Amalan Berpahala & Fadhail Amal MSO-D10
1.37K subscribers
102 photos
2 files
331 links
Group MSO-D10 Kongsi amalan yg boleh datangkan pahala insyaAllah dan mengumpulkan fadhail amal

Senarai group MSO yang lain di sini : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557
Download Telegram
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (meninggal: 795H) berkata:

ู†ูˆุงูู„ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ุฃูุถู„ ู…ู† ู†ูˆุงูู„ ุนุดุฑ ุฑู…ุถุงู†ุŒ
ูˆูƒุฐู„ูƒ ูุฑุงุฆุถ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ุชุถุงุนู ุฃูƒุซุฑ ู…ู† ู…ุถุงุนูุฉ ูุฑุงุฆุถ ุบูŠุฑู‡.

โ€œAmalan-amalan sunnah pada 10 hari (awal/pertama bulan) Zulhijjah lebih utama/afdhal daripada amalan-amalan sunnah pada 10 hari (terakhir bulan) Ramadhan. Demikian pula amalan-amalan wajib pada 10 hari (awal/pertama bulan) Zulhijjah digandakan lebih banyak (keutamaannya/ganjarannya) daripada gandaan amalan-amalan wajib pada waktu-waktu yang lain.โ€

[Lihat kitab Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari, 9/16 oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-โ€˜Asqalani rahimahullah]
[Mendahulukan Makan Buah Sebelum Makan Makanan Lain]

Hamba ditanya: Benarkah disunatkan mendahulukan makan buah sebelum makan makanan lain seperti roti, nasi dan sebagainya?

Apa yang hamba boleh katakan: Ya, dalam sesetengah kitab memang jelas disebutkan begitu. Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rahimahullah menyebutkan dalam Ihya 'Ulumiddin (2/24-25, al-Maktabah al-Taufiqiyyah) :

ูˆุฃู…ุง ุฅุญุถุงุฑ ุงู„ุทุนุงู…ุŒ ูู„ู‡ ุขุฏุงุจ ุฎู…ุณุฉ... ุงู„ุซุงู†ูŠ ุชุฑุชูŠุจ ุงู„ุฃุทุนู…ุฉ ุจุชู‚ุฏูŠู… ุงู„ูุงูƒู‡ุฉ ุฃูˆู„ุง ุฅู† ูƒุงู†ุชุŒ ูุฐู„ูƒ ุฃูˆูู‚ ููŠ ุงู„ุทุจ ูุฅู†ู‡ุง ุฃุณุฑุน ุงุณุชุญุงู„ุฉ ููŠู†ุจุบูŠ ุฃู† ุชู‚ุน ููŠ ุฃุณูู„ ุงู„ู…ุนุฏุฉ. ูˆููŠ ุงู„ู‚ุฑุขู† ุชู†ุจูŠู‡ ุนู„ู‰ ุชู‚ุฏูŠู… ุงู„ูุงูƒู‡ุฉ ููŠ ู‚ูˆู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ((ูˆูุงูƒู‡ุฉ ู…ู…ุง ูŠุชุฎูŠุฑูˆู†)) ุซู… ู‚ุงู„ ((ูˆู„ุญู… ุทูŠุฑ ู…ู…ุง ูŠุดุชู‡ูˆู†)) ุงู‡ู€

"Dan adapun menghidangkan makanan, maka baginya terdapat lima adab... Adab yang kedua ialah menyusun makanan (mengikut turutan) dengan menghidangkan buah terlebih dahulu jika ada. Maka yang demikian itu lebih bersesuaian dari segi perubatan kerana ia lebih cepat dihadam. Maka hendaklah ia berada di perut yang paling bawah. Dan dalam al-Quran terdapat tanbih (peringatan) terhadap amalan mendahulukan buah dalam firman-Nya (mafhumnya) "(Dan dibawakan kepada ahli syurga) buah daripada apa yang mereka pilih". Kemudian Allah berfirman (mafhumnya) "Dan daging burung daripada apa yang mereka inginkan" [Surah al-Waqi'ah: 20-21]".

