Bahan Bantu Mengajar Cikgu MABAR (BBM Cikgu MABAR)
23.6K subscribers
4.46K photos
42 videos
2.4K files
1.64K links
Channel BBM Cikgu Mabar ini diwujudkan untuk berkongsi bahan, nota dan soalan berkaitan pendidikan di Malaysia . Diharap perkongsian yang diberi akan memberi manfaat pada semua.
Ajak kawan2 lain untuk join channel ini melalui link ini t.me/bbmcikgumabar
Download Telegram
Forwarded from Mr Ibrahim Ismail
#Sisc Azura KL#
11 PANDUAN MENGURUS dan MENYELENGGARA BUKU REKOD PENGAJARAN (BRP) atau ada juga yang menyebutnya Buku Rekod Mengajar (BRM).

BRP/BRM penting dan menjadi rujukan untuk PENILAIAN MARKAH PRESTASI KERJA setiap guru.

PASTIKAN:

1. Semua bahagian yang berikut dilengkapkan:
i. Butiran diri guru
ii. Jadual waktu
iii. Takwim
iv. Aku janji
v. Visi misi
vi. Senarai buku murid dan guru
vii. Pencapaian murid

2. Semua yang perlu dilengkapkan disemak dan dicap oleh pentadbir terutama jadual waktu dan aku janji ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.

3. SP, HSP, DSKP, PPPM dan RPT disediakan. Jika disimpan di dalam fail, tulis disimpan di dalam fail. RPT ringkasan atau semakan sebaik2nya ditampal dalam BRP/BRM.

4. RPH ditulis dengan betul dan lengkap.
° BETUL bermaksud RPH yang ditulis mengikut RPT yang dibina berdasarkan SP, HSP atau DSKP.
° LENGKAP bermaksud sekurang2nya OBJEKTIF, AKTIVITI dan REFLEKSI* dicatatkan dalam RPH.

* OBJEKTIF yang baik mesti mengandungi TiKUS, iaitu;
#Ti - Tingkah laku
#K - Kandungan pelajaran
#U - Ukuran mencapai objektif
#S - Sosial (aras murid)

* REFLEKSI yang baik bukan sahaja mencatat jumlah murid yang mencapai atau tidak mencapai objektif tetapi juga pelan tindakan untuk mengatasi masalah murid yang tidak mencapai objektif PdPc hari tersebut dan penentuan perancangan guru seterusnya.

5. Aktiviti kokurikulum atau sukan yang dijalankan oleh guru juga dicatatkan dalam BRP/BRM.

6. Semua mesyuarat, PLC, kursus atau bengkel yang dihadiri sama ada di peringkat sekolah atau luar juga boleh dicatatkan dalam BRP/BRM pada bahagian Pertemuan dan Perbincangan.
° Lebih baik, minta tandatangan pentadbir 2 minggu sekali untuk pengesahan.

7. Markah pencapaian murid dilengkapkan. Untuk awal tahun, catatkan nama berserta markah TOV dan ETR bagi setiap murid yang diajar.

8. Rekod transit untuk Pentaksiran Bilik Darjah perlu ada dalam BRP/BRM setiap guru.

9. BRP/BRM yang telah lengkap diletakkan di pejabat jika tiada di sekolah kerana menghadiri kursus atau bengkel atau membawa murid untuk pertandingan.
° Jika bercuti sakit, BRP/BRM berada di atas meja guru.

10. BRP/BRM dihantar setiap minggu untuk disemak oleh pentadbir.
° Jika bercuti sakit pada hari Jumaat, pastikan BRP/BRM ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar pada hari pertama cikgu datang ke sekolah. Jangan tunggu sehingga hari Jumaat minggu berikutnya.

11. BRP/BRM hanya dibalut dengan pembalut plastik dan BUKAN dengan pembalut kertas hadiah atau pembalut berwarna-warni kerana BRP/BRM merupakan dokumen rasmi.

#Hak cipta terpelihara Sisc Azura# c/p-arara-
👍7❤1