Astro AWANI
βœ”
70.2K subscribers
66.4K photos
2.11K videos
58 files
187K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah kini memperluas fokus pemantauan penyeludupan dan penyelewengan diesel, bukan sahaja di kawasan sempadan negara, tetapi turut melibatkan kawasan selatan negeri itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kedah Zalina Aziz berkata trend penyeludupan diesel di Kedah ketika ini menunjukkan perubahan apabila kegiatan itu tidak lagi hanya tertumpu di laluan sempadan seperti Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra di Padang Terap, sebaliknya mula beralih ke kawasan selatan negeri.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpdn-kedah-perluas-pemantauan-penyeludupan-seleweng-diesel-ke-kawasan-selatan-negeri
❀7πŸ”₯4πŸ‘Ž1
Agensi kerajaan, perusahaan dan institusi di Malaysia dipelawa menyertai Kempen Cadangan Global Go Healthy with Taiwan 2026, satu inisiatif yang bertujuan memperkukuh kerjasama antarabangsa serta mempercepat peluasan industri kesihatan dan kesejahteraan global.

Kempen yang dianjurkan oleh Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa Taiwan (TITA) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) itu bertujuan mengintegrasikan kekuatan negara berkenaan dalam penjagaan kesihatan pintar, teknologi sukan dan basikal berteknologi tinggi.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/taiwan-go-healthy-2026-tawar-peluang-kerjasama-global-kepada-malaysia
πŸ‘7❀3
TVET bukan lagi dianggap pilihan kedua, sebaliknya semakin menjadi pilihan utama dalam kalangan generasi muda susulan peningkatan enrolmen serta kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan kekal komited memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara serta pertumbuhan ekonomi masa hadapan.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tvet-bukan-lagi-pilihan-kedua-ahmad-zahid
πŸ‘16❀6
Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilaporkan telah mencapai satu memorandum persefahaman (MoU) awal bagi melanjutkan gencatan senjata antara kedua-dua negara selama 60 hari, sambil memulakan rundingan ke arah menamatkan konflik secara kekal, menurut beberapa pegawai yang terlibat.

Sumber dari AS memaklumkan bahawa rangka kerja perjanjian tersebut bagaimanapun masih memerlukan kelulusan muktamad daripada Presiden Donald Trump sebelum ia dapat dimeterai secara rasmi.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-iran-capai-persetujuan-awal-lanjut-gencatan-senjata-60-hari
#AWANInews
πŸ”₯8❀5πŸ‘4
πŸ‘1
Astro AWANI
Photo
Hari ini 36 tahun yang lalu, PM Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn meninggal dunia.

Lahir 12 Februari 1922 di Johor Bahru, beliau adalah anak sulung pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar dengan Datin Halimah Hussein. Datuknya, Dato’ Jaafar Haji Muhammad ialah MB Johor pertama & neneknya Roquaiya Hanim berdarah Caucasia dari Empayar Uthmaniyah.

Lepas tamat sekolah di Telok Kurau, Singapura & English College JB, beliau sertai Askar Timbalan Setia Johor pada 1940 & dihantar ke Akademi Tentera India, Dehradun. Beliau diserap ke dalam Tentera India & berkhidmat di Timur Tengah semasa Perang Dunia II.

Pulang ke Tanah Melayu pada 1945, beliau menjadi Komanden Depoh Polis JB sebelum menjadi Pegawai Pentabdir Daerah. Apabila meletusnya perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan, beliau keluar dari perkhidmatan awam & menyertai politik.

Tun Hussein merupakan Ketua Perikatan Pemuda UMNO pertama, dilantik pada 1949. Tahun berikutnya beliau menjadi S/U Agung UMNO. Namun krisis parti itu pada 1951 menyebabkan beliau keluar mengikut bapanya yang menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

Apabila IMP gagal, Tun Hussein ke London untuk mempelajari undang-undang & pulang sebagai peguam bertauliah berkhidmat di KL. Beliau kembali ke politik pada 1968 selepas dipujuk Timbalan PM ketika itu, Tun Abdul Razak untuk menyertai semula UMNO.

Beliau memenangi kerusi Parlimen pada PRU 1969, kemudian menggantikan Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia sebagai Timbalan PM pada 13 Ogos 1973, sebelum dilantik menjadi PM pada 15 Januari 1976 menggantikan Tun Razak yang juga meninggal dunia.

Beliau dikenali sebagai β€˜Bapa Perpaduan’ atas dasarnya untuk tangani ketidakseimbangan ekonomi antara komuniti bagi menyatukan rakyat, antaranya dengan memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional pada 1981. Namun tempohnya sebagai PM tak lama.

