammad SAW, di bumi yang suci.
Banyak yang kami lihat. Banyak pula yang kami rasakan. Tidak semua dapat diungkap dengan kata, tetapi saya cuba rekodkan, setulus hati, setiap detik suka dan duka yang mengiringi langkah kami.

Setelah dua tahun berlalu, barulah hati ini terasa cukup matang untuk menghamparkan kisah ini buat tatapan pembaca budiman.

Sejujurnya, ini adalah sebuah impian lama yang berakar jauh dalam hati saya. Sejak dulu, saya sering membayangkan, alangkah indahnya jika dapat menulis sebuah logbook, mencatat satu demi satu pengembaraan peribadi, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para pelayar dan musafir agung: Ibn Battutah, Marco Polo, Zheng He, Mont Blanc Noland, dan Kouzuki Oden.

Hari ini, dengan penuh rasa syukur dan haru, saya menapak ke permulaan impian itu. Inilah logbook pengembaraan pertama saya. Khusus tentang sirah, bidang ilmu yang paling saya cintai. Dengan rendah hati, saya persembahkan tajuk rasmi bagi siri pertama ini:

Travelog Makkah; Dari Tanah Melayu ke Bumi Wahyu.

Tiga helaian kulit buku, lahir dari sentuhan dua tangan seni yang berbeza, kini menanti pilihan anda. Yang mana satukah paling menarik di mata, dan paling dekat di hati?

Undilah sekadar rasa. Doakanlah sekadar kasih. Mudah-mudahan, dengan izin Tuhan, naskhah ini sempat bertemu pembaca di PBAKL 2025 kelak, insyaAllah.
#TravelogMakkah (insyaAllah akan menyusul...)
โค17๐Ÿ‘3
Uni Cover Buku Pilihan Anda