KENYATAAN MEDIA MAPIM
ZIONIS ISRAEL TIDAK PERNAH BOLEH DIPERCAYAI DALAM APA JUA PERJANJIAN
ISRAEL BUNUH 11 ANGGOTA SEBUAH KELUARGA PALESTIN β PELANGGARAN GENCATAN SENJATA PALING BERDARAH
Serangan ke atas kenderaan awam oleh tentera Israel di Bandar Gaza mencatatkan pelanggaran paling dahsyat terhadap gencatan senjata selama lapan hari bersama Hamas.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab tentera Zionis Israel yang membunuh 11 anggota satu keluarga Palestin dalam serangan udara ke atas sebuah kenderaan awam di Bandar Gaza β pelanggaran paling berat terhadap gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa.
Kejadian ini sekali lagi membuktikan bahawa Israel tidak pernah jujur dan tidak boleh dipercayai dalam sebarang perjanjian damai, rundingan, atau gencatan senjata. Setiap kali perjanjian dicapai, rejim Zionis menjadikannya ruang untuk menyusun semula kekuatan dan meneruskan siri pembunuhan serta pemusnahan terhadap rakyat Palestin.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, menegaskan:
> βPelanggaran berulang terhadap gencatan senjata membuktikan Israel langsung tidak menghormati undang-undang antarabangsa mahupun nilai kemanusiaan. Ini bukan kesilapan taktikal, tetapi serangan yang disengajakan bagi meneruskan dasar penghapusan etnik terhadap rakyat Palestin.β
Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan kuasa-kuasa besar dunia β khususnya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah β untuk bertindak tegas telah memberikan lesen kepada Israel untuk terus melakukan jenayah perang tanpa hukuman.
MAPIM menuntut:
1. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) segera memulakan prosiding jenayah perang terhadap kepimpinan Israel.
2. Negara-negara Islam bertindak memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel sehingga akauntabiliti ditegakkan.
3. Kerajaan Malaysia mengemukakan isu pelanggaran ini ke Perhimpunan Agung PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menuntut tindakan konkrit dan mekanisme perlindungan terhadap penduduk Gaza.
MAPIM juga akan menyerahkan laporan khas kepada rakan-rakan kemanusiaan antarabangsa bagi mendokumentasikan pembunuhan ini dan mengatur bantuan segera kepada keluarga mangsa di Gaza.
βKekejaman Israel mesti dihentikan. Setiap gencatan yang dikhianati adalah bukti bahawa tiada keamanan tanpa keadilan.β
β Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, MAPIM

β€82π₯15
Al Qassam mengeluarkan kenyataan rasmi dan mendedahkan nama-nama komander yang syahid dalam serangan pada bulan Ogos. Antaranya adalah Komander Huzaifah Kahlut, atau Abu Ubaidah, jurucakap rasmi Al Qassam
π’51π₯°3β€1
Selama ini kita cumal kenal suaranya, hari ini kita kenal wajahnya. Berehatlah Abu Ubaidah, sesungguhnya kami bersaksi bahawa kau telah berbakti kepada ummah ini
β€35π’2
Bagi menghormati beliau, sesiapa sahaja jurucakap Al Qassam selepas ini, akan terus membawa gelaran Abu Ubaidah
β€41π1π’1
Meski langkahmu terhenti, namun suaramu akan terus bergema di dunia ini
β€57π’1
Tempat kejadian serangan ke atas apartment yang dihancurkan yang menggugurkan beberapa komander Al Qassam termasuk Abu Ubaidah
π’29
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pesanan terakhir As Syahid Komander Huzaifah Al Kahlut Abu Ubaidah kepada anak-anak Gaza
β€166π₯5π’5π₯°3
Patutlah selama ni susah betul nak terjemah ucapan beliau, sarjana Tafsir Quran rupanya
β€132π2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
π23π₯4β€2π₯°1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
π23β€10π₯5π€©4π₯°2