Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilaporkan telah mencapai satu memorandum persefahaman (MoU) awal bagi melanjutkan gencatan senjata antara kedua-dua negara selama 60 hari, sambil memulakan rundingan ke arah menamatkan konflik secara kekal, menurut beberapa pegawai yang terlibat.
Sumber dari AS memaklumkan bahawa rangka kerja perjanjian tersebut bagaimanapun masih memerlukan kelulusan muktamad daripada Presiden Donald Trump sebelum ia dapat dimeterai secara rasmi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-iran-capai-persetujuan-awal-lanjut-gencatan-senjata-60-hari
#AWANInews

π₯8β€5π4
Astro AWANI
Photo
Hari ini 36 tahun yang lalu, PM Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn meninggal dunia.
Lahir 12 Februari 1922 di Johor Bahru, beliau adalah anak sulung pengasas UMNO, Datoβ Onn Jaafar dengan Datin Halimah Hussein. Datuknya, Datoβ Jaafar Haji Muhammad ialah MB Johor pertama & neneknya Roquaiya Hanim berdarah Caucasia dari Empayar Uthmaniyah.
Lepas tamat sekolah di Telok Kurau, Singapura & English College JB, beliau sertai Askar Timbalan Setia Johor pada 1940 & dihantar ke Akademi Tentera India, Dehradun. Beliau diserap ke dalam Tentera India & berkhidmat di Timur Tengah semasa Perang Dunia II.
Pulang ke Tanah Melayu pada 1945, beliau menjadi Komanden Depoh Polis JB sebelum menjadi Pegawai Pentabdir Daerah. Apabila meletusnya perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan, beliau keluar dari perkhidmatan awam & menyertai politik.
Tun Hussein merupakan Ketua Perikatan Pemuda UMNO pertama, dilantik pada 1949. Tahun berikutnya beliau menjadi S/U Agung UMNO. Namun krisis parti itu pada 1951 menyebabkan beliau keluar mengikut bapanya yang menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
Apabila IMP gagal, Tun Hussein ke London untuk mempelajari undang-undang & pulang sebagai peguam bertauliah berkhidmat di KL. Beliau kembali ke politik pada 1968 selepas dipujuk Timbalan PM ketika itu, Tun Abdul Razak untuk menyertai semula UMNO.
Beliau memenangi kerusi Parlimen pada PRU 1969, kemudian menggantikan Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia sebagai Timbalan PM pada 13 Ogos 1973, sebelum dilantik menjadi PM pada 15 Januari 1976 menggantikan Tun Razak yang juga meninggal dunia.
Beliau dikenali sebagai βBapa Perpaduanβ atas dasarnya untuk tangani ketidakseimbangan ekonomi antara komuniti bagi menyatukan rakyat, antaranya dengan memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional pada 1981. Namun tempohnya sebagai PM tak lama.
Tun Hussein bersara dari politik pada 17 Julai 1981 atas masalah jantungnya. Ketika mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Seaton, San Francisco A.S., beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.15 pagi waktu Malaysia di usia 68 tahun.
Beliau dikebumikan bersebelahan Tun Razak di Makam Pahlawan, Masjid Negara KL.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, UMNO Online
#PeristiwaHariIni

β€18
Walaupun bergerak di sebalik kesibukan lautan manusia, pasukan yang dianggotai 30 petugas itu dianggap sebagai tulang belakang operasi perubatan di Mina kerana sentiasa bersiap siaga membantu jemaah memerlukan rawatan kecemasan.
Timbalan Ketua Peronda Perubatan Haji, Dr Amir Suhaimi berkata, kesemua anggota dibahagikan kepada lapan kumpulan dan bergerak secara berkala setiap satu jam bagi memantau keadaan jemaah di sekitar Mina termasuk laluan melontar jamrah.
Menurutnya, setiap anggota telah menjalani latihan termasuk kemahiran bantuan asas kecemasan bagi membolehkan rawatan awal diberikan terus di lokasi kejadian.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peronda-perubatan-haji-sedia-bantuan-kecemasan-operasi-mina