Selain itu, para ulama juga menjadikan kisah Abu al-Haitham sebagai dalil dalam masalah ini. Kisah Abu al-Haitham ini masyhur, panjang dan terdapat pelbagai riwayat dengan pelbagai lafaz. Secara ringkasnya, pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… pernah keluar dari rumah disebabkan lapar. Didapati Abu Bakar dan Umar r.a. juga keluar dari rumah mereka disebabkan faktor yang sama. Maka Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… mengajak mereka pergi ke rumah Abu al-Haitham al-Ansari r.a. Dipendekkan cerita, Abu al-Haitham r.a. telah menghidangkan kepada mereka setandan kurma dan kemudiannya hidangan daging kambing.

Ketika menghuraikan kisah di atas Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim [13/182, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah] berkata:

ูˆููŠู‡ ุฏู„ูŠู„ ุนู„ู‰ ุงุณุชุญุจุงุจ ุชู‚ุฏูŠู… ุงู„ูุงูƒู‡ุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ุฎุจุฒ ูˆุงู„ู„ุญู… ูˆุบูŠุฑู‡ู…ุง ุงู‡ู€

"Dan dalam hadis ini terdapat dalil istihbab (sunat) mendahulukan buah sebelum roti, daging dan selainnya.

Kata-kata al-Nawawi ini juga dinukilkan oleh al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi [5/370, Syarikat al-Quds (Kaherah)].

Ibn Hajar al-Haytami berkata dalam Ashraf al-Wasail Ila Fahm al-Shamail [hal.547, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah] :

ูˆููŠู‡ ู†ุฏุจ ุชู‚ุฏูŠู… ุงู„ูุงูƒู‡ุฉ ู‚ุจู„ ุงู„ุทุนุงู… ู„ุฃุชู‡ุง ุฃุณุฑุน ู‡ุถู…ุง ู…ู†ู‡ ุงู‡ู€

"Dan dalam hadis ini terdapat nadb (sunat) mendahulukan buah sebelum makanan kerana buah lebih cepat dihadam daripada makanan".

Perkara yang sama juga disebutkan oleh al-Bayjuri dalam al-Mawahib al-Laduniyyah 'Ala al-Shamail al-Muhammadiyyah [hal.599, Dar al-Minhaj].

Dengan nukilan-nukilan daripada al-Ghazali, al-Nawawi, Ibn Hajar dan al-Bayjuri, saya kira persoalan di atas sudah terjawab. Wallahu a'lam.

Abdul Rahman Bin Harman Shah Raniri
JANGAN KEDEKUT UNTUK ILMU.

Imam Muhammad Ibnu Al-Hasan Asy-Syaibani (anak murid kanan Imam Abu Hanifah) rahimahullah berkata:

"Ketika bapaku meninggal dunia, beliau telah meninggalkan wang sebanyak 30 000 dirham. Maka aku pun membelanjakan 15 000 dirham untuk ilmu Nahu dan Syair; dan 15 000 dirham lagi untuk ilmu Hadith dan Fiqh".

[At-Ta'liq Al-Mumajjad, Jilid 1, halaman 114]

Oleh Ustaz Abdul Rahman
โ€œ Paling utamanya bulan-bulan untuk puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan-bulan Haram yaitu Dzul Qoโ€™dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rejab sedangkan paling Utamanya adalah Muharrom berdasarkan riwayat dari Imam Muslim โ€œPaling utamanya puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharrom kemudian bulan haram yang lainnya. Secara dhohir keutamaan di antara bulan haram yang lainnya itu sama (selain Muharrom). Dan secara dhohir mendahulukan keutamaan Rejab agar keluar dari Khilafnya ulama yang melebihkannya ke atas bulan-bulan Haramโ€ (Asna Al-Mathollib juz 1 hal. 433 )

Peringatan buat Ikhwan :

Hukum berkenaan puasa rejab ini adalah perkara khilaf.. janganlah kita terlalu fanatic dengan sesuatu pandangan sehingga menafikan pandangan yang lain sedangkan kedua-duanya adalah pandangan ijtihadi yang tak sunyi dari tersalah. Jangan pula sikap tegas nak memerangi penyebaran hadis yang pada anggapan kita dhoif atau maudhuโ€™ sehingga kita lupa untuk merujuk fatwa ulama huffaz dan mujtahid yang lebih arif.

