๐ŸŒธalHuffaz Quotes๐ŸŒธ
552 subscribers
672 photos
153 videos
23 files
1.99K links
Kata Syed Qutb:

"Kerja dakwah bukan soal minat atau tidak, suka atau tidak, bukan soal kerjaya, bukan soal ada potensi dan bakat. Tapi kerja dakwah ialah lambang keimanan kita lemah atau kuat."

Follow :
Ig @hauranurani

Since : 1 April 2019
Download Telegram
Forwarded from iamkakadh
insyaAllah.
dalam 10 malam terakhir ramadhan Kak Adh akan bukak infak untuk iftar anak2 yatim.
jika ada yang berminat silakan komen atau terus pm Kak Adh ok ๐Ÿ˜˜
Kak Ad nak bagi pesanan,
*JADIKAN ALQURAN BFF KITA SEPANJANG KITA MENJALANI KEHIDUPAN DI DUNIA...*

Dalam sehari, tolong curi masa untuk alquran!
Baca, faham, hayati, amalkan...

InsyaAllah ia akan jadi peneman dan pelindung kita di sana nanti...

Jom sempat lagi nak buat...

ALQURAN KEKASIHKU
ALQURAN PANDUANKU
ALQURAN SAHABATKU
ALQURAN PEMBANTUKU

Ingat!
Alquran bukan dijadikan sekadar hantaran
bukan juga dijadikan sekadar hiasan cantikkan rumah
bukan juga dijadikan content2 di laman sosial

Muliakan Alquran!

_Kak Ad_
20/4/19
Janganlah bangga jadi orang pertama yang share aib orang lain.

Cuba tanya diri.
Agak agak suka tak kalau aib sendiri orang sebarkan?

Mustahil ada orang suka aib dia tersebar kan?

Please stop
- cari aib orang
- sebar aib orang
- like aib orang

Lupa ke ada banyak hadis tentang aib ni?

"Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat."

"Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya."

Jangan main main dengan hadis ni ye!

Starting now, jaga dan ambil tahu aib sendiri. Perbaiki diri. Muhasabah.

ok?

Hugs
@iamkakadh
290525
Forwarded from iamkakadh
Sempena dengan hari arafah esok, tabung infak Jamuan Khatam untuk anak2 ngaji Kak Ad dibuka.

Siapa yang berminat nak join, sila komen ye. Nanti Kak Adh pm
Jika kita mahu kematian kita dimuliakan Allah, kita dulu kene wajib usaha muliakan diri sendiri semasa hidup di dunia
- ikut segala perintah Allah
- jauh segala larangan Allah
- buat amal kebaikan, elak amal keburukan

Jadikan kematian insan yang dicemburui itu sebagai iktibar.

Siapa?
Banyak!

Antaranya,
- orang palestin
- almarhum TGNA
- adik syahid (anak Bazli unic)
- adik Nurly
- adik adib

Banyak lagi!!!!!!!!!
Cari je. Ok?

Hugs
@iamkakadh
130625
Sepertimana yang diketahui umum, alquran wajib untuk kita baca kerana kelebihannya sangat2 bermanfaat buat kita.
Jiwa tenang, sebagai syafaat dan pembela di sana, satu huruf 10 pahala, sebaik2 amalan...

Kak Ad akan share serba sedikit melalui soalan yg ditanya ya!

*Bolehke mengaji guna pen yg berbunyi?*
Boleh. namun bagi yg baru nak memulakan, Kak Ad sangat sarankan untuk tetap perlu kepada guru.. Kerana apa? Pen hanya mengeluarkan bunyi namun guru boleh memperbaiki bacaan kita..

*Boleh ke jika khatam terjemahan sahaja?*
Boleh jika dah khatam baca ayat arabnya.. Kerana alquran diturunkan dalam bahasa arab. Jadi mesti khatam arabnya jugak. Yang terbaik, khatamkan arab dan terjemahan seiring. Sambil baca arab, baca sekali melayunya.. Barulah kita boleh faham.

