Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama pencabarnya, Mohd Yunazri Mustamiri daripada Pakatan Harapan (PH), hadir di Pusat Penamaan Calon (PPC) pagi ini bagi mendaftarkan pencalonan masing-masing untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
#PRNMelaka #MelakaMemiliih #AWANInews
📷: Astro AWANI / Firdaus Mohari
#PRNMelaka #MelakaMemiliih #AWANInews
📷: Astro AWANI / Firdaus Mohari
👍6👎2👏1
Seawal 9:01 pagi, Datuk Dr Akmal Salleh memasuki Pusat Penamaan Calon DUN N27 Merlimau di Dewan Platinum Politeknik Merlimau.
Sebelum itu beliau diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz, berapa pemimpin UMNO, Pemimpin Pas Melaka dan ratusan penyokong beliau berarak memasuki Politeknik.
#PRNMelaka #MelakaMemiliih #AWANInews
📷: Astro AWANI / Luqman Aziz

👍8👎3
Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba di pusat penamaan calon (PPC) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, pagi Sabtu.
Ketibaan beliau di Dewan Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim, Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara, diiringi Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri sekitar jam 9 pagi.
Kehadiran Ab Rauf disambut ribuan penyokong BN yang mula berkumpul seawal 7.30 pagi bagi memberikan sokongan kepada calon berkenaan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-ab-rauf-diiringi-ahmad-zahid-ribuan-penyokong-ke-pusat-penamaan-calon
#AWANInews

👍5👏1
Kerjasama politik antara Pas dan UMNO dijangka turut melibatkan Kelantan dan Terengganu selepas kedua-dua parti mencapai persefahaman menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama itu bukan sahaja tertumpu kepada pilihan raya di Melaka, malah berpotensi diteruskan di peringkat Persekutuan.
"Insya-Allah, ada kerjasama. Kerjasama," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama Pas dan UMNO diperluaskan ke Kelantan dan Terengganu selepas PRN Melaka.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-kerjasama-pas-umno-turut-melibatkan-kelantan-terengganu-hadi-awang

👍9👎8🔥1
Biarpun penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hadir beramai-ramai pada hari penamaan calon, Pakatan Harapan (PH) tetap yakin pengundi Bukit Katil akan sekali lagi memberikan mandat kepada Adly Zahari.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan rakyat terhadap Adly yang sekali lagi dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-mohamad-sabu-yakin-pengundi-bukit-katil-pilih-adly-lagi

👎18👍10👏1
Kehadiran barisan pimpinan utama PKR berstatus menteri mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ginie Lim Siew Lin di Pusat Penamaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya pada Sabtu menarik perhatian pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Lim tiba di Kompleks Japerun Machap Jaya di Bukit Bulat kira-kira 8.20 pagi bersama penyokongnya, diiringi Naib Presiden PKR yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Ketua Setiausaha PH dan Menteri Dalam Negeri.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-pimpinan-utama-pkr-iringi-calon-ph-di-machap-jaya

👎12👍6❤2🔥1
Perjalanan jauh dengan mengayuh basikal dari Gemas, Negeri Sembilan ke Bukit Katil tidak menghalang seorang warga emas, Sitdek Ahmad Ali, 68, untuk hadir menyaksikan sendiri proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.
Bagi Sitdek, mengayuh sejauh kira-kira 70 kilometer itu bukan sekadar untuk sampai ke destinasi, sebaliknya peluang menyaksikan secara dekat proses demokrasi serta memberikan sokongan kepada bakal pemimpin yang akan dipilih rakyat.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-kayuh-basikal-dari-gemas-ke-bukit-katil-demi-saksikan-penamaan-calon

👍2👏1
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan pertaruhan parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana dan Bandar Hilir bukanlah satu laluan yang mudah buat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Mengulas berhubung keputusan penyerahan dua kerusi DUN baharu iaitu Kota Laksamana dan Bandar Hilir kepada MCA, Wee Ka Siong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-bukan-laluan-mudah-di-kota-laksamana-dan-bandar-hilir-wee-ka-siong
#AWANInew

🔥3👎2❤1
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, 14 November ini.
Ketua Menteri Melaka yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dicabar calon PH, Mohd Yunazri Mustamiri.
Pengesahan calon bagi kerusi N02 Tanjung Bidara itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Saifuddin Abdul Karim, selepas proses penamaan calon selesai, hari ini.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-ab-rauf-berdepan-saingan-satu-lawan-satu-di-tanjung-bidara

🔥2👏1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setiap perjalanan ada haluan. Setiap pilihan ada makna. Melaka Memilih 2026. Hanya di Astro AWANI. #MelakaMemilih2026 #PRNMelaka #AWANInews
👍4👎1👏1
Parti Bersama kekal dengan pendirian untuk bergerak secara bersendirian tanpa menyertai mana-mana gabungan politik meskipun pendekatan itu mempunyai risiko tersendiri.
Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, keputusan itu dibuat kerana parti berkenaan tidak mahu terjebak dalam percaturan politik yang menurutnya semakin mencelarukan rakyat.
Malah, beliau secara berseloroh berkata, ahli dan penyokong Bersama sendiri mungkin tidak akan menerima sekiranya parti itu tiba-tiba membuat keputusan menyertai gabungan lain.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-bersama-tidak-akan-sertai-mana-mana-gabungan-politik--rafizi

👍6👎3🔥3❤2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Satu pencapaian bersejarah bagi pertahanan negara apabila pesawat pejuang ringan FA-50M pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat mendarat di Pangkalan Udara Labuan.
Ketibaan aset pertama daripada 18 buah pesawat yang diperoleh dari Korea Selatan ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan tempur dan rondaan udara strategik negara, malah bertindak sebagai platform latihan lanjutan bagi melahirkan juruterbang pejuang masa hadapan.
Komitmen pemodenan aset ketenteraan ini membuktikan kesungguhan negara dalam memastikan kedaulatan tanah air sentiasa terpelihara pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.
📹 Kredit video: Facebook Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

👍3🔥1
Pendidikan dan pembangunan wanita menjadi antara fokus utama yang mahu diketengahkan calon baharu Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Rahayu Hamzah, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Wanita Amanah Melaka itu berkata, tumpuan terhadap pendidikan khususnya dalam kalangan anak muda penting bagi memastikan golongan berkenaan mempunyai peluang lebih baik untuk membina masa depan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-rahayu-mahu-perkasa-pendidikan-pembangunan-wanita-di-merlimau

👎6🔥3👏1
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh mengakui masih terdapat kelemahan sepanjang tempoh perkhidmatannya, namun bertekad mendapatkan semula kepercayaan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Beliau berkata, keutamaan bukan untuk mengejar kemenangan dengan majoriti besar, sebaliknya memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat dipertahankan menerusi rekod khidmat sepanjang hampir lima tahun sebagai wakil rakyat.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/terkini-prn-melaka-akmal-saleh-mahu-pertahan-merlimau-fokus-raih-semula-kepercayaan-pengundi

👎2👏2👍1