Renunglah kata โ€“ kata Imam Ibnu Hajar dalam Fatawa-nya juz 2 hal. 53 :

... ูˆุฃู…ุงุงุณุชู…ุฑุงุฑ ู‡ุฐุงุงู„ูู‚ูŠู‡ ุนู„ู‰ ู†ู‡ูŠ ุงู„ู†ุงุณ ุนู† ุตูˆู… ุฑุฌุจ ูู‡ูˆ ุฌู‡ู„ ู…ู†ู‡ ูˆุฌุฒุงู ุนู„ู‰ ู‡ุฐู‡ ู„ุดุฑูŠุนุฉุงู„ู…ุทู‡ุฑุฉ ูุฅู† ู„ู… ูŠุฑุฌุน ุนู† ุฐู„ูƒ ูˆุฅู„ุง ูˆุฌุจ ุนู„ู‰ ุญูƒุงู… ุงู„ุดุฑูŠุนุฉุงู„ู…ุทู‡ุฑุฉ ุฒุฌุฑู‡ ูˆุชุนุฒูŠุฑู‡ ุงู„ุชุนุฒูŠุฑุงู„ุจู„ูŠุบ ุงู„ู…ุงู†ุน ู„ู‡ ูˆู„ุฃู…ุซุงู„ู‡ ู…ู† ุงู„ู…ุฌุงุฒูุฉ ููŠ ุฏูŠู† ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ูˆูŠูˆุงูู‚ู‡ ุฅูุชุงุก ุงู„ุนุฒุจู† ุนุจุฏุงู„ุณู„ุงู… ุฅู†ู‡ ุณุฆู„ ุนู…ุง ู†ู‚ู„ ุนู† ุจุนุถ ุงู„ู…ุญุฏุซูŠู† ู…ู† ู…ู†ุน ุตูˆู… ุฑุฌุจ ูˆุชุนุธูŠู… ุญุฑู…ุชู‡ ูˆู‡ู„ ูŠุตุญ ู†ุฐุฑ ุตูˆู… ุฌู…ูŠุนู‡ ูู‚ุงู„ ููŠ ุฌูˆุงุจู‡ : ู†ุฐุฑุตูˆู…ู‡ ุตุญูŠุญ ู„ุงุฒู… ูŠุชู‚ุฑุจ ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุจู…ุซู„ู‡ ูˆุงู„ุฐูŠ ู†ู‡ู‰ ุนู† ุตูˆู…ู‡ ุฌุงู‡ู„ ุจู…ุฃุฎุฐ ุฃุญูƒุงู… ุงู„ุดุฑุน ูˆูƒูŠู ูŠูƒูˆู† ู…ู†ู‡ูŠุง ุนู†ู‡ ู…ุน ุฃู† ุงู„ุนู„ู…ุงุกุงู„ุฐูŠู† ุฏูˆู†ูˆุง ุงู„ุดุฑูŠุนุฉ ู„ู… ูŠุฐูƒุฑ ุฃุญุฏู…ู†ู‡ู… ุงู†ุฏุฑุงุฌู‡ ููŠู…ุง ูŠูƒุฑู‡ ุตูˆู…ู‡ ุจู„ ูŠูƒูˆู† ุตูˆู…ู‡ ู‚ุฑุจุฉุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰. ุงู‡ู€

โ€œOrang yang melarang puasa Rejab maka itu adalah kejahilan dan ketidak tahuan terhadap hukum syariat. Apabila ia tidak menarik ucapannya itu maka wajib bagi hakim atau penegak hukum untuk menghukumnya dengan hukuman yang keras yang dapat mencegahnya dan mencegah orang semisalnya yang merusak agama Allah SWT.

Sependapat dengan ini โ€˜Izzuddin Abdusssalam, sesungguhnya beliau ditanya dari apa yang dinukil dari sebagian Ahli Hadits tentang larangan puasa Rejab dan pengharamannya, dan apakah sah orang yang bernadzar puasa Rejab sebulan penuh maka beliau menjawab โ€œNadzar puasa Rejab itu sah dan boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adapun larangan puasa Rejab itu adalah pendapat orang yang jahil akan pengambilan hukum-hukum syariat. Bagaimana boleh dilarang sedangkan para Ulamaโ€™ yang dekat dengan syariat tidak ada yang menyebutkan tentang dimakruhkannya puasa Rejab bahkan dikatakan puasa Rejab adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT (sunnah)".

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhiratโ€ฆamen.