Tun Hussein bersara dari politik pada 17 Julai 1981 atas masalah jantungnya. Ketika mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Seaton, San Francisco A.S., beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.15 pagi waktu Malaysia di usia 68 tahun.

Beliau dikebumikan bersebelahan Tun Razak di Makam Pahlawan, Masjid Negara KL.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, UMNO Online

#PeristiwaHariIni
❀18
Walaupun bergerak di sebalik kesibukan lautan manusia, pasukan yang dianggotai 30 petugas itu dianggap sebagai tulang belakang operasi perubatan di Mina kerana sentiasa bersiap siaga membantu jemaah memerlukan rawatan kecemasan.

Timbalan Ketua Peronda Perubatan Haji, Dr Amir Suhaimi berkata, kesemua anggota dibahagikan kepada lapan kumpulan dan bergerak secara berkala setiap satu jam bagi memantau keadaan jemaah di sekitar Mina termasuk laluan melontar jamrah.

Menurutnya, setiap anggota telah menjalani latihan termasuk kemahiran bantuan asas kecemasan bagi membolehkan rawatan awal diberikan terus di lokasi kejadian.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peronda-perubatan-haji-sedia-bantuan-kecemasan-operasi-mina
#AWANInews
❀17πŸ‘3
Musim haji 1447H hampir melabuhkan tirainya. Sudah pasti ada di kalangan kita ternanti-nantikan jemputan sebagai Duyufurrahman untuk musim haji yang akan datang. Ikuti perkongsian ilmu dan kupasan terakhir bersama Mualim Muda Ashraf, Mualim Muda Shamsul serta laporan langsung daripada Essan Yahya dan Hilal Azmi dalam program Khabar Haji musim ini. Tonton episod terakhir Khabar Haji 2026 di saluran serentak Astro OASIS dan Astro AWANI pukul 7.30 malam ini.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
❀5πŸ‘3
Tertuduh, yang dikenali sebagai Beran A selaras dengan undang-undang privasi Austria, disabitkan dengan beberapa kesalahan berkaitan keganasan, termasuk konspirasi menyerang konsert dalam jelajah 'Eras Tour' yang dijadual berlangsung pada Ogos 2024.

Menurut pihak pendakwa, rancangan serangan itu berjaya digagalkan susulan maklumat risikan daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, hanya sehari sebelum konsert pertama berlangsung di Stadium Ernst Happel.

Lanjut: https://www.astroawani.com/hiburan-dunia/lelaki-dipenjara-15-tahun-rancang-serangan-konsert-taylor-swift-di-vienna
#AWANInews
πŸ‘9πŸ”₯6❀3
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Bukit Payong pada Khamis.

Nahas berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Muhammad Azmil Hakimi Abdullah, yang beralamat di Kampung Bukit Payong, Jerteh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda itu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang selepas ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis ketamin.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-16-tahun-maut-dirempuh-pemandu-pacuan-empat-roda-positif-dadah
#AWANInews
πŸ”₯12πŸ‘Ž4❀1
Seorang lelaki warga Israel ditahan di Cyprus Utara pada 19 Mei lalu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan embrio secara haram, menurut pihak berkuasa tempatan.

Suspek ditahan di Lapangan Terbang Ercan ketika cuba meninggalkan negara itu menuju Mexico melalui Istanbul, sebelum pihak berkuasa menemui sebuah bekas khas bertanda 'Life Parcel' yang mengandungi empat embrio disimpan dalam tabung uji.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/warga-israel-ditahan-kes-sindiket-pemerdagangan-embrio-di-cyprus
#AWANInews
πŸ”₯21❀1πŸ‘1
Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai negara dengan ekonomi Islam paling kukuh di dunia bagi 2025, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan dan hala tuju pentadbiran Kerajaan MADANI.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pencapaian berdasarkan State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2024/2025 itu merupakan hasil kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas serta komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keyakinan rakyat dan pelabur terhadap hala tuju negara.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-kekal-ekonomi-islam-terbaik-dunia-hasil-kestabilan-negara-nga
#AWANInews
πŸ‘20πŸ‘Ž9πŸ”₯3
Angkatan tentera Iran melepaskan tembakan amaran ke arah empat kapal berhampiran Selat Hormuz selepas kapal-kapal berkenaan cuba melalui laluan air strategik itu tanpa penyelarasan, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Agensi Berita Mehr pada lewat Khamis.

Agensi berita Iran itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran mengenai kapal-kapal terbabit.