*boleh ke mengaji guna alquran tulisan rumi*
sebaiknya elakkan. sebab kita nak baca, sebut setiap kalimat itu dengan makhraj yang betul.
contoh alhamdu. kita baca a tu alif atau ain. h tu ha pedas atau ha simpul. d tu huruf d atau dal. gitu..
better elakkan ye. jika nak belajar membaca, usahalah cari guru

*Antara tafsir dan tadabbur, mana yg perlu buat dahulu?*
Perlu faham konsep keduanya. Berbeza. Tafsir adalah penjelasan mendalam ttg sesuatu kalimat yg berkaitan. Ianya perlu kepada rujukan para ulamak yg sahih.. Manakala tadabbur adalah cara pembaca mengambil ibrah dari ayat yg dibaca. Jika pada Kak Ad, Kak Ad suka seiringkan. Namun, boleh je terus utamakan tadabbur. Kerana jimat masa kan ๐Ÿคญ.

*Bagaimana nak menulis jurnal quran?*
Mula dengan satu perkataan dahulu. Nanti dah ok, baru buat ayat panjang..
Mula dengan surah wajib: fatihah.
Cari topik2 yg ada dalam quran seperti ciri2 munafik, ciri2 org berjaya, siapa ulul albab dan etc..

Masa yang diperuntukkan terpulang pada kalian. Namun jika kalian baru nak mula, cukup sekadar 30 min sahaja dahulu cuba..

Waktu menulis jugak bergantung.. Bagi yg ada kerja hakiki di luar dan yg ada anak kecil, boleh cuba menulis pada 2 masa berikut :
๐Ÿ’•1/3 malam selepas tahajjud
๐Ÿ’•lepas maghrib sebelum isyak.
Gunakan masa ini sebagai ME TIME kalian ok?

*Rujukan yang perlu dirujuk?*
Jika laman web, Kak ad sarankan CELIKTAFSIR.NET. penulisannya sangat mendalam dan mudah faham.
Jika buku, bermacam2 rujukan

Sekian dahulu..
Ada soalan? Boleh tanya ๐Ÿคฃ

_Kak Ad_
11.6.2021
Forwarded from iamkakadh
*Dunia di ambang perang besar. so apa nak kene buat?*

Sejujurnya Kak Adh takut ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Hakikatnya, kehidupan mesti diteruskan selagi Allah tidak ambil nyawa kita, selagi kiamat tidak berlaku.

Namun, kene ubah perjalanan kehidupan kita.

1. Jika hati masih terikat dengan dunia, lupakan. Cepat2 ikat hati dengan akhirat
2. Ubah cara pemakanan. Jika kita biasa makan yang fancy, yang mahal, yang gah, stop. Makan apa yang ada setakat yang mampu isi perut. Jangan membazir. Masak apa yang ada.
3. Jika masa kita lebih kepada hiburan yang melalaikan, stop. Lebihkan hiburan yang mendidik jiwa, yang memberi kita manfaat
4. Jika masih belum ada ilmu fardhu ain, jangan tangguh. Cari
5. Jika masih belum membaca alquran, jangan tangguh. Dengar dan baca
6. Paksakan diri untuk tunaikan solat walau dalam apa jua keadaan. Jangan sekadar solat, tapi nikmati keindahan solat. Gantikan solat yang tertinggal.
7. Gantikan puasa puasa yang pernah tinggal, sengaja atau tidak.
8. Berjimat cermat. Beli apa yang sekadar keperluan sahaja. Kehendak tolak tepi.
9. Pelihara aurat. Jika masih ada lopong, usahalah tutup sikit sikit. Stoplah tayang aurat.
10. Perbaiki diri. Muhasabah diri.
11. Hafaz surah alkahfi (1-10/101-110)
12. Amalkan zikir pagi (lepas subuh) dan petang (lepas asar)
13. Stoplah pamer2kan kemewahan yang kita ada.
14. Padamlah semua perkara jahiliah kita.
15. Mulakan buat amalan kebaikan sedikit demi sedikit. Mulakan tinggalkan amalan keburukan sedikit demi sedikit.
16. Taubat Nasuha

Ada juga yang share beberapa persiapan. Boleh je baca dalam gambar dalam channel tele Kak Adh. (https://t.me/iamkakadh)

Semoga bermanfaat buat semua.