Doakan taufik, hidayah dan โ€˜afiahโ€ฆ

ูˆูŽุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ, ูˆุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ , ูˆุงู„ุนููˆ ู…ู†ูƒู…....ุฃุฎูˆูƒู… : ู…ุญู…ุฏ ุญุฐุฑูŠ ุจู† ู‡ุงุดู… ุจู† ูŠูˆู†ุณ ุจู† ุญุณู† ุงู„ุจู†ุฏุงู†ูŠ

Ustaz Mohd Hazri al-Bindany
โ€‹โ€‹Balai Cerap Selamgor

JOM SEMAK KIBLAT SEMPENA ISTIWA' A'DZAM ๐ŸŽฏ
=============
.
Di musim PKP 3.0 kali ni, jom ambil peluang dan kesempatan untuk menyemak arah kiblat rumah kita. Hanya guna bayang matahari je melalui fenomena Istiwa' A'dzam.
.
Fenomena Istiwa' A'dzam berlaku apabila kedudukan matahari berada tepat di atas kaabah. Pada ketika itu, bayang yang terhasil dari objek tegak akan menghala ke arah kiblat.
.
Bila tu?
Di Malaysia, fenomena ini berlaku pada:
28 Mei 2021 jam 5.16 petang
28 Mei 2021 jam 5.16 petang
28 Mei 2021 jam 5.16 petang
.
๐ŸŽ‰Jom sama-sama ikuti Kempen Semak Kiblat dengan menghantar gambar bayang matahari pada waktu tersebut dari lokasi rumah anda.

๐ŸŽ—๏ธ๐ŸŽซ E-Sijil akan diberikan pada semua penyertaan.

๐Ÿ“ธWasap gambar semakan menggunakan kaedah Istiwa' A'dzam di talian ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

http://wasap.my/60103349282/Kempen_Semak_Kiblat
โ€‹โ€‹Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah :

ุฅุฐุง ูˆู‚ุนุช ุงู„ูุชู† ูุชู…ุณูƒ ุจุงู„ุณู†ุฉุŒ

ูˆุงู„ุฒู… ุงู„ุตู…ุชุŒ

ูˆู„ุง ุชุฎุถ ููŠู…ุง ู„ุง ูŠุนู†ูŠูƒุŒ

ูˆู…ุง ุฃุดูƒู„ ุนู„ูŠูƒ ูุฑุฏู‡ ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ูˆุฑุณูˆู„ู‡.

Siyar A'lam Al-Nubala
โ€‹โ€‹Siapa yang tidak sempat atau belum puas berbakti kepada ibubapa semasa hidup dahulu, peluang itu masih ada.
Tiada hadiah yang terindah bagi ibubapa yang telah meninggal dunia melebihi seorang anak yang kembali kepada agama.
Walau pun sejauhmana langkahmu meninggalkan agama, gembirakan mereka dengan kembali kepada al-Quran. Mulalah untuk membacanya. Lalu sedikit-sedikit tingkatkan diri dengan memahami dan mengamalkan kandungannya.

Daripada Muadh al-Juhani: Rasulullah SAW bersabda:
ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู…ูู„ูŽ ุจูู…ุง ูููŠู‡ู ุฃูู„ู’ุจูุณูŽ ูˆุงู„ูุฏุงู‡ู ุชุงุฌู‹ุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู‚ููŠุงู…ูŽุฉู ุถูŽูˆู’ุคูู‡ู ุฃูŽุญู’ุณูŽู†ู ู…ูู†ู’ ุถูŽูˆู’ุกู ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณู ูููŠ ุจููŠููˆุชู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠุง ู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ูููŠูƒูู…ู’ ููŽู…ุง ุธูŽู†ู‘ููƒูู…ู’ ุจูุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุนูŽู…ูู„ูŽ ุจู‡ุฐุง"

"Siapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan kandungannya, maka ibubapanya akan dipakaikan sebuah mahkota pada hari kiamat. Cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari di dalam rumah-rumah dunia apabila matahari berada padanya. Ganjaran bagi orang yang melakukannya tentu lebih banyak lagi."

(Ahmad dan Abu Dawud)

Dr Umar Muhammad Noor
KEMULIAAN 10 AWAL ZULHIJJAH

Allah SWT berfirman dlm ayat 1-2 Surah Al Fajr

1. Demi Waktu Fajar
2. Dan Demi 10 malam yang dimuliakan dgn kelebihan ( 10 awal zulhijjah )


Ulamak memperincikan - Kelebihan 10malam akhir Ramadhan kerana adanya kelebihan 1 malam ALQADR manakala kelebihan 10 pagi awal Zulhijjah kerana ada 1 hari ARAFAH..