Agensi Berita Fars Iran sebelum ini melaporkan bahawa pihak tentera melancarkan peluru berpandu dari selatan negara itu ke arah β€œsasaran tertentu”, namun sasaran sebenar tidak dikenal pasti.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tentera-iran-lepaskan-tembakan-amaran-ke-arah-4-kapal-berhampiran-selat-hormuz-laporan
#AWANInews
πŸ”₯17❀1πŸ‘1
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan kerajaan Arab Saudi dalam memastikan kelancaran pengurusan musim haji tahun ini yang melibatkan kira-kira 1.7 juta jemaah dari 165 negara seluruh dunia.

Beliau berkata penghargaan itu dizahirkan susulan pertemuan yang dipengerusikan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud bersama para pemimpin serta delegasi negara-negara yang hadir menunaikan ibadah rukun Islam kelima tahun ini.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saifuddin-nasution-zahir-penghargaan-komitmen-arab-saudi-pastikan-kelancaran-haji
#AWANInews
❀16πŸ‘3πŸ‘Ž1
Kementerian Kewangan (MoF) memberi amaran keras terhadap penggunaan nombor atau maklumat MyKad milik individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

MoF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius beberapa aduan mutakhir melibatkan dakwaan penggunaan maklumat MyKad tanpa kebenaran bagi transaksi di bawah program BUDI95.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mof-beri-amaran-keras-guna-mykad-orang-lain-tanpa-izin-bagi-transaksi-budi95
#AWANInews
πŸ”₯9πŸ‘Ž5❀3πŸ‘1
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan penamatan tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara dibuat atas permintaan penerbit sendiri dan bukan arahan mana-mana pihak.

FINAS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad selaku pengedar filem berkenaan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/hiburan-malaysia/finas-sahkan-konspirasi-dihentikan-atas-permintaan-penerbit
#AWANInews
πŸ‘Ž26❀2πŸ‘2
Baucar Buku MADANI bernilai RM100 akan diteruskan kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu tetap diteruskan meskipun kerajaan berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di rantau Asia Barat ketika ini.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/baucar-buku-madani-rm100-diteruskan-walau-ekonomi-mencabar-pm-anwar
#AWANInews
πŸ‘23πŸ‘Ž14πŸ”₯2❀1
Isu berkaitan semakan tuntutan hak 40 peratus pemberian khas kepada Sabah dijangka diperjelaskan lebih lanjut esok, susulan ia termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan terperinci mengenai perkara itu akan dibuat ketika lawatan beliau ke Sabah.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semakan-hak-40-sabah-dijangka-diperincikan-esok-pm
#AWANInews
πŸ‘Ž30πŸ‘9❀4πŸ‘2
Sebuah kereta didapati hilang kawalan sebelum terjunam ke atas bumbung sebuah rumah di kaki bukit dekat Jalan Kampung Tanjung Bachang, Seri Menanti, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin berkata dua penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah, manakala pemandu berusia 63 tahun serta seorang lagi penumpang tidak cedera.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kereta-terbabas-terjunam-atas-bumbung-rumah
#AWANInews
πŸ”₯10❀3
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa program matrikulasi berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan (KPM).

Justeru, KPT menyifatkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan berhubung isu kemasukan seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke program itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/program-matrikulasi-berada-di-bawah-kpm-dakwaan-adun-kota-kemuning-tidak-tepat-kpt
#AWANInews
πŸ‘Ž9πŸ‘4πŸ”₯3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penat pusing cari jalan nak scale up bisnes atau nak cari networking yang betul? Jangan risau, Astro AWANI bawakan semula pentas khas untuk golongan usahawan PMKS tahun ini. Ada sesi podcast keusahawanan, borak strategi pemasaran, zon pengalaman eksklusif, siap ada sesi live pitching lagi!

Jom lock tarikh siap-siap ikut lokaliti anda:

Siri Jelajah 2026 (Simpan Tarikh Ini!):
πŸ•Œ KL (NU Sentral): 27-28 Jun | Ekonomi Warisan & Pelancongan
🌱 KK (Suria Sabah): 15-16 Ogos | Agro-Makanan & Kelestarian
🎨 K. Terengganu (Mayang Mall): 11-12 Sept | Ekonomi Kreatif & Kraftangan
πŸ•ΆοΈ PJ (Paradigm Mall): 26-27 Sept | Fesyen & Kecantikan
β˜• Alor Setar (Aman Sentral): 23-25 Okt | Ekonomi Kopi & Budaya Kafe

Tempat berkumpul para usahawan dan penggerak ekosistem tempatan. Jangan sampai terlepas peluang emas ni tau!

πŸ‘‰ Daftar atau semak maklumat lanjut di jiwasme.com.my.

#jiwasme #jelejahjiwasme #jiwasme2026
❀7πŸ‘1