Jika kawan2 ada lagi nak tambah, silakan. Boleh kita sama2 simpan dan buat rujukan.

Hugs
@iamkakadh
230625
Dalam mengharungi fasa penghijrahan, pastinya akan ada yang tak suka kan?

Ni Kak Ad nak share 4 perkara yg perlu kalian buat jika berhadapan sebegitu โœŒ๐Ÿผ

Pertama.
Pekakkan telinga.
Apa orang cakap, x payah ambil pusing.
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kedua.
Bisukan mulut.
Supaya kita x berbalas balas apa yang orang nak kata.

Ketiga.
Butakan mata.
Kita pandang positif je kat orang.
Negatif dia tolak tepi.

Keempat.
Kudungkan tangan.
Supaya kita x jadi penulis komen yang negatif.

Pesanan Kak Ad,
Mulut orang x akan boleh kita tutup melainkan mereka sendiri yang tutup.
So kita x boleh nak expect too much from them.
Kita yg perlu kawal diri kita, bukan orang lain ok?
Biarlah orang nak kata apa,
Yang penting apa yg kita buat tu Allah redha ๐Ÿฅฐ

Jumaat ni 1 Muharam.
Jomlah kita mula berhijrah kepada kebaikan.

Semoga sahabat Kak Ad yg sedang mengharunginya, bersabarlah sentiasa..
Jatuh?
Tak mengapa!
Cuma kene usaha bangkit kembali..

_Kak Ad_
Forwarded from iamkakadh
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
rm 15 sahaja.

join kelas tajwid dan jawi
join channel khas
_Ustazah, apa saya nak buat bila anak saya bagitahu dia ada crush di sekolah_

First time Kak Ad dapat soalan begini. Nak menjawab pon ambil masa tau. Risau tersalah bagi jawapan nanti ๐Ÿ˜…

Satu.
Jangan terus marah anak.

Dua.
Tanya dia crush tu sama jantina atau berlainan jantina.
Jika berlainan jantina (L P) syukur. Syukur bukan sebab anak ada crush! Tapi syukur kecenderungan anak normal, tidak melawan arus.
Jika sama jantina (L L / P P), ini yang patut kene risaukan. Sebab x normal dan tersangat melawan arus.

Tiga.
Beri nasihat teguran tentang ikhtilat. Selitkan dalil2 alquran bagi menguatkan hujah.

Empat.
Sentiasa pantau keadaan anak.
Jangan biarkan anak sendirian dengan gadjet

Lima
Minta anak lupakan crush. Cari cinta Allah dahulu.

Enam
Minta anak fokus pada pembelajaran terlebih dahulu.

Tujuh
Sentiasa mendoakan anak.

Lapan
Semak semula hubungan kekeluargaan dengan anak.
Sentiada adakan masa untuk anak agar dia tidak rasa terpinggir.

Sembilan.
Hadiahkan anak buku2 keagamaan yang berkaitan hingga anak tidak lagi memikirkan tentang crush.

Sepuluh.
Duduk bersama sama anak mendengar ceramah agama

Sebelas.
Wujudkan halaqah harian mahupun mingguan; bacaan alquran, hadith.

Dua belas.
Ceritakan pengajaran dari kisah2 remaja yang dah terjebak dengan zina.

Itu sahaja yang boleh Kak Adh berikan.
Jika sahabat lain punya cadangan, silakan share ye!