β€17π3
Musim haji 1447H hampir melabuhkan tirainya. Sudah pasti ada di kalangan kita ternanti-nantikan jemputan sebagai Duyufurrahman untuk musim haji yang akan datang. Ikuti perkongsian ilmu dan kupasan terakhir bersama Mualim Muda Ashraf, Mualim Muda Shamsul serta laporan langsung daripada Essan Yahya dan Hilal Azmi dalam program Khabar Haji musim ini. Tonton episod terakhir Khabar Haji 2026 di saluran serentak Astro OASIS dan Astro AWANI pukul 7.30 malam ini.
#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
β€5π3
Tertuduh, yang dikenali sebagai Beran A selaras dengan undang-undang privasi Austria, disabitkan dengan beberapa kesalahan berkaitan keganasan, termasuk konspirasi menyerang konsert dalam jelajah 'Eras Tour' yang dijadual berlangsung pada Ogos 2024.
Menurut pihak pendakwa, rancangan serangan itu berjaya digagalkan susulan maklumat risikan daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, hanya sehari sebelum konsert pertama berlangsung di Stadium Ernst Happel.
Lanjut: https://www.astroawani.com/hiburan-dunia/lelaki-dipenjara-15-tahun-rancang-serangan-konsert-taylor-swift-di-vienna

π9π₯6β€3
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Bukit Payong pada Khamis.
Nahas berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Muhammad Azmil Hakimi Abdullah, yang beralamat di Kampung Bukit Payong, Jerteh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda itu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang selepas ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis ketamin.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-16-tahun-maut-dirempuh-pemandu-pacuan-empat-roda-positif-dadah

π₯12π4β€1
Seorang lelaki warga Israel ditahan di Cyprus Utara pada 19 Mei lalu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan embrio secara haram, menurut pihak berkuasa tempatan.
Suspek ditahan di Lapangan Terbang Ercan ketika cuba meninggalkan negara itu menuju Mexico melalui Istanbul, sebelum pihak berkuasa menemui sebuah bekas khas bertanda 'Life Parcel' yang mengandungi empat embrio disimpan dalam tabung uji.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/warga-israel-ditahan-kes-sindiket-pemerdagangan-embrio-di-cyprus

π₯21β€1π1
Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai negara dengan ekonomi Islam paling kukuh di dunia bagi 2025, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan dan hala tuju pentadbiran Kerajaan MADANI.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pencapaian berdasarkan State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2024/2025 itu merupakan hasil kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas serta komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keyakinan rakyat dan pelabur terhadap hala tuju negara.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-kekal-ekonomi-islam-terbaik-dunia-hasil-kestabilan-negara-nga

π20π9π₯3
Angkatan tentera Iran melepaskan tembakan amaran ke arah empat kapal berhampiran Selat Hormuz selepas kapal-kapal berkenaan cuba melalui laluan air strategik itu tanpa penyelarasan, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Agensi Berita Mehr pada lewat Khamis.
Agensi berita Iran itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran mengenai kapal-kapal terbabit.
Agensi Berita Fars Iran sebelum ini melaporkan bahawa pihak tentera melancarkan peluru berpandu dari selatan negara itu ke arah βsasaran tertentuβ, namun sasaran sebenar tidak dikenal pasti.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tentera-iran-lepaskan-tembakan-amaran-ke-arah-4-kapal-berhampiran-selat-hormuz-laporan

π₯17β€1π1
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan kerajaan Arab Saudi dalam memastikan kelancaran pengurusan musim haji tahun ini yang melibatkan kira-kira 1.7 juta jemaah dari 165 negara seluruh dunia.
Beliau berkata penghargaan itu dizahirkan susulan pertemuan yang dipengerusikan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud bersama para pemimpin serta delegasi negara-negara yang hadir menunaikan ibadah rukun Islam kelima tahun ini.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saifuddin-nasution-zahir-penghargaan-komitmen-arab-saudi-pastikan-kelancaran-haji

β€16π3π1
Kementerian Kewangan (MoF) memberi amaran keras terhadap penggunaan nombor atau maklumat MyKad milik individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
MoF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius beberapa aduan mutakhir melibatkan dakwaan penggunaan maklumat MyKad tanpa kebenaran bagi transaksi di bawah program BUDI95.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mof-beri-amaran-keras-guna-mykad-orang-lain-tanpa-izin-bagi-transaksi-budi95

π₯9π5β€3π1
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan penamatan tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara dibuat atas permintaan penerbit sendiri dan bukan arahan mana-mana pihak.
FINAS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad selaku pengedar filem berkenaan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/hiburan-malaysia/finas-sahkan-konspirasi-dihentikan-atas-permintaan-penerbit