SUNAT PUASA 1 HINGGA 9 ZULHIJJAH DAN BESAR PAHALANYA

Isteri Nabi saw meriwayatkan:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุชูุณู’ุนูŽ ุฐููŠ ุงู„ู’ุญูุฌู‘ูŽุฉู

Baginda Nabi saw berpuasa pada 1 -9 zulhijjah .
(Hr Abu Daud sahih.)

Pahalanya lebih dari pahala jihad:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ) ุŒ ู‚ุงู„ูˆุง ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ : ูˆู„ุง ุงู„ุฌู‡ุงุฏ ููŠ ุณุจูŠู„ ุงู„ู„ู‡ ุŸ ู‚ุงู„ : ( ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุดูŽูŠู’ุกู

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." (Sahih BUKHARI 969)

Dalam hadis doif disebut pahala puasa sgt besar:

ูŠูŽุนู’ุฏูู„ู ุตููŠูŽุงู…ู ูƒูู„ูู‘ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุจูุตููŠูŽุงู…ู ุณูŽู†ูŽุฉู ูˆูŽู‚ููŠูŽุงู…ู ูƒูู„ูู‘ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุจูู‚ููŠูŽุงู…ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูŽุฏู’ุฑู

Puasa setiap harinya (1-9 zulhijjah) menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr."

[Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)]

Dalam hadis juga menyebut amalan ketika 1-10 zulhijjah dilipat ganda 700:

ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ูŽ ูููŠู‡ูู†ู‘ูŽ ูŠูุถูŽุงุนูŽูู ุณูŽุจู’ุนู…ูุงุฆูŽุฉู ุถูุนู’ูู

Beramal pada 1-10 zulhijjah dilipat ganda 700.

(Hadis riwayat Baihaqi) - doif

Hadis2 doif boleh diguna utk kelebihan amalan setelah amalan ini ditetapkan dengan hadis sahih (Nabi puasa 1-9 zulhijjah) di atas.

BAGAIMANA DENGAN ADA HADIS KATA NABI SAW TIDAK BERPUASA HARI TERSEBUT

Imam Nawawi berkata:

, ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกู : ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูุชูŽุฃูŽูˆู‘ูู„ูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ุชูŽุฑูŽู‡ู ุŒ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู„ู’ุฒูŽู…ู’ ู…ูู†ู’ู‡ู ุชูŽุฑู’ูƒูู‡ู ูููŠ ู†ูŽูู’ุณู ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑู ; ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูƒููˆู†ู ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ูŽุง ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูู†ู’ ุชูุณู’ุนูŽุฉู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู

Ulama berkata: ditakwilkan bahawa Aisyah tidak melihatnya tidak semestinya Nabi tidak berpuasa kerana baginda hanya sehari sahaja dirumah aisyah dari 9 hari (Nabi saw menggilir 9 isterinya). (Syarah sahih Muslim)

Ustaz Shahrizan Daud At-Turubi
Antara amalan di bulan Rejab oleh Ustaz Wadi Anuar

AMALAN DI BULAN REJAB

1. Rejab merupakan antara bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab) yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berdasarkan Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati)โ€ฆโ€ Surah at-Taubah: 36

2. Antara kelebihan bulan haram ialah setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir 4/130]

3. Disunatkan berpuasa pada bulan Rejab menurut Jumhur (Hanafi, Maliki, Syafie dan satu qaul daripada Hanabilah). Mazhab Hambali berpandangan makruh berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab yang mana dia tidak melakukannya pada bulan-bulan. Makruh itu boleh diangkat (tidak lagi menjadi makruh) dengan dia berbuka sehari atau dua hari daripada keseluruhan puasanya di bulan tersebut.

