Jerebu bukan sekadar asap yang menyebabkan udara kelihatan kabur. Udara berjerebu mengandungi pelbagai bahan pencemar, termasuk zarah halus yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Antara yang menjadi perhatian ialah jirim zarahan atau Particulate Matter (PM) 2.5 dan 10 yang terampai di udara.
PM10 ialah zarah yang berdiameter 10 mikrometer (ยตm) atau kurang. Zarah ini boleh memasuki sistem pernafasan dan sebahagiannya sampai ke paru-paru.
PM2.5 ialah zarah yang berdiameter 2.5 mikrometer atau kurang. Saiznya kira-kira 20 hingga 40 kali lebih kecil daripada diameter sehelai rambut manusia. Zarah ini boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru.
Oleh sebab saiznya sangat kecil, PM2.5 boleh menembusi pertahanan semula jadi saluran pernafasan dan sampai ke bahagian dalam paru-paru. Pendedahan kepada zarah ini boleh menyebabkan atau memburukkan masalah pernafasan serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, khususnya apabila kepekatan tinggi atau pendedahan berlaku dalam tempoh yang lama.

โค7๐5๐ฑ2๐ข1
Anak orang utan memeluk ibunya ketika menerima bantuan oksigen selepas diselamatkan daripada kawasan ladang kelapa sawit yang terjejas akibat kebakaran hutan di Ketapang, Kalimantan Barat, Indonesia, pada 18 September 2026. Kedua-duanya kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Kredit imej :-
Yayasan Inisiasi Alam Rehabilitasi Indonesia (YIARI)

๐ญ32๐ข6๐ซก2
Kebakaran yang berlarutan di Indonesia sejak akhir Julai 2026, yang melibatkan kawasan hutan, tanah pertanian dan tanah gambut, telah membebaskan sejumlah besar bahan pencemar ke atmosfera sehingga menjejaskan kualiti udara di rantau ini.
Menurut Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS), jumlah pelepasan daripada kebakaran hutan di Indonesia pada tahun ini merupakan antara yang tertinggi dalam tempoh 24 tahun lalu.
Imej yang tertera merupakan analisis daripada CAMS Fire Emissions Watch pada 20 Oktober 2026, jam 5:00 petang waktu Malaysia. Imej tersebut menunjukkan taburan aerosol organik yang berpunca daripada pelepasan kebakaran hutan di rantau Asia Tenggara dan kawasan sekitarnya, termasuk Australia.
Warna ungu gelap menunjukkan nilai kedalaman optik aerosol (AOD) yang lebih tinggi bagi aerosol organik daripada kebakaran. Kawasan ini merangkumi selatan Sumatera, selatan Kalimantan dan selatan New Guinea. Warna merah jambu yang lebih cerah pula menunjukkan nilai AOD yang lebih rendah, yang merebak merentasi Lautan Hindi, tanah besar Asia Tenggara dan bahagian barat Lautan Pasifik.

๐ญ5โค2๐คฏ1