π26β€2π2
Baucar Buku MADANI bernilai RM100 akan diteruskan kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu tetap diteruskan meskipun kerajaan berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di rantau Asia Barat ketika ini.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/baucar-buku-madani-rm100-diteruskan-walau-ekonomi-mencabar-pm-anwar

π23π14π₯2β€1
Isu berkaitan semakan tuntutan hak 40 peratus pemberian khas kepada Sabah dijangka diperjelaskan lebih lanjut esok, susulan ia termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan terperinci mengenai perkara itu akan dibuat ketika lawatan beliau ke Sabah.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semakan-hak-40-sabah-dijangka-diperincikan-esok-pm

π30π9β€4π2
Sebuah kereta didapati hilang kawalan sebelum terjunam ke atas bumbung sebuah rumah di kaki bukit dekat Jalan Kampung Tanjung Bachang, Seri Menanti, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin berkata dua penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah, manakala pemandu berusia 63 tahun serta seorang lagi penumpang tidak cedera.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kereta-terbabas-terjunam-atas-bumbung-rumah

π₯10β€3
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa program matrikulasi berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan (KPM).
Justeru, KPT menyifatkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan berhubung isu kemasukan seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke program itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/program-matrikulasi-berada-di-bawah-kpm-dakwaan-adun-kota-kemuning-tidak-tepat-kpt

π9π4π₯3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penat pusing cari jalan nak scale up bisnes atau nak cari networking yang betul? Jangan risau, Astro AWANI bawakan semula pentas khas untuk golongan usahawan PMKS tahun ini. Ada sesi podcast keusahawanan, borak strategi pemasaran, zon pengalaman eksklusif, siap ada sesi live pitching lagi!
Jom lock tarikh siap-siap ikut lokaliti anda:
Siri Jelajah 2026 (Simpan Tarikh Ini!):
π KL (NU Sentral): 27-28 Jun | Ekonomi Warisan & Pelancongan
π± KK (Suria Sabah): 15-16 Ogos | Agro-Makanan & Kelestarian
π¨ K. Terengganu (Mayang Mall): 11-12 Sept | Ekonomi Kreatif & Kraftangan
πΆοΈ PJ (Paradigm Mall): 26-27 Sept | Fesyen & Kecantikan
β Alor Setar (Aman Sentral): 23-25 Okt | Ekonomi Kopi & Budaya Kafe
Tempat berkumpul para usahawan dan penggerak ekosistem tempatan. Jangan sampai terlepas peluang emas ni tau!
π Daftar atau semak maklumat lanjut di jiwasme.com.my.
#jiwasme #jelejahjiwasme #jiwasme2026

β€7π1
Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan sebagai antara individu yang kekal setia bersama perjuangan reformasi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun berdepan pelbagai cabaran serta pergolakan politik sepanjang perjalanan kariernya.
Jelas Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Dr Nor Syamimi Mohamed Adnan, Farhash sebelum ini dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya sebelum terlibat secara lebih aktif dalam arena politik.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-politik/farhash-terus-kekal-bersama-perjuangan-reformasi-pensyarah-kanan

π60β€3π3π2
Dalam era lambakan maklumat dan penyebaran berita tanpa sempadan, pelaporan yang bertanggungjawab amat penting bagi memastikan fakta disampaikan secara tepat, beretika dan tidak menjejaskan keharmonian masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) hari ini, beliau berkata peranan media bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi memikul amanah besar untuk menegakkan kebenaran dengan integriti, kredibiliti, keberanian dan rasa tanggungjawab.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelaporan-bertanggungjawab-penting-dalam-era-lambakan-maklumat--pm-anwar

π21β€1π₯1
Sejak lebih tiga dekad Prof Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon menghabiskan banyak masanya di bilik pembedahan mengendalikan antara kes pembedahan kardiotorasik paling kompleks di Malaysia, pada masa sama mengimbangi tuntutan sebagai pengamal klinikal, ahli akademik, penyelidik dan pembimbing profesional.
Awal bulan ini, Pakar Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik di Institut Jantung Negara (IJN) itu menambah satu lagi pencapaian penting dalam kerjayanya apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dipilih sebagai ahli Persatuan Pembedahan Torasik Amerika Syarikat (AATS), sekali gus meletakkan Malaysia di peta dunia pembedahan kardiotorasik.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-jeswant-rakyat-malaysia-pertama-dipilih-sebagai-persatuan-pembedahan-torasik

β€24π5π₯2