4. Tiada hadis-hadis yang sohih berkenaan kelebihan bulan Rejab secara khusus, namun kita boleh melakukan amalan-amalan berdasarkan hadis-hadis umum lain serta meraih kelebihan bulan Rejab sebagai bulan Haram.
Perbanyakkan berpuasa, bersedekah, berzikir, membaca al-Quran serta ibadah-ibadah lain juga sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

5. Kenyataan Dar Iftaโ€™ Mesir (3986) berkenaan Kelebihan Bulan Rejab:
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-โ€˜Asqalani dalam kitabnnya โ€œTabyin al-โ€˜Ajabโ€ membahagikan hadis-hadis yang warid tentang kelebihan bulan Rejab kepada hadis yang dhoif dan maudhuโ€™ (palsu). Menurut beliau, hadis dhoif berjumlah 11 hadis, dan terdapat 21 hadis yang maudhuโ€™ (palsu).
Antara hadis dhoif yang dinyatakan ialah satu doa yang sering diamalkan sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dan Imam al-Baihaqi:

ยซุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุจูŽู„ู‘ูุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽยป

โ€œYa Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaโ€™ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhanโ€.

Perkara ini tidak menghalang seseorang untuk melakukan amal soleh di bulan yang mulia ini serta dibenarkan juga untuk beramal dengan hadis dhoif dalam perkara ini. Para ulama membenarkan untuk beramal dengan hadis dhoif dalam bab fadail amal selagi mana hadis tersebut tidak sampai ke tahap dhoif yang berat. Dalam masa yang sama, seseorang itu hendaklah tidak beritikad bahawa hadis itu sabit yang menunjukkan kelebihan bulan tersebut.

Wallahuโ€™alam
*JOM PUASA SUNAT*

18/3/2022 | 15 SYA 1443H (JUMAAT) :- *NISFU SYA'BAN*

16 - 18/3/2022 | 13 - 15 SYA 1443H (RABU - JUMAAT) :- *HARI PUTIH*
๐Ÿ“Ž 30 IBADAH YANG LEBIH BANYAK PAHALANYA JIKA DI KERJAKAN LEBIH SEDIKIT DI BANDINGKAN DI PERBANYAK

Diantara Kaedah fiqhiyah terdapat kaedah :

ูƒู„ ู…ุง ูƒุงู† ุฃูƒุซุฑ ููŠ ุงู„ุนู…ู„ ูู‡ูˆ ุฃูƒุซุฑ ููŠ ุงู„ุฃุฌุฑ ูˆุงู„ุซูˆุงุจ

"Setiap ibadah yang lebih banyak jumlah dan pekerjaannya, maka tentu lebih banyak pula pahalanya"

Akan tetapi kaedah ini memiliki pengecualian, ada sekitar 30 amal ibadah yang lebih banyak pahalanya jika di kerjakan sedikit saja, daripada di perbanyak, yaitu :