Moga2 anak2 kita semua dilindungi Allah dari sebarang perkara yang tidak elok

Hugs
Kak Adh
110924
*Majlis Apresiasi Kecermelangan murid, anak takde naik pentas terima anugerah. ๐Ÿ˜ญ apa perlu saya buat*

Meh Kak Adh nak share sikit :
1. Setiap anak berbeza hatta yang lahir dari parent yg sama.
2. Jangan bandingkan anak2 dengan anak sendiri yang lain mahupun rakan sedarjah.
3. Bersyukur dengan apa yang anak dapat, bukan dengan apa yang anak tidak dapat.
4. Perjalanan anak masih panjang. Guide anak untuk menjadi yg terbaik.

Tidak dapat anugerah bukanlah bermakna itu gagal, anak tidak pandai atau tidak bagus!
Itu tanda belum sampai rezeki anak.

Tidak perlu cemburu dengan anak2 lain yang dapat anugerah.
Raikan.

Kita yakin anak kita hebat, itu tidak salah. Namun jangan pernah lupa, hakikatnya ada lagi yang hebat.

Jadikan ianya satu titik untuk mempengaruhi anak supaya jadi yang terbaik di masa akan datang.

Jangan terlalu kejarkan anak untuk dapat anugerah itu ini. Namun kejarkan anak untuk fokus dan faham apa yang disampaikan guru.

Dapat anugerah itu rezeki dan bonus!

Hakikatnya, ia mengajar kita sebagai parent untuk bersyukur dengan apa yang ada, bukan merungut dengan apa yang tiada. โœŒ๐Ÿฝ

Didik anak untuk cemerlang akhlak dan agama, disamping berjaya akademik.

Abaikanlah jika ada yang mengata anak itu dan ini!

Kita terus maju ke hadapan ok.
Terima keputusan dengan redha dan tenang.
Raikan anak dengan cara kita.

Hugs
Iamkakadh
Semalam waktu sesi hafazan, Kak Ad suruh anak anak ni hafaz surah Azzalzalah...

Sebelum mula hafaz, Kak Ad ajak baca sama sama semuanya...
Tapi Kak Ad sebak sangat waktu baca ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Allahuakbar!

Mind set memang terus terbayang saat kiamat!
Allah ๐Ÿ˜จ
Takutnya dan gerunnya!

Az zalzalah membawa maksud goncangan..

Setiap ayat dalam surah tersebut merupakan gambaran pada hari kiamat..
Allahuakbar!
Walaupun hanya gambaran, tapi amat menggentarkan hati yang kerdil ini ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ...

Allah juga ada selitkan tentang kebaikan dan kejahatan yg kita lakukan...
samada kecil atau besar, tetap Allah nampak dan tetap ada balasannya...
Dalam erti kata lain, walau manusia tak nampak mahupun tak perasaan, Allah tetap nampak...

CCTV manusia ni selalu ada masalah. Kalau nampak pon, buat tak tahu je...
CCTV Allah tak pernah ada masalah... Memang nampak...

Sentiasalah ada perasaan muroqabatullah dalam diri k โœŒ๐Ÿป

Taubat?
Sila segerakan k
Masih sempat lagi

_Kak Ad_
Muslimah yg mengejar redha ilahi
20/12/18
https://t.me/+AsuBtpTU3mdiN2E9

Grup khas untuk ibu ayah yang perlulan bantuan dalam subjek bahasa arab (sk/sra), tahun 1 hingga 6.

Jemput masuk dulu ya
Assalam.
InsyaAllah 6 Apr ni Kak Ad nak buat sedikit jamuan khatam anak2 ngaji.
Jika ada antara kalian nak join infak sedikit, boleh dan sangat2 dialu2kan.

Menu yang Kak Ad sediakan
* bihun sup
* laksa
* nasi putih + ayam masak lemak
* hadiah untuk 20 anak yang berjaya

Infak serendah rm5 pon boleh ;)
Jika nak beri dari segi barang, pon boleh.

Pm je. @iamkakad

Tq
Saya ada bukak satu grup telegram khas untuk ladies -circle of khair- kalau nak join dm terus ya tq

InsyaAllah antara sharing dalam tu
* nota tajwid
* nota alquran
* request eja / design nama
* q & a