1. Mengumpulkan sunnah wudhu berkumur dan menghirup air ke hidung dalam 1 pekerjaan lebih utama di bandingkan memisahkannya
2. Solat Asar lebih utama dari solat lainnya.
3. Solat dhuha 8 rakaat lebih utama di bandingkan 12 rakaat
4. Memendekkan solat sunnah fajar lebih utama di bandingkan memanjangkannya
5. Solat sunnah witir meskipun sebentar, lebih utama di bandingkan solat sunnah tahajjud meskipun lama.
6. Solat sunnah witir 3 rakaat lebih utama di bandingkaan solat sunnah witir lebih dari 3 rakaat
7. Solat sunnah I'ed lebih utama di bandingkan solat sunnnah gerhana matahari meskipun panjang.
8. Solat Berjama'ah 1 kali lebih utama di bandingakn solat sendiri namun di ulang 27 kali.
9. Lebih utama melakukan solat qasar daripada menyempurnakan solat jika perjalanan lebih dari 3 marhalah (ยฑ 132 KM)
10. Memakan sedikit saja dari daging hewan yang di kurbankan lebih utama di bandingkan mensedekahkan keseluruhan daging tersebut tanpa tersisa
11. Membaca surah pendek sampai selesai dalam solat lebih utama di bandingkan membaca surah yang panjang namun tidak sampai selesai.
12. Lafadz "ุฃุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุงู„ุดูŠุทุงู† ุงู„ุฑุฌูŠู…" lebih utama di bandingkan "ุฃุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุณู…ูŠุน ุงู„ุนู„ูŠู… ู…ู† ุงู„ุดูŠุทุงู† ุงู„ุฑุฌูŠู…"
13. Solat yang di lakukan dengan bersiwak sebelumnya, lebih utama di bandingkan solat tanpa bersiwak meskipun bilangan rakaatnya lebih banyak
14. Lebih utama bagi imam memperpendek solatnya tapi tetap menjaga sunnah-sunnah solat di bandingkan mempanjang solat.
15. Solat yang bermakmum kepada orang yang adil lebih utama di bandingkan solat yang bermakmum kepada orang yang fasiq.
16. Solat di masjidil haram mekkah, madinah, dan Al-Aqsa lebih utama di bandingkan sholat di masjid selainnya meskipun solat dalam jama'ah yang sedikit, bahkan meskipun sendirian.
17. Mengqasar solat lebih utama daripada menyempurnakannya meskipun perjalanan tidak sampai 3 marhalah, jika dia membenci perkara-perkara rukhsoh
18. mengusap khuf/muza lebih utama daripada membasuhnya, jika dia membenci perkara-perkara rukhsoh (keringanan) dalam agama.
19. Solat qasar lebih utama daripada menyempurnakan sholat bagi musafir dalam peperangan
20. Solat sunnah fajar lebih utama dibandingkan solat sunnah yang dilakukan malam meskipun solatnya lama kecuali solat witir.
21. Membaca dua ayat dalam surah Al-Baqarah dan Al-Imran, yaitu Al-Baqarah ayat 136, dan Al-Imran ayat 36, dalam solat subuh lebih utama dari membaca surah lainnya menurut Syaikh Zakaria Al-Anshori
22. Membaca sebagian surah panjang lebih utama daripada membaca surah pendek dalam solat tarawih menurut Sulthonul Ulama Al-'Iz bin Abdissalam
23. Dalam melakukan solat witir dengan cara 3 rakaat sekaligus lebih utama dengan cara melakukan 1 kali tasyahhud saja di bandingkan dengan 2 tasyahhud, karena akan menyerupai solat maghrib
24. Membaca do'a di ajarkan oleh Rasulullah dalam tasyahhud solat lebih utama di bandingkan membaca do'a yang bukan dari Rasulullah meskipun doa tersebut panjang.
25. Dan do'a yang di ajarkan oleh Rasulullah tersebut lebih utama panjangnya tidak melebihi bacaan selawat dan tasyahhud dalam sholat di bandingkan do'a yang di ajarkan oleh Rasulullah namun panjang dan melebihi kadar bacaan selawat dan tasyahhud.
โค1
26. Solat sunnah witir dan solat sunnah fajar lebih utama di bandingkan solat Tarawih
27. Memperpendek solat sunnah sebelum magrib lebih utama di bandingkan memperpanjang solat tersebut.
28. Sujud syukur lebih utama di bandingkan solat sunnah dengan niat bersyukur kepada Allah.
29. Mengkafani jenazah dengan 3 helai kain lebih utama di bandingkan lebih dari 3 helai
30. lafadz takbir "Allahu Akbar" lebih utama di bandingkan dengan lafadz takbir "Allahul Alkbar" atau  "Allhahu Jalil Alkbar".

Refrensi : Kitab Tuhfatut Tullab
Ust. Ali Marhus
โ€‹โ€‹AMAL SOLEH PADA SEPULUH ZULHIJJAH

ุนู† ุนุจุฏุงู„ู„ู‡ ุจู† ุนุจุงุณ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ๏ทบ ู‚ุงู„:
‎ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจูู‘ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑูุŒ ู‚ูŽุงู„ููˆุง: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ูุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ูุŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุดูŽูŠู’ุกู

ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠุŒ ูˆู‡ุฐุง ู„ูุธ ุฃุจูŠ ุฏุงูˆุฏ ูˆุบูŠุฑู‡

Daripada Abdullah bin Abbas RA,
bahawa Nabi ๏ทบ bersabda,
โ Tiada hari-hari yang AMAL SOLEH paling Allah sukai melainkan hari-hari ini; iaitu hari-hari sepuluh (1). โž

Mereka bertanya, โ€œWahai Rasulullah! jika pun jihad (2) di jalan Allah, tidak dapat menandinginya?โ€

Baginda bersabda,
โ Jika pun jihad di jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (3) bersama dirinya dan hartanya, kemudian dia tidak kembali dari demikian itu suatu pun (4). โž

HR Bukhari dan lain-lainnya

1. Awal Sepuluh Zulhijjah.
2. Berperang di jalan Allah.
3. keluar berjihad.
4. Mengorbankan dirinya dan menggadaikan hartanya dalam perang.

Catatan :
Dr. Ahmad Irdha Mokhtar
Pengerusi ISLAMI Selangor

#amalan_zulhijjah
#hadis_my